elean__'s Reading List
2 stories
THE LOVE SETS by theaciels
theaciels
  • WpView
    Reads 764,393
  • WpVote
    Votes 34,882
  • WpPart
    Parts 63
STAND-ALONE ⋆͛︎ Reis Drazen. Tenangnya dia bagaikan ombak. Setiap ujian hidup dihadapi dengan tenang. Dia merupakan seorang pemain bola tampar yang sedang mengukir nama di kalangan pemain. Mengejar impian sehabis boleh sudah pasti. Della Lenoir. Kebahagiaannya pernah dirampas saat menyaksikan teman lelakinya mendirikan rumah tangga bersama sepupu sendiri. Dia rasa dikhianati sehingga tekad untuk mengunci rapat pintu hatinya. "Kenapa aku?" "Sebab saya dah jual nama encik." Kerana ingin membuktikan dia tak terkesan dengan berita itu, Della meminta pertolongan Reis untuk menghadiri majlis perkahwinan itu bersamanya. Kekasih palsu. Hubungan dan lakonan yang dibuat-buat akibat keterlanjuran mulut Della. Dan setelah semua itu berakhir, Reis seakan-akan menjauhkan diri daripada Della sehingga mereka bertemu semula. "Aku tak nak berlakon lagi." Reis serius mahu menjalinkan hubungan sebenar. Sejauh mana Della menolak, Reis pasti mendekat. Selagi cinta Della mampu diraih, Reis tak mengalah. Segalanya dia lakukan untuk menakluki hati Della. highest ranking : #1 in atlet #1 in sukan #1 in usaha #1 in volleyball #1 in effort #1 in rich
Rejuvenate Love [C] by EyaHanns
EyaHanns
  • WpView
    Reads 60,609
  • WpVote
    Votes 2,243
  • WpPart
    Parts 61
SINOPSIS Noah Khan - Seorang pemilik kafe dan doktor Psikologi yang berdedikasi, lelaki yang pada awalnya tidak mahu mencari pasangan hidup. Namun, takdir mengubahnya, dia menjadi seorang lelaki yang terluka kerana cinta manusia. Raja Hannah Eliana - Doktor pakar bedah dan bakal menjadi pemegang syarikat hospital empunya datuknya. Dia seorang yang berbakat, wanita penuh ego, keras hati, dan penuh rahsia. Cinta mereka bermula dari pertemuan tidak dirancang. Disulami ketawa, salah faham, dan janji-janji manis. Namun, cinta yang dibina akhirnya runtuh dek kesilapan, keangkuhan, dan ego masing-masing. Hannah menghilang tanpa jejak ke Perancis, meninggalkan Noah terkapai-kapai dalam luka dan kemarahan. Bertahun kemudian, takdir menemukan mereka semula. Noah kini tunangan Zeera, wanita yang pernah menjadi pengganti sementara dalam hidupnya. Hannah pula kembali, bukan untuk merayu cinta, tetapi untuk menebus dosa dan mungkin, mencintai semula dengan cara yang betul. Namun, cinta yang lama tak semudah itu kembali pulih. Tersimpan di sebalik mata Noah adalah benci yang berselindung di balik rindu. Sementara Hannah terpaksa berdepan dengan masa lalu yang menghantuinya, termasuk kisah pengorbanan Ishaan, lelaki yang menyelamatkannya dengan nyawa sendiri. Dugaan demi dugaan menguji mereka. Dari pertengkaran, fitnah, sehingga ke perpisahan yang hampir kekal. Tetapi apabila cinta itu benar, ia akan kembali dalam cara paling tidak terduga. Saat Noah akhirnya tahu kebenaran, dia sedar... dia tidak pernah berhenti mencintai Hannah. Dari kejatuhan, mereka bangkit. Dari luka, mereka membina harapan baru. "Rejuvenate Love" adalah kisah tentang bagaimana cinta sejati tidak pernah salah alamat. Ia hanya mengambil masa, air mata, dan keberanian untuk sampai ke takdirnya. Ia adalah tentang memaafkan, memilih semula, dan membina semula untuk cinta yang tidak pernah mati.