Chill🤍!
106 stories
Jika Kau Yang Memiliki || COMPLETE  by chrysyaniezz
chrysyaniezz
  • WpView
    Reads 328,614
  • WpVote
    Votes 14,536
  • WpPart
    Parts 66
○Bacaan ringan dan santai○ ⚠️ tatabahasa tunggang-langgang. Read it at your own risk ⚠️ Zael Indera x Izel Aralyn Masa lalu kelam yang menghantui diri menjadikan Izel pesimis terhadap kehidupan berpasangan. Bagi Izel Aralyn, tiada istilah cinta dari lelaki luar yang boleh membahagiakan kerana kaum itu hanya menyakiti jiwa dan raga seseorang wanita. Namun, takdir menyimpan rahsia sebaliknya. Pertemuan Izel Aralyn dengan salah seorang sahabat abangnya merubah warna dalam hidup Izel. Memberi seribu persoalan dan ragu tentang layanan yang jejaka itu berikan kepada Izel. Dan dalam masa yang singkat, ternyata sang jejaka telah menaruh hati padanya. Pinangan lelaki itu ditolak, dan takdir memisahkan mereka buat seketika. Namun entah mungkin kerana jodoh mereka yang kuat, Izel tetap disatukan dengan sang jejaka. Awalnya Izel bertekad untuk membenci, tanpa sedar secebis hati telah diserahkan buat lelaki itu. Ikatan suci yang termeterai membina kepercayaan. Personaliti sang jejaka membelai sukma. Bagi seorang Izel Aralyn, Zael Indera terlalu sempurna untuk dia yang banyak kekurangan. Namun, saat hati mula meletakkan kepercayaan, dugaan demi dugaan datang membadai laut yang disangka akan selamanya tenang. Mampukah Izel bertahan? Atau adakah rumahtangganya akan hancur seperti apa yang ditakutinya selama ini? Jika dia yang memiliki, akankah bahagia itu kekal abadi? Start: 18 Februari 2025 End:-23 Disember 2025
DIA MILIKKU (You're My Cariño) by ryyshazreena
ryyshazreena
  • WpView
    Reads 15,672
  • WpVote
    Votes 538
  • WpPart
    Parts 40
I think this story is cringe and very childlish, if tak suka jangan teruskan baca okey? <3 Kisah seorang perempuan iaitu Nurina Ezzara Valencia yang dihalau oleh bapa kandung sendiri kerana di fitnah, hampir mati akibat di seksa. dia juga tidak mempunyai pendapatan untuk menyara diri lalu ada seorang lelaki bernama Reez Aeldrin Javier seorang lelaki yang "dingin" sanggup untuk menolong dan akhir sekali dia dipaksa oleh ibunya untuk menjadikan Zara sebagai isteri. Tetapi, ada seseorang yang tidak berpuas hati datang untuk menghancurkan rumah tangga mereka. Namun, dengan tadir tuhan mereka bersatu kembali. "maafkan saya?" Reez memegang tangan sang isteri. tanpa berkata apa-apa Zara terus menjatuhkan kepala di bahu Reez dan menangis teresak-esak, "saya sayang awak... awak janganlah tinggal saya..." Reez terus tenangkan Zara, dia renung wajah Zara, "hei? siapa cakap saya nak tinggal awak? awak sorang je isteri saya... tak mungkin saya akan tinggalkan awak" "promise?" Zara tersenyum kecil. "ya sayang... kita mulakan hidup baru ya? tapi kali ni bertiga lah hehe..." Reez tersenyum lebar, rindu akan senyuman sang isteri rindu ingin mesra seperti dahulu. You're my cariño, Ezzara. ⚠️ 15+ ⚠️ content bad words ⚠️ love story
𝐌𝐑.𝐈𝐙𝐑𝐀𝐈𝐋 𝐋𝐔𝐂𝐈𝐀𝐍𝐎 | C by callmieya
callmieya
  • WpView
    Reads 457,497
  • WpVote
    Votes 19,958
  • WpPart
    Parts 50
"I told you she is mine, Evil! Aku akan ambil balik hak aku! Kalau aku tak dapat dia maka aku akan pastikan kau pun tak akan dapat dia!"- Cobra . "Selagi aku hidup, nyawa kita berdua juga akan menjadi taruhan. Aku akan buat kau menderita seumur hidup kalau kau sentuh milik aku!" - Evil Grim Reaper. Disebalik permusuhan ini ada mempunyai seribu satu kisah disebaliknya antara mereka. ⚠️READ AT YOUR OWN RISK ⚠️ STARTED : JUN 2023 END : FEB 2025
BE MY TESORO by Sofeaelyysa_
Sofeaelyysa_
  • WpView
    Reads 1,186,302
  • WpVote
    Votes 48,074
  • WpPart
    Parts 62
Start: 31/8/2022 End: 16/8/2023
Saat Hati Memilih | [C]  by aechooosis
aechooosis
  • WpView
    Reads 407,467
  • WpVote
    Votes 15,438
  • WpPart
    Parts 86
[1st karya aechooosis] [3rd series] Aaysha Haura hanyalah seorang gadis yang hidup dalam bayang-bayang masa lalunya sendiri. Setiap hari, dia menyulam luka yang tidak pernah kering, cuba bernafas dalam sesak trauma yang tiada penghujung. Baginya, dunia hanyalah sebuah tempat yang sepi dan dia hanya mahu terus bersembunyi. Namun, takdir memaksa dia melangkah keluar dari kesunyian apabila Aaric muncul dalam hidupnya membawa rasa selamat yang dia dambakan selama ini. "Kenapa awak begitu sabar?" - AAYSHA HAURA Aaric lelaki yang tidak memaksa. Dia tidak menjawab dengan janji. Tapi dia menjawab dengan prinsip. "Sebab perempuan yang dipaksa memilih, mungkin ikut. Tapi perempuan yang memilih sendiri, dia akan jaga pilihannya." - AARIC CARL VOGT Perkahwinan mereka bukan lahir daripada paksaan, tetapi daripada kepercayaan yang dipilih dengan sedar. Namun, tidak semua orang mampu melihat bahagia orang lain tanpa mahu merosakkannya. "Kau nak apa sebenarnya?" - AARIC CARL VOGT "Saya tak nak apa-apa pun. Saya cuma tak sanggup tengok lelaki yang percaya sepenuh hati dipijak tanpa sedar." - CAMELIA DALIYA Fitnah tidak datang dengan jeritan. Ia datang dengan ayat yang kelihatan ikhlas, dengan senyuman yang kononnya mahu melindungi. Dan ketika cerita buruk mula berbisik di sekeliling mereka, Aaric hanya meminta satu perkara... "Kalau suatu hari Aaysha dengar cerita buruk tentang abang, Aaysha pilih untuk percayakan abang boleh?" - AARIC CARL VOGT Namun, kebenaran tidak pernah datang tanpa harga. "Apa yang you nampak hari ni, bukan untuk runtuhkan rumah you. I cuma ketuk dinding. Biar you sendiri dengar bunyinya." - MARISSA Setiap pendedahan menguji luka lama. Setiap keraguan menguji cinta yang dibina. Dan pada akhirnya, mereka sedar, cinta bukan tentang menutup mata, tetapi tentang memilih untuk percaya walaupun mata melihat terlalu banyak. "Dulu hidup kita penuh dengan 'kalau'. Tapi sekarang kita hidup dengan satu je, 'sebab'. Sebab kita percaya." - AARIC CARL VOGT
Doaku Miliknya by KhaizF
KhaizF
  • WpView
    Reads 98
  • WpVote
    Votes 10
  • WpPart
    Parts 4
Ayden Mikael , seorang jejaka yang hidup dalam keluarga yang mewah. Anak kepada pemilik hotel The Grand Legacy dan butik The Beauty Legacy yang dikenali ramai. Namun disebalik imej keluarga yang 'sempurna' itu Ayden merasa kehilangan. Ya , Ayden dan adik-beradiknya kehilangan masa bersama dua wira yang selama ini mereka kagumi , Mama dan Papa mereka. Kesibukkan kerja bagi mengekalkan imej keluarga buatkan Ayden berasa dipinggirkan dan hanyut dalam dunianya sendiri tanpa didikan agama yang cukup. Naura Farhana , seorang gadis yang bersederhana dalam melakukan semua perkara. Menjaga pergaulannya dengan setiap lelaki yang hadir dalam hidupnya. Di didik dengan didikan agama yang cukup sejak kecil oleh bapanya. Hidup yang bersederhana membuatkan dia rasa cukup dan bersyukur dengan apa yang dia miliki. Takdir mempertemukan Ayden Mikael dengan Naura Farhana tanpa sengaja secara berulang-kali. Pertemuan yang tidak dijangka pada awalnya , diakhiri dengan sebuah rasa yang tak mampu diungkapkan. Hanya dengan pertemuan secara berkali-kali dengan gadis yang sama berjaya membuatkan Ayden jatuh hati dengannya. Namun niat tidak menghalalkan cara , mereka berdua belum bersedia untuk menggalas tanggungjawab sebagai suami dan isteri sekaligus tanggungjawab sebagai pelajar universiti.Perkenalan dengan Naura membuatkan Ayden ingin berubah mendalami ilmu agama dengan lebih mendalam. Hanya masa yang menentukan segalanya. Adakah Ayden akan bertemu semula dengan Naura selepas mereka terpisah demi masa depan? Adakah Naura Farhana adalah Takdir yang tertulis untuk Ayden Mikael?
THE REVENGE BEGINS © by _niahara_
_niahara_
  • WpView
    Reads 911,347
  • WpVote
    Votes 31,542
  • WpPart
    Parts 88
TUNKU ZAYN QAISER | DINDA ANAYLA "Kenapa aku?! Kenapa mesti aku yang kena tanggung semuanya?" "Salah kau cuma satu. Sebab kau berkongsi darah yang sama dengan dia." Dinda Anayla, kelahirannya hanya untuk dibenci. Dianggap pembawa malang, dipersalahkan atas kematian ibu kandungnya dan akhirnya kehilangan satu-satunya tempat untuk dia berlindung. Hidupnya tidak lebih dari bayang-bayang yang tidak pernah diingini sesiapa. Malam itu, dia dijual oleh darah daging sendiri. Terhumban ke kancah kegelapan, di sebuah kelab malam yang sepatutnya menjadi noktah segalanya. Namun, di saat dia hampir tenggelam, seseorang menariknya keluar. Dia diselamatkan. Itulah yang dia sangka. Namun, hakikatnya penyelamat yang dianggap malaikat itu adalah pemilik neraka yang lebih gelap. Di sebuah pulau terpencil, dia dikurung, diseksa dan dijadikan boneka dalam permainan dendam yang dia sendiri tidak mengerti. "Sejak kau bawa aku ke sini, hanya jasad aku je yang bernyawa." "Dan kau tak boleh mati, selagi aku tak izinkan." Bagaimana dia harus bertahan bila setiap jalan keluar telah tertutup? Bila hatinya mula goyah dengan musuh yang sepatutnya dia benci? Adakah dia mangsa... atau sekadar bidak dalam permainan ini? ⚠️ TRIGGER WARNING & MATURE CONTENT ⚠️ Cerita ini mengandungi unsur emosi berat, keganasan serta adegan yang mungkin mengganggu sesetengah pembaca. Tidak sesuai untuk pembaca di bawah umur atau mereka yang mudah terpengaruh dengan kandungan sebegini. 📌 Baca atas risiko sendiri! 📌 Jika tidak selesa, sila skip atau berhenti membaca. 📌 Author tidak bertanggungjawab atas sebarang kesan emosi yang mungkin timbul. You've been warned! 🚨
C| MANUSKRIP by Meriossah_
Meriossah_
  • WpView
    Reads 492,005
  • WpVote
    Votes 23,718
  • WpPart
    Parts 54
Unedited version (may contain typos, repetition, and messy structure 𝐓𝐮𝐧 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬: 𝐓𝐮𝐧 𝐍𝐢𝐲𝐚𝐳 𝐊𝐡𝐚𝐥𝐢𝐟 [PARANORMAL + SLIGHT ROMANCE] "Ketakutan akan membunuhmu. Pertahankan jiwa dan ragamu wahai manusia. Jangan bagi celah untuk aku ambil. Kelak kau akan menyesal." Mula: 01/01/2024 Tamat: 28/09/2024
BAHAGIA ITU NAMA KITA [ C ] by fyrsha_
fyrsha_
  • WpView
    Reads 4,295
  • WpVote
    Votes 246
  • WpPart
    Parts 32
[JANGAN LUPA VOTE SEBELUM BACA] "𝐁𝐀𝐇𝐀𝐆𝐈𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐍𝐀𝐌𝐀 𝐊𝐈𝐓𝐀" - sebuah kisah yang bermula bukan dengan cinta, tapi dengan luka. ada seorang gadis bernama Adelia. hidupnya tenang dari luar, tapi dalam hati... berkecamuk dengan rasa yang tak pernah siapa tahu. dia belajar untuk diam, walau ada banyak yang ingin dia jeritkan ke dunia. dia bukan jenis yang suka menumpang kasih sesiapa. tapi jauh di sudut hati, dia cuma mahu disayangi - bukan sebagai beban, tapi sebagai perempuan yang layak dicintai sepenuh hati. kemudian hadir seorang lelaki yang dia panggil [lelaki kucing]. seorang yang pada awalnya... dia benci. serabut.enyakitkan hati. tapi entah bagaimana, lelaki itu mula menembusi tembok yang dia bina bertahun-tahun lamanya. lelaki itu bernama Haikal. yang muncul bukan dalam situasi indah. tapi dalam kebetulan yang Tuhan sendiri aturkan. dan dari situ, segalanya bermula - bukan dengan janji manis, tapi dengan perasaan yang mereka sendiri tak tahu nak namakan apa. bukan kisah cinta yang sempurna. bukan pasangan yang selalu mesra. tapi satu kisah... tentang dua manusia yang perlahan-lahan belajar untuk mengenal, menerima, dan menyayangi. kerana kadang-kadang, bahagia itu bukan datang dari siapa yang kita cari... tapi siapa yang tak pernah penat untuk tinggal.