<3
6 story
LOVE : THE DEVIL'S SWEETHEART на easyizzy
easyizzy
  • WpView
    Прочтений 5,236,952
  • WpVote
    Голосов 272,416
  • WpPart
    Частей 71
[ 2021 ] LOVE : THE DEVIL'S SWEETHEART. Bijak! Kaya! Dingin! Itulah antara kata sifat yang sesuai diberikan kepada NASH ADRIAN.Keberhasilan jejaka itu mendirikan syarikatnya sendiri membuatkan dirinya lebih terkenal dan dihormati ramai.Tidak kira tua atau muda, semua perkataan lelaki tersebut pasti akan dituruti tanpa sebarang bantahan. Namun, disebalik bersinarnya lelaki itu dimata dunia, masih ada sisi lain yang disembunyikan.Tiada siapa yang tahu selain kawan rapatnya.Bahkan, keluarganya sendiri tidak tahu sisi tersebut! Dia kejam. Dia psiko. Dia gila. Apabila dirinya sudah bertukar ke sisi gelap itu, maka tiada siapa yang dapat menghentikannya.Segala kekejaman dan kesakitan yang diberikan olehnya bukanlah sesuatu yang boleh diambil remeh. Silap sedikit, lenyap! "Awak, jangan marah - marah lagi tau?" Bertemu dengan ARIN MIKAELA, umpama jejaka bermata hitam gelap itu telah menjumpai painkillers nya.Melihat saja wajah polos gadis itu, dirinya yang tidak terkawal dapat kembali normal.Dan.. Hanya Arin Mikaela saja yang dapat mengawal dirinya. *** [Action × romance] [Nashadrian × Arinmikaela] Start : 8 Sept 2021 Status : completed
Leo's Sweetest Poison [TERBIT]  на nicawalif
nicawalif
  • WpView
    Прочтений 722,077
  • WpVote
    Голосов 6,540
  • WpPart
    Частей 13
Tengku Daniel Rayden, seorang ahli perniagaan yang hebat menempa nama di persada antarabangsa. Perwatakannya yang dingin mampu menggerunkan sesiapa sahaja yang melihat, apatah lagi orang yang mengenalinya sebagai "Leo". Medina Nisa Lyora, seorang gadis jelita yang berperwatakan lembut dan ayu. Senyumannya yang manis mampu mencairkan hati orang sekelilingnya. Sifatnya yang periang, juga mampu menghilangkan gusar pada hati sesiapa sahaja yang mengenalinya. Siapa sangka, di sebalik wajahnya yang ayu dan manis itu, menyimpan seribu satu rahsia yang hanya dia saja ketahui? Dendam yang dibawa perlu dilunaskan. Start : March 17,2024. End : January 5, 2025. ✨
Dr. Adam Ukasyah на violetheree
violetheree
  • WpView
    Прочтений 7,360,187
  • WpVote
    Голосов 329,507
  • WpPart
    Частей 59
Nakal, gedik, sexual harassment dan banyak lagi gelaran yang diberikan oleh Irish Arissya kepada Dr. Adam Ukasyah, merangkap pensyarah mudanya. Hubungan Irish dan Dr. Adam boleh diibaratkan seperti kucing dan anjing. Tak pernah nak sebulu. Lebih-lebih lagi apabila Irish mempunyai masa silam menyebabkan dia membenci lelaki. Namun begitu, semakin Irish ingin menjauhkan dirinya dari Dr. Adam, semakin Dr. Adam ingin mendekatkan dirinya kepada Irish. "Dr., ini serius." - Irish Arissya "Saya tak cakap pun yang kita tengah buat lawak sekarang ni." Dr. Adam Ukasyah Hari demi hari, hubungan mereka semakin akrab. Tidak seperti hubungan seorang pensyarah dan pelajarnya. Apatah lagi selepas Irish terpaksa menjadi kekasih jadian kepada Dr. Adam. Hubungan mereka seperti selangkah ke hadapan. "So, are you done eye-raping me?" - Irish Arissya. "Yes. Thank you for the service." - Dr. Adam Ukasyah Namun begitu, apakah kesudahan bagi kisah mereka berdua? Adakah hubungan mereka akan berakhir sebagai status pelajar dan pensyarah? Atau sebaliknya? Teruskan membaca. Insyaallah tak akan menyesal. Start : Jan 15 2020 End : June 14 2020 Status : completed
PEMILIK HATI ENCIK DUDA [COMPLETED] на sopyzm
sopyzm
  • WpView
    Прочтений 4,034,468
  • WpVote
    Голосов 155,252
  • WpPart
    Частей 79
#1 ENCIK'S SERIES 𝐓𝐇𝐀𝐐𝐈𝐅 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐑 𝐗 𝐊𝐀𝐔𝐒𝐀𝐑 𝐔𝐌𝐀𝐈𝐘𝐀𝐇 "Assalamualaikum, cinta." Thaqif Jabar - seorang duda yang kacak, bekerjaya dan memiliki seorang anak. Bekas isterinya langsung tidak mahu bertanggungjawab menjaga Jabir, anak tunggal mereka menyebabkan dia terpaksa mencari babysitter untuk anak mereka. Kausar Umaiyah - seorang gadis yang masih muda tetapi terpaksa korbankan usia mudanya untuk menjaga ibunya yang uzur. Satu peristiwa mempertemukan mereka berdua. Pada awalnya Thaqif sekeras-kerasnya membenci Kausar. Baginya gadis itu mahu mengambil kesempatan pada keluarganya. Kau ingat aku percaya kau?? Entah entah kau nak ambik kesempatan dekat family aku - Thaqif Even pakcik dah jumpa family saya, pakcik still tak percaya saya ke?? - Kausar Namun dia terpaksa mengambil Kausar sebagai babysitter anaknya sementara dia dapat mencari babysitter yang baharu. Cara layanan Kausar terhadap anaknya membuatkan hatinya mula tersentuh. Tanpa diduga, perasaan cinta muncul secara tiba tiba namun dia masih menafikan. Sehingga hatinya mula terdetik untuk meluahkan perasaannya pada gadis itu. Kau dan Jabir separuh nyawa aku. Jika salah seorang hilang, maka tak lengkap la kehidupan Thaqif Jabar - Thaqif Jabar Kemunculan bekas isterinya semula membuatkan fikirannya bercelaru. Bersama dengan bekas isterinya semula atau bersama yang baharu? Masih cintakah dia pada bekas isterinya? START - 22/2/2023 END - 29/4/2023
Until I Make You Mine ✓ на missymossie
missymossie
  • WpView
    Прочтений 1,276,754
  • WpVote
    Голосов 28,552
  • WpPart
    Частей 59
❛ 𝐈 𝐰𝐢𝐬𝐡 𝐲𝐨𝐮'𝐝 𝐥𝐨𝐯𝐞 𝐦𝐞 𝐥𝐢𝐤𝐞 𝐭𝐡𝐞 𝐰𝐚𝐲 𝐈 𝐥𝐨𝐯𝐞 𝐲𝐨𝐮 Beria? Ya, itulah Nayla Atheera. Jatuh cinta pada lelaki itu pada awalnya memberi kebahagiaan buat dirinya. Walau cintanya hanya sebelah pihak, itu tidak mematahkan semangatnya untuk terus mendekati lelaki itu. "Saya akan pegang janji saya untuk terus cintakan awak sampai akhir hayat saya" - Nayla Atheera Apabila si gadis sering mendekatinya, dirinya berasa rimas. Baginya cinta Nayla Atheera padanya hanyalah mainan cinta dan tidak membawa apa-apa makna baginya. "Boleh tak kau stop dengan dengan cinta bodoh kau tu?!" - Haraz Luthfan Setelah lama, yang dikecapi Nayla Atheera bukanlah cinta malah luka. Sedar akan dirinya tidak dihargai, dia memungkiri janjinya sendiri. Apakah kesudahan kisah Nayla Atheera dan Haraz Luthfan? Adakah kebahagiaan milik mereka? Warning ! •Typo error/cliche storyline •Don't read if you don't like it !
4.0 | WANITA MILIK TUAN ZARIEL [COMPLETED] на Yasmyns_Dahlia
Yasmyns_Dahlia
  • WpView
    Прочтений 932,399
  • WpVote
    Голосов 43,284
  • WpPart
    Частей 60
*Previously known as HIS POSSESSION* Hidup berdua bersama mak di kampung, cukup membahagiakan Seroja. Adanya Irwan yang tak pernah jemu mengusik, melengkapkan lagi hari-harinya. Namun, takdir hidup tidak selalunya indah. Ujian yang datang bertimpa-timpa membuatkan Seroja tidak mampu bangkit sendiri. "Seroja tak tahu apa yang patut Seroja buat sekarang, Abang Wan." - Seroja Irwan, satu-satunya tempat untuk Seroja mengadu nasib. Lelaki itu tak pernah jemu meminjamkan bahu dan telinganya kepada Seroja. "Seroja ambillah duit ni. Buat belanja kat sana nanti." - Irwan Keluar dari kampung dan berjauhan dari si emak, bukanlah satu pilihan yang Seroja mahukan. Akan tetapi, dia terdesak. Rentetan itu, Seroja cekalkan juga hati. "Maafkan Seroja ya, mak. Seroja tak ada niat nak tinggalkan mak tapi Seroja terpaksa. Abang Wan... tolong Seroja tengok-tengokkan mak ya?" - Seroja Di tempat baru, Seroja bertekad untuk bekerja keras. Dikerah tulang empat keratnya demi kelangsungan hidup. Namun, tatkala menerima perkhabaran bahawa si emak semakin tenat, Seroja jadi nanar. Terduduk memikirkan wang yang belum cukup dikumpul. Sehinggalah Zariel datang, menghulurkan tangan. "Aku boleh tolong kau... tapi ada syaratnya." - Zariel Bagi Zariel, kesempatan yang ada tak boleh dibiarkan pergi. Semakin meningkat umur, hidupnya semakin sunyi dan kosong. Apatah lagi melihat teman-temannya bahagia menjalani kehidupan bersama anak dan isteri. Lainnya Zariel, dia hanya mahukan anak untuk melengkapi hidupnya. "My offer is not free, Kirana. You have to give me something in return. Kita berdua dalam situasi yang sama. Cuma kau, perlukan duit. Dan aku... perlukan waris." - Zariel Memikirkan kesihatan mak yang kian melarat, pilihan apa lagi yang Seroja ada selain menerima? Dan Seroja terpaksa akur kalau itu syarat yang Zariel tetapkan. Demi kasihnya terhadap si emak, Seroja tiada jalan lain selain menerima tawaran Zariel itu. Start : 19/8/24 End : 4/5/25