nurfartin
- LECTURAS 828
- Votos 92
- Partes 7
Nuha Khaleeda tidak pernah berdosa. Tapi kerana satu malam hidupnya dihukum seolah-olah dia wanita paling hina.
Diperdaya sahabat sendiri dan hampir dijual di kelab malam, Nuha diselamatkan oleh Rayqal Azeem seorang lelaki kaya, liar, dan berjiwa kosong. Tapi penyelamat itu juga perosak. Rayqal tidak menyelamatkan untuk mencinta. Dia membeli Nuha... untuk dijadikan pemuas nafsu.
Tanpa sebarang rasa kasihan, Rayqal menikahi Nuha secara rahsia tapi bukan sebagai isteri, hanya sebagai boneka untuk melampiaskan amarah. Dia menuduh Nuha tidak suci, menyamakan gadis itu dengan perempuan murahan. Dia tidak tahu, Nuha masih bersih... cuma hidupnya yang dipalit najis oleh orang lain.
Setiap malam, Nuha dilukai tanpa suara. Didera secara batin dan fizikal. Tapi dia tetap diam demi cinta yang tidak pasti, dan demi anak yang kini tumbuh dalam rahimnya.
Fitnah mula mengganas. Ujian DNA dipalsukan. Kebenaran dimusnahkan sebelum sempat dijelaskan. Dan Nuha terus diseksa, dipukul, dan dipersalahkan... atas dosa yang bukan miliknya.
Dalam diam, dia terus luka. Dalam diam, dia tetap setia.
Tapi sampai bila wanita yang sabar akan terus membisu? Dan bila kebenaran akhirnya muncul... adakah Rayqal masih layak untuk diberi peluang ketiga?
ni karya k2 sy sy hope krng enjoy Enjoy the work I made and if there are any mistakes in the language, I apologize. DON'T FORGET TO VOTE 🫰🏻