Aqilaazizi_'s Reading List
8 قصص
Miracle Dari Langit (C) بقلم naura_modric
naura_modric
  • WpView
    مقروء 6,912
  • WpVote
    صوت 577
  • WpPart
    فصول 52
Kai Hakeemi dan Safa Ufairah sudah berkawan hampir separuh hidup mereka. Daripada padang sekolah, kedai buku, mamak tengah malam, hinggalah ke hari-hari biasa yang tak pernah terasa biasa bila dilalui bersama. Semua orang menyangka mereka akan bercinta. Mereka pula sibuk menafikan. Sampailah satu hari, mereka sedar bahawa rumah yang selama ini mereka cari sebenarnya sentiasa berada di sisi masing-masing. Namun, kehidupan tak pernah bergerak mengikut rancangan. Di sebalik gelak tawa, gurauan dan kasih sayang yang semakin mendalam, ada ujian yang datang tanpa amaran. Ujian yang membuatkan mereka belajar bahawa cinta bukan sekadar tentang memiliki, tetapi tentang memilih seseorang setiap hari, walaupun ketika hati sedang rapuh. Ini bukan kisah cinta yang sempurna. Ini kisah dua sahabat yang jatuh cinta. Dan satu keajaiban yang datang dari langit ketika mereka hampir berhenti berharap.
RAHSIA GELAP (Bahagian 2) بقلم HyeYing_
HyeYing_
  • WpView
    مقروء 466
  • WpVote
    صوت 121
  • WpPart
    فصول 24
Di sebuah sekolah elit berasrama penuh di Kuala Lumpur, para pelajar berlumba-lumba mencapai kecemerlangan akademik dan kokurikulum. Namun, di sebalik pencapaian gemilang itu tersembunyi rahsia gelap yang tidak diketahui umum. Apabila kes buli dan insiden misteri kian meningkat, seorang guru muda menubuhkan sebuah kumpulan rahsia yang dianggotai beberapa pelajar terpilih. Tugas mereka: menyiasat, membongkar kebenaran, dan melindungi sekolah daripada bahaya yang tidak disangka
TAKDIR BERNAMA FAREEQ IMAN (C) بقلم NRa_Latte
NRa_Latte
  • WpView
    مقروء 13,323
  • WpVote
    صوت 1,170
  • WpPart
    فصول 42
Di pejabat, Dahlia Inara adalah Pegawai Sumber Manusia yang dingin, tegas, dan tidak berkompromi. Namun, di sebalik baju kurung yang digosok licin dan wajah tanpa senyuman, dia menyembunyikan sekeping hati yang retak seribu. Parut masa silam mengajarnya satu perkara: Jangan percaya sesiapa. Maka, dia membina tembok. Dia menjadi watak yang paling dia benci semata-mata untuk melindungi dirinya yang sebenar-seorang gadis yang hanya mahu dicintai, yang menangis membaca novel cinta di balik selimut. Sehinggalah muncul Fareeq Iman. Lelaki itu bukan hero berkuda putih. Dia hanya seorang lelaki yang tenang, yang wujud dalam kesesakan tren dan riuh-rendah stesen LRT. Fareeq tidak cuba merobohkan tembok Dahlia dengan paksa. Sebaliknya, dia hadir seperti hujan renyai yang senyap, mendamaikan, dan perlahan-lahan meresap masuk. Apabila takdir menemukan dua jiwa di tengah kota raya yang sibuk, mampukah Dahlia menanggalkan topengnya? Atau adakah peluang kedua hanya wujud di dalam helaian novel yang dibacanya? Stating : 10 Januari 2026 Ending : 22 Februari 2026
Bukan gaya, tapi hati(C) بقلم velkynox
velkynox
  • WpView
    مقروء 2,255
  • WpVote
    صوت 144
  • WpPart
    فصول 19
Di mata orang lain, Iris Nayla hanyalah seorang gadis pelik, berpakaian longgar, berkemeja oversized, berkasut sneakers lusuh,pendek kata, macam lelaki. Ramai di universiti memandang sinis, mengata belakang, malah menjauhkan diri daripadanya. Mereka tak tahu, Iris berpakaian begitu kerana satu sebab yang hanya dia dan Allah saja tahu. Walaupun gaya luarannya nampak kasar, hakikatnya Iris seorang gadis yang menjaga maruah dan akhlaknya. Bila bersama orang tua atau pensyarah, tutur katanya lembut dan sopan. Aydan Raziq, pelajar popular dan anak kepada pemilik syarikat terkemuka, mula tertarik dengan Iris bukan kerana rupa atau gaya, tetapi kerana adab dan keberanian Iris menjadi diri sendiri. Tanpa sedar, rasa kagum itu bertukar menjadi cinta. Bagi Aydan, Iris unik, berbeza dari gadis lain yang hanya mahu perhatian. Namun, cinta mereka diuji dengan pandangan orang sekeliling, rahsia silam Iris, dan dilema antara maruah dan perasaan. Mampukah Aydan mencintai Iris seadanya? Dan sanggupkah Iris membuka kisah silam yang menjadi sebab sebenar di sebalik pakaiannya yang 'lain dari biasa'?
Fabulous Girl(C) بقلم velkynox
velkynox
  • WpView
    مقروء 1,615
  • WpVote
    صوت 146
  • WpPart
    فصول 26
Mereka pernah berjanji... tak kira apa yang jadi, mereka akan tetap bersama. Tapi hidup bukan lagi macam zaman persekolahan. Ada luka yang tak boleh diceritakan. Ada beban yang terpaksa dipendam sendirian. Dan ada saat... di mana senyuman hanyalah satu penipuan. Sumayyah belajar untuk membenci lelaki. Qaireen belajar untuk ketawa walaupun hati sedang hancur. Darlina belajar untuk bertahan demi orang lain. Aurora pula... belajar untuk tidak berharap. Mereka berempat masih bersama. Tapi entah kenapa... rasa itu tak lagi sama. Dan kali ini... yang bakal hancur bukan hati mereka sahaja, tetapi persahabatan yang pernah jadi segalanya.
Separuh Aku [C] بقلم naura_modric
naura_modric
  • WpView
    مقروء 8,424
  • WpVote
    صوت 821
  • WpPart
    فصول 54
Separuh Aku - bukan sekadar kisah cinta pertama, tapi mungkin... cinta yang terakhir. Zaza Zaibarudin, gadis sederhana dengan hati lembut dan mudah tersentuh. Hidupnya tenang, jauh dari kemewahan - tapi penuh kasih yang tulus. Sejak kecil, dia belajar berdikari dan menyimpan rasa dalam diam. Wafiy Firdaus pula datang dari dunia berbeza. Anak keluarga ternama, dibesarkan dalam kemewahan dan tumpuan. Namun di sebalik nama besar itu, dia tetap rendah hati, tenang... dan sukar dijangka. Pertemuan mereka mengubah segalanya - dua jiwa yang pernah terluka, kini bertemu dalam takdir yang sama.Dan dalam setiap hujan, diam, dan jeda antara mereka... lahirlah cinta yang perlahan, tapi sukar dilupakan.
DIARI CINTA MATI : EMIR BAKRI ( COMPLETED) بقلم sofea_sabre32
sofea_sabre32
  • WpView
    مقروء 5,282
  • WpVote
    صوت 876
  • WpPart
    فصول 81
SEQUEL SOLILOVETUDE Dunia yang dapat melihatnya dingin , bengis dan berkuasa dalam industri hiburan . Tetapi , tidak pada pandangan buat sang isterinya , Atma Hanim. Hanya sang kekasih yang dapat melihat sisi lemahnya . Di mana , dia sang lelaki hanya manusia biasa di mata isterinya. Cintanya tidak pernah goyah . Dari awal perkenalan hingga ke akhir hayat . Biarpun ada yang cuba memisahkan mereka , lelaki itu tetap menggenggam dunia kecilnya .Menjadi sosok ayah dan suami - mudah saja bagi dirinya. Kerana itulah impiannya ketika bertemu mata dengan sang isterinya pada kali pertama mereka bertemu . Dia , Emir Bakri . Selaku penyanyi terkenal dari kumpulan En-Dynamic . Peminat sering berada di kelilingnya , namun hanya satu wanita tetap menjadi pujaannya . Malah , obsesinya telah tertanam dalam diri sehingga ke akhir ini . Atma Hanim , nyawanya dan juga....cinta matinya . " Aku terlalu mencintai dia." " Dia , cinta matiku ."
SOLILOVETUDE (Completed) [IDOL SERIES 1] بقلم sofea_sabre32
sofea_sabre32
  • WpView
    مقروء 8,804
  • WpVote
    صوت 1,554
  • WpPart
    فصول 75
Atma Hanim - Disebabkan sekeliling manusia yang sering mengambil kesempatan terhadapnya, dia sukar untuk bersosial dan takut dengan harapan manusia. Dia rela bersendiri tanpa mengharapkan sesiapapun, walaupun dia tahu, hidupnya bakal sepi. Dia, seorang gadis yang sukar percaya dengan aneka ragam manusia. Emir Bakri - Bertemu dengan seorang jejaka yang suka menyakat, dia telah menceriakan hidup gadis itu yang serba hitam. Dalam diam, dia telah jatuh cinta pada Atma sejak pertama kali mereka bersua . Dia, lelaki utusan Tuhan yang cuba memulihkan trauma gadis pujaannya. " Asal awak ikut saya eh? Takde tempat lain ke nak pergi?" - Atma Hanim " Kau tu perempuan , tak elok sorang-sorang. "- Emir Bakri " Tak matilah sorang pun, nak harapkan orang lain pun tak guna juga. "-Atma Hanim. Sikap keras dan dingin Atma Hanim membuatkan Emir Bakri semakin jatuh hati padanya. Satu per satu rahsia disebalik keras dan dingin sang gadis itu, telah membuka mata buat lelaki itu. Mampukah Emir buktikan pada pujaan hatinya bahawa dialah penyelamat sehidup semati gadis itu? Disclaimer : Ada dialek pada dialog yang telah dimasukkan ke dalam novel ini. Sesiapa saja tak faham, boleh Tanya di ruangan komen. (Completed)