nurailirmela
6 Geschichten
[C || TERBIT] FLEUR SOPHIA || THE BEAUTIFUL BEGINNING von nurailirmela
nurailirmela
  • WpView
    GELESEN 1,478,208
  • WpVote
    Stimmen 1,917
  • WpPart
    Teile 3
[SIRI FLEUR SOPHIA, BUKU SATU] Fleur Sophia merupakan seorang gadis melayu kacukan British yang hidup serba mewah dan di layan bak tuan puteri oleh keluarganya. Sejak dia lahir, tak pernah sekali pun dia pergi ke Malaysia tetapi selepas 14 tahun, dia dan ibu kandungnya berpindah ke Malaysia kerana perkahwinan ibunya bersama dengan seorang jejaka melayu. Bermacam ragam dan perkara yang dilalui oleh Fleur untuk sesuaikan dirinya di tempat baharu tambahan pula dalam sekelip mata sahaja dia sudah dapat 5 abang! Macam mana agaknya hubungan dia dengan abang - abang tirinya?
FLEUR SOPHIA || SPECIAL von nurailirmela
nurailirmela
  • WpView
    GELESEN 273,125
  • WpVote
    Stimmen 16,857
  • WpPart
    Teile 34
Fleur Sophia dan keluarga besarnya kembali dengan pelbagai telatah yang bakal mencuit hati pembaca. ‼️ PENTING ‼️ ● Story ini dibuat untuk sambung cerita Fleur Sophia 1.0 dan Fleur Sophia 2.0 . ● Sebelum baca cerita ini , author sarankan agar readers baca terlebih dahulu cerita Fleur Sophia Season 1 dan Season 2. ● Ini hanya Siri Special Chapters sahaja. Author tak akan fokus pada cerita ini semata kerana ini bukan cerita utama author. ● Cerita ini dibuat untuk hilangkan rindu author dan readers pada keluarga Fleur Sophia. ● Kisah cinta Vincy Ilham dan anak - anak mereka tidak akan termasuk dalam siri ini. ● Siri ini tiada pengakhirannya. Selagi author ada idea dan masa , author akan update chapter baharu. ● Author tidak akan update chapter baharu pada setiap hari. Enjoy your story dear reader ♡
[C || TERBIT] FLEUR SOPHIA || OUR PURE LOVE von nurailirmela
nurailirmela
  • WpView
    GELESEN 941,830
  • WpVote
    Stimmen 60,606
  • WpPart
    Teile 67
[SIRI FLEUR SOPHIA, BUKU DUA ] Selepas segala dugaan dan cabaran yang Fleur Sophia alami selepas pindah ke Malaysia, gadis itu akhirnya dapat miliki kebahagiaan yang ia mahu kecapi selama ini. Pelbagai perkara indah datang berpusu dalam kehidupan gadis yang bernama Fleur Sophia. Tetapi langit tidak lah selalu cerah, dikala kehidupan dia sedang diselaputi dengan bahagia, ribut datang buat kali kedua dan cuba untuk hancurkan kehidupan gadis kecil ini sekali lagi. Bermacam perkara yang Fleur dan keluarganya lakukan demi kembalikan semangat Fleur yang hilang. Tapi setiap kali Fleur kembali jadi dirinya yang dahulu, setiap kali itu lah penderitaan akan datang menyerang hidup gadis tersebut.
[E-BOOK] SESAL TERINDAH von nurailirmela
nurailirmela
  • WpView
    GELESEN 345,371
  • WpVote
    Stimmen 7,160
  • WpPart
    Teile 32
"Aku mahu jalani latihan VAT69, aku mahu capai cita-cita aku jadi aku tak mahu berkahwin. Sekurangnya untuk 10 tahun ke hadapan" - Sarjan Mejar Riffat Rizqullah "Saya akan tetap tunggu sehingga awak bersedia" - Anggun Lilyann. Demi kebaikan Anggun, Riffat buat keputusan untuk putuskan hubungan persahabatan mereka. Hati tidak rela tetapi situasi memaksa Riffat menolak cintanya ke tepi. Seperti janji Anggun, wanita ini terus menanti sambil selesaikan pelajarannya di negara British. Namun, semakin lama Anggun menunggu, semakin jauh jaraknya bersama Riffat. "Riffat tu dah tak mahu pada kau. Biar aku kenalkan kau dengan sepupu aku, sepupu aku Raja Muda Melaka" - Tengku Sephia Adalyn. Perjodohan ringkas yang pertemukan Tengku Armada bersama Anggun sedikit sebanyak mengubat kerinduan Anggun terhadap Riffat. Seperti keinginan wanita lain, Tengku Armada lantas memberi kepastian hendak bersama Anggun, membawa Anggun jelajahi kehidupan beraja bersama Tengku Armada. "Ini bodyguard peribadi Che Puan Anggun, namanya Sarjan Mejar Riffat Rizqullah" - Penasihat Istana. Pertemuan semula antara Riffat dan Anggun mewujudkan beribu sesalan dalam jiwa Riffat. Perlahan-lahan, rahsia lima tahun lepas terlerai. Saat itu, Anggun di serang delima. Suaminya ada di sebelah sementara jejaka yang pernah dicintai Anggun berada di hadapan mata. Dapatkah Anggun dan Riffat terus bersikap profesional? Apa rahsia yang Riffat simpan selama lima tahun ini? Bagaimana pula dengan hubungan Anggun bersama anak Raja itu? Dapatkah Tengku Armada terima bahawa isterinya suatu tika dahulu pernah dambakan pengawal peribadi sendiri?
[C || TERBIT] CINTA YANG TIDAK TERGAPAI von nurailirmela
nurailirmela
  • WpView
    GELESEN 1,342,361
  • WpVote
    Stimmen 7,949
  • WpPart
    Teile 12
Ezzaq Qayyum, Fayyad Hazim serta Alayya Dafeena merupakan sahabat baik di pusat jagaan anak yatim. Hubungan persahabatan yang terjalin sejak kecil membawa ketiga mereka layari kehidupan dewasa bersama, berjaya raih pekerjaan yang hebat pada mata masyarakat. "Sejujurnya, Fayyad dah lama sukakan Alayya" - Fayyad Hazim. Luahan hati Fayyad membawa Alayya pada awan-awangan. Tidak sangka...rupanya Alayya tidak bertepuk sebelah tangan. Hubungan kedua mereka semakin akrab, membiarkan Ezzaq sendirian bersama kesibukannya sebagai pegawai unit beruniform. Tarikh perkahwinan Fayyad serta Alayya semakin hampir. Berbaki 2 bulan sebelum majlis penuh indah itu, Alayya dikejutkan dengan kebocoran rahsia Fayyad. "Begitu mudah kau tikam belakang kawan kau, Ezzaq!" - Alayya Dafeena. "Aku yang tikam belakang Fayyad? Sedangkan Fayyad yang mulakan semua permainan ini. Aku! Aku lah mangsa sebenar!" - Ezzaq Qayyum. Permintaan terakhir Fayyad terpaksa dikabulkan oleh Alayya atas dasar cinta. Majlis pernikahan tetap berlangsung. Namun, Alayya dinikahkan bersama Ezzaq dan bukannya Fayyad Hazim. Rumahtangga yang di bina tidaklah seperti yang Ezzaq inginkan. Namun, jejaka ini tetap berusaha untuk beri yang terbaik buat wanitanya. Berbulan hubungan itu berlanjutan, tidak pernah sekalipun, Alayya cuba untuk terima Ezzaq sebagai suami. "Pegawai Khas Ezzaq Qayyum bin Ahmad Mifzal hilang sewaktu jalankan tugas menyelamatkan tahanan Malaysia" Hati Alayya rapuh. Saat itu, baru Alayya sedar akan silapnya pada sang suami. Doa tidak pernah putus dipanjatkan buat Ezzaq di sana. Persoalannya, adakah Alayya layak terima peluang kedua? Rahsia apa yang di simpan oleh Fayyad Hazim? Dan kemana...Fayyad menghilang?