shesha_'s Reading List
91 cerita
Skate To Escape oleh bluebixxx
bluebixxx
  • WpView
    Dibaca 38,801
  • WpVote
    Vote 7,091
  • WpPart
    Bab 50
ZILL AAYAZ bukan tipikal atlet yang mempunyai gaya hidup elit. Dia cuma seorang lelaki yang gilakan ais. Pagi, petang, siang dan malam dalam hidupnya bertemankan suhu sejuk sampai diri sendiri tak tahan dengan cuaca panas di Malaysia. Pengsan! Tetapi kekurangan itulah yang menjadikannya seorang atlet Men's Singles Figure Skater terbaik dalam sejarah. ALVA DELINA pula gadis malang yang baru berhenti kerja sebagai pengurus kepada salah seorang pemain bola sepak Malaysia tanpa sebarang pelan alternatif. Tertekan memikirkan caranya membayar komitmen bulanan semasa menjadi penganggur, dia akhirnya ditawarkan pekerjaan baru dengan gaji yang lumayan. Tetapi, sebagai seorang pengurus atlet lagi! "Tapi itulah, I think I should reconsider. Kau...agak berbahaya. Kau langgar aku tadi. Aku tak boleh jangka apa kau boleh buat masa akan datang nanti. Tak nak aku ambil risiko." - Zill Aayaz "Kalau kau rasa tak nak terima aku, it's okay. I don't mind either." - Alva Delina Hubungan kerja antara Alva dan Aayaz membawa mereka ke alam perkahwinan dalam keadaan terpaksa. Tidak bercinta tapi tahu-tahu sudah berkahwin. Yang seorang jenis berat mulut dan tak pandai tunjuk emosi, yang seorang lagi ada sifat rendah diri yang buat dia sentiasa overthinking. Jadi, ke mana hala tuju perkahwinan mereka? "Salah aku. I admit it. Aku perempuan, isteri kau, manager kau lagi. Tapi berani-berani bergaduh dekat situ. Macam orang tak matang." - Alva Delina "Kalau lelaki tu biadap dengan kau, orang expect apa daripada kau? Hormat dia balik? Mengarut." - Zill Aayaz
𝗔𝗗𝗥𝗜𝗔𝗡 𝗜𝗦𝗞𝗔𝗡𝗗𝗔𝗥 : 𝗠𝗬 𝗟𝗜𝗚𝗛𝗧 𝗜𝗡 𝗧𝗛𝗘 𝗔𝗟𝗢𝗡 | 𝗢𝗚 oleh itshhnny
itshhnny
  • WpView
    Dibaca 5,585
  • WpVote
    Vote 482
  • WpPart
    Bab 3
Kematian ibunya bukanlah satu kemalangan yang tak disengajakan. Itu adalah permulaan satu rancangan keji yang merobek seluruh hidup Adrian Iskandar. Dia membesar sendirian dalam rumah yang sepatutnya menjadi tempat berlindung, namun hanya memberinya luka yang tidak pernah kering, dihina, didera, dan dipaksa berjuang melawan arus yang sentiasa cuba menenggelamkannya. Namun takdir tidak pernah silap memilih jalan. Pagi itu, pagi dimana takdir mengatakan untuk mereka bertemu. Perkenalan yang tidak tersengaja dan perkenalan tidak terduga bakal berlaku kini telah merubah hidup Adrian Iskandar dan Adreena Mikaila. "Saya cinta kan awak Adreena, sejak kali pertama kita berjumpa." - Adrian Iskandar Tanpa disangka ternyata Adreena Mikaila merupakan adik kepada sahabat karibnya iaitu Adreen Mikail. Sebuah perjalanan yang menghadapi banyak cabaran. "Saya.. tak pasti Adrian, saya perlukan masa untuk fikir." - Adreena Mikaila Mampukah cinta Adrian dibalas dengan kebahagiaan atau dibalas dengan kepahitan. Dan mampukah Adreena memberikan rasa ketenangan yang dicari oleh Adriaan selama ini?. Atau semuanya bakal terungkap?.
Hayya & Larlaith oleh Hudanajwa__
Hudanajwa__
  • WpView
    Dibaca 8,232
  • WpVote
    Vote 541
  • WpPart
    Bab 15
Hayya tidak pernah menyangka pertemuannya dengan Larlaith di Stanford University akan mengubah seluruh dunianya. Mereka bermula sebagai dua insan asing yang berbeza latar belakang dan berbeza kepercayaan namun menemukan keserasian yang tidak pernah mereka cari selama ini. Semakin mereka mengenali satu sama lain, semakin sukar untuk menafikan perasaan yang tumbuh antara mereka. Namun cinta tidak selalu bermaksud memiliki kerana di antara Hayya dan Larlaith, ada satu garisan yang tidak boleh dilanggar dan akhirnya mereka harus memilih antara mengkhianati satu sama lain atau mengkhianati agama mereka.
Faeeqz's Precious Wife | OG oleh Sophianyy
Sophianyy
  • WpView
    Dibaca 6,875
  • WpVote
    Vote 508
  • WpPart
    Bab 22
Sejak kecil Faeesa dan Faeeqz membesar bersama, berkongsi tawa, rahsia, dan kenangan yang hanya mereka fahami. Mereka berdua sudah seperti adik beradik yang tidak boleh berpisah walaupun tidak sedarah. Namun takdir tidak selalu berpihak kepada hati. Faeesa terpaksa meninggalkan tanah air demi mengejar kerjayanya sendiri di luar negara. Apabila takdir menemukan mereka berdua semula, masih adakah ruang untuk persahabatan yang tertangguh? atau perpisahan itu telah membawa mereka ke jalan yang berbeza?
LAST FORMULA oleh Missyuki12_
Missyuki12_
  • WpView
    Dibaca 13,762
  • WpVote
    Vote 951
  • WpPart
    Bab 44
Hector Braselton X Nur Eira Dalam dunia Formula 2 yang penuh kelajuan dan perhatian media, Hector Braselton ialah pelumba muda Sepanyol yang berbakat tetapi dingin, angkuh dan sukar untuk didekati. Hidupnya mula berubah apabila dia bertemu Nur Eira, seorang model tangan dan pemilik kafe yang langsung tidak terpesona dengan nama besarnya. Pertemuan pertama mereka di Litar Sepang bertukar menjadi pertengkaran apabila Eira tanpa sengaja menghalang laluannya. "Are you blind? Move, ahora mismo!" marah Hector. Eira berkerut dahi. "What did you just say?" Hector mengeluh geram. "I said move. You're blocking my way." "Oh, sorry. I didn't know the track belongs to your royal highness." "Dios mío... you're really annoying." "And you're really arrogant." Namun takdir menemukan mereka sekali lagi apabila mereka terpaksa menjadi model kempen bersama untuk sebuah jenama besar. Hector yang tidak biasa dicabar mula berdepan dengan seorang wanita yang langsung tidak takut melawannya, manakala Eira mula melihat sisi lain lelaki yang selama ini hanya dikenali sebagai pelumba sombong. Tetapi apabila dunia perlumbaan, tekanan media dan rahsia lama mula menghampiri mereka, mampukah dua hati yang sering bertembung ini mengakui perasaan yang semakin berkembang?
Tengku Farrel's Dark Obsession (C) oleh LifeSlave
LifeSlave
  • WpView
    Dibaca 4,051,479
  • WpVote
    Vote 99,769
  • WpPart
    Bab 90
A Beautiful love story between: TENGKU FARREL FAHREZZI ♥️ ANGGUN ADELINA Anggun Adelina merupakan cinta pertama Tengku Farrel Fahrezzi. Berpisah bertahun lamanya namun takdir telah mempertemukan mereka berdua semula. Ikuti perjalanan Tengku Farrel Fahrezzi yang penuh obsesi dan posesif dalam mendapatkan kembali cinta pertamanya itu. Status: complete Garis masa: Tarikh mula: 15 Jun 2022 Tarikh tamat: 13 Januari 2023 WARNING ALERT: THIS STORY MAY CONTAIN: ✅ Cliche storyline ✅ Harsh words ✅ some 18+/ Adult content/Uncensored scene ✅ Red Flag Hero ✅ Konflik berat ✅ some adaptations from movie. Read at your own risk ⛔️ All Rights Reserved by @LifeSlave
Aydeen's Untold Heart (Completed) oleh Missailynn
Missailynn
  • WpView
    Dibaca 489,156
  • WpVote
    Vote 32,538
  • WpPart
    Bab 51
NEXT GENERATION (HEART SERIES 1) Tengku Aydeen Iskandar x Raja Khayra START: 20/11/2025 END: 8/7/2026 Bagaimana jika seseorang yang telah menjadi sebahagian daripada hidup kita sejak kecil, akhirnya menjadi seseorang yang paling ingin kita cintai? RAJA KHAYRA membesar dengan seorang lelaki yang sentiasa ada di sisinya iaitu TENGKU AYDEEN ISKANDAR. Lelaki yang menjadi tempat dia bergantung, tempat dia mencari perlindungan dan seseorang yang tidak pernah gagal membuatnya berasa selamat. Dan semakin dewasa, perasaan itu perlahan-lahan berubah. Daripada kasih seorang adik kepada cinta seorang wanita. Raja Khayra tidak pernah menyangka bahawa perasaan yang selama ini disimpan kemas akhirnya menjadi sesuatu yang begitu sukar untuk dimiliki. Lebih menyakitkan apabila dia mengetahui Tengku Aydeen sudah mempunyai teman wanita. "Kenapa abang tak boleh sayangkan Ara balik?" -RAJA KHAYRA "Sebab abang takut abang tak mampu sayangkan Ara lebih dari seorang adik. Dan Ara... seseorang yang abang patut lindungi. Bukan seseorang yang abang boleh cintai." -TENGKU AYDEEN Antara cinta yang sudah lama berakar dan sebuah hubungan yang terlanjur dianggap seperti keluarga, mampukah mereka menemukan jalan pulang kepada satu sama lain?
Love, Aish Rayhan | C oleh viepixxa
viepixxa
  • WpView
    Dibaca 3,467,946
  • WpVote
    Vote 196,208
  • WpPart
    Bab 69
1ST LOVE SERIES BY VIEPIXXA Hanya disebabkan satu peristiwa, Nayra membuat keputusan untuk berkahwin dengan seorang lelaki yang dianggap sebagai hero kerana dia yakin lelaki itu mampu mengeluarkannya dari kegelapan hidupnya. "Tolong kahwin dengan saya. Saya nak awak jaga saya. Please, saya takut." -NAYRA ADELIA "Ingat Nayra Adelia, aku kahwin dengan kau sebab aku kasihankan kau saja." -AISH RAYHAN Mereka berkahwin namun hanya atas dasar simpati dan perlindungan. Meski Aish masih mencintai masa lalunya dan melayan Nayra dengan teruk, Nayra tetap cuba untuk membuka hati Aish untuknya kerana dia ikhlas mencintai suaminya itu. Tetapi kesabaran setiap orang pasti ada batasnya. Apatah lagi dugaan tak henti menguji rumah tangga mereka. Di kala itu hanya perpisahan yang terlintas di fikiran. "Izinkan saya pergi, Encik Rayhan." - NAYRA ADELIA Pada akhirnya, pilihan apa yang terbaik untuk mereka? Bertahan bersama atau perpisahan selamanya? DILARANG PLAGIAT! All Rights Reserved © viepixxa
WANITA TUAN GHAZRIL oleh qashard
qashard
  • WpView
    Dibaca 317,114
  • WpVote
    Vote 13,853
  • WpPart
    Bab 49
Tuan Ghazril Mikail, si duda terlajak usia yang selalu berwajah masam. Gelaran hot and spicy diusia 39 tahun itu adalah yang tepat untuk Ghazril. Pendek kata, dia adalah lelaki yang sempurna di mata wanita. "Dah 7 tahun kamu menduda, Ghaz. Fikir-fikirkanlah mana yang terbaik." ―PUAN SRI MAISARAH "Pintu hati ni dah tutup serapat-rapatnya. Takkan ada sesiapa yang boleh isi tempat Suri." ―GHAZRIL MIKAIL Dinginnya Ghazril berbicara tentang membina mahligai baru membuatkan Puan Sri Maisarah buntu untuk memujuk anaknya lagi kerana dalam diam, Ghazril tetap setia menjadi perindu pada arwah isterinya, Suri Sophea. "Oh, my gucci! Sejak bila dunia ni ada uncle yang segak dan kacak macam ni!" ―SEROJA MIKAYLA Cinta tak mengenal usia, kalau tidak takkanlah seorang gadis yang bernama Seroja Mikayla begitu berani menyatakan hasratnya tulus mencintai lelaki seperti Ghazril Mikail. "Apa yang susah sangat awak nak terima hakikat ni? Saya ni duda anak satu, umur pun dah terlajak!" ―GHAZRIL MIKAIL Namun Ghazril tegas menolak, bahkan perbezaan jarak usia mereka hampir 18 tahun itu membuatkan dia menolak mentah-mentah cinta dari gadis itu. Bagi Ghazril, perempuan itu terlalu kebudak-budakkan dan terlalu mencabar kesabarannya! "Tapi Seroja betul-betul dah cintakan, uncle! Takkan semudah itu Seroja nak mengalah? Cuba uncle bagi ruang pada Seroja untuk buktikan. Manalah tahu kita ada jodoh?" ―SEROJA MIKAYLA Kata orang cinta boleh dipupuk, tak mustahil dengan izin Tuhan cinta itu akan hadir tanpa dipinta. Dan sekelip mata cinta itu juga telah merubah sekeping hati seorang Ghazril Mikail. "Saya dan awak mampu bahagia, Allah yang buka pintu hati saya dan Allah juga yang hidupkan rasa cinta itu dalam hati saya." ―GHAZRIL MIKAIL Perkahwinan yang disangka membawa bahagia cumalah sekadar pinjaman, kebenaran yang terbongkar melukakan hati Seroja. Siapakah Ghazril sebenarnya? Semudah apa rintangan hidup mereka?
Zain Al Fareed: Cinta Itu Masih Di Sini (Ebook) oleh nssignature
nssignature
  • WpView
    Dibaca 12,260
  • WpVote
    Vote 761
  • WpPart
    Bab 3
Ebook di bawah HE Dynamic Second spin off Ammar Zahrain: The Obsessive Husband Zain Al-Fareed | Nadya Elara