Harley_Venom's Reading List
174 قصة
BELLINA. بقلم PoisonAnggeric_
PoisonAnggeric_
  • WpView
    قراءات 4,427
  • WpVote
    تصويتات 354
  • WpPart
    فصول 12
Proudly presenting~ 🌹BELLINA. Sinopsis. Bellina Anggeric-seorang remaja berusia 16 tahun yang bijak pandai serta penuh bakat.Dia dikenali sebagai murid cemerlang dalam bidang akademik mahupun kokurikulum di sekolahnya. Menjelang usia 17 tahun,Bellina menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dan berjaya meraih keputusan yang sangat gemilang. Di mata orang sekeliling, Bellina memiliki minda yang cerdas dan mental yang sangat stabil kerana mampu mengimbangi pelajaran serta aktiviti luar dengan sempurna. Bagi mereka, kehidupan Bellina pastinya indah dan tanpa cela. Namun, adakah persepsi itu benar? Adakah dia benar-benar menjalani hidup sebaik yang digambarkan oleh masyarakat? Edriel D'Tarmizy-Dingin.Satu perkataan itu sudah cukup merumuskan keseluruhan keperibadiannya. Dia bersikap kasar,menjauhi wanita,gemar menyendiri dan sering tampak tenang tanpa emosi. Edriel juga seorang gila kerja, atau sering disebut workaholic.Hariannya dipenuhi dengan urusan kerja sehingga pejabatnya sendiri sudah dianggap sebagai rumah kedua.Tidak dapat disangkal kepintarannya pada usia muda 22 tahun, hotel dan kafe miliknya beroperasi dengan jaya tanpa sebarang bantuan daripada bapanya.Segala rutin hidupnya mula berubah apabila nama Bellina Anggeric mula tertanam di hatinya. "Kenapa kau panggil aku pakcik?" -Edriel D'Tarmizy- "Sebab pakcik dah tua.Muka pun macam pakcik-pakcik." -Bellina Anggeric- "Excuse me?Are you kidding me, Anggeric?" -Edriel D'Tarmizy- HAPPY READING SAYANG II SEKALIAN💋🌹
[C] Qaiser:Sempurna tanpa syarat  بقلم Nuratikahtarmizi
Nuratikahtarmizi
  • WpView
    قراءات 1,005
  • WpVote
    تصويتات 150
  • WpPart
    فصول 41
Qaiser Hariz, seorang pemuda berkelulusan Teknologi Maklumat, kini bekerja sebagai System Analyst di sebuah syarikat teknologi terkenal. Dia memiliki personaliti yang gembira dan santai, berdikari, dan tetap manja dengan mamanya. Minatnya pada dunia motor sportbike membuatkan dia seorang lelaki yang gigih bekerja demi mencapai impiannya. Namun, takdir menemukan kembali Qaiser dengan cinta zaman sekolahnya, Nurin Izzati seorang gadis yang diuji dengan kehilangan ibu, ayah yang meninggalkan tanggungjawab setelah ibunya meninggal, dan terpaksa menjaga adik perempuan yang menghidap penyakit Sindrom Down. Nurin membesar dalam kekurangan, hanya sempat belajar hingga SPM, dan terpaksa bekerja keras demi menyara keluarganya. Pertemuan semula mereka di tempat kerja membawa kembali kenangan lama, namun jurang kehidupan membuatkan Nurin berasa tidak layak untuk berdamping dengan Qaiser. Dia cuba meletakkan jurang apabila Qaiser cuba mendekatinya. Sifatnya berubah apabila kehidupan mengajarnya untuk tidak percaya pada insan bernama lelaki. Bagi Qaiser, kesempurnaan tidak diukur melalui wang, pangkat, atau darjat cukuplah dengan hati yang setia. Namun, cinta mereka diuji apabila realiti kehidupan menuntut pengorbanan. Adakah cinta itu akan cukup kuat untuk menepis segala perbezaan... atau akan hancur kerana masa depan yang tidak berpihak pada mereka?
C |  BAD GIRL بقلم xyz1580
xyz1580
  • WpView
    قراءات 214,556
  • WpVote
    تصويتات 8,294
  • WpPart
    فصول 50
Andrea Collins. Dia memang seorang yang cantik, bermata biru kelabu, berambut putih panjang, dan kecil molek je. Ketua mafia. Muka memang cantik tapi perangainya Ya Allah macam syaiton nirrojim. Adryan Rayyan. Dia ni? Nak kata playboy tu sangatlah mustahil sebab dia tak pernah bercinta pun. Rupa? Handsome sangat! Harta? Anak jutawan tu. Dia juga menyimpan rahsia besar atau darkside dia sendiri yang tak de orang pun tahu. Dan disebabkan title anak jutawan tu la dia diculik. Bukan culik biasa tau. Adryan hampir mati. Tapi disebabkan tu jugak Adryan berjumpa dengan Andrea yang batu. "Aku tak tahu kenapa author ni nak sangat buat cerita pasal aku dengan Mamat tu. Buang masa je. Baik aku bereskan semua kerja aku."- Andrea Collins. " Dia cantik, sangat cantik, gila bapak babi cantik Ah senang cita. Tapi tu la, kasar sangat pulak dah. Nak buat macam mana, hati dah terpaut la sayang."- Adryan Rayyan. "EH babi ni, kau pergi mati sana. Tak da masa aku nak layan kau. Aku bunuh Kang arwah dah."-Andrea Collins. Start; 2 february 2019 End; 6 Julai 2019 I'm just a human being. Kalau you tak suka cerita I jangan baca. If niat you nak mengkritik, left my book alone. If you nak kenal, hi there. Sending virtual love to y'all.
+5 أكثر
Mr. Mafia CEO | C بقلم _VelvetAurora
_VelvetAurora
  • WpView
    قراءات 126,731
  • WpVote
    تصويتات 2,291
  • WpPart
    فصول 43
Tengku Aqeef Nikael. CEO muda Royal Crest Realty, tokoh besar dalam industri hartanah dan pembinaan di Malaysia serta Singapura. Di mata dunia, dia seorang pemimpin berwibawa, berkarisma dan penuh pengaruh. Namun, hakikat yang tidak diketahui oleh sesiapa, termasuk keluarganya sendiri, dia menyimpan rahsia gelap. Di sebalik wajah CEO ternama itu, Tengku Aqeef Nikael adalah seorang gengster, lebih tepat lagi seorang mafia. Rahsia itu hanya dikongsi bersama dua sahabat rapatnya yang turut hidup dalam dunia yang sama. Perwatakan Tengku Aqeef Nikael jauh menyimpang daripada imej seorang pewaris korporat. Sikapnya dingin, berhati beku, dengan wajah bengis yang lebih sesuai dipadankan dengan dunia gelap yang dikuasainya, bukan kerusi empuk CEO. Berbeza pula dengan Fayqa Izzhany. Gadis periang yang tidak pernah lekang dengan senyuman, hidupnya sederhana namun penuh warna. Dia mengusahakan sebuah kafe bernama Lavendar Café bersama dua sahabat merangkap sepupunya. Dunia Fayqa Izzhany jauh dari kelam, penuh dengan aroma kopi, tawa dan kehangatan persahabatan. Pertemuan Tengku Aqeef Nikael dan Fayqa Izzhany seringkali menjadi bahan bualan. Mereka berdua ibarat langit dan bumi, terlalu berbeza, seolah mustahil untuk sehaluan. Namun tanpa diduga, perancangan dua keluarga besar, Tengku Azman dan Dato' Farid, mahu menyatukan mereka dalam ikatan perkahwinan. Apakah yang bakal terjadi bila lelaki berdarah dingin itu dipertemukan dengan gadis penuh cahaya? Mampukah cinta berputik antara mereka apabila terpaksa duduk sebumbung, atau rahsia gelap dunia mafia akan meranapkan segalanya? 13/09/2025 ~ 31/10/2025
5. THE SILENT GIRL [C] بقلم Athrshaa
Athrshaa
  • WpView
    قراءات 666,602
  • WpVote
    تصويتات 40,693
  • WpPart
    فصول 69
Highest #1 in Sad TRIO GIRL TG dianggotai tiga orang gadis berperwatakan nerd dan selalu di buli. Namun mereka masih bersikap sopan santun walaupun dipijak dihina oleh pelajar Lavender Highschool. Kedatangan Badboy ke sekolah itu membuatkan rekod disiplin bertambah teruk. Yang membuatkan semua pelajar Lavender Highschool terkejut adalah personaliti TG yang berubah 360° secara tiba tiba itu menjadi tanda tanya siapa TG sebenarnya. Semuanya akan terungkap dalam THE SILENT GIRL. ⚠️ mempunyai kata kata kasar ⚠️ mempunyai typo ⚠️100% idea author ⚠️ DILARANG UNTUK COPY! ⚠️ Matured content ⚠️15+ ⚠️ Mempunyai keganasan Start :27 October 2021 End :15 Disember 2021
[ C ] | Rayyan Ardel Shah: The Annoying Bodyguard Husband [BAKAL TERBIT 2026] بقلم Qstnaafrn
Qstnaafrn
  • WpView
    قراءات 706,464
  • WpVote
    تصويتات 26,520
  • WpPart
    فصول 58
Elara Saffiya, seorang gadis berumur dua puluh lima, hidup bebas mengikut rentak sendiri: tanpa peraturan, tanpa sekatan, dan tanpa sesiapa mampu menundukkannya. Namun, satu perintah daripada ayahnya, Dato' Seri Zayden Khalid, mengubah seluruh dunia Elara. Perkahwinan yang dijanjikan sebagai hukuman dan bukannya cinta membuatnya terperangkap dalam ikatan yang bukan dipilih sendiri. "Papa dah bagi amaran dulu. Sekarang kamu dah calarkan maruah papa lagi sekali. So this time, no more warnings. This is the only way to make you learn." - Dato' Seri Zayden Khalid Rayyan Ardel Shah, pengawal peribadi Dato' Seri Zayden Khalid; lelaki dingin yang muncul tanpa amaran, bukan sahaja bakal menuntut haknya sebagai suami, tetapi juga menjadi pengawal, penguji, dan guru tanpa belas kasihan. Tingkahnya tenang, kata-katanya tajam, dan matanya mampu menembusi dinding ego Elara yang selama ini kukuh. "Kalau bukan sebab bapak kau, aku lagi rela kahwin dengan kuda kat kandang belakang ni daripada kahwin dengan kau yang mulut macam bontot kuda pakai sarung nangka. Tak ada beza," - Rayyan Ardel Shah Setiap hari bersama Rayyan adalah peperangan diam, pertukaran kata-kata kasar yang sarat sindiran, dan ujian sabar yang memaksa Elara menilai semula segala prinsip dan kebebasannya. Dalam rumah kampung lama yang jauh dari gemerlap dunia kota, Elara terpaksa menghadapi realiti baru: kemewahan bukan lagi ukuran, ego bukan jawapan, dan cinta tidak semestinya hadir di permulaan. Dari pertengkaran yang pedas hingga malam yang sepi, setiap detik mengajar Elara satu perkara; bahawa untuk belajar tunduk pada hati, kadang-kadang perlu membiarkan diri tersakiti terlebih dahulu. "Aku sumpah... aku akan pastikan kau menyesal. Kau takkan mampu untuk simpan aku, Rayyan. Kau yang akan lepaskan aku sendiri. Ingat tu!" - Elara Saffiya Apakah Elara mampu mengekalkan identiti dan kebebasannya, atau dia akan rebah di bawah kuasa Rayyan yang dingin tapi misteri? Start: 6 JAN 2026 End: 22 MAC 2026
AIDAN LUTFI | HIS LITTLE ANGEL  بقلم mochies_
mochies_
  • WpView
    قراءات 4,677,018
  • WpVote
    تصويتات 279,792
  • WpPart
    فصول 61
Siapa sangka gadis kecil yang bernama Arya Amanda telah menarik perhatian si jejaka mafia Aidan Lutfi namun dibalik muka yang cantik lagikan comel itu , Arya mempunyai penyakit childish. Walaupun umur Arya 20 tahun tetapi daya pemikiran Arya seperti budak 2 tahun Dan paling mengejutkan ialah apabila si ketua mafia yang kejam , Aidan Lutfi mahu menikahi si gadis kecil itu , Arya Amanda "abang hensem tolong sikatkan rambut Arya boleh? ibu dengan ayah kena ikat macam mana nak mintak tolong sikatkan rambut Arya hm" Arya Amanda " babygirl.. " Aidan Lutfi HLA- HIS LITTLE ANGEL
WANITA TUAN GHAZRIL بقلم qashard
qashard
  • WpView
    قراءات 315,217
  • WpVote
    تصويتات 13,828
  • WpPart
    فصول 49
Tuan Ghazril Mikail, si duda terlajak usia yang selalu berwajah masam. Gelaran hot and spicy diusia 39 tahun itu adalah yang tepat untuk Ghazril. Pendek kata, dia adalah lelaki yang sempurna di mata wanita. "Dah 7 tahun kamu menduda, Ghaz. Fikir-fikirkanlah mana yang terbaik." ―PUAN SRI MAISARAH "Pintu hati ni dah tutup serapat-rapatnya. Takkan ada sesiapa yang boleh isi tempat Suri." ―GHAZRIL MIKAIL Dinginnya Ghazril berbicara tentang membina mahligai baru membuatkan Puan Sri Maisarah buntu untuk memujuk anaknya lagi kerana dalam diam, Ghazril tetap setia menjadi perindu pada arwah isterinya, Suri Sophea. "Oh, my gucci! Sejak bila dunia ni ada uncle yang segak dan kacak macam ni!" ―SEROJA MIKAYLA Cinta tak mengenal usia, kalau tidak takkanlah seorang gadis yang bernama Seroja Mikayla begitu berani menyatakan hasratnya tulus mencintai lelaki seperti Ghazril Mikail. "Apa yang susah sangat awak nak terima hakikat ni? Saya ni duda anak satu, umur pun dah terlajak!" ―GHAZRIL MIKAIL Namun Ghazril tegas menolak, bahkan perbezaan jarak usia mereka hampir 18 tahun itu membuatkan dia menolak mentah-mentah cinta dari gadis itu. Bagi Ghazril, perempuan itu terlalu kebudak-budakkan dan terlalu mencabar kesabarannya! "Tapi Seroja betul-betul dah cintakan, uncle! Takkan semudah itu Seroja nak mengalah? Cuba uncle bagi ruang pada Seroja untuk buktikan. Manalah tahu kita ada jodoh?" ―SEROJA MIKAYLA Kata orang cinta boleh dipupuk, tak mustahil dengan izin Tuhan cinta itu akan hadir tanpa dipinta. Dan sekelip mata cinta itu juga telah merubah sekeping hati seorang Ghazril Mikail. "Saya dan awak mampu bahagia, Allah yang buka pintu hati saya dan Allah juga yang hidupkan rasa cinta itu dalam hati saya." ―GHAZRIL MIKAIL Perkahwinan yang disangka membawa bahagia cumalah sekadar pinjaman, kebenaran yang terbongkar melukakan hati Seroja. Siapakah Ghazril sebenarnya? Semudah apa rintangan hidup mereka?
HER BEAUTIFUL COMFORT (TERBIT)  بقلم snowdreamm
snowdreamm
  • WpView
    قراءات 999,845
  • WpVote
    تصويتات 8,551
  • WpPart
    فصول 13
[Karya ketiga dari snowdreamm] Status: complete (Former title: Her Beautiful Consolation) Zuha Mahfuzah x Zuhayr Muqri Blurb: Di sebalik senyuman Zuha, tersembunyi luka lama yang masih berdarah. Hidupnya tenang namun seakan sepi, di mana sepi itu lahir dari trauma silam yang tidak pernah pergi. Akan tetapi, kehadiran lelaki asing itu seakan membawa sinar yang dia impikan selama ini. "Bukti pun tak ada. Siapa je nak percaya cakap saya ni?" - Zuha Mahfuzah "Aku. Aku percayakan kau." ‐ Zuhayr Muqri Sepasang mata bundar gadis itu telah berjaya merenggut ketenangan Zuhayr. Pandangan itu penuh luka dan rahsia, membuatkan hatinya terikat oleh rasa ingin melindungi. Lantas, sebuah janji dimeterai walaupun dia sendiri tidak tahu sejauh mana dia mampu untuk menunaikannya. "Janji dengan saya, Zuha. Cari saya setiap kali awak ingin menangis, boleh?" - Zuhayr Muqri Namun takdir tidak pernah berhenti menguji. Saat bahagia mula mekar, rahsia yang sekian lama terkunci akhirnya terbongkar lalu menggoncang segalanya. "Hayr, isteri kamu sebenarnya..." Zuhayr mula dihantui rasa bersalah, sedangkan Zuha kembali terperangkap dalam kegelapan malah semakin tenggelam dalam kerapuhan itu. "Abang, Zuha dah penat sangat. Izinkan Zuha berehat." - Zuha Mahfuzah Apakah rahsia yang disembunyikan oleh Zuha selama ini? Di antara kehilangan dan harapan, mampukah Zuhayr menggenggam kembali tangan yang hampir terlepas? Atau kisah cinta mereka akan karam dalam luka yang tidak pernah sembuh? Start date : 8/9/2023 End date : 1/11/2023