na4j1ha3's Reading List
4 stories
WHAT THE VILLAGE FORGOT | OG by nrrfayra
nrrfayra
  • WpView
    Reads 2,335
  • WpVote
    Votes 1,191
  • WpPart
    Parts 22
Di sebuah kampung terpencil yang diselubungi kabus hutan, penduduknya sering diganggu oleh kelibat makhluk aneh - seekor arnab seperti manusia, bertali leher merah yang hanya muncul untuk menganggu mimpi kanak-kanak. Kanak-kanak mendakwa mendengar bisikan namanya dalam mimpi. Orang dewasa pula menganggapnya sekadar kisah dongeng lama yang sepatutnya sudah dilupakan. Namun apabila seorang kanak-kanak kecil hilang secara misteri, segala rahsia yang selama ini dikuburkan mula terkuak. Di sebalik gangguan itu, tersembunyi sebuah kerajaan purba yang dikunci oleh sumpah gelap yang kini mula bangkit dari tidur panjangnya. Tiga hari selepas kehilangan itu, penduduk kampung dikejutkan dengan penemuan mayat budak lelaki tersebut dalam keadaan yang sangat mengerikan. Tubuhnya telah mereput seolah-olah telah mati berbulan lamanya. Keadaan itu mengundang ketakutan dan kebingungan. Lebih menakutkan, kejadian itu bukan yang terakhir. Satu demi satu kanak-kanak mula hilang tanpa jejak. Dan setiap kali mayat mereka dijumpai, semuanya berada dalam keadaan sama , reput, kering, dan seolah-olah waktu telah berlalu dengan pantas hanya pada tubuh mereka. Sedangkan, mereka baru sahaja hilang beberapa hari. Penduduk mula percaya bahawa ini bukan kerja manusia. Ada sesuatu yang telah terjaga. Dan ia lapar. Arnab itu bukan sekadar bayang-bayang dalam mimpi. Ia adalah utusan. Dan kampung itu... telah terlalu lama melupakan amaran sebenar. _________________________________________ "AKU TEBUS APA YANG KAU SUDAH JANJI" Highest Rangking # 1 Horor # 1 pengembaraan # 2 sumpahan Start : 23/7/2025 End : ??
WANITA MILIK KAIDEN - SUDAH TERBIT by NovelisNuriffa
NovelisNuriffa
  • WpView
    Reads 33,027
  • WpVote
    Votes 152
  • WpPart
    Parts 6
Bagi Haila, perkahwinan itu satu ikatan yang penuh dengan ketelusan. Setahun berkahwin bukan pengukur kepada satu kesetiaan. Suaminya Erman tiba-tiba memberitahu yang lelaki itu mahu berkahwin lain. Dalam sekelip mata semua yang indah bertukar kelam. "Abang nak kahwin lagi satu. Dengan... Katrina." - Erman "Kenapa? Apa kurangnya Ila sampai abang nak kahwin lain? Atau sebab Ila masih belum mengandung? Kita... kita baru kahwin setahun." - Haila "Ini bukan sebab Ila ada kekurangan ke apa. Bagi abang tak salah lelaki nak berpoligami. Abang mampu." - Erman "Ila ni jahat. Ila tamak. Tapi, Ila bukan hipokrit. Kalau betul abang nak kahwin lain sila ceraikan Ila." - Haila Sangkanya permintaan itu akan membuatkan Erman sedar. Namun, Haila silap. Sungguh kasih-sayang tidak mampu diukur oleh waktu. Lafaz cerai ke atas Haila adalah bukti bahawasanya sayang Erman buat Katrina melebihi sayangnya kepada Haila. "Kaiden, saya nak minta tolong. Boleh awak bawa saya ke majlis reunion sekolah tu nanti? Dan awak menyamar jadi teman lelaki saya. Saya nak tunjuk depan Erman yang saya pun boleh bahagia." - Haila "Apa yang aku dapat kalau aku setuju dengan rancangan kau ni?" - Kaiden "Saya... saya boleh jadi orang suruhan awak? Kalau nak apa-apa awak boleh arah saja." - Haila "Aku tak perlukan orang suruhan. Aku dah ada ramai pekerja." - Kaiden "Kalau macam tu saya... saya boleh jadi isteri awak." - Haila Masing-masing bersetuju kerana kepentingan diri sendiri. Namun, takdir membawa Haila dan Kaiden kepada satu hubungan yang sangat luar biasa. "Ila, abang minta maaf. Abang tahu keputusan ceraikan Ila dulu adalah satu keputusan paling bodoh dalam hidup abang." - Erman "Dulu dia milik kau. Sekarang dia milik aku." - Kaiden Sekali dia cinta sampai mati dia akan pertahankan wanita itu. Adakah dugaan yang mula hadir di antara mereka bisa meruntuhkan mahligai yang baru dibina ini?
Tempat Sempurna by Lollysnow
Lollysnow
  • WpView
    Reads 5,954,059
  • WpVote
    Votes 294,129
  • WpPart
    Parts 72
THAQIF | SAFA Mereka tidak pernah dekat lagikan mahu bercinta. Tidak! Tidak pernah terfikir dek akal Safa untuk bercinta dengan Thaqif, lelaki yang dianggap menjengkelkan. Bagi Safa, cinta pertamanya lebih indah dari kekayaan yang dia miliki sekarang. Dia bahkan berkali-kai dijodohkan dengan lelaki lain yang setaraf dengan dirinya tapi Adri tetap menjadi raja di hati tulus itu. Sehinggalah penjodohan bersama Thaqif berlaku. Puas Safa mencari alasan untuk menolak perjodohan itu tetapi kali ini dia kalah. Dan akur dengan segalanya. Ketahanan hatinya sudah patah. Dengan matanya sendiri dia melihat lelaki yang dia perjuangkan selama ini tidak layak menjadi raja di hatinya lagi. Jadi bagaimana dengan Thaqif? Adakah lelaki itu akan menjadi pengganti yang tepat? "Rilek Safa, sampai kita ada anak. Semuanya tamat!" - THAQIF "Kita cuma perlu ada anak untuk gantikan perkahwinan ni." - THAQIF Di mata Thaqif, perkahwinannya bersama Safa cuma satu tanda hubungan perniagaan keluarga mereka yang terikat ukuh. Mereka cuma perlukan anak untuk menggantikan perkahwinan itu, dan memastikan perniagaan keluarga mereka masih dalam perhubungan yang baik disebabkan anak yang akan dilahirkan kelak. *HAPPY ENDING and not a sad story*