Qstnaafrn
- Reads 224,373
- Votes 1,949
- Parts 11
SEQUEL FROM PERFECT TWO: NIRMALA KASIH HANAN
Dalam dunia yang memuja darah dan keturunan, kebenaran sering dijatuhi hukuman. Satu tuduhan mampu meruntuhkan maruah, dan satu keputusan mampu memadam seluruh masa depan.
Pada hari yang sepatutnya menyatukan cinta dan restu, langit hidupnya runtuh. Bukan kerana dosa, tetapi kerana asal usul yang tidak pernah dia pilih. Sejak itu, Aurora belajar bahawa hidup bukan tentang diterima, tetapi tentang bertahan walau diinjak tanpa belas.
"If you dare force me, l'II make sure even your dead body won't speak for your justice." - Aurora
lan Purnama hadir dengan ego yang menjengkelkan. Di sebalik selamba itu, dia menyimpan kesetiaan yang tidak banyak bicara dan disiplin yang hanya difahami mereka yang hidup dengan senjata dan arahan.
Daripada pertemuan yang dipenuhi perbalahan. Daripada konflik keluarga dan tradisi keturunan, mereka diseret ke medan yang lebih gelap. Setiap misi membawa pulang sama ada tubuh, atau khabar duka.
"Don't make me choose, sebab kau dan kerja dua-dua adalah tanggungjawab. Dan aku tak mampu khianati kedua-duanya." - lan Purnama
Misi semakin berbahaya. Dan satu figura gelap muncul membawa persoalan yang menggugat segalanya.
Apabila negara tidak lagi memberi keadilan, dia memilih untuk mencipta hukumnya sendiri.
"Selamat tinggal, Viking. Aku harap satu hari nanti... bila giliran kau semua datang, kau akan tahu rasa hilang yang tak ada dalam manual operasi." - Sarkar
Apa kehilangan yang mahu Sarkar wariskan, sehingga peperangan tidak lagi tentang musuh dan negara?
Dan apabila giliran mereka tiba, siapakah yang akan pergi selamanya, ditelan kegelapan tanpa jejak?
Bukankah cahaya paling bermakna lahir ketika segalanya gelap?
Ketika fajar bertemu bulan, Aurora dan Purnama menyalakan dunia yang hampir tenggelam.
"Dalam seribu medan, hanya pelukan langit yang bulan mahu kembali,"
START: 25/6/2025
END: 15/8/2025