yg blm baca
16 stories
Dunia Kita Berbeza (C)  by Jnnahtul
Jnnahtul
  • WpView
    Reads 8,752
  • WpVote
    Votes 1,122
  • WpPart
    Parts 82
Aisyyah seorang gadis biasa yang sangat suka membaca novel. Dia sering berangan-angan untuk masuk ke dalam dunia cerita yang dibacanya, membayangkan dirinya sebagai heroin yang kuat dan berani. Suatu hari, secara tiba-tiba Aisyyah terperangkap dalam dunia novel kegemarannya, sebuah dunia gelap dan penuh misteri. Di sana dia bertemu Fakrul Nazim, seorang mafia Malaysia-Italian yang dingin, kejam, tapi mempunyai sisi yang misterius dan kompleks. Walaupun dunia mereka berbeza jauh, Aisyyah dan Fakrul terikat oleh takdir dan konflik yang memaksa mereka bekerjasama dan saling melindungi. Cerita ini mengisahkan perjuangan Aisyyah menyesuaikan diri antara dua dunia, mencari jawapan, dan menemui cinta sejati dalam keadaan yang sukar. don't copy saya punya cerita!!
Si Gila dan Si Tergila-gila by babybreath05
babybreath05
  • WpView
    Reads 5,323
  • WpVote
    Votes 282
  • WpPart
    Parts 9
Aurish X Qael Entah bosan
Hud Hudzaifah [OG] by maleekaa
maleekaa
  • WpView
    Reads 1,647
  • WpVote
    Votes 138
  • WpPart
    Parts 6
Sipnosis: Pernah dengar tentang cinta pandang pertama? Itulah yang dirasakan Adella Catalina tatkala pertama kali berjumpa lelaki pujaannya, Leftenan Hud Hudzaifah. Hanya mendengar namanya saja, Adella sudah rasa berdebar tidak keruan. Setiap hari, setiap jam, gadis itu tak putus-putus mahu menarik perhatian lelaki itu. "Hud, awak rasa tak bumi ni bergoncang? Sebab hati saya rasa bergoncang bila ada dekat dengan awak!"-ADELLA CATALINA "Kau bukan hati bergoncang. Kau tu otak yang bergoncang. Bukan setakat bergoncang, dah jadi gempa bumi kut dalam otak kau. Itu yang tak betul."-HUD HUDZAIFAH Bermacam cara dicuba Adella untuk memikat hati Hud. Tapi gadis itu tak kenal istilah putus asa. Kalau dia mahu, dia tetap akan cuba. "Hud, saya ada buat nasi goreng untuk awak."-ADELLA CATALINA "Puih! Kau letak secubit garam ke kau letak satu bekas terus? Masin sangat ni, boleh kena darah tinggi aku."-HUD HUDZAIFAH Bahagia mereka terasa manis, namun tidak lama. Datang pula ujian yang melanda, menguji kesetiaan dan kepercayaan. Kadang manusia tak lari dari sifat dengki, dan pengkhianatan boleh muncul dari arah yang tidak disangka. "Aku tak tahu kau boleh jadi racun untuk aku. Kenapa kau buat aku macam ni?"-ADELLA CATALINA "Aku minta maaf."-? Tanpa diduga, keputusan yang dibuat oleh si 'dia' bakal menggoncang hidup Adella. Apakah keputusan itu? Mengapa 'dia' sanggup meruntuhkan kebahagiaan yang baru mula dirasa? ⚠️ Maafkan saya kalau tatabahasa semua tu teruk. Saya baru sahaja berjinak-jinak dalam dunia penulisan. Minta maaf juga kalau cerita ini agak membosankan. Terima kasih kalau korang sudi singgah cerita yg cringe ni. Apa-apapun, happy reading 💞
Love With Translation [OG] by Syarlatte_
Syarlatte_
  • WpView
    Reads 4,455
  • WpVote
    Votes 428
  • WpPart
    Parts 10
Start : 15/11/2025 Tajuk : Love with Translation Penulis : Syarlatte_ Bahasa Dialog : Itali , English , Melayu Tiktok : 𝔰𝔶𝔞𝔯𝔩𝔞𝔱𝔱𝔢 /syarlatte Watak utama : Male : Lorenzo Alessandro Romano (25, Ceo of Lumineo Company) Fmale : Dhia Irdina (24, Fisioterapi ) . . . . . . ⚠️ Cerita ini hanyalah rekaan Syarlatte semata mata, tiada kaitan antara hidup dan mati.
𝐓𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚 𝐊𝐚𝐬𝐢𝐡, 𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 {𝐂𝐄𝐑𝐏𝐄𝐍} by asunnaraa
asunnaraa
  • WpView
    Reads 126,726
  • WpVote
    Votes 9,039
  • WpPart
    Parts 22
"𝘾𝙞𝙣𝙩𝙖 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙨𝙚𝙟𝙖𝙩𝙞 𝙖𝙙𝙖𝙡𝙖𝙝 𝙘𝙞𝙣𝙩𝙖 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙨𝙖𝙡𝙞𝙣𝙜 𝙢𝙚𝙡𝙚𝙣𝙜𝙠𝙖𝙥𝙞." - 𝒷𝓎 𝒜𝓈𝓊𝓃𝓃𝒶𝓇𝒶𝒶 Tuan Nuh Fateh | Raisha Tuan Nuh Fateh bin Tuan Faris. Lelaki yang dingin? Salah. Lelaki yang sombong? Salah. Lelaki yang berlagak? Pun salah. Dia seorang yang pemurah dengan senyuman, tak lokek dalam membantu sesiapa saja dan 'kesempurnaan' sikapnya itu menjadi faktor kemusnahan rumah tangganya. Kini, dia bergelar duda yang sangat hangat di pasaran. Raisha binti Azman. Bekas isteri kepada salah seorang jutawan muda, Tuan Nuh Fateh. Hanya disebabkan perasaan cemburu butanya yang sukar dikawal, dia mengambil keputusan untuk berpisah dengan lelaki itu. Meskipun sukar lebih-lebih lagi dengan keadaannya yang menjadi ibu tunggal kepada puteri mereka. Dunianya menjadi tunggang terbalik apabila dia bekerja di syarikat bekas suaminya dan menjadi pembantu peribadi kepada Tuan Nuh Fateh. Lari ceruk mana pun mereka tetap bertemu. "Somehow I rasa sangsi, you memang cinta mati dengan I ke sampai you minta kerja dekat sini?" -Fateh. Hari demi hari, bulan berganti bulan, pasangan yang telah berpisah itu tidak dapat menafikan bahawa mereka saling memerlukan. "Maaf, Fateh. Sekarang I sedar..."
LUTH MAHFUZ : JALAN TAUBAT ✓[C] by samperitmilo
samperitmilo
  • WpView
    Reads 140,382
  • WpVote
    Votes 17,325
  • WpPart
    Parts 45
BOOK #4 of 𝕳𝖎𝖏𝖗𝖆𝖍 𝕰𝖉𝖎𝖙𝖎𝖔𝖓 Bismillah LUTH. Seorang lelaki yang diibaratkan budak jalanan sejak kecil. Membesar di setiap lorong bagi mencari sesuap nasi. Tiada kasih sayang ibu bapa. Larinya dari rumah anak yatim kerana satu trajedi. MAHFUZ. Ringkasnya seorang anak ustaz. Pelajar Usuluddin yang baru pulang dari Mesir. Sempurna, hanya dia terlalu naif untuk mendapatkan hati seorang perempuan. Biarkan jasad tertukar. Biar mereka belajar erti bersyukur walau di mana pun asal kejadian. "Buta? Abang bukan anak ustaz. Orang lain yang ustaz, lahir-lahir dah dengar ayat Al-Quran. Lahir-lahir dah diajar macam-macam. Abang? Terbiar macam ni, macam sampah dari kecil. Abang takkan pernah percaya yang hidup ni adil." - Luth "Dia tak sama taraf dengan Mahfuz. Saya anak ustaz, arif dalam usuluddin dan terdidik. Dia pula cuma seorang gadis yang kerja di stesen pam minyak dan baru nak berjinak-jinak dengan ilmu fardhu ain ni." - Mahfuz "Kenapa abang nak sibuk sangat dengan urusan Mawar? Abang bukan siapa-siapa tau pada Mawar. Kita cuma kenalan di rumah anak yatim. Tu je!" - Mawar "Ya. Saya nak kahwin dengan awak." -Balqis Luth adalah Mahfuz. dan Mahfuz adalah Luth. Pinjamkan seketika kehidupan yang berbeza. Segalanya telah tertulis di Luh Mahfuz. *** support my new story i ll try to reply each comments from you! start : 17 sept 2020 end : 13 oct 2020
Suamiku, Sang Saka Biru? by nunanuna20
nunanuna20
  • WpView
    Reads 457,371
  • WpVote
    Votes 18,765
  • WpPart
    Parts 35
Perkahwinan yang dijodohkan oleh Nek Mah dipersetujui oleh Faeeq Zayyan. Namun kerjaya sang suami yang dirahsiakan, mampukah diterima baik oleh Raissa Zulfa selepas kebenaran terbongkar? NOTA: Jalan cerita agak pendek, mungkin cliche / cringe & mungkin tak logik bagi sesetengah pembaca. Boleh skip sekiranya tidak menepati citarasa anda. Terima kasih ;) Just another random short story that came across my mind.. Feel free to vote & comment for me to improve my writing.. Thank you ❤️ Start : 5/3/21 End : 5/8/21 [COMPLETE] [Segala nama, karakter dan situasi adalah rekaan semata-mata & tiada kena mengena dengan yang hidup / mati. DILARANG MENCIPLAK HASIL KARYA SAYA]
Di Lautan Biru [C] by EiSeoya
EiSeoya
  • WpView
    Reads 526,912
  • WpVote
    Votes 21,689
  • WpPart
    Parts 51
Kata orang, perempuan masuk bidang ketenteraan adalah manusia paling gila dan berani mati. Dianggap bersifat lemah dan semestinya tingkah laku feminin haruslah dijaga. Kelayakan badan beruniform hanya berpihak pada insan bergelar lelaki. Benarkah kenyataan ini? Tentunya tidak. Eleanore. Gadis yang mempunyai keinginan untuk menjadi salah satu anggota TLDM di Lumut, Perak. Mengikuti jejak langkah abangnya dalam TUDM. Beza cabang, sama peranannya. "I'm Eleanore Dhia Binti Elias. Call me Eleanore. I'm ready to serve you all," - Eleanore Dhia Taqiyyah. Tidak dinafikan bukan dia seorang sahaja anggota perempuan yang melibatkan diri dalam TLDM. Ada juga di unit lain. Pemilihan kepakaran dalam juruplot taktikal peperangan telah menyatukan Eleanore bersama tiga puteri yang lain. Mereka ibarat bunga yang mekar dikelilingi padang rumput yang luas. Pada satu saat, Eleanore terlihat jejaka yang sangat dikenalinya menjadi jurulatih untuk kumpulannya. Terasa seperti dirancang baik pertemuan mereka oleh Allah. "Kenapa kau terdetik hati nak masuk TLDM? Jarang jumpa spesis macam kau masuk kepakaran sini," - Al-Fajar Qarizh. "Aku nak buktikan yang perempuan layak untuk menjadi salah satu pejuang negara dan boleh jadi setaraf dengan pejuang lelaki yang lain," - Eleanore Dhia. Impressive. Satu aura pejuang yang kuat dalam diri Eleanore membuatkan Fajar tertarik untuk mengenalinya lebih mendalam. Semakin lama mereka bersama, semakin banyak ujian yang menimpa Eleanore hinggakan banyak rahsia yang terbongkar terutamanya Fajar. "Aku milik kau. Kau milik aku. Dan kita berdua milik negara. Andai salah seorang daripada kita mati syahid satu hari nanti, teruskanlah perjuangan kita dan jangan sesekali berundur untuk mengalah terlalu awal," - Al-Fajar Qarizh [Start: 1 May 2024 End: 28 Sept 2024 ] [100% karya asli] [1st Version]
BIDADARI TUAN ELQAR |PBKL25 by thenssya
thenssya
  • WpView
    Reads 725,221
  • WpVote
    Votes 16,298
  • WpPart
    Parts 27
Tuan Elqar Zuhayr usahawan muda yang tampan dan berjaya , kemewahan selama ini dia rasai membuatkannya terleka dalam arus dunia . Takdir kehidupan bertindak diluar jangkaan apabila Tuan Elqar mengalami kecederaan parah dalam nahas kemalangan jalan raya , kereta yang dipandu dalam keadaan mabuk tersasar menghentam ke bahu jalan . Kini , Tuan Elqar disahkan lumpuh separuh badan . Hidupnya terasa hancur seketika Puan Sri Nor yang khuatir anaknya bakal jangkau usia 30-an tapi masih belum beristeri tambahan keadaan anaknya yang lumpuh , membuatkannya nekad mencari seorang isteri dari untuk Elqar . Berapa jumlah wang yang diinginkan pasti diberikan dengan syarat gadis itu mampu merawat dan menerima keadaan anaknya . Eisya gadis miskin yang terdesak bagi mendapatkan wang untuk pembedahan jantung sang adik sanggup berkorban apa sahaja , namun sangkaannya meleset apabila Tuan Elqar enggan menerima dirinya . Hanya diatas kertas dia bergelar isteri kepada Tuan Elqar tapi kenyataannya dia bagai hamba abdi kepada lelaki itu . " Eisya ! Eisya ! Kau pekak ke ? Aku panggil kau ! Aku nak air ! Hidup kalau menumpang harta orang pandailah jaga diri ! Ni selekeh perempuan kampung ! Tak pandai jaga suami ! " Eisya hanya diam diri tahan sebak dimarahi suami sendiri . " Ba - ik tuan ... " Berlangsung 5 bulan pernikahan rasa cinta dihati Eisya bercambah untuk Tuan Elqar , namun lelaki itu seolah mati rasa dan enggan menerimanya .
H | Izack Aqief: His Obsession by akakcheetah
akakcheetah
  • WpView
    Reads 79
  • WpVote
    Votes 21
  • WpPart
    Parts 1
Zarith Alunna Ezzara atau dikenali sebagai Luna seorang pelajar perempuan yang suka membazir duit dengan hal yang tidak penting. Dia selalu boros. Dia menghabiskan duit hanya semata-mata untuk membeli pakaian, beg dan barang hiasan. Dia anak kepada Puan Liyana Maisarah dan Tuan Megat Imran yang merupakan pemilik dari MAIIM Holding dan antara orang kaya. Luna anak bongsu dan merupakan satu-satunya anak perempuan dari tiga beradik. Abang pertamanya ialah Farizz Zafran manakala abang keduanya Aiman Zafriel. Dia juga mempunyai dua orang kawan baik iaitu Harith Zaqwan dan Mikha Iskandar. Kedua-duanya lelaki. Dia juga mempunyai seorang kawan perempuan, iaitu Adriana Zarinaa. Tetapi hubungan mereka tidak begitu rapat. Dia menjalani kehidupan kolej seharian seperti biasa sehingga satu hari ia dijodohkan dengan seorang lelaki yang dikenalinya kerana lelaki itu merupakan anak kepada pemilik ARIQIE Holding. Tujuan perjodohan ini adalah sebagai tanda perkerjasamaan antara MAIIM Holding dan ARIQIE Holding. Jujur Luna tiada perasaan kepada lelaki itu sehinggalah suatu tragedi yang membuatkan dia jatuh hati kepada lelaki tersebut. Apakah yang akan terjadi selepas itu?