AvenroseLestari's Reading List
7 stories
(I) Perbezaan Antara Kita - (OG) by dheaadamiaa
dheaadamiaa
  • WpView
    Reads 175
  • WpVote
    Votes 40
  • WpPart
    Parts 18
𖹭Karya Pertama Dheo Athira Farisha, atau dikenali sebagai Athira, gadis berusia 23 tahun akhirnya berhasil menamatkan rancangannya yang sudah dia berhajat saat dia berumur 19 tahun-membunuh diri. Tiba-tiba, dia terbangun dan dia sedar kerana dia berada di zaman "Kerajaan Lilli (ലില്ലി)", kerajaan yang pernah menewaskan askar-askar "Kerajaan Pishaachu (പിശാച്)". "Selamat pagi, tuanku. Syukurlah tuanku sudah sedar." - hamba istana. Mendengar panggilan dari seorang hamba dari istana itu membuat dia tidak percaya. Otaknya sudah buntu mencari jawapan. Mengapa dia memanggil Athira 'Tuanku'? ˖᯽ ݁˖· ─ Nur Farisha Dhiya's series (Bahagian Satu) Mula menulis:28 September 2025 Terakhir menulis:- ⚠️DISCLAIMER N TW!! -ADA BANYAK KESALAHAN TATABAHASA, CRINGE DAN LAIN-LAIN DIDALAM STORY INI! -SAYA BARU MENULIS DIDUNIA OREN INI, JADI SAYA AKAN MEMPERBAIKI PENULISAN SAYA DIMASA AKAN DATANG! -SLOW UPDATE! jangan lupa vote ye, hwhw :)
Man Man Qing Luo (Versi Melayu) by SWEETCORNIce
SWEETCORNIce
  • WpView
    Reads 40,593
  • WpVote
    Votes 4,724
  • WpPart
    Parts 104
Mengisahkan seorang gadis moden yang kembali ke zaman silam. Menjadi anak gadis ketiga Perdana Menteri Ning Guo dari gundik yang ketujuh Kemudiannya terjebak dalam cinta 3 segi. Dapatkah dia kembali semula atau tetap tinggal didunia yang asing buatnya.
SETIA NYAWA || C by LUVVEREMMA
LUVVEREMMA
  • WpView
    Reads 242
  • WpVote
    Votes 38
  • WpPart
    Parts 38
Menceritakan kisah kehidupan kisah silam keluarga. Seorang lelaki yang mempunyai perwatakan dingin dan sensitif. Rodricquez Konellez Mayes didewasakan oleh keadaan sekelilingnya sejak dia di bangku sekolah lagi. Rasa takut dan gentar terhadap sekelilingnya sudah menjadi kebiasaan pada dirinya. Setelah meningkat usianya , dia menjadi pemegang syarikat tersohor dunia. Tanpa menghiraukan orang sekelilingnya , hadirnya seorang gadis yang di hari pertemuan pertama mereka yang tidak disengajakan telah menjadi pembantu rumahnya. Althania Rashima Raihan gadis yang sopan santun dan cerewet. Mereka berdua dipertemukan semula di mana gadis itu mula bekerja di rumah keluarganya sebagai pengganti pembantu rumah. Hidupnya menjadi tidak tenang apabila lelaki itu mula menghuru-harakan kehidupannya di rumah itu. Seandainya kita tidak ditakdirkan untuk bersama di dunia yang penuh permainan ini , malah kita haruslah memilih untuk meninggalkannya kerana pada akhirnya akan memberikan harapan yang menyakitkan - luvveremma. Sekian.
Rayyan untuk Ariana by aishhselekk
aishhselekk
  • WpView
    Reads 313
  • WpVote
    Votes 50
  • WpPart
    Parts 52
Sinopsis Ariana - seorang gadis biasa yang penuh impian, dengan hati selembut bayu dan semangat setegar mentari. Dalam langkahnya mengejar cita dan makna hidup, dia tidak pernah menyangka akan hadirnya seseorang yang mengubah segala. Rayyan - jejaka misteri yang hadir bukan dengan janji, tapi dengan tenang yang menenangkan. Dalam diam, dia menjadi tempat Ariana berlindung, penawar dalam setiap gundah. Pertemuan mereka bukan kebetulan. Ia satu takdir yang diatur langit, satu kisah cinta yang dibalut kesetiaan, air mata dan harapan. Bila dua jiwa bertemu, mampukah mereka bertahan saat dunia tidak menyebelahi mereka? "Rayyan Untuk Ariana" bukan sekadar kisah cinta, tapi sebuah perjalanan dua hati yang mencari erti kasih sebenar - dari saat pertama bertemu, hingga ke hujung nyawa.
Bound to the Mafia's Heart by aishhselekk
aishhselekk
  • WpView
    Reads 47
  • WpVote
    Votes 0
  • WpPart
    Parts 12
- Rayqal Aryan Zaviero : Dia bukan lelaki biasa. Di sebalik ketampanan dan kemewahan yang dimiliki, Rayqal adalah ketua mafia yang paling digeruni di bumi Itali. Tegas, kejam pada musuh, tapi bila bersama insan yang dicintainya... hatinya selembut embun pagi. Dia sanggup membakar dunia, demi melindungi Avelyn Zahra. - Avelyn Zahra El-Manriquez : Gadis berhijab yang punya luka lama, seorang wanita yang kelihatan tenang di luar tapi menyimpan seribu kisah luka di dalam. Dibesarkan dalam keluarga yang penuh rahsia, dia tak mudah percaya sesiapa. Namun, hadirnya Rayqal... mengubah segalanya. Kisah mereka bukan kisah cinta biasa. Ini kisah tentang dua jiwa dari dunia berbeza... yang akhirnya terikat oleh satu takdir bernama cinta.
Bayu Silam by baemaa
baemaa
  • WpView
    Reads 19
  • WpVote
    Votes 3
  • WpPart
    Parts 4
Amsyar Daniel , seorang pemuda berusia 22 tahun dari tahun 2025, hidup dalam dunia moden penuh teknologi dan hiburan digital. Baginya, sejarah adalah beban yang membosankan , sekadar nama, tarikh dan kisah lapuk yang tak relevan langsung dengan realiti hidup. Namun, semuanya berubah apabila satu kemalangan misteri menghumbankannya ke zaman silam , ke sebuah kerajaan lama bernama Darul Ardhana. Terjaga di sebuah istana yang sepi dan asing, Amsyar segera dianggap musuh oleh penghuni istana. Namun Sultan Muqri Syah yang bijaksana dan Permaisuri Haidana yang tenang melihat sesuatu yang unik dalam dirinya. Dari seorang 'penceroboh', Amsyar akhirnya dilantik sebagai Pegawai Pertahanan Istana. Dengan kebolehan seni mempertahankan diri warisan arwah datuknya, dan gaya sempoi serta celupar yang tidak pernah berubah, Amsyar mula belajar erti sejarah ,bukan dari buku, tetapi dari jiwa-jiwa yang menghidupkannya. Dalam dunia yang penuh protokol, rahsia dan bahaya dari luar tembok, Amsyar mesti memilih: kembali ke masa asalnya, atau terus menetap dan melindungi sebuah kerajaan yang kini bergantung harap padanya.