Amor_midnightt
- Reads 1,944
 - Votes 186
 - Parts 20
 
Nayla Danisha Sofea adalah seorang gadis yang lemah lembut tetapi kuat menyembunyikan perasaannya. Sejak kecil dia sering menelan kesedihannya sendiri demi menjaga hati orang lain. Gadis itu membesar dengan mengagumi sahabat baiknya Rayyan Idris Zhafran, tetapi tidak pernah berani mengungkapkan perasaannya.
Dunia gadis itu berubah apabila dia mula mengalami batuk kelopak bunga. Penyakit yang bernama Hanahaki, ia menandakan cinta tidak terbalas. Gadis itu cuba untuk menyembunyikan penyakitnya dengan berpura - pura bahawa semuanya baik - baik saja. Akan tetapi semakin lama semakin banyak kelopak yang keluar sampai ke tahap menyeksa nafasnya.
Namun takdir bukan sesuatu yang boleh dikawal sepenuhnya. Ketika hatinya kosong bahawa akan ada serpihan kenangan mula menghantuinya yang membuatkan gadis itu tertanya - tanya.
Adakah ada sesuatu yang hilang dalam dirinya? 
Rayyan Idris Zhafran seorang lelaki yang ceria dan penuh semangat. Jejaka itu seorang yang mudah didekati. Tetapi disebabkan dia sering kali terlalu sibuk melihat dunia luar sehinggakan gagal untuk menyedari apa yang ada di hadapannya. 
Bagi jejaka itu Nayla adalah seorang sahabat sejati. Gadis itu tempat dia bercerita, berkongsi impian dan bergantung harap. Namun apabila Nayla mula menjauhkan diri, dia tidak mengerti kenapa!
Jejaka itu cuba untuk mengejar Nayla tetapi semakin dikejar semakin gadis itu hilang dari genggamannya.
Hanya selepas pembedahan dilakukan, Rayyan mula merasakan sesuatu yang aneh. Nayla tidak lagi sama seperti dulu. Senyuman gadis itu tidak lagi rasa hangat dan pandangannya yang dulu penuh makna kini kosong.
Kehilangan gadis itu akhirnya membuka matanya. Dia mula menyedari bahawa selama ini, dia mungkin lebih daripada sekadar seorang kawan kepada Nayla. Lebih menyakitkan adalah mungkin dia hanya menyedari hakikat itu terlalu lambat.
Tetapi adakah dia benar - benar terlambat? 
Atau
Masih ada ruang untuk cinta itu tumbuh semula dari kelopak yang telah hilang?