A
47 stories
Pikat Hati Dia by Adell_99
Adell_99
  • WpView
    Reads 3,486
  • WpVote
    Votes 96
  • WpPart
    Parts 21
Nur Aleeya Hasya pernah percaya pada cinta pertamanya-hingga ia berubah menjadi luka. Aidan Rizqi, lelaki yang dia sangka akan menjadi selamanya, perlahan-lahan menjauh. Dingin, tak lagi peduli, dan akhirnya meninggalkannya demi pilihan keluarga. Hati Aleeya hancur, keyakinannya terhadap cinta turut musnah. Namun, hidupnya tak berakhir di situ. Dengan sokongan sahabat-sahabat setianya, dia bangkit perlahan-lahan. Dan saat itulah dia bertemu dengan Leftenan Komander Rhael Izdhan-lelaki beruniform yang serius, susah didekati, dan langsung tak menunjukkan minat padanya. Tapi Aleeya tak mudah mengalah. Kalau dia boleh terluka kerana cinta, kenapa dia tak boleh cuba bahagia semula? Rhael pada mulanya hanya mahu menjaga jarak. Tapi gadis bernama Aleeya ini lain macam. Semakin dia cuba menafikan, semakin dia terjerat. Aleeya bagaikan ombak yang tak pernah lelah menghantam dinding pertahanannya-dan sebelum dia sedar, dia sudah mula membalas gelombang itu. Dari kisah yang bermula dengan air mata, Aleeya menemui seseorang yang membuatnya ketawa lagi. Dan laut yang selama ini menjadi dunia Rhael... akhirnya menjadi tempat yang menyembuhkan hati Aleeya.
{[_THE OBSESSION SUGARDADDY _}] by miss_Nightmaress
miss_Nightmaress
  • WpView
    Reads 212,396
  • WpVote
    Votes 3,986
  • WpPart
    Parts 72
Hanya bermulanya satu perjanjian sugardaddy dan sugarbaby... Disitu lah bermulanya kisah antara Tengku Haidar dan d'dayyana... {D'dayyana A'alessandra} 17 years old... °Gadis kecil dan terlebih polos serta lurus bendulnya itu... bersetuju untuk menjadi sugarbaby kepada jejaka yg dia tk tahu seorang yang sangat berkuasa, berpengaruh dan paling kejam. Dia hanya cuma dipaksa untuk menggantikan tempat kawan sekelasnya yg suka membulinya dan mengancam akan berhentikan sekolah jikalau dia menolak tawaran itu...mahu tk mahu dia setuju... [Tengku Razaleigh Putera Marquez Haidar Zuidz] ¥ seorang jejaka yang sangat berkuasa, berpengaruh dan paling kejam. Dia juga merupakan ketua mafia yg paling ditakuti oleh semua orang, bahkan ada yg menggelarnya sebagai The Demonio's Ruthless king... Kerana sifatnya yang tk pernah ada yg jangka... Dia juga menutupi identitinya yang sebenar sebagai CEO Company Royal's Zuidz... Ramai yg tahu tapi ramai juga tk tahu identiti sebenar dia...Dan dia juga boleh katakan kurang satu perempuan... Always pergi ke club dan angkut anak dara orang sampai ke atas katil.. hanya disebabkan satu wanita yg pernah memiliki cintanya tetapi...dia dicurangi... bahkan sebelum berkahwin! Jadi disebabkan itu dia frust dan dan buat kerja gila tu sehingga P.Anya sendiri setkan dia satu apps iaitu Sugardaddy& sugarbaby ...dan ada yg menarik perhatiannya...iaitu gadis kecil yg bernama d'dayyana A'alessandra... Dan disaat itu jugalah,dia settle down... [Tengku Haidar] 29 years old.... ¥ you took my attention, darling... {D'dayyana A'alessandra} °am i, daddy? [Tengku Haidar] 29 years old... ¥yes, darling...come..let me hug you tightly.. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ WARNING!! ini hanyalah karya semata mata saja..tk ada copying another stories..just my created! Yang sudi baca,thank you very much 😍🫶🏻 yg tk suka it's okay!
Of Ruins and Roses by KaelAuren_
KaelAuren_
  • WpView
    Reads 110,839
  • WpVote
    Votes 5,600
  • WpPart
    Parts 125
Rayyan Harith tidak pernah lupa malam itu. Seorang pakar bedah muda. Dia menyaksikan sendiri tiga nyawa ditarik dalam satu kemalangan tragik-termasuk adik kandungnya sendiri. Namun yang paling menghantui hidupnya ialah, sepasang suami isteri yang gagal diselamatkannya... hingga meninggalkan seorang gadis yatim piatu. Gadis itu, kini bergelar wanita berdikari bernama Aira Humaira. Pemilik kafe comel bernama Pawse & Sip, tempat di mana manusia melepaskan lelah sambil membelai kucing sebagai penyembuh luka jiwa. Tuah, satu-satunya saksi bisu yang menjadi penguat Aira selama ini. Tanpa saling mengenali, Rayyan dan Aira ditemukan semula oleh takdir. Namun, rahsia masa lalu terus menghantui. Aira tidak tahu lelaki itu ialah doktor yang cuba sedaya upaya menyelamatkan ayahnya pada malam kejadian. Rayyan pula hidup dalam dilema-antara menyembunyikan identiti atau jujur dan kehilangan wanita yang perlahan-lahan dia cintai. Tatkala luka lama mula berdarah kembali, dugaan bertimpa. Hasutan, fitnah, keluarga yang menolak, kehilangan, perpisahan... hingga Aira dan Rayyan diuji antara percaya dan kecewa, antara menanti dan melepaskan. Akan adakah bahagia buat dua jiwa yang luka? Atau takdir sekali lagi memilih untuk memisahkan mereka? "𝙼𝚊𝚗𝚊 𝚔𝚊𝚞, 𝚜𝚊𝚢𝚊𝚗𝚐? 𝙹𝚊𝚗𝚐𝚊𝚗 𝚝𝚒𝚗𝚐𝚐𝚊𝚕𝚔𝚊𝚗 𝚊𝚔𝚞." - Rayyan Harith. "𝙰𝚒𝚛𝚊 𝚝𝚊𝚔 𝚋𝚘𝚕𝚎𝚑. 𝙰𝚒𝚛𝚊 𝚝𝚊𝚔 𝚜𝚊𝚗𝚐𝚐𝚞𝚙. 𝙰𝚒𝚛𝚊 𝚖𝚒𝚗𝚝𝚊 𝚖𝚊𝚊𝚏." - Aira Humaira.
Untuk Dia Selamanya by elndradefiorella
elndradefiorella
  • WpView
    Reads 867
  • WpVote
    Votes 54
  • WpPart
    Parts 48
Tara Ezmilda. Seorang gadis yang hidupnya cuma sederhana. Sejak ibu tiada, dia sudah terbiasa menurut dan berdiri sendiri. Cinta tidak pernah menjadi keutamaan. Namun, semuanya berubah apabila seorang lelaki berhati mulia hadir dalam hidupnya. Dialah, Kasyal Zafildan. Seorang pemuda yang baru sahaja dilukai. Tetapi, setiap kali Tara memerlukan seseorang, dia ada. Dia tahu gadis itu menyembunyikan sesuatu, bukan hanya sekadar rahsia tetapi luka yang mendalam. Nekad, dia mahu menjadikan gadis itu sebagai isterinya, melindungi dan membahagiakannya. "Saya rasa saya selalu bawa masalah pada awak. Saya takut awak menyesal sebab terima saya sebagai isteri awak." - Tara Ezmilda "Kalau aku boleh putar masa dan kalau aku boleh pilih semula siapa yang aku nak sebagai isteri aku, aku tetap akan pilih kau. Dan selamanya aku akan pilih kau, sayang." - Kasyal Zafildan Bersama Kasyal, dunia Tara terasa lebih cerah. Ada tawa tanpa dipinta, ada lirikan mata yang berbicara tanpa suara. Dan kerana itulah, dia mula sedar bahawa hatinya yang dahulunya tertutup rapat, kini telahpun terbuka. Tetapi dunia mereka bukan hanya tentang cinta berdua. Ada luka lama yang belum sembuh dan ada manusia di sekeliling yang tidak pernah berhenti menyakiti. Sejak kecil, Tara dibesarkan dalam bayang-bayang ibu tiri yang melihatnya bukan sebagai keluarga, tetapi sebagai beban. Meskipun begitu, bagi Kasyal, kasih sayangnya bukan hanya untuk menampung kekurangan Tara tetapi untuk menyembuhkan hati gadis itu yang telah lama dibiarkan sakit. Dia tidak sekadar ingin menjadi seorang suami tetapi menjadi pelindung dan tempat pulang yang isterinya tidak pernah ada. Namun, mampukah cinta yang lahir daripada luka bertahan? Dan mampukah Kasyal terus mempertahankan Tara saat semuanya cuba menjatuhkan? "Untuk dia, tentang dia, yang namanya tidak akan pernah pudar."
My Husband: Rider of The Last Shadow (OG) by Mimiwaniey
Mimiwaniey
  • WpView
    Reads 7,831
  • WpVote
    Votes 535
  • WpPart
    Parts 13
Muhammad Haqq Ruzain, seorang juruterbang jet pejuang yang tidak pernah tertarik untuk mengenali mana-mana wanita di dalam hidupnya. Namun siapa sangka, pertemuan demi pertemuan telah mengubah segalanya. Dia mula membuka ruang hatinya untuk mengenali gadis yang bernama Nura Elnara. Nura Elnara, pelajar dalam bidang perubatan yang aktif melibatkan diri dalam aktiviti sukarelawan. Dia menyimpan satu impian besar untuk menebus kembali segala luka dan rasa kecewa yang diberikan oleh abang kandung sendiri terhadap ibu bapanya. Dia berusaha menjadi anak yang mampu menjadi tunjang buat keluarganya. Pertemuan Haqq dan Nara di LIMA'23 membawa hubungan mereka lebih akrab meskipun mereka sering bertikam-lidah seperti anjing dan kucing. Haqq yang tidak mahu mensia-siakan perasaannya, membuat keputusan berani melamar Nara secara tiba-tiba. "Jom kahwin dengan aku, nak?" -Haqq "Awak ajak kahwin macam ajak main pondok-pondok kan?" -Nara "Nara, aku tak main-main. Nak kahwin dengan aku tak?" -Haqq "Maaf, tapi saya tak nak." -Nara Lamarannya ditolak. Namun perasaan Haqq tidak pernah mati. Dia yakin, Nara adalah jodohnya dan dia memilih untuk terus menunggu. "Kalau kita berjumpa semula, kau kena terima lamaran aku. Itu dare untuk kau, boleh?" -Haqq "Baik, saya setuju," -Nara Nara yakin mereka tidak akan bertemu lagi. Tapi takdir berpihak pada Haqq. Mereka dipertemukan semula. Saat Nara bergelut menyelamatkan keluarganya, Haqq muncul membawa perlindungan, membawa cinta dan membawa janji lama. Sejauh mana seorang wanita sanggup berkorban demi keselamatan keluarga dan cinta sejatinya? Dan sejauh mana seorang Haqq Ruzain sanggup berjuang untuk melindungi wanita yang pernah menolak lamarannya dulu? "You know, Nara... whenever I open my heart, you're the only one I let in. And when I close it... you're still the one I hope never leaves." -Haqq Ruzain- Start: 1 july 2025 End:
HIS BABYBOO | ©️ by luvstvrsya
luvstvrsya
  • WpView
    Reads 163,287
  • WpVote
    Votes 6,125
  • WpPart
    Parts 68
𝓕𝓲𝓻𝓼𝓽 𝓼𝓽𝓸𝓻𝔂 𝓫𝔂 𝓵𝓾𝓿𝓼𝓽𝓿𝓻𝓼𝔂𝓪'𝓼 ₊˚⊹ᰔ 𝐈𝐙𝐙𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐍𝐈𝐀𝐋 | 𝐀𝐈𝐑𝐈𝐒 𝐌𝐀𝐑𝐒𝐇𝐀 𝗧𝗘𝗡𝗚𝗞𝗨 𝗜𝗭𝗭𝗔𝗧 𝗗𝗔𝗡𝗜𝗔𝗟 • Seorang lelaki berusia 28 tahun yang memiliki darah campuran Malaysia + Russia. Dikenali sebagai seorang ketua mafia yang paling berpengaruh, namanya cukup digeruni di dunia. Sifatnya yang dingin, baran, dan kejam membuatkan ramai orang takut dengannya. Bagi Tengku Izzat, dunia ini hanya ada dua jenis manusia, yang berkuasa dan yang menjadi mangsa. 𝗡𝗨𝗥𝗨𝗟 𝗔𝗜𝗥𝗜𝗦 𝗠𝗔𝗥𝗦𝗛𝗔 • Gadis berusia 20 tahun, berdarah campuran Malaysia + Jerman. Airis adalah seorang yang ceria, polos, dan sangat manja dengan orang yang dia sayang. Sikapnya yang gila-gila, suka tersenyum, dan periang sering membuatkan orang di sekelilingnya tertawa. Note : ada beberapa chapter yang tatabahasanya tidak berapa sempurna dan saya malas nak edit, dari chapter 1 sampai chapter 26 dan chapter selebihnya adalah sempurna. Start : 1/1/2024 End : 30/8/2025
Teman Istimewa by nazblqs
nazblqs
  • WpView
    Reads 19,206
  • WpVote
    Votes 2,453
  • WpPart
    Parts 31
𝓢𝔂𝓪𝓱𝓲𝓭𝓪𝓷 𝓘𝓯𝓯𝓪𝓽 | 𝓐𝓲𝓷𝓲𝓵 𝓘𝓷𝓽𝓲𝓼𝓪𝓻 Perbalahan yang tercetus antara dia dan si kakak sulung, mendorong Intisar untuk membawa diri dari rumah yang tak lagi nyaman untuk dirinya. "Bebaskan Is." - Ainil Intisar Kali ini Intisar nekad ingin meninggalkan rumah tersebut untuk dia hidup berpaksikan kaki sendiri. Tetapi Intisar hanyalah seorang pelajar universiti yang masih terkontang-kanting dalam cubaan hendak berdikari. Dan keadaan yang mendesak itu telah membuatkan dia ambil keputusan mudah untuk menyewa rumah dengan sesiapa sahaja. Termasuklah... seorang lelaki. Yakni jejaka yang dibenci Intisar. "Kau, kalau dah terdesak sangat nak cari rumah sewa, boleh tak tolong fikir yang kau tu perempuan?!" - Syahidan Iffat Iffat sehabis boleh membangkang niat Intisar yang hendak menjadi teman serumahnya. Gadis yang dia berharap daripada dahulu, tidak akan muncul lagi di hadapan mata. Walau apa pun nawaitu yang telah dipasang, tidak semestinya yang sudah dinormalisasi menjadi tiket untuk mereka menghalalkan perkara yang haram. Apabila kedua-duanya tidak ingin mengalah, hanya ada satu jalan sahaja yang Iffat nampak untuk mereka keluar dari kemelut ini.
Alma's King (C) by hani_j29
hani_j29
  • WpView
    Reads 58,694
  • WpVote
    Votes 2,454
  • WpPart
    Parts 49
Buku ini adalah kesalahan saya sendiri. "People fall in love in a mysterious way" Raja Faiq Aysar seorang lelaki yang dikenali ramai kerana wajahnya yang tampan, bakatnya bermain bola keranjang dan... seorang playboy. Ya, dia buaya darat yang terkenal di Royal Highschool. Tapi satu hari, hanya disebabkan satu senyuman, dia jadi buaya yang setia. Ya ke? Tengku Alma Dhahikah. Gadis yang lembut, happy go lucky dan riang membuat ramai orang senang dengan dia. Jadi murid baru di sekolah yang berprestij itu bukan mudah. Dengan hati separuh terbuka, dia terima juga sekolah itu. "I fall for your sparkling eyes when you smile" *cerita ni mungkin akan jadi cerita paling cringe and cliche *jangan expect tinggi sangat *penulisan masih penuh cacat cela *JANGAN PLAGIAT saya susah payah perah idea Start: 29/8/2023 End: 27/8/2024
MY DARLING DARLINA by flwershaee
flwershaee
  • WpView
    Reads 389,799
  • WpVote
    Votes 5,546
  • WpPart
    Parts 11
Kehilangan penglihatan membuatkan dunia Hendriyan tenggelam dalam sunyi yang menyesakkan. Setiap hari terasa seperti berjalan tanpa arah, tanpa harapan. Senyuman yang dulunya mudah terukir kini hilang bersama cahaya hidupnya. Hinggalah hadir Darlina, gadis yang tidak pernah jemu meminjamkan sinarnya. Suaranya menjadi penawar, sentuhannya menjadi tenang dan keikhlasannya menjadi mata untuk Hendriyan melihat dunia dengan cara yang baharu. Dia menerima lelaki itu tanpa ragu meskipun Hendriyan sendiri tidak mengerti apa yang Darlina nampak dalam dirinya. "Izinkan saya jaga awak sampai bila-bila boleh?" - DARLINA "Aku ni buta. Apa yang kau nampak pada aku ni yang kau nak sangat kahwin dengan aku, Darlina?" - HENDRIYAN "Saya nampak masa depan saya." - DARLINA Namun tanpa mereka sedari, ada satu rahsia besar yang tersembunyi di sebalik pertemuan itu. Seseorang sedang memerhati dari jauh, orang yang merancang kemalangan yang merampas penglihatan Hendriyan. Fitnah yang dilontarkan oleh pihak ketiga membuatkan Hendriyan marah dan menghalau Darlina dari hidupnya. "Aku tak tahu anak siapa yang kau kandungkan sekarang ni." - HENDRIYAN "Abang! Abang sedar tak apa yang abang cakapkan ni? Lina tak mengandung pun!" - DARLINA Sebaik sahaja penglihatannya kembali pulih, Hendriyan nekad mencari Darlina, meskipun dia tidak tahu rupa paras isterinya. Apa yang menanti mereka? Adakah cinta mereka akan bersatu semula atau rahsia dan muslihat yang tersembunyi akan memisahkan mereka selamanya? "Bau perfume awak sama macam isteri saya." - HENDRIYAN "Apa awak ingat perfume tu dibuat khas untuk bini awak sorang je ke?" - DARLINA *No plagiat allowed!!! © flwershaee, 2024