frvrdynaa 🤍😻
1 story
𝐇𝐈𝐒 𝐎𝐓𝐇𝐄𝐑 𝐇𝐀𝐋𝐅 | 𝐒𝐔 by frvrdynaa
frvrdynaa
  • WpView
    Reads 3,249
  • WpVote
    Votes 1,223
  • WpPart
    Parts 10
❝ 𝗧𝗵𝗲 𝘄𝗼𝗿𝗹𝗱 𝗳𝗲𝗲𝗹𝘀 𝗿𝗶𝗴𝗵𝘁 𝗯𝗲𝗰𝗮𝘂𝘀𝗲 𝘆𝗼𝘂'𝗿𝗲 𝗺𝘆 𝗺𝗶𝘀𝘀𝗶𝗻𝗴 𝗵𝗮𝗹𝗳, 𝘀𝗮𝘆𝗮𝗻𝗴... ❞ 𝗔𝗜𝗦𝗬𝗔 𝗖𝗔𝗦𝗦𝗔𝗡𝗗𝗥𝗔. Seorang gadis yang jelita dan mampu memikat hati para jejaka dengan satu kali pandangan mata sahaja. Juga seorang gadis yang pernah percaya bahawa cinta itu abadi. Dia membina mimpi, dia menanam harapan, dia mencintai dengan seluruh jiwa. Namun, dalam satu hela nafas, kepercayaannya diruntuhkan. Dunia yang pernah berwarna kini kelam. 𝗛𝗔𝗜𝗗𝗔𝗥 𝗔𝗟-𝗠𝗜𝗞𝗛𝗔𝗘𝗟𝗜𝗦. Seorang jejaka yang kacak dan juga dingin dengan gadis-gadis di luar sana. Siapa sangka, lelaki dingin ini juga mempunyai belahan jiwanya sendiri. Sejak zaman sekolah lagi, dia hanya memerhati Aisya dari jauh. Dia bukan jenis yang bersuara, tapi hatinya... penuh dengan kasih. Seorang lelaki yang nampak dingin di luar, tapi hatinya setia dan tulus - menunggu gadis yang tidak pernah hilang dari doanya. Malam reunion yang sepatutnya menjadi saksi bahagia bertukar menjadi malam luka. Satu gambar - cukup untuk meruntuhkan segala benteng hati Aisya. Dia melarikan diri, tenggelam dalam duka, mencari ruang untuk bernafas. Dan Haidar, bagaikan bintang yang enggan padam, tetap setia menerangi jalannya. "Kenapa orang yang paling aku sayang, yang paling aku cintai tinggalkan aku... Apa salah aku, Ya Allah..." - 𝗔𝗜𝗦𝗬𝗔 𝗖𝗔𝗦𝗦𝗔𝗡𝗗𝗥𝗔 "Lap air mata kau tu. Buruk beno rupanya," - 𝗛𝗔𝗜𝗗𝗔𝗥 𝗔𝗟 𝗠𝗜𝗞𝗛𝗔𝗘𝗟𝗜𝗦 Mampukah hati yang retak dijahit semula dengan benang kasih? Atau adakah Aisya harus belajar melepaskan cinta yang ditulis di langit takdir? 𝐒𝐓𝐀𝐑𝐓 ; 𝟐𝟔 𝐌𝐀𝐑𝐂𝐇 𝟐𝟎𝟐𝟓 𝐄𝐍𝐃 :