CINTA_MELUR's Reading List
2 stories
Legasi (Bonus Bab Awal) by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 109
  • WpVote
    Votes 5
  • WpPart
    Parts 10
DUNIA politik penuh dengan permainan. Dan bagi Azrina, meneruskan legasi abahnya, Datuk Aidil Rahim merupakan satu perjuangan. Lagi-lagi Azrina pernah melalui detik sukar apabila melihat keluarganya pernah terjatuh angkara fitnah yang bertebaran. Abahnya hilang di dalam tirai besi, ibunya membanting tulang demi memastikan dapur berasap sedangkan masyarakat sekeliling mula menjauh. Namun Azrina tidak sangka, pertemuan penuh dramatik di dalam lif bersama Ahmad Kaisar adalah titik permulaan segala kesinambungan dendam. Lelaki dari parti lawan yang sepatutnya jadi musuh, tapi entah kenapa dia selalu ada di tempat yang tepat, pada masa yang tepat. Tenang dia pelik. Cara dia tengok Azrina pun lain-bukan macam ahli politik, tapi macam dia nampak Azrina sebagai manusia, bukan nama atau kedudukan. "Jangan cakap kita akan terperangkap lagi," - AZRINA Kaisar ketawa kecil. "Kalau terperangkap kali ketiga, itu bukan kebetulan. Itu takdir yang terlalu luar biasa." - KAISAR
Pecahnya Sekeping Hati Lelaki (Bonus Bab Awal) by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 157
  • WpVote
    Votes 2
  • WpPart
    Parts 11
Cinta tidak selalu datang dengan tenang. Kadangkala cinta itu hadir seperti ombak yang menggila lalu menghanyutkan sesiapan yang cuba menempuhnya. Ada masanya juga, cinta meninggalkan hati ini retak perlahan-lahan, kemudian bertaburan tanpa sempat dipungut kembali. Dalam perjalanan hubungan yang penuh liku, mereka belajar bahawa cinta bukan sekadar memiliki. ZAQUAN DAN IDANI. Perkenalan yang bermula di alam maya menjadikan mereka semakin rapat hari demi hari. Hubungan tanpa nama itu menjadikan Zaquan tidak tenteram apabila Idani berkata mereka 'cuma kawan', lebih-lebih lagi dia pernah melihat Idani di samping rakan sekerjanya, Haqim. Sehinggalah pada suatu hari. "I like you, Idani." - Zaquan "So, what are we now?" - Idani "I don't know. But I think, kita dah upgrade sikit daripada 'cuma kawan'." - Zaquan Hari-hari yang dilaluinya selepas itu lebih ceria. Bagi Zaquan, apabila dia mula sayangkan seseorang dia tidak main-main. Dia mahu hubungan itu kekal ke jenjang pelamin. Namun, sangka Zaquan panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Idani tiba-tiba menjauhkan diri.