MissHiddenSecret
- Reads 1,782
- Votes 1,114
- Parts 23
Rose Elara menjalani hidup yang penuh penderitaan dalam keluarganya sendiri. Dilahirkan dalam keluarga yang toksik, dianggap beban,diperlakukan seperti pembantu dan tidak pernah merasakan kasih sayang.Saat keberanian mengalahkan ketakutannya,dia memilih untuk pergi meninggalkan semua luka di belakang dan memulakan hidup baru.
Dengan bantuan sahabatnya,Rose Elara mendapat pekerjaan di sebuah butik dan akhirnya bekerja di rumah seorang majikan kaya.Tugasnya mudah iaitu mengurus anak bongsu majikannya,Rael Martin,yang terkenal dengan sikap degil dan liar.Namun,keikhlasannya untuk membantu hanya dibalas dengan kebencian.Rael Martin tidak suka dikawal.
Konflik mereka semakin memuncak hingga satu peristiwa hitam terjadi. Peristiwa yang bukan sahaja menghancurkan Rose Elara,tetapi juga mengubah takdir hidupnya selamanya. Dengan hati yang remuk,dia pergi tanpa menoleh ke belakang.Namun,dia tidak pergi sendirian.Dia membawa sebuah rahsia besar.
Tanpa diduga,Mama Rael Martin menemui Rose Elara dan mengetahui tentang kandungannya.Dia berjanji supaya anaknya akan bertanggungjawab,tetapi Rael Martin sendiri masih tidak mengetahui kebenarannya.Sejak kepergian Rose Elara,dia mula berubah perlahan-lahan menjadi lelaki yang lebih baik,meskipun bayang-bayang masa lalu terus menghantuinya.
Rose Elara tetap teguh dengan pendiriannya.Dia tidak akan kembali pada masa lalunya.Walaupun dia semakin rapat dengan keluarganya,dia tetap menjauh dari lelaki yang telah menghancurkannya.
Namun,sejauh mana pun dia berlari, bayang-bayang masa lalu tidak pernah hilang.Akankah Rose Elara akhirnya berdamai dengan masa lalu,atau terus hidup dalam kebencian?
Mula: bulan 3
Tamat: bulan 4
Karya Keempat