complete
53 stories
My Forever, My Tengku Aqzariel [C] [REVAMP] by misswanzz
misswanzz
  • WpView
    Reads 46,919
  • WpVote
    Votes 2,912
  • WpPart
    Parts 86
⚠️ Trigger Warning : Mengandungi babak-babak saspens-thriller yang melibatkan keganasan fizikal,trauma, penderitaan mental watak .. Dua jiwa dari dunia yang berbeza, dipertemukan oleh takdir.. Raissa Elverra... seorang peguam ternama, tegas dan tajam tutur katanya. Tengku Aqzariel Rendra.. lelaki dingin yang hidupnya dipenuhi darah dan medan peperangan. Pertemuan pertama mereka bukan takdir yang indah... Namun anehnya, takdir seakan tidak pernah berhenti menemukan mereka dalam keadaan yang tidak dirancang, dalam situasi yang tidak diingini... hingga akhirnya, terjalin satu ikatan yang sukar dilepaskan. Di sebalik ketegasan Raissa, tersembunyi luka lama yang tidak pernah sembuh. Trauma yang membelenggu, membuatkan hatinya tertutup rapat. Dan tanpa disedari, Tengku Aqzariel lelaki yang tidak pernah kenal erti takut mula menjadi pelindung kepada hati yang rapuh itu. Namun, untuk kali pertama dalam hidupnya... Aqzariel tewas. Bukan di medan perang, tetapi pada seorang wanita yang kelihatan kuat, namun hancur dalam diam. Di persimpangan antara tanggungjawab dan perasaan, antara perjuangan tanah air dan perjuangan hati... Aqzariel memilih satu jalan yang ditentukan Ilahi. Kerana bagi dirinya wanita itu bukan sekadar cinta. Dia adalah anugerah terindah yang tidak pernah dia pinta, namun paling dia syukuri. "I will guard you until my last breath... even if loving you destroys me." Namun perjalanan mereka tidak pernah mudah. Satu demi satu rahsia terbongkar, Satu demi satu luka kembali berdarah. Mampukah Aqzariel terus menjadi pelindung...atau akhirnya dia juga akan tewas, bersama cinta yang tidak pernah sempat sembuh?
[C] HATI (Buah Hati #1) by MawaAyfa
MawaAyfa
  • WpView
    Reads 322,032
  • WpVote
    Votes 12,729
  • WpPart
    Parts 66
Hamra Adinda x Tuah Iskandar Hamra Adinda Seorang corporate gurlies berjaya! Hidup makan gaji yang diimpakan untuk mendapat kestabilan hidup akhirnya tercapai dengan bekerja di Wakeem Bank. Salah satu bank yang terkenal dan menapak sekian lama di Malaysia. Namun, masalah yang ditimbulkan oleh keluarga sendiri membutakan dia buntu untuk mencari jalan penyelesaian. "I nak kahwin." "Dengan siapa?" "Kanda." Tuah Iskandar Seorang CEO untuk syarikat konglomerat yang dibina oleh Wan. Sampai satu ketika, permintaan Wan membuatkan dia terganggu. Kahwin? Kenapa dia perlu kahwin. Ketika umurnya ranap 30 tahun dia perlu kahwin, wan suruh dia kahwin. Masalah yang dicipta oleh Wan sendiri membuat dia buntu. Terhenti seketika otaknya ligat mencari idea. "Aku nak kahwin." "Dengan siapa?" "Dinda." "Done and Seal, Dinda." ~ Tuah Iskandar ~ "Done and Seal, Kanda." ~ Hamra Adinda ~ (story ringan and minimal konflik)
Emir's Elara [COMPLETED] by Amoreizaababy
Amoreizaababy
  • WpView
    Reads 111,457
  • WpVote
    Votes 5,247
  • WpPart
    Parts 59
Dato Emir Uzair ialah seorang usahawan terkemuka di Malaysia. Pada usia yang hampir mencecah empat puluh tahun, lelaki itu telah melalui pelbagai pengalaman dalam dunia perniagaan. Namun, satu malam telah mengubah segalanya apabila dia bertemu dengan seorang gadis bernama Elara Hania teman wanita kepada adik kandungnya sendiri, Haider. Sejak pertemuan itu, bayangan Elara mula menghuni fikirannya. Namun dia memilih untuk meredakan perasaan tersebut kerana percaya gadis itu bakal menjadi adik iparnya. Elara Hania, 25 tahun, meletakkan sepenuh kepercayaan kepada insan yang paling rapat dengannya Haider, lelaki yang dicintainya, dan Alana, sahabat yang dianggap seperti saudara sendiri. Namun, kepercayaan itu musnah apabila kedua-duanya mengkhianatinya. Sejak hari itu, hatinya terluka dan sukar untuk mempercayai sesiapa lagi. "Be my wife, Elara. Let me love you the way you've always deserved." -Dato Emir Uzair Di saat hidupnya hancur, Dato Emir hadir menghulurkan tangan dan memperisterikannya. Segala-galanya berlaku terlalu pantas sehingga Elara sendiri tidak sempat memahami takdir yang sedang mengubah hidupnya. "Terima kasih sebab faham saya, Dato. Maafkan saya sebab semua ini berlaku terlalu cepat... tapi saya akan cuba menjadi isteri yang terbaik untuk Dato."-Elara Hania Tatkala kebahagiaan mula menghiasi rumah tangga mereka, dendam Alana terhadap Elara semakin membara. Satu demi satu ujian datang menguji cinta yang baru berputik. Lebih mengejutkan apabila seseorang daripada masa lalu Dato Emir kembali muncul, membawa bersama rahsia yang selama ini tersimpan rapi. Mampukah Dato Emir melindungi wanita yang kini menjadi dunianya? Atau adakah masa lalu akan merampas kebahagiaan yang akhirnya mereka miliki? ----- Cerita ini juga 100% hasil dari imaginasi saya. Jikalau ada jalan cerita dan watak yang sama saya minta maaf. Start date: 28/5/2026 End date: 6/8/2026 (Sila lah baca, saya pastikan cerita ini akan sampai pada hati para pembaca ❀️)
When We Love Again by lavhmymy
lavhmymy
  • WpView
    Reads 398,962
  • WpVote
    Votes 30,685
  • WpPart
    Parts 56
[3rd romance - stand alone] Aidar Zhafran | Qisya Irina Lima tahun lalu, Qisya Irina pergi tanpa menoleh lagi. Dia penat mencintai lelaki yang tidak pernah benar-benar melihatnya. Aidar Zhafran, lelaki yang paling dia cintai sepanjang hidupnya tetapi juga lelaki yang memusnahkan hatinya perlahan-lahan. Setelah bertahun berlalu, takdir mempertemukan mereka semula. Qisya sudah belajar berdiri sendiri, membina hidup tanpa bayangan Aidar. Tapi kedatangan lelaki itu kembali mengusik perasaan yang cuba dia kuburkan sekian lama. Aidar tidak datang untuk meminta simpati, tetapi untuk menebus kesalahan yang menghantui dirinya sejak hari Qisya pergi. Namun memaafkan tidak semudah yang disangka. Luka yang lama berparut kembali berdarah, dan cinta yang disangka telah mati mula bernafas perlahan-lahan. Di antara masa lalu yang menyakitkan dan peluang untuk memulakan semula, Qisya perlu memilih. Terus berpaling, atau membuka hatinya sekali lagi untuk lelaki yang pernah menghancurkannya. Kerana kadang-kadang, cinta yang sebenar bukan tentang jatuh lagi, tetapi tentang berani untuk mencintai semula. beautiful cover: @pplyoumayknow
Forever Isn't What We Promised by moonlightlavh
moonlightlavh
  • WpView
    Reads 971,306
  • WpVote
    Votes 65,770
  • WpPart
    Parts 95
[stand alone] Perkahwinan mereka tidak pernah lahir daripada cinta, sebaliknya tercipta daripada kepentingan dan satu kontrak yang menjadikan dua manusia sebagai alat rundingan antara keluarga dan empayar perniagaan. Hazran Qarizh dan Nadrra Kysha disatukan bukan kerana mereka saling memilih, tetapi kerana pilihan telah dirampas lebih awal daripada mereka berdua. Dua tahun. Bagi Nadrra, perkahwinan ini adalah penjara yang tidak pernah dia setujui. Bagi Hazran, ia adalah tanggungjawab yang dia tidak dapat elakkan. Namun dalam dunia yang mereka hidup, kehendak peribadi tidak pernah lebih penting daripada tanggungjawab yang diwariskan. "Don't expect love from this marriage." Namun perasaan tidak pernah tunduk kepada kontrak, dan emosi tidak pernah akur pada tarikh yang telah ditetapkan. "And when this ends... what happens to us?" "Nothing." Perkahwinan ini tidak dicipta untuk selamanya. Ia hanya wujud untuk dipenuhi, bukan untuk diperjuangkan. Kerana selamanya itu, tidak pernah dijanjikan. Hati yang tinggal dalam jasad diri juga bukan milik mutlak manusia, bahkan perasaan yang datang adalah pinjaman dari yang Maha Esa. Apa manusia tetap angkuh merangka takdir, menyangka dia tahu segalanya, sedangkan dia hanyalah sekadar hamba yang mengikut jalan cerita Tuhannya.
𝐖𝐒π₯π₯ 𝐁𝐞 𝐁𝐚𝐜𝐀 | C by missdiraa
missdiraa
  • WpView
    Reads 134,568
  • WpVote
    Votes 7,563
  • WpPart
    Parts 66
"Zarfina Alesya binti Muhammad Khad, abang ceraikan Fina dengan talak satu." Dengan sekali lafaz, maka terlerailah sudah ikatan sah antara Nazrul Dzulhanan dan juga Zarfina Alesya. Bukan kerana orang ketiga, tetapi kerana ego masing-masing yang akhirnya membawa kepada perpisahan. Dan saat itu, Nazrul sangkakan kehidupan mereka akan baik-baik sahaja sambil membesarkan Nayfa Allara. Namun, semua berubah bila Zarfina pergi meninggalkannya dan buah hati mereka. "Abang minta maaf, Fina... abang betul-betul minta maaf. Abang sayangkan Fina sangat-sangat." - 𝐍𝐀𝐙𝐑𝐔𝐋 𝐃𝐙𝐔𝐋𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍 Penyesalan yang akhirnya menghantui diri selama tiga tahun telah mengubah hidup Nazrul Dzulhanan menjadi lelaki yang dingin. Baginya kehilangan Zarfina adalah satu kehilangan terbesar dalam hidup itu. Dia hampir hilang separuh nyawa sehinggalah dia bertemu dengan seseorang yang memiliki wajah yang serupa. "Saya Zafiya. Dan awak siapa?" - π™π€π…πˆπ˜π€ Seorang gadis yang memiliki semua yang Nazrul rindukan. Dari wajah, suara sehinggalah perwatakan membuatkan Nazrul Dzulhanan membayangkan bekas isterinya. "Mungkin saya tak faham di tempat awak. Tapi awak kena tahu yang bukan awak sorang je rasakan kehilangan tu. Saya pun rasa benda yang sama. Saya kehilangan kakak saya." Mereka memiliki luka yang sama dengan rasa kehilangan yang sama. Disaat Zafiya ingin mengisi kekosongan yang ada di hati si kecil, satu perasaan yang sudah dijangka akhirnya muncul. "Awak boleh anggap saya Zarfina kalau awak nak." Makin dekat dengan gadis itu, semakin Nazrul sukar untuk melupakan kehadiran Zarfina. Namun siapa sangka, disebalik semua perasaan dan bayangan yang dia lihat telah mengembalikan cinta yang pernah mati. "Temukanlah aku dengan dia, untuk kali ini saja."
Between Vengeance and Destiny [C] by AlzairaM
AlzairaM
  • WpView
    Reads 2,256
  • WpVote
    Votes 80
  • WpPart
    Parts 50
Amelia Delila tidak pernah benar-benar sembuh. Sejak malam tubuhnya dikhianati dan memorinya pecah seperti kaca, dunia tidak lagi bergerak seperti biasa. Ada suara yang berbisik dalam sunyi. Ada bayangan yang tidak pernah meninggalkannya. Dan ada luka yang tidak kelihatan tetapi terus berdarah. Di sebalik kekacauan itu berdiri seorang abang yang sanggup membakar dunia demi darah dagingnya - Raja Khalid Zulqarnain, lelaki yang kuasanya lebih berbahaya daripada peluru. Dan di sisi Amelia pula hadir seorang lelaki yang kelihatan seperti cahaya dalam kegelapan - Tunku Mikail Khazin - lembut, tenang, dan terlalu baik untuk menjadi kebetulan. Namun dalam dunia yang dipenuhi rahsia, tiada siapa benar-benar suci. Apabila serpihan memori mula kembali, Amelia terpaksa memilih iaitu Terus menjadi mangsa... Atau bangkit menjadi sesuatu yang lebih menakutkan daripada mereka yang pernah menghancurkannya. Kerana ada dendam yang tidak meminta keadilan. Ia hanya menuntut balasan. Dan kadangkala, kebenaran adalah perkara paling berbahaya untuk diingati. Dan hakikat yang mereka tidak sedari awal bahwa Amelia tidak pernah benar-benar sembuh
π€π«πšπ‘ 𝐘𝐚𝐧𝐠 π’πšπ¦πš | C  by missdiraa
missdiraa
  • WpView
    Reads 274,640
  • WpVote
    Votes 14,353
  • WpPart
    Parts 53
𝐈𝐝𝐫𝐒𝐬 π„π¬π‘πšπšπ₯ | π“πšπ¬π§π’π¦ π€ππžπ₯𝐚 "Bunga akan mekar bila dijaga dan dihargai betul-betul. Tapi kalaulah seorang pun tak boleh jaga dan hargai, lambat-laun bunga tu akan layu." Hidup adakalanya seperti bunga. Ada masanya ianya mekar, ada masa ianya layu. Tasnim Adela tidak pernah menyangka sebuah khabar mampu menghancurkan sesuatu yang telah susah payah dibinanya semula. Namun, melihat masa lalu memilih untuk bahagia bersama orang lain membuatkan segala yang dipendam kembali berdarah. Hinggalah dia bertemu dengan Idris Eshaal. Lelaki yang berdiri di persimpangan luka yang sama. Lelaki yang memahami perasaan itu tanpa perlu Tasnim menjelaskannya dengan kata-kata. "E-Eshaal?" - π“π€π’ππˆπŒ 𝐀𝐃𝐄𝐋𝐀 Pertemuan itu tidak pernah diduga Tasnim. Dan siapa menyangka, pertemuan pertama itu juga boleh mengubah segala-galanya dalam hidup mereka. "Tanya kenapa lagi, kau tak nampak ke yang aku tengah lamar kau ni." - πˆπƒπ‘πˆπ’ 𝐄𝐒𝐇𝐀𝐀𝐋 "Nak melamar perempuan bukan macam ni caranya. Cara awak tu nampak macam memaksa, bukannya romantik." - π“π€π’ππˆπŒ 𝐀𝐃𝐄𝐋𝐀 Maka dari situ, termeterailah satu ikatan yang tidak pernah dirancang oleh hati. Tanpa cinta. Tanpa harapan. Dan tanpa janji untuk saling memiliki. Tetapi, ada perkara yang sukar dikawal apabila dua jiwa yang pernah patah dipaksa berjalan seiring. Sedangkan semakin mereka cuba meletakkan batas, semakin takdir menemukan alasan untuk meruntuhkannya satu demi satu. Kerana kadangkala, orang yang hadir untuk membantu kita melupakan seseorang... akhirnya menjadi orang yang paling sukar untuk dilepaskan. Persoalannya, adakah hubungan ini sekadar jalan keluar daripada masa lalu? Atau sebenarnya permulaan kepada sesuatu yang tidak pernah mereka rancang?
MEVRE by thelittleaisyaa
thelittleaisyaa
  • WpView
    Reads 293,014
  • WpVote
    Votes 7
  • WpPart
    Parts 1
Peristiwa 19 tahun yang lalu menjadi tragedi gelap di setiap penduduk. Tiada pembelaan. Tiada balasan yang adil. Semuanya kerana dua negara yang masih degil untuk bermusuhan. kerana hasad dengki, ramai yang terkorban. Kehilangan seorang raja yang baik hati, pemurah lagi bijaksana membuatkan ramai orang terkesan dengan pemergian raja tersebut. Bertambah sedih apabila seorang bayi perempuan, anak bongsu kepada raja tersebut hilang begitu sahaja. β€’ β€’ QAISARA, seorang perempuan yang berani menempah maut agar dapat membalas dendamnya yang terpendam lama. "aku puteri yang hilang" "membunuh kau adalah satu impian aku"QAISARA ABHARINA β€’ β€’ ASHRY, Seorang yang dingin, pendiam dan tegas dalam setiap perkara. Dialah kanak-kanak yang terselamat dalam peritiwa tersebut. Hanya dia sahaja tahu, detik- detik terakhir Raja Qashid. Sampai sekarang, dia masih berusaha untuk menyempurnakan amanah terakhir raja tersebut. "dia perempuan yang aku kena halalkan demi keselamatan dia.." "..perempuan yang aku cari selama ni.." "..anak terakhir Tuanku Qashid"Syed Ashry Adrian. β€’ β€’ β€’ Adakah Qaisara dapat membalas dendam kepada sang pemusnah itu? Dan Dapatkah Ashry untuk menyempurnakan amanah dari sang raja? β€’ β€’ β€’ β€’MEVRE2022β€’SYARIFAHAISYAβ€’ Instagram: syarifh.aisyaa
ZEYΓ„AD by nainr4writes
nainr4writes
  • WpView
    Reads 111,206
  • WpVote
    Votes 4,438
  • WpPart
    Parts 62
AHMAD QALEEF ZEYAAD | ANNAYLA ARDEA ⚠️ PLAGIARISM IS NOT ALLOWED ‼️