🌙
11 stories
Akadku Namamu by izfrwiza
izfrwiza
  • WpView
    Reads 70,544
  • WpVote
    Votes 2,503
  • WpPart
    Parts 34
"Kita tengok nanti, Faraz. Sama ada aku yang akan bunuh diri sebab bergelar isteri kau atau kau yang akan menyesal separuh mati sebab akad nama aku. Waktu tu kau akan berharap agar masa boleh diputarkan semula supaya kau tak perlu akad nama aku." - Nur Fatimah Audra "Kau jangan berangan aku nak biarkan kau tinggal berasingan dengan aku. Dalam mimpi pun aku tak akan izinkan. Kau kena tinggal bawah satu bumbung dengan aku. Kita akan tidur atas satu katil yang sama, berkongsi selimut yang sama dan makan di meja yang sama. Setiap hari kau perlu rasa terseksa untuk hadap aku, suami kau sendiri." - Safaraz Ali "Kau tahu haram hukumnya bila kita menikahi seorang wanita dengan niat untuk menzalimi dia kan? Jadi aku merayu sangat dekat kau, Faraz. Tolong jangan lukakan bidadari aku. Aku masih sayangkan Audra." - Luth Faeq Kata Faraz, ini adalah nasib aku. Takdir yang aku perlu terima. Tapi bodohlah kalau aku percaya. "Abang tahu kisah kita tak seindah kisah Saidina Ali dan Saidatina Fatimah tapi percayalah, demi Allah abang betul-betul sayang dan cintakan Nur. Sikit pun abang tak meragui perasaan abang." "Janji awak dengan Tuhan untuk jaga saya sebelum ni pun awak boleh buat main. Kalau awak fikir yang saya akan percaya dengan sumpah awak ni, awak silap besar. Ijab dan qabul dalam akad pernikahan itu satu perjanjian yang suci antara awak dengan Tuhan. Tapi sanggup awak akad nama seorang wanita dengan niat yang keji. Wanita yang pernah diratukan oleh ayahnya." Aku sedar. Bukannya aku tidak pernah cinta tetapi dia yang sudah terlalu kerap menyakiti. Menjadi punca aku meragui perasaan sendiri.
LUQMAN ANNASAIE 1 © (TERBIT) by Leena_syiha
Leena_syiha
  • WpView
    Reads 303,917
  • WpVote
    Votes 7,038
  • WpPart
    Parts 19
||||||||||||||||||||||| Ini bukan kisah wali Allah. Bukan juga kisah imam muhaddis. Hanya sekadar sebuah kisah tentang pemuda yang mendambakan syurga. Syurga ibunya dan syurga akhiratnya. Saat hakikat diri ditolak oleh sang ibu, maka hanya tuhan mengetahui keperitan itu. Dan di sini juga kisah di mana dia hendak meraih kembali maaf sahabatnya yang pernah dia khianati satu waktu dahulu. Luqman Annasaie. Warda Ashikin. Ini bukan kisah cinta yang klise untuk ditatap. Sungguh, bukan kisah cinta klise. Tamat pada 4 Mac 2019
LUQMAN ANNASAIE 2 ✔ (TERBIT) by Leena_syiha
Leena_syiha
  • WpView
    Reads 377,763
  • WpVote
    Votes 539
  • WpPart
    Parts 7
Bumi Madinah. Setelah setahun pulang ke tanah air, akhirnya Luqman kembali ke negeri keduanya ini. Kali ini berbeza kerana dia tidak lagi sendirian. Punya isteri di sisi bersama kedua-dua orang tuanya, juga Tuk Ikram pencinta al-Quran. Bertemu dengan Ameer menjadi sesuatu yang sangat dirindui Luqman. Gembira dapat kembali bertemu sahabatnya itu. Namun, pertemuan dengan Dr Mughirah mengubah segalanya. Persahabatan yang sedia bersalut curiga kini bertambah-tambah barahnya. "Ini saya, Luqman... Dr Mughirah, lelaki yang jalankan pembedahan kamu pada tahun 2011. Kamu tidak ingat saya?" - Dr Mughirah Ameer rupa-rupanya menyembunyikan sesuatu yang sangat besar daripadanya. Sesuatu yang disimpan lapan tahun lamanya. "Ingatan aku hak aku. Kau tak patut kawal hidup aku, Ameer!" - Luqman Annasaie "Kalau begitu, kau akan berasa jijik dengan diri sendiri hingga akhir hayat! Hatta aku dapat rasa yang kau tak akan sanggup untuk balik ke kampung kerana berasa terlalu jijik!" - Ameer Uthman Ashikin menyaksikan kekusutan Luqman. Melihat tangisan Luqman setiap malam. Dia sendiri tidak mengerti kenapa dengan Luqman. "Janji dengan saya untuk terima saya seadanya." - Luqman Annasaie "Awak patut tahu, sebenarnya saya yang selalu rasa tak layak bila duduk dengan awak." - Warda Ashikin Rahsia demi rahsia terbongkar. Membarahkan luka yang tersimpan dalam memori lama yang sudah hilang. Rahsia yang dipegang sahabat itu rupa-rupanya sangat melukakan. "Kisah ini sangat pahit untuk kau, Luqman." - Ameer Uthman "Walau apa pun yang berlaku, awak tetap suami saya dunia akhirat." - Warda Ashikin "Maka dalam setiap perkara, berdoalah pada Allah kerana Dia Maha Mendengar." - Tuk Ikram _______________ Cover by @Fiixorra
SIAPA MUHAMMAD AL-FATHI (PROSES TERBIT) by Leena_syiha
Leena_syiha
  • WpView
    Reads 333,224
  • WpVote
    Votes 45,164
  • WpPart
    Parts 42
"membongkar rahsia yang terselindung" Bermula dari kematian Tuan Mustakim, segalanya berubah untuk Irdina. Syarikat Rangkasa hilang punca. Irdina diasak keputusan. Tidak semena-mena muncul sebaris nama yang Irdina tidak pernah dengar... Muhammad Al-Fathi. Lelaki itu membeli Rangkasa termasuk kerugiannya sekali. Irdina mencari siapa Muhammad Al-Fathi.. Semakin dia mencari, semakin banyak rahsia yang perlu dibongkar, semakin dia mencurigai Muhammad Al-Fathi. Siapa sebenarnya Muhammad Al-Fathi? #1 politik
TUANKU HANA 3 ✔️ by Leena_syiha
Leena_syiha
  • WpView
    Reads 2,467,707
  • WpVote
    Votes 66,815
  • WpPart
    Parts 30
(COMPLETE)
Serunai Maut ✔ (TERBIT PBAKL25) by Leena_syiha
Leena_syiha
  • WpView
    Reads 1,248,122
  • WpVote
    Votes 70,231
  • WpPart
    Parts 31
SERUNAI MAUT SUDAH DITERBITKAN DI BAWAH PENERBITAN MANGOSTEEEN. Untuk update terkini, sila follow akaun @leena_syiha di Instagram, TikTok, Thread dan join channel telegram. Tekan link di profile penulis. ____ Seluruh dunia digemparkan dengan kematian beramai-ramai di sebuah feri mewah yang berlabuh di Pulau Jengka. Tiada siapa tahu apa sebabnya. Henry dan Iman segera menyiasat kes itu. Sehinggalah penyiasatan itu membawa kepada sebuah mitos yang tidak mampu dipercayai sesiapa. Serunai maut. Kata penduduk pulau; jangan buka lampu. Kata mereka; pulau ini ada 'penjaga'. Pegangan mereka khurafat. Akidah mereka rosak. Kes bertemu jalan mati. Ada sesuatu yang tidak selesai. Henry tiada pilihan. Falah diperlukan untuk membantunya.
Bidadari Huzair by aeinsohko_
aeinsohko_
  • WpView
    Reads 139,593
  • WpVote
    Votes 6,633
  • WpPart
    Parts 78
(SEQUEL USTAZ, TUNGGU SAYA! by @aiensohko) Cover editor - @sirapbang- 🕊️ Pergi dan pulang bersama harapan. Bertahun-tahun menyimpan rasa. Dalam doa tak pernah terlupa. Namun hampa, harapan sekadar harapan. "Saya dah kahwin." - Iman Nadiah Tapi siapa sangka, dia masih punya peluang. Namun saat ingin direbut peluang tersebut, restu pula tidak memihak. Perkahwinan mula diatur. Perasaan pula diketepikan demi hubungan kekeluargaan. "Huzair cintakan Nadiah." - Athmar Huzaifah "Susah sangat ke awak nak lupakan dia? Susah sangat ke nak buka hati untuk saya?" - An-Neesa Syahlaa Perkahwinan yang diimpikan bahagia rupanya masih berselirat dengan kisah lama. Mampukah mereka bertahan dalam mahligai itu? Mampukah hati menerima orang baru? Masih adakah peluang kedua dalam hubungan mereka? "Boleh kita berhenti sampai sini? Kita sama-sama penat, Neesa. Hati kita sama-sama terluka. Kita berhenti sampai sini sebelum keadaan lagi teruk." - Athmar Huzaifah
Ustaz, Tunggu Saya! by aeinsohko
aeinsohko
  • WpView
    Reads 1,082,107
  • WpVote
    Votes 37,384
  • WpPart
    Parts 61
Aisya Rabecca - seluar slack, jeans, kemeja-T , mini skirt dan semua jenis pakaian tak cukup kain. Itu semua sudah biasa baginya yang tinggal dibandar metropolitan. Clubbing dan balik rumah dalam keadaan mabuk. Itu semua rutin nya. Athief Hamidi - serban, jubah, songkok atau kopiah, kurta dan sejenis dengannya. Menjadi harapan makcik-makcik dikampungnya untuk dijadikan menantu. Sesiapa yang mendengar suaranya ketika sedang mengaji. Boleh luntur iman, tak perlu susah-susah pergi beli Varnish. Mereka berjumpa tatkala AISYA RABECCA ke kampung kawannya sekadar ingin bebaskan diri dari kesibukan bandar. Pertembungan kali pertama dengan ATHIEF HAMIDI membuatkan dia membenci lelaki itu. Akhirnya rindu dan cinta pula berputik kerana personaliti ATHIEF HAMIDI. "Ustaz, merdunya suara ustaz." - AISYA RABECCA. "Terima kasih. Semua itu anugerah dari Allah" - ATHIEF HAMIDI. "Ustaz, tunggu saya...." - AISYA RABECCA. Ingin mengetahui lebih lanjut?. Tambah saja novel ini ke reading list atau library kalian. #1 ranking in lovebird. #1 ranking in Islamiclove #3 ranking in romantic
Titanium Milik Khayra ✔ by NinaFini
NinaFini
  • WpView
    Reads 547,736
  • WpVote
    Votes 24,009
  • WpPart
    Parts 50
Nina Fini | Karya Ketiga Titanium X Nur Khayra Iffat ~Aku tidak tahu makna cinta sehingga bertemu sepasang mata. He's my real definition of love.~ 30/5/2020 - 30/3/2021
ZIHNI √ by bellofa
bellofa
  • WpView
    Reads 778,605
  • WpVote
    Votes 70,916
  • WpPart
    Parts 64
Cerita pendek dan kurang comel. Cerita ni baru saja selesai ditulis tapi belum di-edit. Kalau jumpa typo bertimbun, maaf...