Andriana23's Reading List
200 stories
Cinta Hati Raid Mateen by AISHSUHAIMI
AISHSUHAIMI
  • WpView
    Reads 125,002
  • WpVote
    Votes 3,881
  • WpPart
    Parts 75
Di usianya yang masih awal, dia sudah bergelar tunangan orang. Namun, hanya untuk beberapa ketika. Dia diputuskan tanpa dia tahu yang dia sudah diputuskan. Kecurangan seorang lelaki bersama sahabatnya memberi kesan kepada hatinya. Ain Nadhirah, pilihannya. Aku terima dan aku reda. Dia bukan untuk aku. "Saya nak awak tahu, saya mencintai awak seorang saja, Aisy Afiya. Sayang tunggu ye. Habis training kita kahwin." - Amar Zuhal. Janji yang hanya tinggal janji. **** Namun, perginya dia bukan bermakna hatinya tidak layak dimiliki lelaki lain. Raid Mateen, seorang Kapten. Raid Mateen yang mulanya hanya seorang pendengar kepada Aisy Afiya mahukan hubungan yang lebih mesra. "Raid Mateen, bukanlah seorang yang sempurna. Tapi, dia akan cuba jadi sempurna untuk bidadari yang ditakdirkan untuknya." -Raid Mateen "Maksud Tuan Raid? Tuan Raid nak promot diri sendiri ke ni?" -Aisy Afiya "Macam tu lah lebih kurang. Cik Aisy berminat?" -Raid Mateen. Biarpun begitu, umpama sudah jatuh ditimpa tangga. Sekali lagi, lelaki yang dicintainya pergi menghilang membuatkan hatinya sukar menerima lelaki lagi melainkan pilihan keluarganya. Iya, pilihan keluarga. Tetapi siapa je tahu jodoh yang tertulis, dia kembali. "Saya minta maaf. Saya tak ada niat untuk tinggalkan Cik Aisy. Saya minta sangat Cik Aisy percayakan saya. Percayakan keikhlasan saya untuk menghalalkan Cik Aisy." "Saya janji akan mencintai Cik Aisy sampai saya mati." Dalam mencari kebahagiaan, dugaan demi dugaan yang datang. Mampukah mereka menghadapinya dengan tenang? Akankah berkekalan mahligai yang dibina? Masih adakah peluang untuk Aisy Afiya merasakan kebahagiaan?
Mrs. Izrel  by thelesyeuxdelily
thelesyeuxdelily
  • WpView
    Reads 78,667
  • WpVote
    Votes 1,539
  • WpPart
    Parts 13
[ON-GOING] Antara perasaan yang tidak harus. ⚠️PLAGIAT DILARANG KERAS ⚠️ Published: 8November2023. ©Thelesyeuxdelily 2023, 2024.
Mrs. Zarel : The Devil's Possession by thelesyeuxdelily
thelesyeuxdelily
  • WpView
    Reads 1,053,140
  • WpVote
    Votes 48,135
  • WpPart
    Parts 55
[ON-GOING] [UNEDITED] Known as Her Broken Destiny Click read for blurb. PLAGIAT DILARANG KERAS⚠️ #1 in 2022 [04. 02. 2022.] Published:21Januari 2022 Start:30Januari2022 End: ©Thelesyeuxdelily 2022
JANGAN HAMPAKAN CINTAKU [COMPLETED] by roseerly
roseerly
  • WpView
    Reads 96,981
  • WpVote
    Votes 2,329
  • WpPart
    Parts 45
⚠️ Cerita ini ditulis semasa author baru melangkah ke alam sekolah menengah. Jangan berharap akan kesempurnaan. ⚠️ Jalan cerita mungkin memeningkan dan tidak masuk akal. NAURAH LUTHFYA, seorang wanita yang selalu ditimpa musibah. Kehilangan orang tersayang ialah perkara pertama yang menyakiti hatinya. Dipukul dan dihina ialah perkara kedua. Manakala, dikhianati oleh orang yang dia paling percayai ialah perkara ketiga. Siapa sangka? Disebalik senyuman manis yang bertakhta di bibir itu, terselit luka yang tidak akan pernah hilang dari hatinya. TENGKU ZAFREL ARASH pula ialah lelaki dingin pertama yang pernah dia jumpai. Sikap lelaki itu yang dingin bagaikan Gunung Everest amat menyakitkan hatinya. Ditanya sepatah, dijawab pula sepatah. Namun, tiada siapa menyangka bahawa jodohnya bersama dengan lelaki dingin itu. Perkahwinan paksa itu telah mengubah segala-galanya. "Mungkin ini pertemuan terakhir kita" -Haqq Luqman. Niatnya untuk berumah tangga bersama dengan orang yang dia cintai telah hancur begitu sahaja. Pada mulanya, dia menyangka bahawa sikap Zafrel akan berubah selepas berkahwin dengannya. Namun, tidak. "Nama kau tak pernah terukir di dalam hati aku" -Tengku Zafrel Arash. Akibat satu tragedi yang hampir meragut nyawa seseorang, sikap lelaki dingin itu berubah 360 darjah. Bunga yang layu semakin mekar. Namun, kemunculan orang ketiga telah memusnahkan segala-galanya. "I will get you... You're mine" -misteri. Adakah mereka dapat mengekalkan rumah tangga mereka yang hampir musnah itu? Adakah bunga yang mekar akan layu kembali? "Kini aku sedar bahawa kaulah cinta pertama dan cinta terakhirku"
CINTA MATIKU by Mrs_pororo
Mrs_pororo
  • WpView
    Reads 840
  • WpVote
    Votes 29
  • WpPart
    Parts 47
ATTENTION‼️ CERITA INI MENGGUNAKAN BAHASA NEGERI TERTENTU! AISHA MIKAYLA. Namanya indah, namun kehidupannya tidak sama sekali. Dari kecil tidak pernah tahu apa itu erti dari keluarga. Apakah seorang ibu harus membesarkan anak seorang diri tanpa ayah? Tidak. Dia tidak tahu. Disebabkan trauma yang sentiasa menghantui, dia tidak mahu berkahwin. Bagaimana jika suaminya nanti sama seperti ayahnya? Apakah hidupnya harus berakhir seperti ibunya juga? "Mikayla mahal, layaknya pertama. Dan Ash pun tahu, bukan mudah untuk mendapatkan permata." Dibalik semuanya, siapa sangka Tuhan telah menulis takdir yang indah buatnya? Pada awalnya mereka terikat kerana persamaan. Namun pada akhirnya mereka berkahwin. Didalam hubungan perkahwinan itu, tumbuh rasa cinta yang indah. "Selagi aku mampu, aku akan uruskan semuanya." Namum dibalik keindahan itu, diberi ujian dimana si jejaka memiliki sakit yang teruk. Jejaka itu sakit tanpa memberitahu isterinya sendiri. Arash Iskandar. Itulah sifatnya yang suka mengurus diri sendiri. "Saya percaya awak akan sembuh.. saya nak awak selalu ada dengan saya.. jangan tinggalkan saya." Namun bagi Arash, jika sudah tertulis takdir bahawa dia tidak akan lama, dia tetap akan meninggal meski harus menjalani pembedahan. "Hanya awak yang layak di hadapan saya untuk saya mengakui cinta saya padanya." Mencintai itu berat jikalau orang yang kita sayang perlu meninggalkan kita. Saksikan hanya di Cinta Matiku yang dikarang oleh Mrs_pororo
THB [Treat Her Better] by MissBlushing_
MissBlushing_
  • WpView
    Reads 662,296
  • WpVote
    Votes 17,611
  • WpPart
    Parts 62
Kereta di parkir di bawah porch. Enjin dimatikan. Orang yang berada di sebelah dikerling. Boleh tidur pula dia ni, ujar Zayyan Mateen dalam hati. Zayyan Mateen memusingkan sedikit tubuh agar menghadap wajah isterinya. Dengkuran halus yang kendengaran itu membuatkan bibirnya tersenyum. "What should I do with you Humaira?"Pipi mulus itu diusap. Dia tak pernah ada kekasih apatah lagi bercinta. Selama hidupnya, dia hanya kisahkan pada diri sendiri. Tak pernah fikir tentang hidup berpasangan. Tetapi, dalam sekelip mata. Statusnya kini sudah berubah sejak bertemu dengan wanita ini. "Bolehkah perkahwinan kita ini berjaya?" Sebenarnya dia takut juga saat membuat keputusan untuk berkahwin. Dia takut tak mampu untuk jalani tanggungjawab dengan baik. Paling dia takut andai orang yang dia sayang berada dalam bahaya. Dia sedar akan risiko pekerjaannya itu. Sayang? Benarkan sudah hadir rasa sayang dalam diri untuk isterinya ini? Atau hanya kerana simpati? Dia sendiri keliru dengan perasaan sendiri. Dia tak pernah rasa apa itu kemanisan bercinta. Dia tak pernah belajar dan tak pernah diajar. Tangan dijatuhkan dari terus mengusap pipi itu. Dia melepaskan keluhan lalu membuka pintu kereta. Dia berjalan ke arah pintu penumpang dan dengan perlahan-lahan tubuh wanita itu dicempung. Pintu kereta ditolak dengan kaki. ...... Nak tahu kelanjutan kisah mereka, jangan segan-segan untuk singgah ke sini... Selamat Membaca "Treat Her Better"
ISTERI TUAN GHIBRAN  by cweetiee
cweetiee
  • WpView
    Reads 1,962,401
  • WpVote
    Votes 141,416
  • WpPart
    Parts 44
She is mine❞ "Tuan muda, puan buat hal lagi dia curi ayam jiran." Menjadi suami seorang gadis yang nakal memang pilihan nya namun menjaga gadis itu bukan lah sesenang yang disangkakan oleh nya. "Tuan muda tuan muda eh tak sedar ker diri tu dah tua orang asyik panggil tuan muda."- Dahlia umairah. "Yang kau panjat pokok kelapa jiran tu dah kenapa? nak mati !" -Emir Ghibran iskandar Hari demi hari bersama isteri kecil nya, rasa sayang mulai pun hadir antara mereka. "Awak tau beza awak dengan monyet? Dia monyet, awak buaya." Dia gadis pertama yang mencuit hatinya dan juga merupakan wanita pertama yang menakluki seluruh jiwanya. "Jangan cakapkan itik ayam pun kejar saya tau, kira untung awak dapat memperisterikan saya." Cinta ini milik mereka kerana, Tuan Muda hanya untuk Puan senget ! Warning⚠️ [Typo dimana-mana] [Have many harsh word] [cliche&cliche] [Broken grammar] Start :21/3/2022 End :
C | HER FAVORITE OCEAN  by Lxyhavreb_
Lxyhavreb_
  • WpView
    Reads 80,915
  • WpVote
    Votes 2,638
  • WpPart
    Parts 59
Ryden Ashford x Evelyn Hayes Evelyn Hayes ialah seorang wanita yang paling kuat walaupun dia selalu di benci, di hina dan di maki oleh orang sekelilingnya. Termasuk keluarganya. Tetapi Evelyn Hayes tak pernah sekali pun untuk membalas dendam kepada mereka. Dia memendam semuanya kesakitan yang dia dapat dari orang sekelilingnya. Ryder Ashford ialah seorang lelaki yang berani untuk menghadapi cabaran dan ujian. Dia dari keluarga kaya raya dan penuh kasih sayang yang diberi oleh keluarganya. Ryder Ashford jugak ialah seorang yang berkerjaya di seluruh negara. "I love you, My Doraemon!" - Evelyn Hayes "I love you more, My Ocean." -Ryden Ashford
Forever Isn't What We Promised by moonlightlavh
moonlightlavh
  • WpView
    Reads 980,269
  • WpVote
    Votes 66,010
  • WpPart
    Parts 95
[stand alone] Perkahwinan mereka tidak pernah lahir daripada cinta, sebaliknya tercipta daripada kepentingan dan satu kontrak yang menjadikan dua manusia sebagai alat rundingan antara keluarga dan empayar perniagaan. Hazran Qarizh dan Nadrra Kysha disatukan bukan kerana mereka saling memilih, tetapi kerana pilihan telah dirampas lebih awal daripada mereka berdua. Dua tahun. Bagi Nadrra, perkahwinan ini adalah penjara yang tidak pernah dia setujui. Bagi Hazran, ia adalah tanggungjawab yang dia tidak dapat elakkan. Namun dalam dunia yang mereka hidup, kehendak peribadi tidak pernah lebih penting daripada tanggungjawab yang diwariskan. "Don't expect love from this marriage." Namun perasaan tidak pernah tunduk kepada kontrak, dan emosi tidak pernah akur pada tarikh yang telah ditetapkan. "And when this ends... what happens to us?" "Nothing." Perkahwinan ini tidak dicipta untuk selamanya. Ia hanya wujud untuk dipenuhi, bukan untuk diperjuangkan. Kerana selamanya itu, tidak pernah dijanjikan. Hati yang tinggal dalam jasad diri juga bukan milik mutlak manusia, bahkan perasaan yang datang adalah pinjaman dari yang Maha Esa. Apa manusia tetap angkuh merangka takdir, menyangka dia tahu segalanya, sedangkan dia hanyalah sekadar hamba yang mengikut jalan cerita Tuhannya.
[ C ] | Rayyan Ardel Shah: The Annoying Bodyguard Husband [BAKAL TERBIT 2026] by Qstnaafrn
Qstnaafrn
  • WpView
    Reads 709,846
  • WpVote
    Votes 26,617
  • WpPart
    Parts 58
Elara Saffiya, seorang gadis berumur dua puluh lima, hidup bebas mengikut rentak sendiri: tanpa peraturan, tanpa sekatan, dan tanpa sesiapa mampu menundukkannya. Namun, satu perintah daripada ayahnya, Dato' Seri Zayden Khalid, mengubah seluruh dunia Elara. Perkahwinan yang dijanjikan sebagai hukuman dan bukannya cinta membuatnya terperangkap dalam ikatan yang bukan dipilih sendiri. "Papa dah bagi amaran dulu. Sekarang kamu dah calarkan maruah papa lagi sekali. So this time, no more warnings. This is the only way to make you learn." - Dato' Seri Zayden Khalid Rayyan Ardel Shah, pengawal peribadi Dato' Seri Zayden Khalid; lelaki dingin yang muncul tanpa amaran, bukan sahaja bakal menuntut haknya sebagai suami, tetapi juga menjadi pengawal, penguji, dan guru tanpa belas kasihan. Tingkahnya tenang, kata-katanya tajam, dan matanya mampu menembusi dinding ego Elara yang selama ini kukuh. "Kalau bukan sebab bapak kau, aku lagi rela kahwin dengan kuda kat kandang belakang ni daripada kahwin dengan kau yang mulut macam bontot kuda pakai sarung nangka. Tak ada beza," - Rayyan Ardel Shah Setiap hari bersama Rayyan adalah peperangan diam, pertukaran kata-kata kasar yang sarat sindiran, dan ujian sabar yang memaksa Elara menilai semula segala prinsip dan kebebasannya. Dalam rumah kampung lama yang jauh dari gemerlap dunia kota, Elara terpaksa menghadapi realiti baru: kemewahan bukan lagi ukuran, ego bukan jawapan, dan cinta tidak semestinya hadir di permulaan. Dari pertengkaran yang pedas hingga malam yang sepi, setiap detik mengajar Elara satu perkara; bahawa untuk belajar tunduk pada hati, kadang-kadang perlu membiarkan diri tersakiti terlebih dahulu. "Aku sumpah... aku akan pastikan kau menyesal. Kau takkan mampu untuk simpan aku, Rayyan. Kau yang akan lepaskan aku sendiri. Ingat tu!" - Elara Saffiya Apakah Elara mampu mengekalkan identiti dan kebebasannya, atau dia akan rebah di bawah kuasa Rayyan yang dingin tapi misteri? Start: 6 JAN 2026 End: 22 MAC 2026