Best wattpad ever!!!
42 stories
C| Healed: Thalea Reanne  by Greenlope
Greenlope
  • WpView
    Reads 1,123,260
  • WpVote
    Votes 29,837
  • WpPart
    Parts 51
[Complete] HEALED: THALEA REANNE by Greenlope "Dia dibuang tanpa amaran. Dikhianati oleh darah daging sendiri. Dan kini... dipaksa kahwin dengan lelaki yang dia tak pernah pilih." Thalea Reanne tak pernah sangka kekasih yang dia rancang nak nikahi selama ni sanggup berpaling-bukan dengan orang asing, tapi dengan sepupu kandungnya sendiri. Hati dia hancur. Harga diri dia diludah tanpa belas. Tapi itu cuma permulaan. Dalam satu insiden perangkap yang hina, dia 'tertangkap' bersama Carl-lelaki yang tak lain adalah tunang kepada adiknya sendiri. Demi nama baik keluarga, demi elak aib lebih besar, mereka dikahwinkan dalam keadaan terpaksa. Thalea benci dia. Carl pun tak sudi. Tapi dalam gaduh, dalam diam, dalam luka yang terbuka-Carl mula nampak sisi Thalea yang tak pernah ditunjukkan orang. Perempuan yang kuat, tapi selalu disalahkan. Yang nampak keras, tapi hati dia penuh parut. Dan satu demi satu... Benci itu hilang. Diganti dengan rasa yang lebih dalam, lebih jujur. Tapi masa silam tak pernah tidur. Rezza, lelaki psiko yang tak boleh terima kenyataan, masih memburu Thalea. Dan kali ini, dia sanggup buat apa saja... termasuk membunuh. "She lost everything... until he became her everything." "Carl didn't just love her. He healed her."
I LOVE YOU, MISS CUPCAKE [C] by singlelove_
singlelove_
  • WpView
    Reads 740,633
  • WpVote
    Votes 24,088
  • WpPart
    Parts 71
Raja Dylan Zayder 💓 Dahlia Zenia Raja Dylan Zayder nama diberi atau lebih dikenali sebagai Dylan. Seorang CEO terkenal dan juga datang dari keluarga yang boleh dikata bukan calang-calang. Selalu menjadi tumpuan ramai wanita. Tak kira umur. Wajah tampannya itu cukup menarik perhatian ramai. Kaya? Tak usah dikata. Kemewahannya yang dia miliki takkan pernah habis sehingga tujuh keturunan atau mungkin lebih. Dahlia Zenia cantik namanya secantik seperti tuan nama. Seorang gadis yang selalu menjadi rebutan ramai jejaka-jejaka di kampung. Anak pak cik Fahmi ini memang kegilaan ramai lelaki. Ramai yang mengorat. Tapi tiada seorang pun yang berkenan di hati Dahlia. Semua diendahkan. Mempunyai rupa paras yang cukup manis. Seorang wanita yang hidup dalam kesederhanaan walaupun Dahlia ni boleh dikatakan datang dari keluarga yang mempunyai kemewahan. Pertemuan kali pertama telah menimbulkan perasaan di hati masing-masing. Apa akan jadi bila Dylan dan Dahlia dipertemukan? Dan apa reaksi Dylan dan Dahlia apabila mengetahui yang keluarga mereka ingin dan berniat mahu menjodohkan mereka berdua? Terima atau tidak. Hanya dua jawapan ini saja penentu untuk mereka menuju kebahagiaan bersama. Start : 02/02/2024 End : 10/05/2024
Healer's Heart : Captain Yazzed Qayyum | C by fiqalynaaa
fiqalynaaa
  • WpView
    Reads 637,526
  • WpVote
    Votes 29,129
  • WpPart
    Parts 82
Bagi Darina Farissa, kerjaya dan keluarga adalah segala-galanya bagi dirinya, perasaannya pula diletakkan ke tepi. Sudah beberapa kali dia didesak oleh orang sekeliling, kata mereka dengan umur Darin semakin meningkat dewasa, tidak elok jika bersendirian lama-lama. Takut tidak laku sahaja nanti. Sehingga lah teman baiknya, Mawar si pakar 'matchmaker' terhandal mengatur temu janji untuknya. Darin melayankan saja walaupun dia memang tiada niat mencari cinta. Dia bertemu dengan Yazzed Qayyum. Kebetulan, Yazeed juga sedang didesak oleh maminya supaya cepat-cepat mencari jodoh. Temu janji pertama mereka, gagal. Darin melarikan diri walhal mereka masih tidak habis berbual. Yazzed hanya redha, mungkin bukan jodoh mereka. Kali kedua, mereka bertemu di kenduri kahwin kawan mereka. Namun Darin tidak mengecam Yazzed. Kenduri kahwin tersebut berakhir dengan insiden memalukan bagi Darin. Darin mula menyimpan dendam dengan Yazzed sejak daripada itu. Mereka bertemu untuk ke sekian kali di hospital tentera, Darin bertugas selama 3 bulan di hospital tentera di kem Yazzed. Bermula lah sesi kejar mengejar. Awalnya Darin jual mahal, lama-lama luluh juga hati apabila setiap kali dia dilanda masalah, Yazzed yang akan menjadi hero untuknya. Namun hati Darin ragu-ragu, dia masih terperangkap dengan masa lalu. Walaupun kehidupan Yazzed penuh dengan disiplin dan keberanian sebagai anggota pasukan khas, menghadapi hati Darin yang tertutup akibat kehilangan, bukanlah misi mudah. Dia tahu, untuk menawan hati Darin, dia perlu sabar dan memahami luka yang dibawa gadis itu. "Saya... tak pasti kalau saya boleh mencintai lagi, Yazzed." - Darin Farissa "I'll be your healer's heart then, Nur Darina Farissa." - Yazzed Qayyum "Ruang dalam hati kau ada tempat lagi tak? Aku nak ada dalam ruang tu, boleh?" - Yazzed Qayyum Start : 29 januari 2025 End : 18 februari 2026
ZARITH'S: HER COMMANDO [C] by sdaniella___
sdaniella___
  • WpView
    Reads 953,665
  • WpVote
    Votes 42,802
  • WpPart
    Parts 82
Aiman Zarith x Aufyaa Imani [𓂀 ʙʟᴀᴄᴋ ᴅᴇᴍᴏɴ ꜱᴇʀɪᴇꜱ ɪɪ 𓂀] ‼️WARNING‼️ - Might contain sensitive issues. Read on your own risks. Sinopsis: Aiman Zarith merupakan seorang anggota pasukan khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dikenali sebagai VAT69. Serbuan yang dilakukan oleh pasukan yang diketuai Zarith enam tahun lalu di sebuah rumah pelacuran milik sebuah kumpulan pengganas yang dikenali sebagai Venom telah menjadi titik pertemuan Zarith dan seorang gadis bersama seorang bayi perempuan. "Kau bawa anak kau ke tempat macam ni? Untuk apa? Untuk tengok aksi kau dengan jantan dalam bilik ni?" - Aiman Zarith Aufyaa Imani merupakan seorang gadis biasa yang lahir dari sebuah keluarga yang cukup harmoni. Kematian ibunya akibat kanser mengubah seorang ayah penyayang menjadi bengis, kaki pukul, kaki judi dan kaki minum. Kejadian satu malam yang mencambah kebencian dalam hati Aufyaa terhadap si ayah sehingga dia tidak lagi memerlukan sosok seorang ayah dalam hidupnya. "Aku tahu pandangan orang macam kau pada golongan lorong macam kami. Tapi kau langsung tak ada hak untuk menghina, terutama sekali anak haram yang kau sebut tu." - Aufyaa Imani Sepanjang enam tahun selepas serbuan di rumah pelacuran dan bubarnya Venom, Aufyaa menghabiskan waktunya mencari rezeki untuk menyara diri dan bayi yang dijaga. Sehinggalah takdir menemukan semula Zarith dan Aufyaa selepas enam tahun membawa haluan masing-masing. Takdir apa yang sudah tertulis untuk mereka sehingga mereka dipertemukan semula? Start: 11 MAY 2024 End: 24 MAY 2025
His Babygirl [𝑪] by leesottt
leesottt
  • WpView
    Reads 624,398
  • WpVote
    Votes 16,915
  • WpPart
    Parts 74
[ 1st book by leesottt ] HIS SERIES 1 Pertembungan tak disengajakan di shopping complex membibitkan cinta Hana Adenin dengan seorang jejaka. Sampailah satu hari dia dapat mengetahui bahawa jejaka yang dikejarnya merupakan budak lelaki yang pernah ditolong sewaktu umur mereka 7 tahun. Pelbagai cara yang dibuatnya untuk membuat si jejaka jatuh cinta dengannya. Katakanlah dia perigi mencari timba sekali pun dia tetap tak kisah. Tapi malang nasibnya apabila dia dijerkah dan di hina dikhalayak ramai oleh si jejaka. "Kau ni tak penat ke kejar aku? Memang sesuailah dengan kau yang tak bertudung perangai pun serupa jalang'' - HAYZACK ISKANDAR Sampai satu saat dia mengalah dengan permainannya sendiri. Dia mengalah bukan sebab dia takut tapi cukuplah sampai di situ sahaja. Dia penat setiap hari dia mengejarnya tapi yang hanya dia dapat hinaan daripada Hayzack. Hinggalah ibubapanya menjodohkannya dengan seorang lelaki yang merupakan anak kawan baik ibubapanya. Dia menerimanya dengan hati terbuka kerana ingin melupakan si jejaka. Namun disaat dia berubah perlahan-lahan menutup aurat dengan sempurna. Si jejaka datang menagih kembali cinta padanya. "Maafkan aku , Hana. Tolong terima aku balik'' - HAYZACK ISKANDAR Penyesalan dia rasakan apabila dia dapat mengetahui daripada orang suruhannya yang Hana merupakan budak perempuan yang ditunggu selama ni. "Hana awak sayang saya tak?'' - IZZ ILHAN Manakah yang harus Hana pilih di antara lelaki yang pernah buat dia terluka ataupun lelaki yang baru dikenalinya?
Vow Of Hope [Bakal Terbit] by lavhmymy
lavhmymy
  • WpView
    Reads 1,356,504
  • WpVote
    Votes 51,022
  • WpPart
    Parts 79
[1st romance] Alice Dayana. Namanya secantik orangnya, namun kehidupannya jauh dari sempurna. Lahir dalam keluarga yang retak, dia hanya mampu menumpang kasih dari ibu tiri yang tidak pernah benar-benar menyayanginya. Dalam perjalanan hidup yang penuh liku, hadirnya Ray Qhalif, seorang lelaki tampan dan misteri, mengubah segalanya. Hubungan mereka yang bermula secara profesional perlahan-lahan bertukar menjadi sesuatu yang lebih bermakna. Cinta yang tidak dirancang. Namun, mampukah cinta itu menjadi penyelamat Alice? Adakah Ray sanggup menerima masa lalunya dan membawa dia keluar dari kehidupan yang selama ini menyeksakannya? Atau bahagia itu sekadar impian yang sukar digapai?
Tengku Devyn Aryan : Melting the Cold by mint_llc
mint_llc
  • WpView
    Reads 490,365
  • WpVote
    Votes 14,591
  • WpPart
    Parts 62
Tengku Devyn Aryan ♡ Hannah Lavender
My Husband Rayyan Adyan | COMPLETED  by Nazreenayn
Nazreenayn
  • WpView
    Reads 346,365
  • WpVote
    Votes 12,157
  • WpPart
    Parts 69
RAYYAN ADYAN- Jejaka yang membenci semua wanita hanya kerana kecewa dengan perangai bekas kekasihnya. Dia mengambil masa selama 4 tahun untuk mengubah diri bagi menjadi seorang yang tidak mempunyai perasaan. Tetap kelihatan tenang, tidak banyak bicara dan tidak tertarik dengan semua perkara. Namun semuanya berubah setelah dia dengan tidak sengaja mengenali seorang wanita bernama NAYLA ALEENA. Wanita yang bernasib malang setelah kematian ibunya. Perkahwinan yang tak masuk akal diciptakan oleh Rayyan. Dia tanpa rasa bersalah telah mengheret Nayla ke dalam masalahnya. Akan tetapi, semuanya terpesong dari matlamat asal. Dari benci menjadi suka, dari perasaan suka menjadi cinta. RAYYAN ADYAN- "Abang mengaku itu memang abang, tapi itu sebelum abang kenal sayang dan abang menyesal cakap macam tu." NAYLA ALEENA- "Ceraikan saya!" Itu sahaja yang diucap oleh Nayla. Pengakhiran yang tidak dapat dijangka, rumah tangga yang hampir retak. Tetapi adakah Rayyan dapat mempertahankan atau adakah dia mula berputus asa dengan semua itu?
Takdir terakhir kita [C]  by luving_belle
luving_belle
  • WpView
    Reads 1,255,497
  • WpVote
    Votes 55,670
  • WpPart
    Parts 68
Qaireen lahir dalam keluarga yang sepatutnya menjadi perlindungan, tetapi bagi dia, rumah itu tidak lebih dari sebuah neraka. Hinggalah satu hari, dia berjumpa dengan Aiden secara tidak sengaja apabila cuba untuk mencari ketenangan di kampung halaman. "Cik?" - Aiden Mikhail Lelaki itu bukan penyelamat yang Qaireen pernah terfikir untuk dia taruhkan harapan. Tapi entah kenapa lelaki itu menjadi tempat yang membuatkan dia rasa selamat dan selesa untuk bercerita. "Kenapa beli? Saya tak suruh pun..." - Qaireen Medina "Tak apa lah, Allah kan suka kalau kita mudahkan urusan orang lain. Kiranya aku mudahkan urusan kau dari kena cari ayam gunting kat kedai lain lah ni." - Aiden Mikhail ••••• start : 5 March 2025 end : 5 December 2025