Lilyvxyyyy1's Reading List
5 stories
Surat Terakhir Dari Aku Version 1 (Completed)  by AnirahNadi
AnirahNadi
  • WpView
    Reads 1,520
  • WpVote
    Votes 181
  • WpPart
    Parts 12
Dalam kehidupan Khansa Cairen dan Yusraf Mukim, setiap detik menjadi ujian yang membebankan-menguji kesabaran, keyakinan, dan ketabahan mereka melebihi apa yang pernah dibayangkan. Mereka dipaksa berdepan dengan keadaan di mana hati dan akal sering bertembung, menuntut mereka memilih antara perasaan dan tanggungjawab. Di satu sisi, cinta hadir bersama keikhlasan dan pengharapan. Namun di sisi lain, realiti hidup memaksa pengorbanan, kesabaran, dan keberanian untuk menerima hakikat yang tidak mudah. Khansa, wanita tegas yang menyembunyikan luka dalam diam, terpaksa menilai setiap langkah dan keputusan yang dibuat. Dia tahu setiap pilihan membawa kesan besar-bukan sekadar kepada dirinya, tetapi juga kepada Yusraf yang diam-diam memerhati, memahami, dan menanggung gelora sendiri. Yusraf pula, seorang lelaki yang bijaksana, tenang dan bertanggungjawab, belajar untuk menghormati ruang dan rahsia yang disimpan Khansa. Walaupun jiwanya sering berperang dengan rasa, dia tetap memilih jalan sabar-kerana dalam hatinya, cinta bukan milik yang dipaksa, tetapi anugerah yang dijaga dengan doa. Mereka terperangkap dalam permainan perasaan yang kompleks, di mana cinta yang ikhlas bersulam kerisauan, rasa bersalah, dan ketakutan kehilangan. Setiap surat, setiap nota, dan setiap perkataan menjadi wadah yang menampung beban yang tidak mampu diungkap secara lisan. Dalam setiap helai surat yang ditulis, ada air mata yang jatuh tanpa sedar; ada doa yang disembunyikan antara baris-baris ayat yang lembut. Di situlah mereka belajar bahawa cinta sejati bukan tentang memiliki, tetapi tentang memahami, menghargai, dan melepaskan dengan reda. Kisah ini bukan sekadar kisah cinta dua hati yang teruji, tetapi juga perjalanan jiwa yang mencari makna di sebalik takdir, kehilangan dan pengampunan. Dari rasa bersalah yang menjerut, hingga penyesalan yang perlahan-lahan disucikan oleh doa, setiap langkah Khansa dan Yusraf membawa mereka semakin dekat kepada makna sebenar cinta kerana Allah.
Surat Terakhir Dari Aku Version 2 (Completed)  by AnirahNadi
AnirahNadi
  • WpView
    Reads 2,196
  • WpVote
    Votes 173
  • WpPart
    Parts 56
Tagline: Dia menulis surat terakhirnya, bukan untuk dikenang... tapi untuk melepaskan. . Khansa Cairen hidup dengan luka yang tak pernah sembuh. Dikhianati darah daging sendiri, dia dipaksa menjadi manusia yang tidak dikenali, dan melahirkan seorang anak tanpa nama, terpaksa menanggung stigma dunia. Namun kasih seorang ibu tetap teguh, meski badai hidup menghimpit. Dalam gelap itulah Allah hantarkan seorang lelaki buta yang melihat lebih jauh dari mata manusia celik. Ustaz Yusraf Mukim, tenang, bijaksana, namun menyimpan rahsia yang perlahan-lahan memamah jiwanya. Bersama dua sahabat setia, Muhammad Qabla Fakir dan Muhammad Syed Ihtisyam, serta Muhammad Dinie Iktizaz. Yusraf membimbing Khansa kembali ke cahaya iman, memberi harapan baru, dan memperkenalkan kehidupan yang tenang di Pusat Rumah Nur Cahaya. Di antara mereka terbina sebuah hubungan yang tidak pernah diucapkan. Cinta yang tak dimiliki, hanya dijaga. Doa yang tidak disebut, hanya disimpan dalam diam. Meski begitu, Khansa tetap diuji oleh realiti, keluarga memanggilnya kembali, dan dia terikat dengan perkahwinan yang dipaksa demi janji duniawi. Sementara itu, Yusraf sendiri menanggung rahsia besar penyakit kanser yang hanya diketahui oleh sahabatnya. Khansa juga menanggung penyakit yang serupa, namun kedua-duanya tidak tahu keadaan masing-masing, sibuk dengan perasaan yang bertembung. Detik kritikal tiba ketika Yusraf menerima surat terakhir Khansa, luahan hati, doa, dan pelepasan yang tidak sempat diucapkan. Malam sebelum Khansa dinikahkan dengan lelaki pilih keluarganya, surat itu sampai, meruntuhkan dunia yang Khansa cuba bina, dan menghidupkan kembali cinta yang tidak pernah sempat lahir. Pusat Rumah Nur Cahaya dan Tahfiz Nur-Ridha tetap menjadi saksi perjalanan jiwa yang terluka, tempat kelahiran semula harapan, dan bukti bahawa cinta yang ikhlas adalah cinta yang mampu melepaskan, walaupun hati tidak pernah benar-benar sembuh.
[C] Her Angel by IzzIman_27
IzzIman_27
  • WpView
    Reads 497,625
  • WpVote
    Votes 26,427
  • WpPart
    Parts 62
[FIRST BOOK] Genre: Healing Romance + Slice of Life Zuheyr Iman x Afnan Hanan ❤️ Zuheyr Iman - Hidup tanpa figura seorang bapa namun berjaya membesar menjadi seorang lelaki sempurna, hasil didikan empat wanita hebat dalam hidupnya. Di sebalik tenangnya seorang Zuheyr pada masa kini, tersimpan banyak luka yang dia pendam sendiri. Afnan Hanan - Gadis yang dibesarkan dengan kasih sayang yang tak pernah kurang. Moto hidupnya adalah 'apa yang dia nak dia akan dapatkan.' Tidak berminat dengan mana-mana lelaki sehinggalah Zuheyr Iman muncul dan membuatnya jatuh cinta pandang pertama. Keberanian Afnan Hanan melamar Zuheyr Iman berjaya menggugat ketenangan lelaki itu. Entah doa siapa yang tersangat kuat sehingga mudahnya mereka disatukan dalam satu ikatan suci. Hidup mereka umpama drama komedi. Si isteri yang kuat mengusik vs si suami yang teramat pemalu. Indahnya hidup mereka sehinggalah bayangan masa lalu kembali. Menghantui setiap langkah. Kenangan itu kembali dalam bentuk serpihan yang menyakitkan. Dugaan datang bertalu-talu. Luka silam yang kian sembuh kembali terbuka malah semakin parah angkara dendam. "Stop pushing me away! Hanan yang pilih Zuheyr! I know your worth! So please.. stay alive. I'm begging you, angel." -Afnan Hanan- "Stop calling me angel, I don't deserve to." -Zuheyr Iman- Kisah ini bukan sekadar kisah cinta antara dua manusia tetapi juga kisah kekeluargaan dan persahabatan. Juga kisah seorang lelaki berjuang untuk sembuh dari luka-lukanya. 🚨WARNING🚨 TW: TRIGGERING CONTENT (drugs, abusive, self-harm, suicide attempt, PTSD) 100% my idea No plagiarism allowed, thank you. Highest Rank #1 Healing #1 Healing Romance #1 Romance-thriller #1 Cinta #1 Persahabatan #1 Siblings #1 Trauma #1 Family #1 Keluarga #1 Wattpad Malaysia #1 Cinta selepas nikah #3 Friendship #5 Romance #5 Revenge #6 Bromance #6 Cute #6 Clingy #15 Love Start published: 1/1/2025 Completed: 17/11/2025
Antara X Dan Y (Suamiku Cikgu) Complete ✅ by Hanmikay_
Hanmikay_
  • WpView
    Reads 97,265
  • WpVote
    Votes 2,903
  • WpPart
    Parts 49
{Irdina Melissa} × {Irhan Shafiq} Keseronokan? Itulah prinsip pertama dalam hidup Irdina. Hidup hanya sekali jadi jangan rugikannya dengan perkara membosankan. Telinga bagaikan mahu pecah mendengar bebelan Ummi untuk menjadi menusia berguna. tapi,Irdina kisah apa? Percintaan? Test Market? itulah kesukaannya! Setiap tahun,teman lelaki baharu. Baru seronok! Manusia membosankan? Mestilah Cikgu Irhan! Belum lagi dengan mukanya yang serius setiap waktu. Tinggal lima menit pun,dia tetap mahu mengajar matematik. Menyampah! Kerja sekolah? Berlambak dia bagi. Macam tidak ingat dunia. Dunia rasa bagaikan mahu musnah bila dia dipaksa untuk berkahwin dengan Cikgunya sendiri! Dan,hidup Irdina tidak lagi menyeronokkan. Balajar,belajar dan belajar! Perjanjian apa yang ummi dan abi buat dengan Cikgu Irhan pun Irdina tidak tahu! Ya, Irdina harus berkahwin dengan Cikgu Irhan sebab paksa. "Tolong jaga diri awak sebagai seorang isteri. Hormatkan saya di rumah dan di sekolah. Kalau tak cukup duit,minta." -Cikgu Irhan. "Saya takkan bagitahu sesiapa tentang hubungan kita. Cikgu jangan risau. Trust me. " -Irdina Melissa.
ASYRAF'S  [COMPLETED] by Aumey_
Aumey_
  • WpView
    Reads 954,200
  • WpVote
    Votes 34,453
  • WpPart
    Parts 50
𝘍𝘪𝘳𝘴𝘵 𝘴𝘵𝘰𝘳𝘺 ❗ 𝘼𝙡𝙨𝙤 𝙠𝙣𝙤𝙬𝙣 𝙖𝙨 𝘽𝙪𝙣𝙜𝙖 𝙈𝙞𝙡𝙞𝙠 𝘼𝙨𝙮. Tengku Asyraf Khair X Bunga Elaina. ⚠️ Contain harsh words ⚠️18+