Fav 🤍
13 hikaye
(EBOOK JULAI 2025) Mrs. Naim tarafından AENJIM
AENJIM
  • WpView
    OKUNANLAR 1,815
  • WpVote
    Oylar 171
  • WpPart
    Bölümler 10
Ebook coming soon 13.7.25 Hati dia sejak dulu mencintai seorang gadis dan hanya gadis yang bernama Melur Raisha bertakhta di hati. Gadis yang dia gelar sepupu ingin dia jadikan suri hati. Di saat cinta dia semakin mendalam, tiba-tiba satu kenyataan mengejutkan dia dan keluarga dia yang sudah mengetahui perasaan dia terhadap Melur. Melur sudah mempunyai kekasih! Ya! Dia gila! Gilakan Melur hingga satu malam itu dia sanggup buat kerja gila. Mereka disatukan tanpa kehendak Melur. Melur dipaksa berkahwin dengan lelaki yang dia gelar abang sepupu sendiri demi menjaga maruah diri dan maruah keluarga mereka. Naim Al-Haq! Anak kedua lelaki terkaya. Lelaki yang dia pernah anggap seorang abang kini menjadi seorang suami. Naim dibenci. Dirinya dipandang jijik oleh isteri sendiri. Dan, hubungan itu tak bertahan lama. Hanya tiga bulan dan Melur sendiri yang meminta untuk dilepaskan. Naim terpaksa akur walaupun cinta dia terhadap Melur terlalu mendalam hingga satu saat dia terpaksa membawa diri ke negara orang demi melupakan gadis yang pernah bertakhta di hati. Tiga tahun dia merantau ke negara orang. Bila pulang ke Malaysia, Melur menagih cintanya. Ingin menjadi Mrs. Naim kembali. Dia keliru. Kenapa bukan dulu? Kenapa sekarang? Dia takut untuk dikecewakan lagi. Kata-kata hinaan sebelum ini masih lagi mencengkam hati lelaki dia. Ego mengatasi segalanya. Bila dia campakkan ego ke tepi, Melur pula melarikan diri kerana salah faham yang dia reka sendiri supaya Melur menjauhi dirinya. Dua tahun Melur lari dari dia. Dia tak pernah putus asa mencari. Hingga mereka dipertemukan kembali. Adakah Melur akan menerima dia? Adakah cinta Melur masih ada untuk dia? Adakah Melur ingin kembali menjadi Mrs. Naim? Ini kisah seorang lelaki yang setia dengan cinta. Yang hanya mahu seorang isteri kekal menjadi Mrs. Naim sampai hujung nyawa. Naim Al-Haq! Sekali dia cinta, cinta itu untuk selama-lamanya.
+2 tane daha
(TERBIT NOVEL) THEIR HUSBAND - PREKUEL SIBLING'S SERIES tarafından AENJIM
AENJIM
  • WpView
    OKUNANLAR 51,162
  • WpVote
    Oylar 87
  • WpPart
    Bölümler 12
Prekuel siblings series
+3 tane daha
( EBOOK APRIL 2025 ) ISTERI TERBAIK UNTUK DIA tarafından AENJIM
AENJIM
  • WpView
    OKUNANLAR 888
  • WpVote
    Oylar 0
  • WpPart
    Bölümler 7
SPIN OFF DIA BUKAN PENGGANTI Disebabkan dia seorang yang tak kahwin, adik beradik dia yang lain selalu gunakan dia untuk tolong menjaga anak mereka. Dia terfikir dari jaga anak orang lain baik dia jaga anak sendiri. Akhirnya dia buat keputusan untuk berkahwin. Tapi, calonnya pula tiada. Dia bercinta pun tak. Asyik sibuk dengan kerja. Alih-alih dia minta mommy dia carikan. Dalam diam mommy dia rupa-rupanya dah ada calon untuk dia. Dia yang tak kisah mengikut sahaja pilihan mommy. Mommy dia buat kerja gila. Terus bawa rombongan ke rumah si gadis. Alih-alih pinangan ditolak. Mateen jadi tertanya-tanya kenapa pinangannya ditolak? Kurang apa pada dia? Dia yang sebelum ini yang tak kisah pasal perempuan tiba-tiba rasa nak mengenali gadis yang telah menolak pinangannya itu. Bila dari jauh dia mengintai si gadis dia dah mula terpaut. Disebabkan terikat dengan tugas dia bercuti tanpa gaji semata-mata untuk memikat gadis yang dah berjaya mencuri hatinya itu. Tapi, hati gadis itu keras macam batu. Tak sama dengan wajahnya yang lembut bak sutera. Mateen tak berjaya memikat si gadis yang berhati kental itu. Mateen dah mula frust. Dia buat keputusan untuk kembali bertugas. Dalam sebulan si gadis pula yang resah. Mengharapkan muka Mateen yang tak malu menjengah. Tunggu punya tunggu, khabar tak elok dia terima. Mateen cedera parah. Berjayakah Mateen memiliki gadis yang dah mula mencuri hati dia? Kenapa si gadis menolak pinangan Mateen sebelum ini?
+3 tane daha
(EBOOK MAC 2025) NAQI AL-HAQ : MR. BEKU tarafından AENJIM
AENJIM
  • WpView
    OKUNANLAR 4,686
  • WpVote
    Oylar 140
  • WpPart
    Bölümler 6
Naqi, pelumba MotoGP yang terkenal dan dingin, menyimpan rahsia luka silam dan satu janji yang belum tertunai. Haura, gadis misteri yang tekad mencari abangnya yang hilang, tak tahu bahawa hidupnya sedang diperhatikan. Pertemuan mereka bukan kebetulan - ia permulaan kepada satu kisah penuh teka-teki, dendam dan cinta yang perlahan-lahan mencairkan hati "Mr. Beku". Dalam dunia yang penuh bahaya dan rahsia silam, beranikah mereka mencari kebenaran... dan mencintai semula?
+2 tane daha
(NOVEL) Siblings series 1( TERBIT ) PBAKL 2025 The Loyal Hunter : Maleeq Uqail tarafından AENJIM
AENJIM
  • WpView
    OKUNANLAR 297,761
  • WpVote
    Oylar 153
  • WpPart
    Bölümler 11
SERIES 1 Tuan Inspektor Maleeq Uqail lelaki yang begitu komited dengan kerjayanya sebagai anggota polis. Membanteras penjenayah memang permainannya setiap hari. Dalam perhubungan, dia seseorang yang hanya memerlukan perempuan yang setia di sisi kerana sedar tugas dan tanggungjawabnya lebih tertumpu kepada negara tercinta. Eliza Nerinna, perempuan yang menduduki hatinya. Setelah menjadi tunang, Eliza berubah laku. Maleeq Uqail terkena tembakan dalam operasi yang dia dan pasukan jalankan. Kehadiran doktor cantik bernama Ulfa Maleeqa membuatkan mamanya goyah. Bukan dirinya! Dia hanya setia pada Eliza si tunang. Dugaan datang melanda. Jodoh tu takdir Tuhan. Maleeq tak mampu mengelak. Eliza yang dicintai curang di depan mata. Sejak dari kejadian itu, Maleeq seperti susah untuk menerima hubungan percintaan yang baru. Dia hanya memburu perempuan yang setia! Siapakah perempuan setia yang bakal menjadi suri hati Mr Loyal Hunter?
+3 tane daha
( EBOOK MAC 2025 )DIA BUKAN PENGGANTI tarafından AENJIM
AENJIM
  • WpView
    OKUNANLAR 1,865
  • WpVote
    Oylar 9
  • WpPart
    Bölümler 10
sekuel the loyal hunter dan lelaki yang dia cinta Cinta yang dipendam Maryam terkubur bila Dani umumkan dia ingin mengahwini gadis pilihan hati. Tapi layanan Dani buat Maryam rasa dia ingin memiliki lelaki itu. " Abang tak pernah rasa susah pun. Maryam kan adik abang." - Dani Dani anggap dia sebagai adik tapi Maryam anggap dia lebih dari sebagai abang. Bila hati mula belajar untuk menerima takdir. Maryam diduga lagi. Belum sempat dia luahkan perasaan, bapa si lelaki dah memberi amaran. Maryam bukan setaraf dengan anaknya. " Maryam memang tak layak bercinta ke? Kenapa setiap kali Maryam jatuh cinta, Maryam asyik jatuh cinta pada orang yang salah?" - Maryam Bila gadis pilihan hati Dani menghilangkan diri, Maryam sanggup menjadi pengganti. Demi keluarga dia sanggup korbankan kebahagiaan diri dia sendiri. " Maryam tak cintakan abang. Buat apa kita teruskan perkahwinan ini? Maryam tak akan bahagia dengan abang. Abang hanya cintakan Balqis." - Dani Adakah mereka berdua akan meneruskan perkahwinan demi maruah keluarga? Sanggup ke Dani korbankan hati sendiri yang tetap setia pada pilihan hati? Adakah Maryam betul-betul cintakan Dani lebih dari lelaki yang mula mengusik hati dia ketika dia belajar melupakan Dani?
+2 tane daha