escapism ⭐️
19 stories
Forever Isn't What We Promised by moonlightlavh
moonlightlavh
  • WpView
    Reads 463,756
  • WpVote
    Votes 42,445
  • WpPart
    Parts 85
[stand alone] Perkahwinan mereka tidak pernah lahir daripada cinta, sebaliknya tercipta daripada kepentingan dan satu kontrak yang menjadikan dua manusia sebagai alat rundingan antara keluarga dan empayar perniagaan. Hazran Qarizh dan Nadrra Kysha disatukan bukan kerana mereka saling memilih, tetapi kerana pilihan telah dirampas lebih awal daripada mereka berdua. Dua tahun. Bagi Nadrra, perkahwinan ini adalah penjara yang tidak pernah dia setujui. Bagi Hazran, ia adalah tanggungjawab yang dia tidak dapat elakkan. Namun dalam dunia yang mereka hidup, kehendak peribadi tidak pernah lebih penting daripada tanggungjawab yang diwariskan. "Don't expect love from this marriage." Namun perasaan tidak pernah tunduk kepada kontrak, dan emosi tidak pernah akur pada tarikh yang telah ditetapkan. "And when this ends... what happens to us?" "Nothing." Perkahwinan ini tidak dicipta untuk selamanya. Ia hanya wujud untuk dipenuhi, bukan untuk diperjuangkan. Kerana selamanya itu, tidak pernah dijanjikan. Hati yang tinggal dalam jasad diri juga bukan milik mutlak manusia, bahkan perasaan yang datang adalah pinjaman dari yang Maha Esa. Apa manusia tetap angkuh merangka takdir, menyangka dia tahu segalanya, sedangkan dia hanyalah sekadar hamba yang mengikut jalan cerita Tuhannya.
Lumière by onlyblossom_
onlyblossom_
  • WpView
    Reads 112,585
  • WpVote
    Votes 4,737
  • WpPart
    Parts 74
Lyra Elowen Safiya, pemilik sebuah kafe kecil iaitu Lumière yang cozy dan penuh dengan aroma kopi serta kek buatan sendiri. Tak pernah sangka hidupnya akan berubah hanya kerana sebuah "perkenalan" yang tak dijangka. Dia cuma kenal Sofea Althea, kawan serumah masa zaman universiti dulu. Sofea selalu bercerita tentang abangnya kepada Lyra. Lelaki yang langsung tak pernah muncul sepanjang kunjungan Lyra ke rumah keluarganya. Ezric Kael Amin merupakan seorang chef terkenal yang bekerja di Hotel Regalia Grand. Kael terkenal dengan sikapnya yang pendiam dan tegas. Dia juga lebih gemar bersendirian dan banyak menghabiskan masa dengan mencipta menu-menu baharu. Kael terlalu sibuk mengejar kesempurnaan dalam dunia kulinari hingga tak ambil kisah dengan hal sekeliling. Sibuk mengurus dapur hotel lima bintang sambil memastikan reputasinya sebagai chef terus unggul. Dia jarang di rumah dan langsung tak ambil tahu tentang "kawan baik" Sofea yang sering menjadi perbualan keluarganya. Tapi bila Puan Hanisah mula menyuarakan niat untuk menjodohkannya dengan gadis pilihan yang tak lain tak bukan ialah Lyra. Dia mula rasa hidupnya terganggu. Tanpa sedar, dua dunia yang selama ini terpisah mula bertemu. Rahsia, konflik dan perasaan yang perlahan-lahan tumbuh menjadikan kisah mereka bukan sekadar tentang makanan atau jodoh pilihan keluarga. Tetapi tentang mengenali diri sendiri dan mungkin juga cinta yang tak disangka.
Irama Kirana [ايراما كيرانا] ✓ by hironuwi
hironuwi
  • WpView
    Reads 17,090
  • WpVote
    Votes 1,386
  • WpPart
    Parts 29
"Sujud hingga kau tersujud." ..... لَا يُكَلِّفُ ٱللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا ۚ لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا ٱكْتَسَبَتْ ۗ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَآ إِن نَّسِينَآ أَوْ أَخْطَأْنَا ۚ رَبَّنَا وَلَا تَحْمِلْ عَلَيْنَآ إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُۥ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبْلِنَا ۚ رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلْنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِۦ ۖ وَٱعْفُ عَنَّا وَٱغْفِرْ لَنَا وَٱرْحَمْنَآ ۚ أَنتَ مَوْلَىٰنَا فَٱنصُرْنَا عَلَى ٱلْقَوْمِ ٱلْكَٰفِرِينَ Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Dia mendapat (pahala) dari (kebajikan) yang dikerjakannya dan dia mendapat (seksa) dari (kejahatan) yang diperbuatnya. (Mereka berdoa), "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami melakukan kesalahan. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebani kami dengan beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Maafkanlah kami, ampunilah kami, dan rahmatilah kami. Engkaulah pelindung kami, maka tolonglah kami menghadapi orang-orang kafir." ..... Mula: 17 September 2023 Tamat: 1 November 2024 ⚠️ TW: Blood, violance. ⚠️ This story is 'dua dunia' trope. Might be sensitive, disturbing or traumatizing to some readers. Read at your own risk. Don't continue reading if you feel something wrong. Thank you ^^ ..... © hironuwi
Irama Kirana 2 [ايراما كيرانا ٢] by hironuwi
hironuwi
  • WpView
    Reads 433
  • WpVote
    Votes 61
  • WpPart
    Parts 6
"Kau percaya itu mimpi?" ..... وَلَكِنَّ الشَّيَاطِينَ كَفَرُوا يُعَلِّمُونَ النَّاسَ السِّحْرَ "Tetapi puak-puak syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya), kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir." [QS, Al-Baqarah: 102] ..... Mula: 12 Februari 2026 Tamat: - ⚠️ TW: Gore, violance, harsh words ⚠️ This story is 'dua dunia' trope. Might be sensitive, disturbing or traumatizing to some readers. Read at your own risk. ..... © hironuwi
𝐖𝐡𝐞𝐧 𝐅𝐥𝐨𝐰𝐞𝐫𝐬 𝐁𝐥𝐨𝐨𝐦 | C by missdiraa
missdiraa
  • WpView
    Reads 173,910
  • WpVote
    Votes 11,547
  • WpPart
    Parts 53
Empat puteri. Empat kisah hidup yang berbeza. Di celah rutin yang berulang, sesuatu mula mekar. Bukan kerana dirancang, tetapi kerana kehadiran yang akhirnya terasa perlu. Mereka berbagi darah yang sama, tapi bukan impian yang sama. Dibesarkan penuh kasih oleh si ayah seperti bunga yang tumbuh mekar di taman. When Flowers Bloom mengisahkan tentang empat adik beradik yang memiliki kehidupan masing-masing. Dalam perjalanan hidup mereka yang semakin meningkat dewasa, saat itu mereka menemukan apa itu erti kebahagiaan dan cinta.
Bukakan Hatinya Untukku ✓ by hanzerry
hanzerry
  • WpView
    Reads 3,076
  • WpVote
    Votes 255
  • WpPart
    Parts 27
𝘴𝘩𝘰𝘳𝘵𝘦𝘯 𝘢𝘴 𝘉𝘏𝘜, 2024 Khairin Wardina, si gadis yang tertarik hati pada anak buah kepada mak ciknya sejak berumur 17 tahun. Pertemuan pertama mereka ialah semasa open-house di hari raya. "Nama kitak apa?" "Kh... Khairin." "Oh. Kamek Taufiq." "Oh okay, noted with thanks." Hipotesisnya, Khairin meramal dia akan bertemu lagi lelaki itu semasa open-house raya tahun berikutnya. Tetapi malang, Khairin tidak lagi berjumpa dengan Taufiqillah. Buatkan gadis itu nak berputus asa untuk terus mencari. Suatu hari, si dia tiba-tiba muncul semula. Pada masa yang sama, Khairin dapat menangkap wajah lelaki itu bersinar-sinar apabila melihat Nurin, sepupu Khairin yang cantik jelita. Siap berbisik pada mak dia lagi, macam dah berkenan! Tidak lama kemudian, Khairin mendapat berita Nurin bakal bertunang. Nalurinya kuat menyatakan Taufiqillah ialah bakal tunang Nurin. Mungkin sebab itu Khairin sudah lama tak bertemu dengan si dia. Khairin kecewa. Dia mahu mengundurkan diri. Dia mahu lupakan lelaki itu. Di kala ribut hati sedang melanda, pada umur 23 tahun, tiba-tiba Khairin dirisik oleh anak kawan ibunya membuatkan gadis itu berdepan dengan konflik. "Saya unavailable sebab saya ada hati yang perlu dijaga, acik." - Khairin Siapakah pasangan Khairin untuk berbahagia di dunia dan akhirat nanti? Dengan si dia... atau si anak kawan mak? Genre: Light romance Mula: 10 November 2024 Tamat: 27 Disember 2024
Akadku Namamu [TERBIT] by izfrwiza
izfrwiza
  • WpView
    Reads 74,519
  • WpVote
    Votes 580
  • WpPart
    Parts 6
"Kita tengok nanti, Faraz. Sama ada aku yang akan bunuh diri sebab bergelar isteri kau atau kau yang akan menyesal separuh mati sebab akad nama aku. Waktu tu kau akan berharap agar masa boleh diputarkan semula supaya kau tak perlu akad nama aku." - Nur Fatimah Audra "Kau jangan berangan aku nak biarkan kau tinggal berasingan dengan aku. Dalam mimpi pun aku tak akan izinkan. Kau kena tinggal bawah satu bumbung dengan aku. Kita akan tidur atas satu katil yang sama, berkongsi selimut yang sama dan makan di meja yang sama. Setiap hari kau perlu rasa terseksa untuk hadap aku, suami kau sendiri." - Safaraz Ali "Kau tahu haram hukumnya bila kita menikahi seorang wanita dengan niat untuk menzalimi dia kan? Jadi aku merayu sangat dekat kau, Faraz. Tolong jangan lukakan bidadari aku. Aku masih sayangkan Audra." - Luth Faeq Kata Faraz, ini adalah nasib aku. Takdir yang aku perlu terima. Tapi bodohlah kalau aku percaya. "Abang tahu kisah kita tak seindah kisah Saidina Ali dan Saidatina Fatimah tapi percayalah, demi Allah abang betul-betul sayang dan cintakan Nur. Sikit pun abang tak meragui perasaan abang." "Janji awak dengan Tuhan untuk jaga saya sebelum ni pun awak boleh buat main. Kalau awak fikir yang saya akan percaya dengan sumpah awak ni, awak silap besar. Ijab dan qabul dalam akad pernikahan itu satu perjanjian yang suci antara awak dengan Tuhan. Tapi sanggup awak akad nama seorang wanita dengan niat yang keji. Wanita yang pernah diratukan oleh ayahnya." Aku sedar. Bukannya aku tidak pernah cinta tetapi dia yang sudah terlalu kerap menyakiti. Menjadi punca aku meragui perasaan sendiri.
Abdi [عبدي] ✓ by hironuwi
hironuwi
  • WpView
    Reads 16,579
  • WpVote
    Votes 937
  • WpPart
    Parts 64
"Darah tak boleh dibayar dengan darah sendu." ..... وَإِن عاقَبتُم فَعاقِبوا بِمِثلِ ما عوقِبتُم بِهِ ۖ وَلَئِن صَبَرتُم لَهُوَ خَيرٌ لِّلصّٰبِرينَ "Dan jika kamu memberikan balasan, maka balaslah dengan balasan yang sama dengan seksaan yang ditimpakan kepadamu. Akan tetapi jika kamu bersabar, sesungguhnya itulah yang lebih baik bagi orang-orang yang sabar." [QS, An-Nahl: 126] ..... Mula: 9 Ogos 2024 Tamat: 10 Ogos 2025 Tw ⚠️: Blood, violence, harsh words. © hironuwi