Itsmechinta
- Reads 592,915
- Votes 4,023
- Parts 9
[ KARYA PERTAMA 💄]
Aayden Nadhif x Camelia Razqya
Mengisahkan tentang seorang anak kecil yang kehilangan ibu dan ayahnya ketika berusia 8 tahun akibat nahas kemalangan. Kehidupannya yang sebelumnya ceria dan periang berubah menjadi seorang yang pendiam.
Camelia Razqya hidup bersama nenek setelah kehilangan kedua orang tuanya. Dia menyangka nenek menyayangi dan akan menjaganya dengan baik. Tetapi tidak. Hidupnya tersiksa apabila dijadikan orang gaji oleh neneknya sendiri.
Dia kekal bertahan kerana perasaan sayang terhadap neneknya melebihi segalanya. Lagipula, dia tiada siapa-siapa selain Puan Khadijah. Dia kekal bertahan sehingga ...
"Mulai harini, kau keluar dari rumah ni! Aku dah tak nak jaga kau lagi, menyusahkan aku je." - Puan Khadijah
"Kenapa nenek buat Camelia macam ni nek, apa salah Camelia dekat nenek? Camelia pun sayang ibu dengan ayah. Camelia pun taknak diorang tinggalkan Camelia nek hikss..." - Camelia Razqya
Namun Camelia merasa sedikit lega apabila Auliya membawanya untuk tinggal bersama. Pertemuan kali pertama bertentang mata dengan Aayden Nadhif merubah segala-galanya. Walaupun Aayden seorang yang beku dan kasar, Camelia bersyukur kerana Aayden tidak pernah berkasar dengannya.
Sikap gelabah dan comel Camelia Razqya membuatkan Aayden angau sendirian. Dia yang tidak pernah jatuh cinta kepada mana-mana perempuan merasa sedikit terusik apabila melihat wajah cantik dan polos Camelia.
"Saya tak layak untuk tuan Aayden, saya pembantu rumah je." - Camelia Razqya
"Ada aku suruh kau jadi pembantu rumah ke? Aku suruh kau jadi suri rumah aku je, little pumpkin." - Aayden Nadhif
Bagaimanakah lelaki beku ini ingin menambat hati gadis polos? Mampukan Aayden mengembalikan senyuman manis di bibir Camelia seperti dahulu?
Mature content
Harsh words
Not a mafia story ‼️