Pilihan Ambassador
11 stories
H Squared ✓ by hanzerry
hanzerry
  • WpView
    Reads 9,365
  • WpVote
    Votes 1,713
  • WpPart
    Parts 37
𝘴𝘩𝘰𝘳𝘵𝘦𝘯 𝘢𝘴 𝘏², 2024 Warning: Bacaan 15+ sahaja. Kisah mereka bertukar tubuh di bawah langit bersalji Malaysia. Haifa Auliya, gadis yang berasal dari Kuala Lumpur. Pelajar 17 tahun membawa maksud apa? Ya, SPM. Tetapi kerana sikapnya yang suka membandingkan result sendiri dengan kawan baiknya, dia tidak menyedari tindakannya akan meragut nyawa sendiri. "Kenapa Sofia boleh buat, aku tak boleh?" - Haifa Kim Imani, jejaka yang menetap di STAPS. Rupa parasnya seperti orang KPOP idol memberikannya trauma paling perit di dalam hidup. Setiap kali teringat akan traumanya, dia akan stres dan buat perkara pelik-pelik. "Sebab muka aku kacak macam ni, I got harassed. So I won't take off my mask anymore." - Kim Pada suatu pagi yang bersalji, Haifa dan Kim tiba-tiba bertukar tubuh. Bangun-bangun saja, diri mereka sudah berada di dalam bilik orang lain. "Kau siapa sebenarnya?" - Haifa "Hakim. Panggil Kim." - Kim "Oi kau merokok ke? Kalau ya, aku haramkan kau merokok pakai badan aku!" - Haifa "Aku cuma nak lepaskan stres. In the best way." - Kim Haifa mengingatkan Kim untuk sentiasa berkelakuan baik apabila mereka bertukar tubuh. Namun, lelaki itu telah membuat satu kesilapan paling besar sepanjang dia menjadi 'Haifa'. Haifa berada di ambang maut. Tanpa disedari, Kim dan Haifa telahpun membongkar 'dunia fantasi' mereka. Started: 11 May 2024 Ended: 24 July 2024 Beautiful cover by @harlyz_ 🤍 - DON'T STOP SHARING ABOUT PALESTINE --
AKU HANYA PINJAMAN [C] by __syhadh
__syhadh
  • WpView
    Reads 5,379
  • WpVote
    Votes 879
  • WpPart
    Parts 44
﷽ Cover by: @reiir- - SYUHADAH 10th BOOK Mengisahkan Mujahid, seorang bekas tentera yang dulunya berpangkat leftenan kolonel kini berkhidmat sebagai pembunuh upahan. Identitinya tidak diketahui sesiapa waima orang yang mengupahnya. Dia benar-benar misteri. Setiap kali menerima panggilan, namanya akan bertukar. Bahkan, bayangannya juga tidak kelihatan. "Kau tak perlu tanya aku di mana. Sebab aku... boleh muncul bila-bila masa." Kisah silamnya membuatkan dia memilih jalan itu, namun... meski tenggelam di dalam lembah kegelapan, cahaya pasti muncul jua di penghujungnya. "Tak perlu bersembunyi lagi, anak muda. Kemarilah. Saya tahu kamu di situ." "Saya cuma pendosa yang hina." Senyumannya juga tiada yang tahu bagaimana ia melengkung. "Abang ini selalu balik lambat." "Abang kerja ini... untuk adik juga." Dia tahu bahawa diri itu mendapat hasil yang haram setiap kali kerjanya dilaksanakan. Dan ia tidak pernah diberi kepada keluarga, kerana dia tidak mahu insan yang dia sayangi turut sama menikmati hasil yang jijik. "Saya tahu nyawa saya hanyalah sebagai pinjaman dari Allah untuk menjadi pelindung tuan. Dan ia saya lakukan supaya dapat tebus dosa-dosa lampau saya." Terimalah, AKU HANYA PINJAMAN. AMARAN! - Cerita ini mengandungi unsur-unsur keganasan dan pembunuhan. - Juga terdapat banyak penggunaan kata-kata kesat. - Cerita ini tiada kena-mengena dengan yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia. - Segala isu-isu sensitif melibatkan politik dan agama hanyalah rekaan semata-mata. START: 22 FEBRUARI 2025 END: 10 APRIL 2025
Bahagia Yang Aku Tunggu by saiatieya
saiatieya
  • WpView
    Reads 350,924
  • WpVote
    Votes 12,175
  • WpPart
    Parts 72
3rd New Generation Series ERIQ HAIYAN merupakan anak sulung kepada Tuan Emir Hakeem dan Puan Hanan Auliya. Umur sudah meningkat tapi masih belum berpunya. Anak kepada kawan-kawan ibunya sudah ada yang mendirikan rumahtangga. Bahkan yang lebih muda daripada dia. Tapi dia, langsung tak berminat. KASTURI pula adalah gadis yang cukup manis. Kawan baik kepada adik perempuan Eriq, Elisya Hanim. Sama-sama mengajar disebuah sekolah menengah. Pertemuan Kasturi dengan Eriq Haiyan itu telah menjentik satu perasaan dihatinya. Dia sukakan lelaki itu. "Hanim, kenapa kau tak cakap dekat aku yang kau ada abang yang kacak?" - KASTURI Sejak dia tahu kewujudan Eriq Haiyan, makin kerap pula Kasturi berkunjung ke rumah Hanim. Semata-mata untuk memikat abang sahabatnya itu. "Aku tak suka kau. Tak payahlah ganggu aku lagi!" -ERIQ HAIYAN. Eriq tu, mulut saja kata tak suka. Tapi hati siapalah yang tahu. Dia masih ragu-ragu dengan perasaannya. Tak mahu gadis itu terlalu berharap, dia buat keputusan untuk menjauh dan kembali semula ke Perth. Kembalinya Eriq ke Perth membuatkan Kasturi terpaksa menerima cadangan Puan Raudah untuk berkahwin dengan abang angkatnya sendiri. Hati memang tak rela. Tapi dia cuba ikhlaskan. Namun, kalau jodoh tak panjang, tak kekal lama. Lagi pula, Kasturi menjadi mangsa dera suaminya. Dua tahun berlalu, Eriq pulang semula ke Malaysia dengan satu impian yang besar. Dia ingin melamar Kasturi. Dia sudah yakin dengan perasaannya. Namun harapannya musnah setelah mengetahui Kasturi sudah berkahwin. Tak apalah. Bukan jodoh dia dengan Kasturi. Niat nak move on terpaksa dibatalkan apabila Kasturi sah bercerai dengan bekas suaminya. Impian Eriq cuma satu. Dia nak Kasturi jadi miliknya. Bila hati Kasturi kembali berpaut padanya, dia gembira. Tapi yang berlaku tak seindah yang dibayangkan. Mampukah Eriq Haiyan dan Kasturi bahagia? Adakah hubungan mereka akan direstui semua orang? Atau akan ada seseorang yang bakal menghancurkan hubungan serta hidup mereka?
Misi IVTG by TheFnlini
TheFnlini
  • WpView
    Reads 8,675
  • WpVote
    Votes 793
  • WpPart
    Parts 26
IVTG - singkatan 'investigation' ---- Azhad Aakif telah kehilangan ibu bapanya dalam sebuah tragedi ngeri. Lapan tahun kemudian, sahabatnya pula yang pergi mengikuti langkah ibubapanya. Melihatkan sahabat yang dianggap seperti keluarga sendiri dibunuh secara kejam dan tragis, telah menaikkan lagi api amarahnya. Dari saat itu, dia telahpun bertekad untuk mencari dan menjatuhkan hukuman ke atas si pelaku. Tekadnya yang kuat telahpun membawanya ke Bukit Aman, menjadi salah seorang inspektor di sana bersama satu misi yang diberikan nama IVTG. Dia bertemu dengan Aliff Hazmi - seorang pegawai yang telah menjadi rakan sekerjanya dari awal pertemuan lagi, dan Inspektor Zulhilmi - seorang polis bantuan dari Terengganu yang dirasainya amat menjengkelkan. Dalam dia berusaha mencari pembunuh sahabatnya, dia, Aliff dan Hilmi ditugaskan untuk menyiasat sebuah kes pembunuhan bersiri melibatkan seorang pembunuh handal. Tidak meninggalkan jejak, hanya sticky note misteri sebagai petunjuk. Malah, apa yang lebih dahsyat, perungkaiaan misteri tersebut turut sama membawa Aakif kepada satu pembongkaran yang bakal merubah hidupnya. "Setiap yang hadir, pasti akan pergi. Setiap yang pergi, pasti akan diganti..." - Khairul Mustakim "Kenapa aku jadi polis, ya? Sebab aku nak elakkan perkara sama terjadi pada aku, terjadi pada orang lain." - Aliff Hazmi "Kenapa kau bunuh dia? Apa salah dia dekat kau, hah! Kau tahu tak apa yang aku dan keluarga dia lalui disebabkan kau?" - Azhad Aakif "Aku betul-betul tak nak buat ni Aakif. Tapi kalau kau tetap tak nak lepaskan suspek, maka aku terpaksa lepaskan peluru ni." - Zulhilmi "Maafkan aku..." - Farhan Fahimi Misteri berganti misteri, hinggalah akhirnya tiba penghujung buat segala penderitaan ini. Kebenaran memang menyakitkan. Tetapi akhirnya, apabila kau sedar nanti, percayalah... ia tetap akan memberi kebaikan. It's just the matter of time... ;D-21 ---- - 30% action - 40% thriller/mystery - 15% friendship - 15% motivational
KASIH ALONG by PutraRize_
PutraRize_
  • WpView
    Reads 9,430
  • WpVote
    Votes 1,089
  • WpPart
    Parts 45
𝟏.𝟎 | 𝐒𝐢𝐫𝐢 𝐊𝐚𝐬𝐢𝐡 بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ Kata orang, satu ibu boleh menjaga ramai anak. Bagaimana jika seorang anak sulung menjaga adik-adiknya seorang diri tanpa bantuan orang lain? ❝ Saya tak nak ada orang lain masuk campur hal keluarga saya. ❞ Meninggalnya ibu bapa mereka dalam satu kemalangan jalan raya meninggalkan Ammar Haziq seorang diri dalam membesarkan empat orang adiknya. ❝ Kamu mampu ke nak tanggung semua adik-adik kamu tu? Semuanya masih sekolah lagi. ❞ Namun Ammar tetap bertekad hendak menjaga semua ahli keluarganya sendiri tanpa mengharapkan orang lain hatta bapa dan ibu saudaranya sekalipun. Apabila semakin dewasa, banyak peristiwa pahit manis yang berlalu dalam keluarga ini. ❝ Along sayang semua adik Along. ❞ ⚠️ No Plagiat ⚠️ Rekaan Semata-mata ⚠️ Typo Alert ⚠️ Maaf Jika Storyline Merapu Nice Cover By: @melonater Started: 3/2/2025 Ended: 23/2/2025 ©PutraRize_ ©2025
MRS. ADRIAN | COMPLETED✓ by CIKRISYA
CIKRISYA
  • WpView
    Reads 32,222
  • WpVote
    Votes 1,516
  • WpPart
    Parts 44
Adrian Haqiem × Dania Humaira Dania Humaira tidak pernah meminta untuk dijodohkan. Namun demi keluarganya, dia rela. Apa yang dia tak sangka, lelaki yang menjadi suaminya adalah Adrian Haqiem lelaki yang sejak dulu hanya dikenali sebagai dingin, keras hati, dan tidak pernah mahu membuka ruang untuk sesiapa. Bagi Adrian, perkahwinan ini hanyalah sebuah tanggungjawab. Dia tidak pernah menginginkan Dania dalam hidupnya. Segalanya bagai neraka buat Dania , suami yang tidak pernah peduli, layanan yang hambar, dan cinta yang sentiasa bertepuk sebelah tangan. DILARANG PLAGIAT ⚠️ *nak minta tolong pembaca , jika terjumpa cerita yang copy paste dari cerita ini mohon laporkan kepada saya serta report acc orang tu okay . Start : 24 Ogos 2025 End : 5 October 2025
𝐓𝐡𝐞 𝐋𝐨𝐬𝐭 𝐏𝐞𝐭𝐚𝐥 | 𝐂𝐨𝐦𝐩𝐥𝐞𝐭𝐞 by Amor_midnightt
Amor_midnightt
  • WpView
    Reads 3,163
  • WpVote
    Votes 235
  • WpPart
    Parts 20
Nayla Danisha Sofea ialah seorang gadis yang lemah lembut dan sentiasa menyembunyikan perasaannya sendiri. Sejak kecil, dia mengagumi sahabat baiknya, Rayyan Idris Zhafran, tetapi tidak pernah berani meluahkan perasaan itu. Segalanya berubah apabila Nayla mula menghidap Hanahaki, penyakit yang menandakan cinta tidak berbalas. Dia cuba menyembunyikannya daripada semua orang, namun semakin lama, semakin banyak kelopak bunga yang keluar sehingga menyeksa nafasnya sendiri. Dalam masa yang sama, serpihan kenangan yang tidak dikenalinya mula menghantui fikiran. Adakah ada sesuatu yang hilang dalam dirinya? Bagi Rayyan Idris Zhafran, Nayla hanyalah seorang sahabat yang sentiasa berada di sisinya. Namun apabila Nayla mula menjauh, dia mula sedar bahawa kehilangan gadis itu terasa lebih menyakitkan daripada yang disangkakan. Hanya selepas semuanya berubah, Rayyan akhirnya menyedari satu perkara. Mungkin Nayla bukan hanya sekadar seorang kawan. Tetapi... Lebih daripada itu Adakah dia sudah terlambat? Atau masih ada ruang untuk cinta itu tumbuh semula daripada kelopak-kelopak yang telah hilang?
Arunika [ارونيكا] ✓ by hironuwi
hironuwi
  • WpView
    Reads 36,564
  • WpVote
    Votes 2,313
  • WpPart
    Parts 52
"Lelaki untuk membimbing, bukan dibimbing." ..... لَكُمْ دِيْنُكُمْ وَلِيَ دِيْنِ "Untukmu agamamu, dan untukku agamaku." [QS, Al-Kafirun: 6] ..... Mula: 14 Mac 2024 Tamat: 23 Mei 2024 ☆ Baca cerita ini dan kemudian baca Nayanika pula :3 © Hironuwi, 2024