𝒻𝒶𝓋ℴ𝓇𝒾𝓉ℯ ☆
11 histoires
𝐌𝐚𝐰𝐚𝐫 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐇𝐮𝐦𝐚𝐢𝐫𝐚 par lvndrella
lvndrella
  • WpView
    LECTURES 2,205,511
  • WpVote
    Votes 88,553
  • WpPart
    Chapitres 37
"Jangan paksa perasaan aku, Maira. Aku tak boleh cintakan kau sama macam aku cintakan arwah Zaharah. Kau bukan dia."-𝐊𝐀𝐑𝐋 𝐀𝐙𝐑𝐈𝐄𝐋 Mana mungkin dia menerima kehadiran wanita lain selain daripada Zaharah. Dia seolah-olah enggan menerima bicara segenggam takdir yang melakarkan seribu dusta. Jiwa dan akalnya masih lagi percaya bahawa Zaharah pasti akan kembali di dunia. Sayang dan cinta kepada Humaira? Mustahil. Rasa itu masih belum berputik di dalam hatinya. Masih belum dapat dia utarakan. Dia masih menafikan itu. Menyelimuti semuanya dalam satu perasaan benci yang mendalam. Bagaimana mungkin dia melupakan kenangan indahnya bersama Zaharah? Bahkan setitik tinta sekalipun tidak dapat mengukir aksara untuk mengutarakan mahalnya kenangan di antara mereka. Maha dalam kasih seorang Azriel terhadap Zaharah. "Abang minta maaf, Zaharah. Abang dah kahwin dengan perempuan lain."-𝐊𝐀𝐑𝐋 𝐀𝐙𝐑𝐈𝐄𝐋 Sedangkan Humaira? Menyimpan harapan yang tinggi menggunung. Kasihnya tumpah. Namun tiada siapa yang kutip. Penantiannya seiring waktu yang berjalan itu seolah-olah tidak berguna. Hati Azriel bukan untuknya. Sehingga apa yang dia harapkan itu luntur. Hancur menjadi debu-debu lara. Humaira memilih untuk mengalah. "Kita berpisah boleh?"-𝐋𝐀𝐔𝐑𝐀 𝐇𝐔𝐌𝐀𝐈𝐑𝐀 Akankah kewujudan cinta di antara mereka itu nyata? Akankah bahagia menjadi milik mereka? © lvndrella ⚠️ Hanya manusia berhati ultraman yang LAYAK baca.
Bukan Cinta Sempurna ✓ par thebellesa
thebellesa
  • WpView
    LECTURES 2,433,020
  • WpVote
    Votes 28,847
  • WpPart
    Chapitres 12
(Terbit PBAKL 2024) (ADAPTASI DRAMA AKASIA BUKAN IPAR SEMPURNA DI TV3) Warning: Stories ini memerlukan tahap kesabaran yang tinggi. Mertua puaka HAHA. Blurb di dalam. Mula: 31/08/2021 Tamat: 30/3/2022
Bukan Utusan Cinta par thebellesa
thebellesa
  • WpView
    LECTURES 39,559
  • WpVote
    Votes 2,548
  • WpPart
    Chapitres 14
(On Going) Spin-off BUKAN CINTA SEMPURNA | Bukan's Series "𝐃𝐢𝐚 𝐬𝐮𝐚𝐦𝐢 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐧𝐞𝐫𝐚𝐤𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐚𝐬𝐢𝐡 𝐤𝐮 𝐚𝐧𝐠𝐠𝐚𝐩 𝐬𝐞𝐛𝐚𝐠𝐚𝐢 𝐤𝐢𝐫𝐢𝐦𝐚𝐧 𝐭𝐞𝐫𝐢𝐧𝐝𝐚𝐡 𝐝𝐚𝐫𝐢𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐓𝐮𝐡𝐚𝐧." Iman kalau bertentang dua kepala dengan Aisar, fuh! Musuh tradisi, anjing dengan kucing, perang dunia ketiga, semua boleh masuk! Tapi, ada sisi Aisar yang Iman suka. Aisar... protective! "I tunang Iman. Lagi dua bulan, kami akan kahwin. So, I harap you tak ganggu bakal isteri I sebelum i cabut semua gigi jonggang you. Faham?" -WAAN AISAR "Kenapa awak cakap yang kita nak kahwin? Nanti tak fasal jadi gosip murahan satu hospital ni!" -IMAN NADEENA Di sebalik rasa bahagia, pasti ada onak duri yang kunjung tiba. Aisar, pencinta kaum sejenis. Bukan dia tak cuba berubah, dah cuba. Bukan dia tak cuba ubati, dah cuba. Cuma, tak boleh. "Mama nak Waan kahwin Qamelya. Prove me that's you're not gay!" -PUAN SRI SYUHADA "Mama nak Waan kahwin dengan Qamelya? Qamelya yang ada kanser tu? Siapa nak bimbing siapa sebenarnya ni?" -WAAN AISAR Dan, di sini Iman. Kononnya, sudi jadi isteri atas kontrak. Langsung tidak mengaku cinta. Padahal, diri dilamun cinta asmara! "Apa kata kita kahwin, Aisar? Lepas awak jumpa orang yang awak suka, cinta sebenar awak, kita berpisah baik-baik?" -IMAN NADEENA Kisah ini bukan kisah bahagia. Saat ingin mengecapi rasa manisnya bersama, saat itu lah, derita saling merobek rasa cinta yang terbina. Mahligai ini... tidak selamanya kukuh di sini. "Abort kandungan kau, Iman. Aku tahu semua ni terlalu perit untuk kau lalui. Tapi nyawa kau lagi penting. Peluang untuk kau hidup, tipis." -NADHIA SOFEA "Aku sayang anak aku. Ini anak aku dengan Aisar. Kalau aku abort kandungan ni, mesti Aisar kahwin dengan Qamelya kan? Qamelya kan cinta baru Aisar?" -IMAN NADEENA "Lepas kau habis pantang, aku akan kahwin
MR PIRATE [Complete] par CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    LECTURES 5,951,975
  • WpVote
    Votes 417,539
  • WpPart
    Chapitres 98
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatkan Husna teringat sampai sekarang. Mengapa Mr Blue? Kerana di dalam mimpi indah itu cuma menampakkan mata biru yang dianugerahkan buat lelaki itu. Sangat cantik. Buatkan dia jatuh cinta pada pandangan kali pertama mata mereka bertembung. Dan dia pasti, bukan cuma dia sahaja yang merasakan perasaan aneh itu. "Salah satu kenangan yang mahal. Adalah pertemuan kita."- misteri. Kemunculan Nathan iaitu bakal Ceo Ocean Resort, buatkan Husna semakin yakin jodohnya berada di jarak yang dekat. Lelaki itu juga memiliki mata biru sama seperti mimpinya. Namun disaat dia ingin meluahkan isi yang terbuku dihati, nasib malang menimpa diri sendiri. Dia terperangkap ditengah-tengah pulau. Atau lebih menakutkan, di kawasan zone merah. "Sudah nama pun Lanun. Kalau jumpa sesuatu yang berharga, tak mungkin aku akan lepaskan. Rugilah kalau macam itu."- Lanun "Saya akan cari jalan keluar walau apa pun caranya asalkan bukan tinggal dekat tempat miskin ni!"- HUSNA "Kalo kau mau keluar, keluarlah, tapi kalo aku jumpa kau balik. Memang teruk nasib kau nanti aku kerjakan."-LANUN Si Lanun itu memang lelaki tak mempunyai hati. Kalau ada pun, mungkin dah digoreng dengan minyak tanah. Egh, boleh jadi gila kalau dia terus tinggal di kampung kecil ini. "Sampai bila lagi kita nak tunggu, pa? Nasib Husna dalam bahaya. Kita kena selamatkan dia sekarang!"-Nathan "Siapa aje yang boleh hidup dekat tengah-tengah pulau sana? Mungkin Husna dah mati lemas?"- Datin Khadijah Apakah nasib malang yang bakal menimpa Husna? Adakah dia menjadi tawanan si Lanun atau sebaliknya? "Kenapa awak tutup sebelah mata ek? Saja nak acah-acah Lanun?"-Husna "Setiap cacat cela yang dilahirkan bersama ada keistimewaannya. Dan istimewa tu hanya untuk yang teristimewa juga."-Lanun Siapakah Mr Blue yang sebenarnya? "It's you?!"-Husna
+8 autres
Heartless To Falling In Love (Edited Version.) par adrieyanaa44
adrieyanaa44
  • WpView
    LECTURES 217,579
  • WpVote
    Votes 5,521
  • WpPart
    Chapitres 76
Haira Arelyne, seorang pelajar universiti dengan hati yang sukar terbuka pada cinta, sedang menjalani hidup yang penuh dengan cabaran iaitu dengan salah faham, kehilangan kawan lama, dan tekanan keluarga yang membebankan. Di tengah kesunyian itu, dunia sekelilingnya penuh dengan rahsia, ujian, dan pandangan yang selalu mengintai. Namun, persahabatan baru mula muncul, dan sedikit demi sedikit, hatinya yang "heartless" diuji oleh kehangatan dan perhatian yang tidak dijangka. Antara drama, kehilangan, dan ujian hidup, apakah Haira akan menemui kebahagiaan yang sejati, atau hatinya akan terus terluka? Cerita ini adalah rekaan semata-mata. Mana-mana persamaan dengan orang hidup atau mati adalah kebetulan semata-mata ya. Terselit juga sedikit inspirasi daripada pengalaman penulis.
Peluang Kedua Buatku (S2) par oniriquefairytale
oniriquefairytale
  • WpView
    LECTURES 1,001,540
  • WpVote
    Votes 66,613
  • WpPart
    Chapitres 57
Kehidupan Amsyar Dizhwar dan Haura Mikayla semakin penuh dengan kemanisan selepas hadirnya cahaya mata pertama, Emir Raees. Namun bagi Haura, masih ada beberapa perkara yang diidamkan dalam hidup. Walaupun dikurniakan suami yang memahami, tanggapan orang luar tidak akan dapat dipulaukan sepenuhnya. Mampu ke dia untuk kekal kuat sebagai seorang isteri, seorang ibu, seorang menantu, seorang anak dan dalam masa yang sama mengejar keinginannya yang masih belum selesai. (Light reading)
Yes! Captain Zul Aaryan [TERBIT] par Wnfhanna
Wnfhanna
  • WpView
    LECTURES 2,470,021
  • WpVote
    Votes 17,295
  • WpPart
    Chapitres 11
Captain Zul Aaryan | Zara Andrea 🖤 Zul Aaryan seorang lelaki dingin dan sukar didekati. Fokusnya hanya satu, kerja, kerja dan kerja. Sikap workaholic Aaryan membuatkan dia perfectionist dalam setiap kerja yang dilakukan. Pantang ada kesalahan, pasti akan dihamburkan pada pekerjanya sehinggakan dia mendapat jolokan boss paling garang di dunia. Zara Andrea pula seorang gadis periang dan mudah terhibur. Sifat Andrea itu membuatkan dia mudah mesra dengan orang sekeliling. Sesiapa yang mendekati Andrea, pasti akan jatuh cinta pandang pertama. Namun, tidak bagi Aaryan. Pertemuan pertama dengan Andrea membuatkan gadis itu mencabar ego lelakinya. Belum pernah ada mana-mana gadis yang berani menggugut dirinya seperti Andrea. Gadis itu benar-benar mencari nahas. Takdir mengubah apabila Andrea di minta untuk berkahwin dengan Aaryan. Perkahwinan yang tak dirancang itu akhirnya membuatkan Andrea tersepit dan terperangkap dengan Aaryan sehingga dia tidak mampu untuk melepaskan diri lagi. Disclaimer: Novel ini hanya rekaan semata-mata tiada kena mengena dengan yang masih hidup atau tiada. Segala nama, watak, tempat dan insiden adalah imaginasi penulis. Segala persamaan hanyalah kebetulan. ©WNFHANNA - 2023 ALL RIGHT RESERVED
Aku Shark, Suami Dia! [COMPLETE] par CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    LECTURES 10,691,804
  • WpVote
    Votes 629,573
  • WpPart
    Chapitres 73
Pemenang The Diamond Awward [The best storyline2020🏆, The top hero2020🏆,The best romance2020🏆,The top author2020🏆 AIN SURAYA, dia seorang isteri yang sangat mencintai seorang suaminya. Kasih setia cintanya hanya ikhlas buat lelaki bernama FAJAR. Sehingga, apa yang lelaki itu lakukan dia langsung tidak kesah. Asalkan dia bahagia. Hingga ke suatu tahap. Dia Ain Suraya dilafazkan cerai dengan talak TIGA. Dia ketakutan. Kegelisahan. Mana tidaknya jika dia mempunyai anuptaphobia? Penyakit yang akan berasa gelisah jika dia tidak bersama dengan seseorang. Dia perlukan peneman! Tetapi siapa? "hei, sekali lagi kau langkah setapak dekat dengan aku. Pistol ni meletop dekat kepala kau. kalau berani dekatlah! "-SHARK "Mereka buang saya, boleh tak saya nak awak sayang saya dengan seikhlas hati awak. Cukup untuk seketika pun saya terima dengan seadanya..."-AIN SURAYA terkelu lidah lelaki itu mendengar permintaan Ain Suraya secara tib a-tiba. Siapa gadis ini yang merayu menadah cinta daripadanya? "Mafia macam kau tak layak jadi suami. Kau lebih layak jadi cina buta buat aku! "-FAJAR "aku bukan cina butalah, bodoh!"- SHARK Siapakah yang bakal menjaga Ain Suraya? Bakal adakah cinta yang ikhlas buatnya kali ini? "Kalau mereka buang kau, biar aku yang kutip!"-SHARK ⚠️COMEDY ROMANCE⚠️ Jika anda seorang yang mahukan cerita serius, ini bukan pilihan terbaik.
𝐁𝐢𝐥𝐚 𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐌𝐞𝐧𝐜𝐢𝐧𝐭𝐚𝐢 | C par missdiraa
missdiraa
  • WpView
    LECTURES 230,510
  • WpVote
    Votes 12,506
  • WpPart
    Chapitres 77
𝐐𝐚𝐬𝐡 𝐈𝐥𝐡𝐚𝐦 | 𝐅𝐚𝐭𝐞𝐞𝐧 𝐍𝐚𝐟𝐢𝐬𝐚𝐡 "Mencintaimu seperti mana aku mencintai-Nya." Bagi Fateen Nafisah, cinta itu sederhana kerana hati manusia dipegang oleh-Nya. Sejauh mana pun mencintai, takkan dapat menghalang seperti mana takdir Tuhan yang sudah tertulis. "Kalau nak cari calon suami untuk Esah, kena cari yang hebat-hebat. Handsome macam yang Esah cakap sebelum ni, sebab Esah cantik." - 𝐅𝐀𝐓𝐄𝐄𝐍 𝐍𝐀𝐅𝐈𝐒𝐀𝐇 Dulunya sekadar gurauan, tetapi siapa sangka gurauan itu telah menjadi kisah nyata buat seorang gadis muda bernama Fateen Nafisah. Hadirnya seorang jejaka kacak mengubah nasib hidupnya. "Kita kahwin. Benarkan abang jadi suami Esah." - 𝐐𝐀𝐒𝐇 𝐈𝐋𝐇𝐀𝐌 Qash Ilham, seorang pahlawan muda yang berjiwa keras. Gagah perkasa seperti saat orang ramai menatap matanya. Prinsip hidup lelaki itu membawa pesonanya. Bila hati mencintai, sekalipun mata tak terlepas daripada memandang figura yang menarik perhatiannya. "Between a man and a woman, it's often the woman who falls in love more easily because her heart listens before her mind speaks." - 𝐅𝐀𝐓𝐄𝐄𝐍 𝐍𝐀𝐅𝐈𝐒𝐀𝐇 "Behind a woman's love lies a man's silent prayer." - 𝐐𝐀𝐒𝐇 𝐈𝐋𝐇𝐀𝐌 Benih-benih cinta mulai tumbuh. Saat kasih dan sayang semakin bercambah, hubungan itu semakin erat. Rindu kepada si pemilik hati. ⚠️ No Plagiarism Allowed
HERO DANIKKA (COMPLETE) par MairaAdh
MairaAdh
  • WpView
    LECTURES 12,784,047
  • WpVote
    Votes 740,644
  • WpPart
    Chapitres 70
"Esok anak mummy yang dekat Jerman tu nak balik. Nayra mesti dah lupa dia kan?" "Abang Hero ke mummy?" HERO DANIKKA- Sebaris nama yang pernah menjadi kisah silam seorang Anayra Sophia. Dialah abang kepada gadis comel itu. Abang Hero! Dia lelaki dingin yang sentiasa dengan aura bekunya. Suka menjerkah tak kira masa lagaknya seperti seorang komander.Menetap di bumi Jerman buat masa yang lama, sehingga dia mengambil keputusan untuk pulang semula ke tanah air. Pertemuan semula dengan keluarganya di KLIA dan dia bertemu kembali dengan budak comel yang sekarang ini sudah membesar menjadi seorang gadis yang sungguh jelita. "Jangan panggil aku abang Hero dah lepasni. Aku tak suka. Sebab, kau bukannya adik aku." ANAYRA SOPHIA- Anak angkat di dalam keluarga besar Tuan Denniz dan dia satu-satunya puteri dalam keluarga itu. Dikelilingi oleh abang-abangnya yang sangat overprotective. Dia menjadi sebahagian daripada keluarga itu sejak usianya 9 tahun. Atas belas ihsan, Katerina telah mengambilnya dan dijadikan sebagai anak angkat. Start - 26 March 2022 End - 02 April 2023 [ STAND ALONE BOOK ] [ READ AT YOUR OWN RISK ]