still on going "(
7 stories
PERGI TANPA PAMIT by luvleytien
luvleytien
  • WpView
    Reads 9,632
  • WpVote
    Votes 742
  • WpPart
    Parts 15
Dia datang sebagai sahabat, tinggal sebagai peneman. Dari sebuah desa kecil di Malaysia, dua jiwa bertemu dan membesar bersama. Dia, lelaki yang bercita-cita tinggi untuk berbakti pada negara. Dan dia, gadis dari jauh yang tidak pernah lelah berdiri di belakangnya. Namun apabila kejayaan menjauhkan mereka, hanya kenangan yang masih tinggal. start : 18 August 2024 end : 5 April 2025
Lelaki Bertopeng Putih by nurdinie03
nurdinie03
  • WpView
    Reads 15,845
  • WpVote
    Votes 1,495
  • WpPart
    Parts 10
REWRITE VERSION | SEQUEL H426 ×××× LELAKI BERTOPENG PUTIH. Seorang lelaki yang bekerja sebagai orang dalam polis. Namanya disanjung kawan dan digeruni lawan. Identitinya terus kekal rahsia dengan topeng putih di mukanya. Tapi, di kehidupan biasanya, dia ialah Haries Naim. Lelaki yang ceria dan gemar mengusik. Meskipun sentiasa ditekan dari pelbagai pihak, Haries tetap ceria. Sehinggalah suatu hari, dia dikejutkan dengan keputusan Datin Naina yang menginginkannya berkahwin. Tiga bulan masa diberi untuk Haries berkenalan dengan gadis pilihan, Raihanah Jazmin. Sebab yang dikemukakan oleh ibunya sudah cukup buat Haries menerima dengan rela biarpun hatinya mahukan sebaliknya. Kehadiran seorang lelaki yang lumpuh separuh badan, Fariel mengundang tanda tanya. Lelaki itu seolah-olah ada rahsia yang disimpannya. Dan rahsia itu diceritakan dengan melindungi Raihanah. "Saya memang tak kuat. Tapi saya tahu, saya perlu lindungi dia, Haries." - Fariel Masalahnya terus bertambah apabila keluarganya seringkali diserang algojo-algojo yang menyimpan dendam di hati. Tapi, hairannya, target sebenar mereka, bukan keluarga Haries tapi... Raihanah. "Dendam ini takkan jumpa penamatnya selagi hembusan nafas ini bukan yang terakhir." - Yanny The Surrogate Saat itu, Haries mula mempersoalkan semuanya. Kepercayaan, harapan dan sebuah kisah hitam. Terlalu banyak rahsia yang mereka simpan. Terlalu banyak penipuan yang mereka ungkapkan. Di pertengahan kisah hidupnya, seorang Haries Naim akhirnya berantakan. Jiwanya kacau dan celaru. Lelaki Bertopeng Putih tersungkur di kaki takdir. Dan persoalannya... mampukah dia bangkit kembali? "Rahsia, pengkhianatan dan cinta. Aku tak pernah tahu rasanya sakit macam ni sekali, Farhan." - Haries ×××× Tarikh mula : 190321 Tarikh akhir : - Genre : action + romance + mystery Status : on going Cover by : @azleyanaaa
Arabella Zayder  by aersyifa
aersyifa
  • WpView
    Reads 515,566
  • WpVote
    Votes 53,926
  • WpPart
    Parts 57
[ 𝐑𝐨𝐦𝐚𝐧𝐜𝐞 𝐬𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 ] On going. "Saya suka lah tengok korang main alat-alat muzik ni. Lagi-lagi yang main drum tu." "Oh yang tu Erzan namanya. Position dia memang main drum dalam busker band kitorang." Mendengar sahaja sebaris nama pendek itu menerobos masuk ke dalam gegendang telinganya, terus Arabella melorekkan senyuman lebar. Mata tunak memerhati tubuh tegap lelaki itu yang sedang membelakanginya. "Kenapa kau ikut aku?" Soalan itu dilontarkan kepada Arabella oleh lelaki bernama Erzan itu. Arabella yang dari tadi mengekori langkahnya hanya diam sebelum cepat-cepat gadis itu berdiri di sebelah tubuh tegap itu. "Saja. Saya nak kawan dengan awak boleh?" Diam. Persoalan Arabella hanya dibalas keheningan oleh lelaki itu. Malah, selamba sahaja lelaki itu mengatur langkah sedikit dengan kadar yang laju. Seperti ingin meninggalkan Arabella. Namun, itu tidak membuatkan Arabella putus asa dalam mengejar lelaki itu. "Saya sebenarnya kan, selalu nampak awak termenung sorang-sorang. Awak ada masalah? Boleh cerita dengan saya." "Rose, kau rasa hina ke jadi busker?" Pada ketika itu, sedikit banyak kehidupan tentang Erzan diketahui oleh Arabella. Rasa simpati menampar di hatinya saat mendengar bahawa ibu kandung Erzan sendiri menyimpan rasa benci terhadap lelaki itu. Oleh sebab itu, Arabella bertindak melontarkan satu soalan. "Boleh saya tahu kenapa ibu awak benci kat awak?" "Sebab aku teruk. Aku manusia tak guna." '𝐈 𝐭𝐡𝐢𝐧𝐤 𝐈'𝐦 𝐢𝐧𝐭𝐞𝐫𝐞𝐬𝐭𝐞𝐝 𝐢𝐧 𝐲𝐨𝐮' [ Romance + Action ] START : 25 Sept 2022 END : Warning! { Contains harsh words } ⚠️ { Plagiarism is not allowed } ⚠️
His precious: Rhea Elyssa | OG by Fiyyarose
Fiyyarose
  • WpView
    Reads 9,128
  • WpVote
    Votes 385
  • WpPart
    Parts 20
Iskandar Al-Khaleed, seorang lelaki yang berkhidmat sebagai anggota PASKAL (Pasukan Khas Laut), memiliki sifat kepimpinan yang dikagumi ramai, terutama dari kalangan wanita. Rhea Elyssa, seorang wanita yang berdarah campuran Malaysia dan Mesir, memancarkan kecantikan dan pesona dari kedua-dua keturunan tersebut. Dia juga bekerja sebagai peguam di Malaysia, menjalani kehidupannya dengan penuh profesionalisme. Pertemuan mereka bermula di pelabuhan semasa pameran aset tentera laut sempena Hari Kelahiran TLDM. "Maafkan saya!" - Rhea Elyssa "Jalan pakai mata." - Iskandar Al-Khaleed Walaupun berkali-kali bertengkar antara satu sama lain, takdir dan perasaan masing-masing menyatakan sebaliknya. "Jemput masuk dalam hidup aku, Rhea. I believe you're the one for me. Let's build a future together. Aku janji akan selalu setia kepada kau." Tapi, mampukah mereka bertahan? Dengan tugas yang berat dan penuh cabaran, adakah itu alasan untuk mereka tidak terus mencintai?
[ HIATUS ] Healer's Heart : Captain Yazzed Qayyum by fiqalynaaa
fiqalynaaa
  • WpView
    Reads 149,253
  • WpVote
    Votes 8,272
  • WpPart
    Parts 56
Muhammad Yazzed Qayyum | Nur Darina Farissa Bagi Darina Farissa, kerjaya dan keluarga adalah segala-galanya bagi dirinya, perasaannya pula diletakkan ke tepi. Sudah beberapa kali dia didesak oleh orang sekeliling, kata mereka dengan umur Darin semakin meningkat dewasa, tidak elok jika bersendirian lama-lama. Takut tidak laku sahaja nanti. Sehingga lah teman baiknya, Mawar si pakar 'matchmaker' terhandal mengatur temu janji untuknya. Darin melayankan saja walaupun dia memang tiada niat mencari cinta. Dia bertemu dengan Yazzed Qayyum. Kebetulan, Yazeed juga sedang didesak oleh maminya supaya cepat-cepat mencari jodoh. Temu janji pertama mereka, gagal. Darin melarikan diri walhal mereka masih tidak habis berbual. Yazzed hanya redha, mungkin bukan jodoh mereka. Kali kedua, mereka bertemu di kenduri kahwin kawan mereka. Namun Darin tidak mengecam Yazzed. Kenduri kahwin tersebut berakhir dengan insiden memalukan bagi Darin. Darin mula menyimpan dendam dengan Yazzed sejak daripada itu. Mereka bertemu untuk ke sekian kali di hospital tentera, Darin bertugas selama 3 bulan di hospital tentera di kem Yazzed. Bermula lah sesi kejar mengejar. Awalnya Darin jual mahal, lama-lama luluh juga hati apabila setiap kali dia dilanda masalah, Yazzed yang akan menjadi hero untuknya. Namun hati Darin ragu-ragu, dia masih terperangkap dengan masa lalu. Walaupun kehidupan Yazzed penuh dengan disiplin dan keberanian sebagai anggota pasukan khas, menghadapi hati Darin yang tertutup akibat kehilangan, bukanlah misi mudah. Dia tahu, untuk menawan hati Darin, dia perlu sabar dan memahami luka yang dibawa gadis itu. "Saya... tak pasti kalau saya boleh mencintai lagi, Yazzed." - Darin Farissa "Percayalah, semua orang berhak untuk bahagia, termasuk kau... aku hanya minta peluang untuk buktikan pada kau bahawa cinta yang sebenar itu masih ada." - Yazzed Qayyum "I'll be your healer's heart then, Nur Darina Farissa." - Yazzed Qayyum Start : 29 januari 2025 End :
Once Upon A Hidden Love Story by novday
novday
  • WpView
    Reads 1,899
  • WpVote
    Votes 242
  • WpPart
    Parts 33
Genre: Romance, friends-to-lovers, social status, modern-Medieval fiction Language: Bahasa Melayu/Malay Status: On-going . 𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐠𝐚𝐝𝐢𝐬 𝐝𝐞𝐬𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐥𝐮𝐤𝐢𝐬 𝐦𝐢𝐬𝐭𝐞𝐫𝐢. . The happiness the burning love brings, the pain the shattered love leaves. The happy part might be gone forever, but the memories and the feelings that came with it, will stay till eternity. . Publishing timeframe Mula: 27/04/2025 Tamat: - . Amaran 1: This story contains depiction of self-harm. Read at your own risk. If you still intend to continue, please read the specific warning added in the story carefully before resuming your reading. Amaran 2: Dilarang menciplak atau memplagiat. Sebarang bentuk penghasilan semula adalah tidak dibenarkan sama sekali. ©novday