rynnnnnn_oo's Senarai Bacaan
2 stories
Takdir Buat Kita [C]  by cikbutterfly__
cikbutterfly__
  • WpView
    Reads 116,185
  • WpVote
    Votes 5,424
  • WpPart
    Parts 54
Siri Kita - 2 Spin-off ; Kau Aku Kita PUTERA HADI X AINA WAHEEDAH atau TENGKU LUQMAN MUKHRIZ X AINA WAHEEDAH Aina akan tetap bersama Hadi? Atau mungkin lelaki lain? Pertemuan yang tidak disengajakan telah menimbulkan satu rasa yang dia sendiri tidak pasti akan perasaan tersebut. Perasaan yang dia tidak pernah rasakan pada mana mana lelaki sebelum ini. "Ini ke Hadi? Hensemnya" bersinar sinar mata Aina melihat jejaka dihadapannya. Putera Hadi. Seorang jejaka yang tinggi lampai dengan wajah yang kacak dan mampu mencairkan hati para wanita. Kulit yang sawo matang membuatkan lelaki itu bertambah rupawan. Senyuman manis dia juga merupakan asset yang menjadi kegilaan ramai. Aina Waheedah. Seorang anak sulung dari dua orang adik beradik dan masih mempunyai kedua orang tua. Seorang budak kampung yang mempunyai kepandaian luar biasa dan bercita cita tinggi. Oleh itu, ramai jejaka ingin mendekatinya tetapi satu pun dia tidak tertarik. Jika dulu cintanya terhalang akan sesuatu tetapi apabila satu rahsia terbongkar, cinta mereka mula berputik. Bukan sebelah pihak tapi keduanya. Sedikit demi sedikit rasa sayang itu mula timbul dan lama kelamaan semakin mendalam sehingga takut akan perpisahan. "Saya tak pernah rasa apa yang saya rasa sekarang ini pada mana mana lelaki sebelum ni. Awak yang pertama, Putera Hadi" - Aina Waheedah. "Pegang kata kata saya. Walau apa pun yang berlaku saya akan selamanya dengan awak, Aina Waheedah" - Putera Hadi Tetapi disebabkan kehadiran orang ketiga hubungan mereka retak. Aina cuba untuk sedaya upaya untuk perbaiki hubungan itu tetapi Hadi? Adakah dia sama sama berjuang atau sebaliknya. Mampukah mereka mempertahankan cinta mereka? Atau terhenti dipertengahan? Mampukah mereka mengharungi setiap ujian dan cabaran sepanjang mereka bersama? Janji? Ditunaikan atau dimungkiri? Start ; Sept 2024 | End ; 2 Jun Complete 🦋
𝐌𝐚𝐰𝐚𝐫 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐇𝐮𝐦𝐚𝐢𝐫𝐚 by lvndrella
lvndrella
  • WpView
    Reads 2,189,264
  • WpVote
    Votes 88,209
  • WpPart
    Parts 37
"Jangan paksa perasaan aku, Maira. Aku tak boleh cintakan kau sama macam aku cintakan arwah Zaharah. Kau bukan dia."-𝐊𝐀𝐑𝐋 𝐀𝐙𝐑𝐈𝐄𝐋 Mana mungkin dia menerima kehadiran wanita lain selain daripada Zaharah. Dia seolah-olah enggan menerima bicara segenggam takdir yang melakarkan seribu dusta. Jiwa dan akalnya masih lagi percaya bahawa Zaharah pasti akan kembali di dunia. Sayang dan cinta kepada Humaira? Mustahil. Rasa itu masih belum berputik di dalam hatinya. Masih belum dapat dia utarakan. Dia masih menafikan itu. Menyelimuti semuanya dalam satu perasaan benci yang mendalam. Bagaimana mungkin dia melupakan kenangan indahnya bersama Zaharah? Bahkan setitik tinta sekalipun tidak dapat mengukir aksara untuk mengutarakan mahalnya kenangan di antara mereka. Maha dalam kasih seorang Azriel terhadap Zaharah. "Abang minta maaf, Zaharah. Abang dah kahwin dengan perempuan lain."-𝐊𝐀𝐑𝐋 𝐀𝐙𝐑𝐈𝐄𝐋 Sedangkan Humaira? Menyimpan harapan yang tinggi menggunung. Kasihnya tumpah. Namun tiada siapa yang kutip. Penantiannya seiring waktu yang berjalan itu seolah-olah tidak berguna. Hati Azriel bukan untuknya. Sehingga apa yang dia harapkan itu luntur. Hancur menjadi debu-debu lara. Humaira memilih untuk mengalah. "Kita berpisah boleh?"-𝐋𝐀𝐔𝐑𝐀 𝐇𝐔𝐌𝐀𝐈𝐑𝐀 Akankah kewujudan cinta di antara mereka itu nyata? Akankah bahagia menjadi milik mereka? © lvndrella ⚠️ Hanya manusia berhati ultraman yang LAYAK baca.