IdaMdZin's Reading List
6 stories
Lecturer Paling 'Hot'  by applenuts
applenuts
  • WpView
    Reads 2,270,760
  • WpVote
    Votes 84,547
  • WpPart
    Parts 54
Irfan Hakimi. Seorang pensyarah muda yang paling terkenal di kampus atau erti kata lainnya Lecturer Paling 'Hot'. 'Hot' sangat ke? Eleh, semua tu tak penting untuk si gadis bernama Nura Ariana. 'Hot' macam mana pun ada dia kesah? Dah lah kuat perasan, tak habis-habis nak menyakat aku. Benci! "Nura?" "Ye, Dr.?" "Kenapa awak tenung saya macam nak makan?" Tergamam aku. Alamak! Dia perasan rupanya aku tengah tenung muka dia. Terus mukaku membahang. Ah, malunya! "Ye ke saya pandang? Hahaha, perasaan Dr. aje kut!" Aku gelak tak ikhlas. Auta aje lebih. Seratus peratus dia tak percaya dengan apa yang aku cakap tadi. Dr. Kimi tarik senyuman senget. Maksudnya, ada lah tu benda yang dia bakal cakap dengan aku. Satu saat.. dua saat.. tiga saat.. "Tak payah nak selindung lagi. Saya nampak dengan mata kepala saya sendiri. Jelas yang awak tengah tenung muka saya yang kacak ni, cakap ajelah yang awak dah suka dekat saya. Tak payah ragu-ragu. Saya akan terima awak." Ternganga aku dengan kata-kata tak diundang dia itu. Suka dia? Itu gila namanya. Aku dah bertunang nak suka laki orang? Huh. ---- ( Highest ranking #3 in Teen Fiction ) 23/4/17 [ Malay Novel ] 15+ Copyright © 2016 (anaizz) ✔ sᴛᴀᴛᴜs : ᴏɴ ɢᴏɪɴɢ
4.0 | WANITA MILIK TUAN ZARIEL [COMPLETED] by Yasmyns_Dahlia
Yasmyns_Dahlia
  • WpView
    Reads 990,812
  • WpVote
    Votes 45,215
  • WpPart
    Parts 60
*Previously known as HIS POSSESSION* Hidup berdua bersama mak di kampung, cukup membahagiakan Seroja. Adanya Irwan yang tak pernah jemu mengusik, melengkapkan lagi hari-harinya. Namun, takdir hidup tidak selalunya indah. Ujian yang datang bertimpa-timpa membuatkan Seroja tidak mampu bangkit sendiri. "Seroja tak tahu apa yang patut Seroja buat sekarang, Abang Wan." - Seroja Irwan, satu-satunya tempat untuk Seroja mengadu nasib. Lelaki itu tak pernah jemu meminjamkan bahu dan telinganya kepada Seroja. "Seroja ambillah duit ni. Buat belanja kat sana nanti." - Irwan Keluar dari kampung dan berjauhan dari si emak, bukanlah satu pilihan yang Seroja mahukan. Akan tetapi, dia terdesak. Rentetan itu, Seroja cekalkan juga hati. "Maafkan Seroja ya, mak. Seroja tak ada niat nak tinggalkan mak tapi Seroja terpaksa. Abang Wan... tolong Seroja tengok-tengokkan mak ya?" - Seroja Di tempat baru, Seroja bertekad untuk bekerja keras. Dikerah tulang empat keratnya demi kelangsungan hidup. Namun, tatkala menerima perkhabaran bahawa si emak semakin tenat, Seroja jadi nanar. Terduduk memikirkan wang yang belum cukup dikumpul. Sehinggalah Zariel datang, menghulurkan tangan. "Aku boleh tolong kau... tapi ada syaratnya." - Zariel Bagi Zariel, kesempatan yang ada tak boleh dibiarkan pergi. Semakin meningkat umur, hidupnya semakin sunyi dan kosong. Apatah lagi melihat teman-temannya bahagia menjalani kehidupan bersama anak dan isteri. Lainnya Zariel, dia hanya mahukan anak untuk melengkapi hidupnya. "My offer is not free, Kirana. You have to give me something in return. Kita berdua dalam situasi yang sama. Cuma kau, perlukan duit. Dan aku... perlukan waris." - Zariel Memikirkan kesihatan mak yang kian melarat, pilihan apa lagi yang Seroja ada selain menerima? Dan Seroja terpaksa akur kalau itu syarat yang Zariel tetapkan. Demi kasihnya terhadap si emak, Seroja tiada jalan lain selain menerima tawaran Zariel itu. Start : 19/8/24 End : 4/5/25
Mrs. Mafia by naddynatasha
naddynatasha
  • WpView
    Reads 1,443,185
  • WpVote
    Votes 66,268
  • WpPart
    Parts 42
1 -ADRIAN UNTUK DHIANDRA🔫💀- Sniper menjadi peneman setia buat Adrian Benjamin. Membunuh sebagai hobi tradisinya. Darah yang menitis menjadi kegemarannya. Senyuman sinis menjadi senyuman berharga buatnya. Dialah Adrian, si pemilik hati Dhiandra Sofea. Pertemuan selepas 12 tahun berpisah menjadi pertemuan paling di bencinya. Pernah dicintai, namun hilang kerana pertemuan itu. "ewah -ewah! dah buat salah lepastu blaa macam tu jer! setan punya jantan".-Dhiandra Sofea "watch your mouth dude!".-Adrian Benjamin Oleh kerana nyawa dalam bahaya, Adrian dan Dhiandra akhirnya bersama. ⚠️ penggunaan kata kata kesat dan tidak berfaedah Start :29 June 2019 End; 1 Nov 2019 Highest Ranking [#1 in action ] - 3/11/2019
Mrs. Mafia 2 by naddynatasha
naddynatasha
  • WpView
    Reads 1,296,793
  • WpVote
    Votes 57,627
  • WpPart
    Parts 65
3 -MR. AYDEN BENJAMIN💪🔫 | sila baca mrs. Mafia untuk lebih banyak info | Ayden Benjamin . 5 Tahun sudah berlalu . banyak kenangan manis yang tercipta . Ryan membesar dengan sempurna tanpa seorang bapa dan ibu disisi . Umur aku sudah hampir mencecah angka 30 . Namun aku masih begini . Masih dengan diri aku yang dulu . Ya. Aku berhenti menjadi seorang mafia . aku berhenti untuk membunuh . sebab itu janji aku pada Adrian . Rindu ? aku terlalu rindu . aku berhenti menjadi seorang mafia . Tapi , aku terpaksa kembali . Kembali sebagai seorang pembunuh . Aku terpaksa kembali sebagai seorang Mafia . ini kerana dia . Gadis yang menawan hati aku . Ariana . Atau lebih dikenali sebagai Rian . " Nyawa dia , nyawa aku ! kau sentuh dia sama macam kau sentuh aku ! kau faham ! ". Ayden . " tak kisahlah apa pun yang jadi . sekali pun saya mati ! tolong ! berhenti selamatkan saya ! berhenti jadi pembunuh Ayden ! ". Rian . " dia sakit ! dia tak sempurna ! kau cari perempuan lain ! ". Bonda Seperti yang aku kata . Nyawa dia ialah Nyawa aku . Bermakna , kalau dia mati , aku turut begitu . ⚠️ pengunaan kata kata kesat dan tidak berfaedah . Published ; 10/11/2019 completed ; 8/4/2020
LOVE & YOU (TERBIT) by Lollysnow
Lollysnow
  • WpView
    Reads 541,154
  • WpVote
    Votes 3,326
  • WpPart
    Parts 2
Penyatuan dua insan bukan sekadar lafaz dan saksi. la adalah ikrar suci antara dua jiwa yang tidak selalu sehaluan. Maka, bagaimana agaknya kisah apabila dua hati yang belum pernah saling mengenal, dipertemukan dan disatukan oleh takdir? Masa lalu telah mengajarnya untuk tidak lagi mengikat hatinya pada sesiapa. Dia serik. Tak mahu lagi berulang. Namun, garis kehidupan berkata sebaliknya apabila dia tiba-tiba dilamar oleh seorang lelaki untuk anak gadisnya. Azmir Izzudin buntu. Ikutkan hati mahu menolak, tapi ada satu alasan memicu keputusannya untuk menerima lamaran itu. Dia, Tia Adriana, anak tunggal Tuan Adha. Dimanjakan sejak kecil dan dibesarkan dengan segala perkara yang sempurna. Sifatnya manja dan keras kepala, sungguh berbeza dengan Azmir yang lebih sukakan ketenangan. "I bagi peluang you lari." - Tia "Kenapa awak je yang tak lari?" - Azmir Kerana tiada siapa yang melarikan diri malam itu, akhirnya Azmir pasrah menerima kehadiran gadis itu dalam hidupnya. Tanpa sedar, dia turut menerima hakikat bahawa ketenangan yang dinikmatinya selama ini bakal tergugat kerana sifat mereka yang bertentangan. Ada sahaja perbalahan yang tercetus. Jika Tia api yang marak, Azmir pula minyak gasnya. Sudah tahu gadis itu mudah meletup, dicucuh pula kesabarannya. Bagi Tia, Azmir menganggapnya seperti budak-budak. Bagi Azmir pula, Tia terlalu suka membentak. Di sebalik ketidaksamaan itu, masih wujud sesuatu yang mengikat mereka antara satu sama lain. Azmir perlukan Tia. Tia perlukan Azmir. Mampukah sebuah ikatan yang lahir tanpa cinta terus utuh menongkah badai waktu? Bagaimana dengan masa lalu Azmir? Bolehkah Tia menutup mata, dan terus mempercayai bahawa lelaki itu adalah cinta pertama dan selamanya? "I dah buang apa yang patut dibuang, dan I kembalikan apa yang tak patut dibuang." Sem. Malaysia: RM30.00 Sabah/Sarawak: RM33.00
Peluang Kedua Buatku | (c) by oniriquefairytale
oniriquefairytale
  • WpView
    Reads 6,908,059
  • WpVote
    Votes 285,375
  • WpPart
    Parts 64
Meskipun dibesarkan dalam keluarga yang dihormati, Haura Mikayla tidak pernah diajar oleh Dato' Azham dan Datin Suhaila mengenai kehidupan. Haura dibiarkan terkontang kanting di dalam masyarakat, dibiarkan sendiri mencari tujuan dan kebebasan hidup seorang diri, sehingga dia menjadi mangsa dalam percintaan yang disangkakan ikhlas. Memang benar, anak bongsu lebih kepada sifat manja namun sedih, kecik hati, kecewa banyak disimpan dan dipendam sendiri. Kadang dipersalahkan tanpa bukti. Sehingga dia membuat keputusan untuk tidak lagi meletakkan harapan kepada kaum Adam. "Mungkin saya ni sebenarnya dilahirkan tanpa pasangan kot?" - Haura Mikayla Amsyar Dizhwar, yang meletakkan keluarga sebagai keutamaan dalam hidup mula memikirkan soal hati apabila dipertemukan semula dengan adik kepada rakan karibnya, Hawwas Muazzam. "Saya terima awak. Baik buruk awak." - Amsyar Dizhwar Start; 19th September 2023 End; 7th November 2023