hwaheartsyuyu
Selepas kemenangan di Asteria, We Them Girls menyangka segalanya telah berakhir. Tapi Oracle of Dawn membuktikan sebaliknya-ia membuka pintu ke dunia yang lebih gelap, lebih penuh rahsia.
Empat jiwa baharu hadir, masing-masing membawa persoalan:
• Kai, kekasih lama Karina-adakah dia masih lelaki yang sama, atau musuh dalam bayangan?
• Jeno, kisah lama Giselle yang tak pernah selesai. Dengan rune gelap dan mulut berbisik dosa, dia kembali menuntut balas.
• Jaemin, lelaki yang muncul ketika hati Winter paling rapuh. Adakah dia pelindung, atau sekadar bayangan yang menipu?
• Mingyu, sosok paling misteri. Tiada siapa tahu siapa dia, tapi semua dapat rasakan-dia bukan manusia biasa.
Dalam misi mencari jawapan, mereka akan diuji bukan hanya dengan kuasa... tetapi dengan hati sendiri.
"Ada bintang yang menyinari. Tapi ada juga yang membakar dari dalam - hingga meletup jadi Supernova."