callmieya
Muiz Qalikh. Seorang lelaki kacukan cina, yang rela mengorbankan statusnya sebagai anak jutawan daripada keluarga Qiao dan membuat keputusan menjadi seorang pakar bedah siasat (ahli forensik). Semuanya demi gadis yang menjadi pujaan hatinya selama ini. Sikap obses dirinya kepada gadis itu membuatkan dia sanggup melakukan apa pun.
"Forensik? Kenapa nampak kau yang macam mayatnya?"- Dahlia Ashalie.
Dahlia Ashalie, merupakan seorang pendakwa raya, dan pekerjaan itu membuatkan dia akan menjadi semakin rapat dengan lelaki tersebut.
Di saat hubungan tikus dengan kucing ini mulai erat, di situlah bermulanya permainan minda buat mereka berdua untuk menyelesaikan satu kes yang menggemparkan negara. Kes pembunuhan secara berantai terjadi, bermula dari metode kes pembunuhan dan jarak masa pembunuhan berlaku.
Muiz dan Dahlia terjebak. Permainan itu membuatkan mereka dipermainkan oleh pelaku. Sesiapa yang bertindak secara melulu akan terperangkap dalam permainan itu.
"4 mayat. 2 metode berbeza" - Muiz Qalikh
"Maksudnya, dua pembunuh?" - Qaira Xia
"Kalau kau sekadar teka tanpa gunakan bukti semua yang ada, kau kena belajar lagi jadi pendakwa raya!" - Muiz Qalikh
Pagi dan malam Muiz dan Dahlia hanya sibuk menguruskan kes tersebut sehingga hubungan mereka yang ingin mencapai ke alam perkahwinan terpaksa ditunda. Suatu hari, ada satu bukti yang membuatkan Muiz dituduh sebagai pembunuh bersiri.
"Kau pembunuh bersiri selama ni? Aku tak sangka kau memang gila! Bakal suami aku, pembunuh" kata Dahlia.
Adakah, mereka berdua akan sedar selama ini mereka dipermainkan? Mungkinkah semuanya hanya berlaku kerana mereka berdua mulai rapat? Siapa pembunuh sebenarnya? Adakah benar Muiz atau orang lain yang cemburu melihat mereka bersama?
Apa yang berlaku, jangan mudah percaya kepada orang lain.
BEWARE!!
Read on your own risk‼️🚨
*PUBLISH ON WATTPAD*
2025