𝐌𝐘 𝐁𝐎𝐎𝐊 🦢
3 hikaye
THE FORBIDDEN PEARL tarafından parkdilaa
parkdilaa
  • WpView
    OKUNANLAR 114
  • WpVote
    Oylar 32
  • WpPart
    Bölümler 8
Di balik ombak yang menderu, tersembunyi cinta yang dilarang. Kael, lanun muda yang bercita-cita menguasai lautan, hanya percaya pada satu perkara: harta adalah segala-galanya. Namun satu malam, diiringi nyanyian dari dasar laut, sebuah legenda hidup menghampirinya seekor duyung yang tak seharusnya wujud cuba untuk menawan hatinya. Hadiah-hadiah rahsia, nyanyian yang membisik namanya dan satu pandangan yang mampu menenggelamkan seluruh dunianya. Ketika pedang dilibas dan kapal terbakar, Kael harus memilih antara mengejar kekayaan... atau menyelam ke dalam misteri yang mungkin menghancurkan hidupnya buat selama-lamanya. Kerana malam dia mendengar nyanyian itu... Kael tidak sedar bahawa seluruh laut sedang menuntut sesuatu daripadanya. ________________________________________________ The Forbidden Pearl by parkdilaa Genre : Fantasy, Adventure, Romance Start : 26 April 2025 End :
CAELUMBRE ANOTHER WORLD : WINGS tarafından parkdilaa
parkdilaa
  • WpView
    OKUNANLAR 308
  • WpVote
    Oylar 62
  • WpPart
    Bölümler 15
Di langit tinggi Caelumbre, makhluk bersayap memerintah dengan kuasa aether, tenaga purba yang mengalir dalam darah dan menentukan darjat, kekuatan serta takdir. Di sana, kekuatan adalah keutamaan, dan kelemahan tidak pernah dipandang. Di Bumi, Lucy Luminous menjalani hidup yang sederhana tanpa menyedari bahawa jiwanya menyimpan gema dunia lain. Sehingga satu malam, seorang lelaki bersayap putih jatuh ke dalam hidupnya, membawa cahaya yang tidak sepatutnya wujud di dunia manusia. Lucien Zephyros Pertemuan mereka sangat mustahil. Lebih mustahil lagi apabila Lucy mampu menyerap aether tanpa terluka, seakan-akan tubuh dan jiwanya memang dicipta untuk tenaga itu. Apabila kebenaran mula terbongkar, masalah demi masalah muncul tanpa henti. Gerbang antara dua dunia mula bergetar. Kuasa terkuat mula memerhati. Dan semakin kuat ikatan antara Lucy dan Lucien, semakin jelas bahawa pertemuan mereka bukan kebetulan. Takdir seakan-akan ditulis dengan sayap dan darah. Persoalannya, adakah Lucy benar-benar bersedia untuk mengetahui mengapa namanya tidak pernah sepenuhnya milik dunia manusia? __________________________________________ Caelumbre Another World : Wings by parkdilaa Genre: Fantasy, Adventure Start: 21 April 2025 End: #1 Wings 21 April 2025 #1 Manusia 26 April 2025 #1 Kerajaan 26 April 2025 #1 Magic 5 March 2026 #5 Adventure 20 Feb 2026
+17 tane daha
CURSED BLOOD tarafından parkdilaa
parkdilaa
  • WpView
    OKUNANLAR 1,174
  • WpVote
    Oylar 285
  • WpPart
    Bölümler 35
Berabad lalu, sebuah nama dipadam dari dunia, Anastasia I, ratu pertama Luveia. Seorang pemerintah yang bangkit dari kematian melalui sihir terlarang, lalu mengheret benua ke dalam lautan darah dan api. Dunia mengingatinya dengan satu gelaran: Scarlet Conqueror. Dia dihukum sebagai monster. Dilenyapkan dari catatan rasmi. Dan jiwanya dipisahkan agar dia tidak pernah bangkit semula. Namun, satu fakta dilupakan oleh manusia bahawa sihir hitam tidak pernah benar-benar mati. Kini, di era di mana manusia, vampire, dan makhluk lain berkongsi dunia dalam keseimbangan rapuh, cebisan jiwa itu kembali berdenyut. Tersembunyi jauh ke dalam tubuh seorang puteri manusia, Anastasia de Luveia, yang tidak pernah meminta takdir ini, dia terpaksa menghadapi peritnya darah kutukan. Di sisinya berdiri seorang lelaki vampire berketurunan raja. Lucas de Ampere. Waris kepada Lucifer. Seorang yang dicipta untuk menjadi senjata namun memilih untuk mencintai puteri manusia. Namun darah dan sejarah jarang tunduk pada pilihan. Apabila masa lalu mula menuntut tempatnya, dan takdir lama mencari penyudah, satu persoalan mula menghantui dunia, jika sejarah kembali bergerak, siapakah yang akan menjadi korban kali ini? dan... siapakah yang akan menghayunkan tangan terakhir? ____________________________________________ Cursed Blood by parkdilaa Genre : Fantasy, Romance, Adventure, Drama Start : 31 Januari 2025 End : #1 Wizard 15 April 2025 #1 Witch 18 April 2025 #2 Vampire 17 Feb 2026 #4 Adventure 23 Dis 2025 #1 Manusia 17 Feb 2026 Sila tekan butang read di atas jika ingin mengetahui kelanjutan cerita ini💌
+17 tane daha