xirofie's fav
4 stories
Puspitaku Seroja by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 15,376
  • WpVote
    Votes 2,754
  • WpPart
    Parts 22
"Dengan restu sekian alam, aku terima kau menjadi isteriku, wahai Seroja." Mimpi itu terasa terlalu nyata untuk dipanggil mimpi. Seakan aku berdiri di hadapan seseorang yang melafazkan akad itu kepadaku. Namun, mimpi tetaplah mimpi. Siapalah yang sudi memperisterikan wanita seperti aku? Gadis berkulit gelap yang sering menjadi bahan sindiran di Kampung Cendana. Sejak pemergian ayahku, Pak Pekin, hidupku mula dihantui perkara-perkara yang sukar dijelaskan. Hampir setiap malam, seekor harimau muncul dalam lenaku. Anehnya, ia tidak pernah mengaum atau menerkam. Bahkan hanya berdiri di balik kegelapan, memandangku dengan renungan yang sarat makna yang tidak mampu aku tafsirkan. Esoknya aku menemui seorang jejaka yang terdampar di tebing sungai selepas hujan lebat melanda. Aku percaya perahunya karam dibawa arus deras malam sebelumnya. Atas rasa belas, aku membawanya pulang untuk dirawat. Tubuh lelaki itu dipenuhi parut-parut lama. Wajahnya tampan, tetapi matanya menyimpan seribu rahsia. Entah siapa dirinya, dan entah apa tujuan sebenar dia datang ke Kampung Cendana. "Apa yang kau cari di Kampung Cendana ini sebenarnya?" - Seroja "Isteriku. Aku datang untuk membawa dia pulang." - Jejaka Misteri Aku tidak tahu sama ada dia berkata benar atau sebaliknya. Namun jika benar dia sudah beristeri, wanita itu pasti sangat bertuah. Walaupun menjadi pujaan hampir setiap anak dara di Kampung Cendana, lelaki itu tidak pernah mengambil kesempatan. Dia menjaga pandangannya sebaik mungkin dan tidak pernah melayan perhatian yang diberikan kepadanya. "Kau tak rasa pelikkah dengan jejaka dari kampung seberang itu? Dengan anak dara lain dia tak pernah memandang, tetapi dengan Seroja, tak pernah pula matanya lari." - Nasir "Kenapa kau kena peduli. Cemburukah?" -Sulong Siapakah sebenarnya jejaka misteri itu? Dan mengapa setiap kali dia memandangku, aku merasakan seolah-olah kami pernah saling mengenali... jauh sebelum aku dilahirkan ke dunia ini?
Belongs To Mr Psycho by AireenAryana
AireenAryana
  • WpView
    Reads 6,419
  • WpVote
    Votes 198
  • WpPart
    Parts 10
Bagi Tan Sri Nazin, Nur Hawa Khadijah merupakan berlian yang hampir rapuh. Apatah lagi setelah kehilangan deria penglihatan akibat kemalangan jalan raya yang meragut nyawa kedua orang tuanya. Sebagai seorang datuk, Tan Sri Nazin menjaga Hawa umpama seorang puteri. Disayangi, dilindungi dan diberikan kehidupan yang serba serbi sempurna. Setelah Tan Sri Nazin meninggal dunia, Hawa diangkat menjadi pewaris empayar perniagaan arwah datuknya. Tapi bagaimana dia mahu menguruskan Zin Corporate dengan keadaannya yang hampir buta? Musuh perniagaan semakin menunjukkan taring, mahu menjatuhkan empayar yang dibina oleh Tan Sri Nazin. Tiada siapa yang takut dengan gadis buta seperti Hawa. Ekonomi Zin Corporate semakin goyah. Kerana tiada pilihan, Hawa menerima lamaran Asyraf Galileo. Dia meletakkan harapan agar Asyraf berjaya memulihkan Zin Corporate. "Betul ke arwah datuk saya pernah minta awak untuk jadi suami saya?" "Ya." Ikatan perkahwinan tanpa didasari oleh cinta, hanya berlandaskan urusan perniagaan semata-mata. Adakah Hawa masih boleh menggapai rasa bahagia? Bagi Asyraf, perkahwinan mereka berdua tidak akan kekal. Dia sudah punya wanita lain yang jauh lebih sempurna. Mandy tidak pernah gagal menjadi trofi kebanggaannya. Cuma kenapa hati Asyraf sentiasa berbelah bahagi berhadapan dengan si isteri? "Hawa... You have me." Ketika Hawa sedar dia bukan pilihan Asyraf, ketika Hawa tahu tujuan Asyraf berada di sampingnya, dia terbangun dari lena yang panjang. Tiada siapa yang ikhlas memanjakan dirinya selain arwah Tan Sri Nazin! Pengkhianatan Asyraf tidak mampu diterima. Walau cintanya utuh, dia perlu berundur sebelum maruahnya benar-benar tersungkur. "Kita bawa haluan masing-masing. Jangan cuba dekati I. Kita dah tak ada apa-apa." Hawa parah dan pasrah. Tetapi bagaimana dengan Asyraf pula?
𝐇𝐞𝐫 𝐥𝐚𝐬𝐭 𝐰𝐢𝐬𝐡𝐞𝐬 [COMPLETED] by Cottoncandy_05
Cottoncandy_05
  • WpView
    Reads 1,134,401
  • WpVote
    Votes 49,989
  • WpPart
    Parts 52
First vol under 𝐂𝐫𝐮𝐞𝐥 𝐀𝐧𝐠𝐞𝐥𝐬 𝐬𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 [Not all love story is perfect like that damn fairy tales books] Tengku Shah Hayyes- Bakal CEO H.R company yang amat terkenal dengan sifatnya yang selalu keluar masuk kelab malam, kaki perempuan, mabuk sana sini dan selalu menganggur sahaja. Darya Amara- Seorang gadis yang dipandang sempurna kerana dilahirkan di dalam keluarga berada. Hakikatnya, kehidupan sebenar gadis itu bagaikan dikurung dalam sangkar burung oleh ibunya sendiri selepas satu insident buruk yang menimpa ketika dia berumur 10 tahun. Dua insan yang disatukan atas dasar keluarga. "𝐘𝐨𝐮'𝐫𝐞 𝐭𝐡𝐞 𝐨𝐧𝐥𝐲 𝐨𝐧𝐞 𝐰𝐡𝐨 𝐜𝐚𝐧 𝐬𝐚𝐯𝐞 𝐦𝐞" -𝒟𝒶𝓇𝓎𝒶 𝒜𝓂𝒶𝓇𝒶 Cinta? Love is the reason why there's pain. "𝐀𝐫𝐞 𝐲𝐨𝐮 𝐬𝐮𝐫𝐞? 𝐃𝐨𝐧'𝐭 𝐲𝐨𝐮 𝐤𝐧𝐨𝐰 𝐭𝐡𝐚𝐭 𝐲𝐨𝐮'𝐫𝐞 𝐚𝐜𝐭𝐮𝐚𝐥𝐥𝐲 𝐜𝐡𝐨𝐬𝐞 𝐭𝐡𝐞 𝐰𝐫𝐨𝐧𝐠 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐨𝐧" -𝓣𝓮𝓷𝓰𝓴𝓾 𝓢𝓱𝓪𝓱 𝓗𝓪𝔂𝔂𝓮𝓼 Si gadis mengingatkan selepas dia berkahwin dengan Hayyes hidupnya akan berubah dan akhirnya dia dapat mengecapi bahagia yang dia inginkan. Tetapi sebaliknya, dia telah masuk ke dalam neraka ciptaan suaminya sendiri. Dapatkah Darya melalui hidupnya dengan normal semula? Atau akan ada seorang Knight in the shining armour datang menyelamatkannya. Start: 6 September 2022 End: 8 March 2025 Best Rankings✨ #1 in revenge #1 in arrange marriage #1 in tragedy #2 in plot twist #
Isteri Mr Chen ✔ by AireenAryana
AireenAryana
  • WpView
    Reads 109,662
  • WpVote
    Votes 4,728
  • WpPart
    Parts 10
😎 Mr Chen tu, mulut dia pedas 👑 8 #shortstory on 30 Januari 2019 👑 4 #shortstory on 6 Januari 2019 👑 2 #shortstory on 22 Feb 2019 👑 1 #shortstory on 28 Feb 2019 👑 10 #wattys2019 on 20 Mac 2019