New Ongoing
52 stories
Embassy of Desires by missaeluna
missaeluna
  • WpView
    Reads 6,297
  • WpVote
    Votes 566
  • WpPart
    Parts 15
[ SLOWBURN SERIES ] Tengku Zayne Larsen x Engku Irene Lauren Engku Irene Lauren merupakan seorang supermodel antarabangsa yang terkenal di seluruh dunia. Dengan kerjaya yang cemerlang dan kehidupan yang menjadi impian ramai, dia percaya bahawa hidupnya sudah cukup sempurna tanpa kehadiran sesiapa di sisinya. Namun segalanya berubah apabila dia bertemu dengan Tengku Zayne Larsen, seorang CEO muda yang terkenal dengan sikap dingin dan ketegasannya. Pertemuan pertama mereka bukanlah sesuatu yang indah untuk dikenang. Malah, setiap kali takdir menemukan mereka, pasti ada sahaja perkara yang membuatkan mereka bertelagah. Bagi Irene, Zayne ialah lelaki yang paling menyebalkan pernah ditemuinya. Bagi Zayne pula, Irene ialah wanita yang sentiasa menguji kesabarannya. Namun apabila satu kejadian yang tidak dijangka memaksa mereka menjalinkan hubungan di hadapan dunia, kedua-duanya terpaksa memainkan peranan yang tidak pernah mereka rancangkan. Di sebalik segala lakonan, pertengkaran dan perasaan yang cuba disembunyikan, Irene dan Zayne mula menyedari bahawa ada perkara yang lebih sukar daripada berpura-pura mencintai seseorang. Iaitu apabila perasaan itu perlahan-lahan menjadi nyata. Mampukah hubungan yang bermula atas sebab yang salah membawa mereka kepada pengakhiran yang bahagia? Atau adakah mereka hanya akan menjadi dua insan yang ditakdirkan untuk saling menyakiti?
KES 27: AUTOPSI HATI [OG] by _natasyasofian_
_natasyasofian_
  • WpView
    Reads 1,000
  • WpVote
    Votes 79
  • WpPart
    Parts 15
Dr. Arissa Khalida sudah biasa berdiri di tepi mayat, mengautopsi kebenaran yang tiada suara. Tapi kes ke-27 membawa sesuatu yang berbeza: seorang wanita ditemui mati dengan luka yang terlalu kemas, tiada cacat cela, terlalu sempurna untuk menjadi kebetulan. DSP Rayyan Haq, pegawai penyiasat yang tegas dan dingin, mengambil alih kes itu. Dia percaya hanya bukti boleh membawa keadilan, bukan intuisi. Namun Arissa melihat corak yang tidak disedari, sesuatu yang membawa kes ini lebih dekat dengan masa lalunya sendiri. Semakin mereka menyiasat, semakin mereka terikat. Rayyan mula menurunkan dinding dinginnya, sementara Arissa, yang selama ini hanya bergantung pada fakta dan mayat, mula merasakan detik jantungnya sendiri berdebar. Untuk pertama kali, hati yang hidup perlu dijaga. Ketika pembunuh itu mula meninggalkan mesej yang hanya Arissa boleh fahami, kebenaran bukan sahaja mengancam mangsa... tetapi juga perasaan yang tidak boleh dielakkan antara mereka.
GELAP YANG TERANG | OG by cocoanotes_
cocoanotes_
  • WpView
    Reads 542
  • WpVote
    Votes 7
  • WpPart
    Parts 34
Yara Tsabina seorang remaja yang ceria dan positif menjalankan hidupnya seperti biasa, tak lama kemudian dia perasan seorang lelaki yang berjaya mengambil perhatiannya dalam sibuk dia belajar. Mereka berkenalan dan tanpa sedar mereka menjadi sangat rapat. Kedua duanya menyambut cinta masing masing. Namun ada sesuatu yang mengubah semua kegembiraan mereka dalam satu pejaman.
SHADOW WAVE : MISSION ALPHA VOL 1 © by authorqistea
authorqistea
  • WpView
    Reads 31,383
  • WpVote
    Votes 1,330
  • WpPart
    Parts 59
Doktor Alya Natasya seorang pegawai perubatan tentera yang hidupnya teratur dan penuh disiplin. Bagi dia, lelaki bermotor besar hanyalah simbol kekacauan yang tidak pernah dia perlukan. Namun segalanya berubah apabila dia bertemu Leftenan Muda Arif Hakimi, pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia yang dingin dan penuh rahsia. Ketua Shadow Wave Alpha di KD Satria itu seolah-olah membawa satu rasa asing yang tidak dapat Alya jelaskan. Pertemuan mereka bermula dengan sindiran dan rasa tidak suka, tetapi setiap kali mereka bertemu, Alya mula diganggu serpihan memori yang tidak lengkap - hujan malam yang membuat bergelora dan seorang lelaki yang pernah berjanji untuk kembali. Tanpa dia sedar, Alya pernah mengenali Arif Hakimi sebelum satu tragedi di laut meragut sebahagian ingatannya. Dan Arif... masih setia menjaga kenangan yang Alya sudah hilang. Di tengah operasi laut, bahaya dan ribut yang tidak pernah berhenti laut telah menjadi saksi kepada cinta yang pernah wujud tetapi dilupakan. Kerana ada cinta yang tidak mati... walaupun namanya tidak lagi diingati.
DANGEROUSLY YOURS by Mrs_Qib
Mrs_Qib
  • WpView
    Reads 13,874
  • WpVote
    Votes 720
  • WpPart
    Parts 16
Tengku Mikael Ardyn - lelaki berusia 36 tahun yang memiliki segalanya. Kekayaan, kuasa, wajah sempurna, dan hati yang terlalu dingin untuk mengenal cinta. Dalam hidupnya, semua boleh dibeli... termasuk manusia. Namun hidupnya berubah apabila dia dipertemukan dengan Safiya Nayra, gadis muda berusia 22 tahun yang terkenal dengan sikap boros, liar, dan sukar dikawal. Duit bagi Safiya hanyalah permainan. Dia hidup sesuka hati, menghabiskan harta papanya tanpa peduli masa depan. Segalanya menjadi lebih rumit apabila keluarga mereka mengambil keputusan untuk menjodohkan mereka. Bagi Safiya, Mikael ialah lelaki obsesif yang mahu mengawal hidupnya. Bagi Mikael pula, Safiya ialah kekacauan yang perlahan-lahan mencuri seluruh kewarasannya. "5 minit untuk kau habiskan duit dalam card ni... kalau berjaya, kau layak jadi isteri aku." Apa yang bermula sebagai permainan ego dan kuasa, bertukar menjadi hubungan yang dipenuhi luka, obsession, kemarahan, dan rasa memiliki yang berbahaya. Safiya cuba melarikan diri dengan menghabiskan berjuta-juta wang Mikael, malah membeli banglo mewah di Bali semata-mata berharap lelaki itu akan melepaskannya. Namun Mikael hanya berkata- "Aku tak kisah kau hancurkan duit aku... asalkan kau masih ada dengan aku." Dalam dunia gelap Tengku Mikael Ardyn, cinta bukan tentang kebebasan... tetapi tentang siapa yang sanggup tinggal walaupun terluka. Mampukah Safiya bertahan dengan lelaki yang terlalu obses terhadapnya? Atau akhirnya dia sendiri akan jatuh cinta kepada penjara yang bernama Mikael Ardyn?
Ruang Kita by qkeiyafluer
qkeiyafluer
  • WpView
    Reads 2,472
  • WpVote
    Votes 220
  • WpPart
    Parts 20
Ruang kita, kubur rindu. RUANG KITA, 2026 -QKEIYA
Di Bawah Langit Yang Sama | OG by misseshaa
misseshaa
  • WpView
    Reads 24,986
  • WpVote
    Votes 1,375
  • WpPart
    Parts 58
HAIKAL AMRIN | MAYA KEHLANI If it never hurts, was it ever love? Haikal Amrin tidak pernah menyangka hidupnya akan berubah hanya kerana kehadiran seorang wanita. Luka daripada hubungan silam membuatkan dia trauma untuk membuka hati kepada mana-mana perempuan. Namun, apabila usianya semakin menghampiri angka 30-an, keinginan untuk memiliki sebuah keluarga mula memenuhi ruang hatinya yang sekian lama kosong. Segalanya berubah apabila Maya hadir dalam hidupnya. Mahligai yang dibina atas nama cinta bersama wanita itu terasa sempurna. Maya Kehlani bukan sekadar pekerja di kafe miliknya, malah seseorang yang rupanya telah lama bertapak di sudut hatinya tanpa disedari. Pertemuan pertama mereka empat tahun lalu masih kekal segar dalam ingatan Haikal, seolah-olah takdir telah lama menulis nama mereka pada helaian yang sama. Hubungan mereka berdiri utuh. Bagaikan bulan dan bintang, Haikal dan Maya saling melengkapi antara satu sama lain. Setiap tawa, setiap janji, dan setiap bicara terasa seperti rumah yang akhirnya ditemui setelah sekian lama mencari arah. Namun, tidak semua kebahagiaan ditakdirkan untuk bertahan selamanya. Apabila satu persatu kebenaran terungkap mampukah mereka pertahankan mahligai yang dibina bersama? Atau Sebenarnya, takdir mereka sememangnya ditulis untuk saling menyakiti sejak awal lagi?
Somehow, This Became Love by estellavielle
estellavielle
  • WpView
    Reads 40,172
  • WpVote
    Votes 4,103
  • WpPart
    Parts 42
Tengku Iris Kamelia, seorang wanita bekerjaya yang hebat, namun menyimpan trauma yang sentiasa menghantui dirinya. Demi memenuhi kehendak keluarga, dia terpaksa berkahwin dengan Raja Haris Mikhael, seorang lelaki misteri yang sukar dibaca. Berbeza dengan jangkaannya, Raja Haris sentiasa menerima Tengku Iris dengan hati terbuka, perlahan-lahan meruntuhkan dinding yang dibina wanita itu. Dalam diam, rasa benci mula bertukar menjadi sayang, dan akhirnya cinta yang tidak disangka. Namun, mampukah Tengku Iris melawan trauma silamnya untuk menerima cinta itu? Dan adakah perkahwinan yang bermula dengan paksaan mampu berakhir dengan kebahagiaan?
Secret Arietis.  by eyvllavhesa
eyvllavhesa
  • WpView
    Reads 65,660
  • WpVote
    Votes 4,862
  • WpPart
    Parts 79
masquerade collection book 1 Que Dyan Zaffrael ft. Dhea Elaura [ on going ] (Cerita yang penuh dengan kekurangan.) ❝We don't deserve each other.❞ [This is a very very long story. Baca dari mula untuk elakkan sebarang sakit kepala.] Hidup di dalam dua dunia, bukan mudah. Siang dia adalah Dhea Elaura, seorang gadis biasa bersama kerjayanya. Malam, sisi gelapnya hadir untuk memenuhi kehendak mereka yang kononnya telah menyelamatkan dia di dalam sebuah kebakaran kereta 4 tahun lalu. Pertemuan dengan dua orang lelaki, membuatkan Dhea mempunyai sejuta pertanyaan. Seorang yang memakai topeng misteri di sarkas terbiar, seorang lagi hanyalah lelaki biasa yang baginya adalah sebuah bala. Rimas mahu layan. Tambah pula bila takdir menjadikan Dyan sebagai 'orang yang menyara' dirinya secara sorok selepas satu kes pembunuhan. ❝Aku baru tinggal kau 5 minit, tangan dah berdarah.❞ Que Dyan Zaffrael Hati yang beku ibarat ais akan cair jua akhirnya. Kepercayaan mula wujud di dalam diri Dhea terhadap lelaki ini sementara si bertopeng misteri masih mengikutinya seperti mahukan sesuatu. Atau membunuhnya. ❝Aku tak ada apa-apa, Dyan. Kosong.❞ Dhea Elaura ❝Kau ada hati aku.❞ Que Dyan Zaffrael Musuh atau teman? Siapa yang sedang berselindung di sebalik kebenaran? Ketika Dhea sudah nyaman, helah tipu datang untuk mengguris hatinya. Di saat dia cuba untuk meneruskan hidup, tawaran diberikan kepadanya. Dia dijadikan senjata semula, berpaksikan tipu helah manusia kejam. Motif? ❝We don't deserve each other.❞ Dhea Elaura ❝I'm no longer a bulletproof when it comes to you.❞ Que Dyan Zaffrael [SLOW BURN ROMANCE] ⚠️ grammar errors ⚠️ NO PLAGIARISM ⚠️ violence (18+) ⚠️ heavy storyline, read at your own risk Started: 28/11/2024 End: Ranking #1st in funfair #1st in masquerade #2nd in anonymous #4th in
ECHOES OF LOVE by luvstvrsya
luvstvrsya
  • WpView
    Reads 26,202
  • WpVote
    Votes 1,512
  • WpPart
    Parts 26
𝓵𝓾𝓿𝓼𝓽𝓿𝓻𝓼𝔂𝓪'𝓼 𝓼𝓮𝓬𝓸𝓷𝓭 𝓶𝓪𝓼𝓽𝓮𝓻𝓹𝓲𝓮𝓬𝓮 ❦ 𝐍𝐀𝐃𝐇𝐄𝐄𝐅 𝐀𝐑𝐘𝐀𝐍 | 𝐀𝐘𝐑𝐀 𝐁𝐀𝐓𝐑𝐈𝐒𝐘𝐈𝐀 𝗡𝗔𝗗𝗛𝗘𝗘𝗙 𝗔𝗥𝗬𝗔𝗡 • Seorang jejaka kacak yang berusia 26 tahun dan merupakan seorang guru biologi di sekolah menengah kebangsaan. Sikapnya yang pendiam dan tidak banyak bercakap membuatkan dia kelihatan jauh berbeza daripada guru-guru lain serta wajahnya sentiasa kelihatan tegas. Jika ada pelajar yang tidak menyiapkan kerja sekolah, maka bersiap sedialah untuk dirotan oleh Sir Nadheef. 𝗔𝗬𝗥𝗔 𝗕𝗔𝗧𝗥𝗜𝗦𝗬𝗜𝗔 • Seorang gadis jelita yang juga merupakan seorang guru yang mengajar bahasa English di sekolah menengah kebangsaan, sama seperti Nadheef. Meskipun Ayra baru berusia 23 tahun, dia sudah menjadi guru yang disayangi oleh ramai anak-anak murid. Aura lemah-lembutnya membuatkan setiap pelajar senang mendekatinya. 𝗧𝗔𝗨𝗙𝗜𝗤 𝗜𝗟𝗛𝗔𝗠 • Merupakan seorang guru yang mengajar subjek matematik dan bersahabat baik dengan Nadheef serta Ayra sejak dari zaman bangku sekolah. Seorang guru yang amatlah sporting dan ceria kepada pelajar-pelajarnya. Sebaya dengan Nadheef dan mudah terhibur dengan setiap perkara yang dilakukan. -ˋˏ✄┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈ 🦢 too cute, too sweet too handle 🦢 say BIG NO to third wheels! 🦢 with warm hearts & kindness 🦢 full of unexpected plot twists, hehe 🦢 greenflag hero? more like the greenest ever Note : penulis sedang berehat seketika daripada dunia penulisan (hiatus) tiada sebarang updated new chapter untuk tahun ini. Akan kembali menulis pada bulan Disember 2026. ✦ Start : 2 Disember 2025 End : Next year, InshaAllah.