tiktok
9 stories
Puspita Milik Ishaq | COMPLETE by hasyagrizelle
hasyagrizelle
  • WpView
    Reads 166,673
  • WpVote
    Votes 5,441
  • WpPart
    Parts 52
[COMPLETE] 6th story | SPIN-OFF TAKDIR KITA | Kisah cinta bertepuk sebelah tangan. Si gadis yang memuja salah seorang pegawai polis yang dia temui sewaktu berjalannya operasi penyekatan jalan raya. "Tu...Tuan... tolong..." Rayuan tidak diduga, dipinta pada salah seorang anggota polis yang tidak dikenalinya setelah dia hampir diraba oleh pemandu teksi yang dinaikinya. "Eh, Cik kenapa ni?" "T... Tadi... ada lelaki creepy... cuba nak raba saya..." Kebaikan yang Eshan Ishaq tonjolkan, buatkan gadis bernama Anyra Helsa itu terlalu mudah terjatuh suka. Kata orang, fitrah perempuan itu juga ialah mudah jatuh cinta pada lelaki yang berbuat baik terhadapnya. "Mesti umur dah 30 kan?" - Anyra Helsa "I am at the age that you will respect me." - Eshan Ishaq "Dah kahwin? Ke...single lagi? Kalau single, saya datang masuk meminang," seloroh gadis itu sambil mula tersengih nakal. Penerimaan yang diharapkan namun penolakan yang menjadi jawapan. Oh, tidak pernah seumur hidup dia seberani ini melamar lelaki tapi bila sudah ditolak, makin rasa tercabar dirinya. "Saya tak akan berputus asa, Encik Eshan. Awak tunggu aje masanya tiba nanti." Bakal menjadi kenyataankah tekad Anyra atau ianya hanya dalam mimpi saja? Start : 12/1/24 End : 19/2/25
(C) HANYALAH DIRIMU  (Bakal Terbit)  by yunakarim
yunakarim
  • WpView
    Reads 95,804
  • WpVote
    Votes 3,100
  • WpPart
    Parts 16
Hanyalah Dirimu (Bahzi Isa) Mimpi nyataku Bahzi Isa & Ummu Ufaira
Andai Itu Takdirnya by qvreena_
qvreena_
  • WpView
    Reads 335,839
  • WpVote
    Votes 6,724
  • WpPart
    Parts 44
[ complete] ✧✧✧✧ Kisah seorang gadis biasa yang terpaksa berkahwin dengan bekas teman lelakinya ketika zaman sekolah menengah dahulu atas sebab wasiat terakhir arwah abahnya. " Kau dari zaman sekolah menengah dulu hinggalah sekarang tak pernah kalau tak ganggu hidup aku kan?! " - Tengku Faris Adam " Saya minta maaf. Saya janji saya takkan ganggu hidup awak lagi. " - Nur Hanna Sofea Sanggupkah dia hidup dengan lelaki seperti Tengku Faris Adam itu? Lelaki yang sanggup mengeluarkan kata-kata kesat kepada seorang perempuan sepertinya. " Aku jijik nak sentuh perempuan macam kau ni! Jijik, geli semua ada dekat kau ni, kau tahu tak?! Hujung jari kau pun aku tak nak sentuh. Geli! Kalau boleh malam ni jugak aku nak ceraikan kau! " - Tengku Faris Adam " Maafkan saya. " - Nur Hanna Sofea Hanya perkataan itu sahaja yang mampu dia keluarkan tatkala dirinya selalu dihina dan dikeji oleh lelaki itu. Namun, apakah kesalahan yang dia pernah lakukan sehingga lelaki itu sanggup membenci dirinya sebegitu rupa? Hanna redha dengan ketentuan kehidupannya. Andai itu takdirnya dia terima dengan seadanya. ✧✧✧✧ © My own idea
AISARA (COMPLETED) ✔ by Syaf_Asriqa
Syaf_Asriqa
  • WpView
    Reads 209,723
  • WpVote
    Votes 13,859
  • WpPart
    Parts 47
"Dalam bulan ini, aku dah tibai tiga budak yang cuba nak try Inara. Setakat muka penyek, badan macam lidi mak aku, aku boleh guna satu jari sajalah tibai kau! Nak?" Setelah kematian Encik Rosham dalam sebuah tragedi, Aisar nekad untuk menjadi pelindung buat sahabatnya. Di mana Inara berada, di situ jugalah Aisar setia menjadi bayang gadis itu. Persis seperti janji yang sudah ditabur buat arwah ayah Inara. Bagi Nur Inara, Aisar itu menjengkelkan. Ada saja ulah nakal Aisar yang membuatkan nama terhormatnya sebagai ketua pengawas tercalar. Bermacam masalah yang Aisar buat. Ponteng sekolah dan bergaduh sudah sebati dalam diri seorang Aisar Mumtaz. "Tahun ni SPM tahu tak! Fokuslah. Cukuplah kotorkan nama aku dengan masalah yang kau buat!" "Nanti lepas balik dari sekolah, kita singgahlah kedai Pak Misai beli clorox. Sental nama kau yang kotor sampai bersih. Cerdik tak idea aku?" Tepuk dahi, geleng kepala sajalah yang Inara mampu di saat berhadapan dengan sikap tak matang Aisar. Dalam rasa jengkel, Inara masih menerima kekurangan Aisar. Semuanya atas nama persahabatan yang sudah termeterai sejak kecil lagi. Namun, sebuah tragedi hitam menimpa Aisar sehingga keluarganya dicemuh. Fitnah yang ditabur oleh seseorang membuatkan Aisar memutuskan untuk keluar dari kampung demi membina kehidupan yang baharu. Malahan, pemergian Aisar membuatkan Inara dilanda kesepian. Tahun demi tahun berganti, persahabatannya bersama Aisar bagaikan layang-layang terputus talinya. Luka di hati Inara menjadi nanah yang membuatkan jiwanya rapuh! Sehinggalah suatu saat, takdir mempertemukan Inara dan Aisar pada waktu yang salah! Pertemuan semula mereka merupakan sebuah keadaan yang cemas bila mana Inara diburu oleh seseorang yang ingin membalas dendam terhadap keluarga gadis itu. "Kau akan mati jika persahabatan kita diteruskan, Aisar!" "Demi nama Aisara, aku akan selalu menjadi bayang untuk melindungi kau!" MULA: 6 MAC 2021 TAMAT: 5 JUN 2021
Kerana Dia Jodoh Aku by qvreena_
qvreena_
  • WpView
    Reads 460,811
  • WpVote
    Votes 12,993
  • WpPart
    Parts 51
→' complete '← ______✿______ Mengisahkan seorang gadis yang bernama Nuradilah Saffiyah. Paras rupanya yang cantik telah membuatkan dia terkenal di antara lelaki mahupun perempuan. Dia seorang gadis yang tidak pernah mengambil serius tentang hubungan yang dia jalinkan. Oleh hal yang demikian, dia dikenali sebagai buaya wanita yang suka permainkan hati dan perasaan lelaki. Namun, tidak terjadi pada seorang lelaki bermata Hazel yang bernama Izz Nadzrin. Lelaki ini telah membuatkan Saffiyah jatuh cinta pandang pertama dan separuh gila mati apabila berlakunya kejadian hitam di antara salah seorang daripada mereka. Disebabkan perkara tersebut, Saffiyah membawa diri pergi jauh dari negeri bernama Selangor. Selepas beberapa tahun melarikan diri, Saffiyah kembali ke Selangor. Namun, kepulangan nya itu disambut dengan beberapa kejutan iaitu- Jadi isteri PAKSA dan ibu pada usia 24 TAHUN! Hah kau ado? Dan perkara malang bagi Saffiyah ialah bakal suaminya itu seorang duda yang menjadi pilihan keluarganya dan dia tidak pernah sekali pun bertemu dengan lelaki tersebut. Bagaimanakah kehidupan Saffiyah dengan bakal suaminya itu? Bahagiakah mereka? Jadikah mereka bersatu atas aturan keluarga mereka? © All Rights Reserved whosna__ ________✿_________ Start - 3/3/2017 End ✓ - 5/12/2017 ✿ Beautiful cover by IvoryCarmia
Di Lautan Biru [C] by EiSeoya
EiSeoya
  • WpView
    Reads 527,771
  • WpVote
    Votes 21,761
  • WpPart
    Parts 51
Kata orang, perempuan masuk bidang ketenteraan adalah manusia paling gila dan berani mati. Dianggap bersifat lemah dan semestinya tingkah laku feminin haruslah dijaga. Kelayakan badan beruniform hanya berpihak pada insan bergelar lelaki. Benarkah kenyataan ini? Tentunya tidak. Eleanore. Gadis yang mempunyai keinginan untuk menjadi salah satu anggota TLDM di Lumut, Perak. Mengikuti jejak langkah abangnya dalam TUDM. Beza cabang, sama peranannya. "I'm Eleanore Dhia Binti Elias. Call me Eleanore. I'm ready to serve you all," - Eleanore Dhia Taqiyyah. Tidak dinafikan bukan dia seorang sahaja anggota perempuan yang melibatkan diri dalam TLDM. Ada juga di unit lain. Pemilihan kepakaran dalam juruplot taktikal peperangan telah menyatukan Eleanore bersama tiga puteri yang lain. Mereka ibarat bunga yang mekar dikelilingi padang rumput yang luas. Pada satu saat, Eleanore terlihat jejaka yang sangat dikenalinya menjadi jurulatih untuk kumpulannya. Terasa seperti dirancang baik pertemuan mereka oleh Allah. "Kenapa kau terdetik hati nak masuk TLDM? Jarang jumpa spesis macam kau masuk kepakaran sini," - Al-Fajar Qarizh. "Aku nak buktikan yang perempuan layak untuk menjadi salah satu pejuang negara dan boleh jadi setaraf dengan pejuang lelaki yang lain," - Eleanore Dhia. Impressive. Satu aura pejuang yang kuat dalam diri Eleanore membuatkan Fajar tertarik untuk mengenalinya lebih mendalam. Semakin lama mereka bersama, semakin banyak ujian yang menimpa Eleanore hinggakan banyak rahsia yang terbongkar terutamanya Fajar. "Aku milik kau. Kau milik aku. Dan kita berdua milik negara. Andai salah seorang daripada kita mati syahid satu hari nanti, teruskanlah perjuangan kita dan jangan sesekali berundur untuk mengalah terlalu awal," - Al-Fajar Qarizh [Start: 1 May 2024 End: 28 Sept 2024 ] [100% karya asli] [1st Version]
MY GREY GUY by adawiyahasmadi
adawiyahasmadi
  • WpView
    Reads 1,725,403
  • WpVote
    Votes 48,129
  • WpPart
    Parts 57
MY GREY GUY ( NEW VERSION ) FIRST BOOK! -everyone can't touch you, or death will overtake them- ... LUTH AELDEN EVRARD seorang lelaki yang mampu membuatkan gadis-gadis di luar sana jatuh hati kepadanya. Bagaimana tidak kalau wajah kacukan perancis dan melayu itu menjadi tatapan mereka. Paling istimewa ialah matanya yang berwarna kelabu menjadi tumpuan orang ramai. Kaya ? Hanya petik jari terus dapat apa yang dia mahukan. Nama pun CEO kan ? MADIENA DELISHA seorang gadis yang hanya berasal dari kampung. Seorang yang lemah lembut dan yang paling tidak terduga perangai polosnya. Hanya seorang peniaga nasi lemak di tepi jalan. Itu sahaja yang mampu dilakukan oleh gadis kampung ini untuk menampung kehidupan sehariannya. ... Bang ! Bang ! Bang ! Siapa sangka wajah kacak itu mempunyai sisi gelap yang amat menakutkan. Hanya keluarga dan orang terdekat sahaja yang tahu. "I will not let go of those who have touched what should be mine.." - Luth Aelden Evrard. "I-I'm sorry.." "Kepala bapak kau sorry !" -Henry Dzakwan. "Bapak dia dah mati lah Henry.." -Aryan Gilbert. "Dia dah mula dah.." -Felix Adry. "Stupido.." -Markuez Raymond. Bang ! Bang ! Bang ! ... ⚠️ karya tersendiri. ⚠️ siapa copy esok santau aku sampai.
Purrfect Match | [C] by DeianDyan
DeianDyan
  • WpView
    Reads 1,862,445
  • WpVote
    Votes 65,010
  • WpPart
    Parts 68
Padanan sempurna itu, sifatnya terpisah sebelum dicantum menjadi satu. Dua bulan usia pernikahan, mereka berpisah haluan. Sehinggalah takdir pertemukan setelah empat tahun berjauhan. Flora inginkan jawapan. Hanan pula membina alasan. Lantas, ikatan mereka dijadikan taruhan. "Let's start over. Bukan sebagai jiran, bukan sebagai sahabat. This time, as husband and wife." - Dzulhanan Daneeyal "Ini satu-satunya peluang yang aku akan beri pada kau, Hanan. You better fix all the broken pieces." - Flora Humairah Lalu saat kepingan-kepingan itu dikutip dengan hamparan mengapa ia berkecai sedari awal, mampukah alasan itu diterima sang akal? *** Cetus Amaran: Trigger Warning // TW: ⚠ Non-Consensual Act ⚠ Drugs
𝐑𝐚𝐭𝐮 𝐊𝐢𝐫𝐢𝐦𝐚𝐧 𝐓𝐮𝐡𝐚𝐧  by missdiraa
missdiraa
  • WpView
    Reads 653,411
  • WpVote
    Votes 29,352
  • WpPart
    Parts 76
𝐋𝐮𝐭𝐡 𝐐𝐚𝐲𝐲𝐢𝐝 | 𝐍𝐮𝐫 𝐒𝐲𝐢𝐟𝐚 𝐈𝐤𝐡𝐚𝐰𝐚𝐧𝐚 Mereka kata perkahwinan itu membahagiakan. Perkahwinan itu menyeronokkan. Tetapi kenapa apa yang dirasakan selama ini hanyalah sebaliknya? Dicurangi, dihina bahkan maruah diri itu seakan-akan dipijak oleh orang paling dia sayangi. Itulah kehidupan yang dijalani oleh Nur Syifa Ikhawana. Angkara memilih seorang lelaki yang salah, dia menjerat diri dalam lautan berapi. Dayus! "Entahlah, Syifa tak rasa nak kenal siapa-siapa." - NUR SYIFA IKHAWANA Trauma telahpun membawa Syifa menutup rapat hati itu. Tidak ada sesiapa yang mampu menambat hatinya. Tidak ada sesiapa yang mampu menawan hati itu lagi. Dia sudah serik. Serik dengan namanya cinta. "Dalam dunia ni ada undang-undang, dan kita sebagai rakyat kena patuh dengan undang-undang. Bukan setakat undang-undang dalam negara tapi juga kena tahu hukum dalam agama. Sebab orang beragama takkan sesuka hati melanggar hukum, mereka ada pegangan." - LUTH QAYYID Kehadiran seorang lelaki membawa kembali perasaan yang sudah lama menghilang. Disaat Syifa cuba menutup rapat pintu hatinya, lelaki itu datang untuk menghampiri. "Siapa yang malu? Awak ke saya?" - LUTH QAYYID "Saya." - NUR SYIFA IKHAWANA Luth Qayyid, seorang peguam tampan dan segak. Meskipun usia semakin meningkat, bukan jadi penghalangnya untuk mencari jodoh. Kata orang, biar lambat, asal betul! Namun bukan semudah itu bagi Syifa untuk menerima. Masa lalu masih membekas dalam ingatan membuatkannya takut untuk memulakan hubungan. Tidak mahu dijadikan seperti patung pemuas nafsu untuk seterusnya. "Setiap kaum Adam di dunia ini diciptakan Hawa nya. Dan saya yakin, Dia ciptakan awak sebagai ratu hidup seorang Luth Qayyid." ⚠️ No Plagiarism Allowed