yofiucher's Reading List
3 stories
[C] Her Angel by IzzIman_27
IzzIman_27
  • WpView
    Reads 931,059
  • WpVote
    Votes 44,548
  • WpPart
    Parts 66
[FIRST BOOK] Genre: Healing Romance + Slice of Life Zuheyr Iman x Afnan Hanan ❤️ Zuheyr Iman - Hidup tanpa figura seorang bapa namun berjaya membesar menjadi seorang lelaki sempurna, hasil didikan empat wanita hebat dalam hidupnya. Di sebalik tenangnya seorang Zuheyr pada masa kini, tersimpan banyak luka yang dia pendam sendiri. Afnan Hanan - Gadis yang dibesarkan dengan kasih sayang yang tak pernah kurang. Moto hidupnya adalah 'apa yang dia nak dia akan dapatkan.' Tidak berminat dengan mana-mana lelaki sehinggalah Zuheyr Iman muncul dan membuatnya jatuh cinta pandang pertama. Keberanian Afnan Hanan melamar Zuheyr Iman berjaya menggugat ketenangan lelaki itu. Entah doa siapa yang tersangat kuat sehingga mudahnya mereka disatukan dalam satu ikatan suci. Hidup mereka umpama drama komedi. Si isteri yang kuat mengusik vs si suami yang teramat pemalu. Indahnya hidup mereka sehinggalah bayangan masa lalu kembali. Menghantui setiap langkah. Kenangan itu kembali dalam bentuk serpihan yang menyakitkan. Dugaan datang bertalu-talu. Luka silam yang kian sembuh kembali terbuka malah semakin parah angkara dendam. "Stop pushing me away! Hanan yang pilih Zuheyr! I know your worth! So please.. stay alive. I'm begging you, angel." -Afnan Hanan- "Stop calling me angel, I don't deserve to." -Zuheyr Iman- Kisah ini bukan sekadar kisah cinta antara dua manusia tetapi juga kisah kekeluargaan dan persahabatan. Juga kisah seorang lelaki berjuang untuk sembuh dari luka-lukanya. 🚨WARNING🚨 TW: TRIGGERING CONTENT (drugs, abusive, self-harm, suicide attempt, PTSD) 100% my idea No plagiarism allowed, thank you. Highest Rank #1 Healing #1 Healing Romance #1 Romance #1 Cinta #1 Persahabatan #1 Siblings #1 Trauma #1 Family #1 Keluarga #1 Wattpad Malaysia #1 Cinta selepas nikah #1 Clingy #2 Friendship #3 Revenge #3 Cute #6 Bromance #7 Sayang #8 Melayu #15 Love Start published: 1/1/2025 Completed: 17/11/2025
Dia, Aydenku (TERBIT) by hayysfarisya
hayysfarisya
  • WpView
    Reads 1,150,793
  • WpVote
    Votes 13,490
  • WpPart
    Parts 15
Tujuh tahun dianggap mati, Ayden kembali lagi. Munculnya lelaki yang dulu dia anggap hanyalah sebagai seorang 'abang' buat kali kedua membuahkan kekecewaan pada Ammara. Sedih, marah, kecewa! Itulah perasaan yang wajar dia rasakan setelah ditipu hidup-hidup. "I'm truly sorry." -AYDEN AL-HAQ "Sorry, for what? Sorry for letting me grieve?" -AMMARA FARISHA Sejak kembalinya lelaki itu, hidup Ammara menjadi haru-biru. Ayden mahukannya walau dengan apa jua cara sekalipun. Bukan tidak suka... Suka! Tetapi bukan selepas Ammara tahu, siapa Ayden yang sebenarnya. Ayden! Atau lebih dikenali sebagai Haq, bukan sekadar seorang pensyarah. Tetapi juga seseorang yang pernah menjadi buruan polis. Lantaran itu, Ammara mula menjauhkan diri. "Jadi isteri aku, Ammara. Aku boleh buat kau bahagia." -AYDEN AL-HAQ "Saya tak tahu macam mana orang gila macam awak ni boleh jadi pensyarah. Awak psiko!" -AMMARA FARISHA Sekeras-keras kerak nasi, direndam akan lembut juga. Ammara tewas! Lamaran Ayden diterima dan di saat bahagia menjadi milik mereka berdua, muncul sahabat lama menggoyahkan mahligai yang baru saja dibina. Hariz, punya motif tersendiri. "Menjadi isteri awak adalah satu kesilapan terbesar yang pernah saya buat." -AMMARA FARISHA "Abang maafkan Ara." -AYDEN AL-HAQ Rupanya bukan itu yang membuatkan Ammara terduduk. Tetapi bila kisah benar di sebalik kematian palsu Ayden terungkai, benar-benar membuatkan dia terhenyak. Ternyata Carlo adalah penyelamat segalanya, termasuk rumahtangganya. "Kau tak pernah tahu pengorbanan dia pada kau. Sebab tu kau layan suami kau tak ubah macam sampah. Kau islam dan kau sepatutnya tahu kewajipan isteri adalah taat pada seorang suami." -CARLO MATTEO Apakah kisah di sebalik cerita tujuh tahun yang lalu? Siapakah Carlo? Dan setelah kebenaran terungkai, mampukah Ammara menambat semula hati sang suami? Warning: ⚠️Uncensored 🚩 Red flag FL (heroin)
𝐈𝐧𝐬𝐩𝐞𝐤𝐭𝐨𝐫 𝐀𝐝𝐳𝐫𝐢𝐞𝐥 | TERBIT by syirahnees_
syirahnees_
  • WpView
    Reads 700,717
  • WpVote
    Votes 10,069
  • WpPart
    Parts 17
PDRM SERIES 1 Antara khianat dan pertalian darah... "Kau kenapa peluk aku ni? Kau siapa?" Uish! Macam mana dia boleh tersalah peluk orang? Disangka abang, rupa-rupanya kawan abang sendiri! Habis berona merah mukanya seperti tomato. Rasa nak sumbat muka sendiri dalam lubang jamban! "Kambing kau panggil aku?!" - ADZRIEL RAFIQ SYAHPUTRA "Ya lah! Sebab kau tu inspektor. Insbekkkkktor!" - NAAILA MALAIQA "Hei, tikus mondok! Sedarlah diri tu. Dah lah pendek! Kecik macam tikus!" - ADZRIEL RAFIQ SYAHPUTRA Ha, yelah! Memang macam tu lah setiap kali mereka bersua muka. Ada saja benda yang tak puas hati. Ada saja benda yang nak digaduhkan. Ada saja benda yang ingin bertikam lidah. Si Adzriel ni tak habis-habis nak sakat Naaila! Rasa nak celup dia dalam minyak panas biar dia jadi Adzriel goreng tepung! Dari hubungan seperti anjing dengan kucing, entah bagaimana Adzriel boleh menyimpan perasaan terhadap Naaila. Gelagat gadis itu yang comel sering menghiburkannya. Hanya bahagia di permulaan. Tugas sebagai seorang inspektor bukanlah mudah. Ada tujuan abang dan kawannya itu pulang ke kampung mereka di Terengganu. Ada sesuatu yang harus diselesaikan. Beribu nyawa telah diragut dan pada akhirnya Naaila menjadi ancaman! "Ni Adzriel, cinta. Suami awak." - ADZRIEL RAFIQ SYAHPUTRA ⚠️ karya ini mengandungi unsur-unsur sensitif seperti psiko dan pembunuhan. pembaca digalakkan untuk membaca ikut kehendak masing-masing. #1 - comedy-romance #1 - inspector #1 - police #2 - aksi