MiSzSakura DONE✅2
200 stories
SILENT BETRAYAL  | C | by THERHEIYERIN
THERHEIYERIN
  • WpView
    Reads 226,912
  • WpVote
    Votes 5,748
  • WpPart
    Parts 45
"Sometimes, the deepest wounds come from the quietest betrayals." Dia - Zayyan Emir, lelaki dingin yang menguasai dunia korporat dengan ketegasan dan prinsip. Tiada ruang untuk cinta, tiada tempat untuk wanita dalam dunianya yang penuh aturan dan reputasi. Namun hidupnya berubah drastik bila satu tuduhan menjatuhkan maruahnya - dituduh mengandungkan seorang wanita asing. Wanita itu muncul dalam hidupnya bukan dengan senyuman, tapi dengan kandungan yang memboyot dan linangan air mata. Fitnah itu datang dari adik kandungnya sendiri. Zayyan tidak mahu mendengar penjelasan. Dia hanya mahu menebus maruah. Maka perkahwinan paksa pun terjadi. Wanita itu, Arianna Liyana, kini sah isterinya - tapi dalam hatinya, dia hanya 'hukuman'. Arianna terperangkap dalam perkahwinan yang tidak pernah dimintanya. Dipandang hina, dilayan tanpa hati, dan dituduh membawa aib. Namun dia tetap bertahan - demi anak yang tidak bersalah. Dan perlahan-lahan, retak pada dinding hati Zayyan mula terbuka. Dia mula melihat cinta dalam diam Arianna. Dia mula menyayangi anak yang bukan darah dagingnya. Tapi saat cinta ingin mekar... Kebenaran akhirnya terbongkar. Dan segalanya mungkin sudah terlalu lambat.
Sir, I love you  | C |  by THERHEIYERIN
THERHEIYERIN
  • WpView
    Reads 276,833
  • WpVote
    Votes 10,818
  • WpPart
    Parts 55
Zenriq Edzlan, pensyarah muda yang terkenal dengan ketegasan dan sikap dinginnya di dalam kelas. Baginya, peraturan adalah prinsip, dan hubungan dengan pelajar harus kekal profesional. Namun, dia tidak pernah mampu menafikan kehadiran Erissa Zahra, pelajar manja, penuh gelagat gedik yang selalu berjaya mencuri perhatiannya dalam diam. Apa yang bermula sebagai perasaan terpendam, berubah menjadi kenyataan apabila mereka disatukan dalam ikatan perkahwinan atas aturan keluarga. Erissa, yang sebelum ini hanya tahu mengusik, mula mengenali sisi Zenriq yang lembut dan penuh kasih. Dalam diam, cinta mereka tumbuh-perlahan, tetapi mendalam. Namun, di saat rumah tangga mereka mula mekar dengan kebahagiaan dan kasih sayang yang tulus, takdir sekali lagi menguji. Satu kemalangan meragut separuh daripada memori Erissa termasuk semua kenangan tentang suaminya sendiri. Bagi Erissa, Zenriq hanyalah orang asing. Tetapi bagi Zenriq, Erissa tetap cinta pertamanya dan kini dia tekad untuk menjadikan dirinya cinta terakhir isterinya, walaupun harus bermula dari kosong... dan walaupun hatinya sendiri hampir hancur menanggung rindu yang tak dikenali lagi.
BUNGA MILIKNYA | C by elhaniee
elhaniee
  • WpView
    Reads 125,756
  • WpVote
    Votes 3,968
  • WpPart
    Parts 70
my 1st story EMIR AYDEN x AIRIS EMYRA "Aku nak kau buatkan kerja math yang Cikgu Zurina bagi semalam, aku tahu selepas rehat kau dah siapkan. Kalau tak, tahu la apa aku nak buat" " - Emir Ayden "Saya tak rasa saya sempat nak siapkan ni, sekarang dah masuk waktu rehat" - Airis Emyra Emir Ayden merupakan atlet bola tampar di sekolah itu dan sudah semestinya dia digila-gilakan oleh pelajar perempuan di sekolah itu kerana wajahnya yang tampan. Dia juga lebih mementingkan sukan dari pembelajaran. Emir sering mengganggu hari-hari Airis Emyra atas sebab tidak suka melihat orang yang sentiasa belajar. Baginya perbuatan itu semua hanya palsu dan menunjuk-nunjuk. Airis Emyra pula seorang gadis yang cantik dan sentiasa kaya dengan senyuman serta disayangi oleh keluarganya seperti seorang puteri. Dia juga merupakan seorang pelajar yang cemerlang dan menyebabkan Emir sentiasa mengganggunya. Satu kejadian telah terjadi menyebabkan Airis berubah kepada seorang yang dingin dan senyumannya turut hilang. "It's been a long time not seeing you, Airis" - Emir Ayden "Erm sorry I need to go, saya dah lambat banyak kerja yang saya kena buat. For your information Encik Emir my name is not Airis" - Airis Emyra "I am Emyra. Airis dah lama mati sejak 6 tahun yang lepas" - Airis Emyra Emir tidak pernah berputus asa dalam memujuk Airis kembali. Mampukah Emir melembutkan kembali hati gadis itu? Mampukah lelaki itu menawan kembali hati dia? (maaf jika ada kesalahan bahasa dan grammar, saya cuba yang terbaik untuk cerita yang pertama ini)
TeenFiction : Hadi & Hana ✓ by dsyaf_
dsyaf_
  • WpView
    Reads 264,498
  • WpVote
    Votes 15,172
  • WpPart
    Parts 70
Book 3 Keseronokkan jalan cerita tidak bergantung pada nilai pembacanya, tetapi pada si penulisnya. - Mengejar Hadi Ehsan adalah hobi bagi Hana Hayla, mencintai Hadi Ehsan pula adalah minat Hana Hayla. Sekadar suka-suka. Tapi dia betul-betul suka Hadi Ehsan! Sayang sekali Hana Hayla bukan selera Hadi Ehsan. Jangan katakan sebelah mata, sekilas pun tidak dipandang. Setiap hari ada sahaja akal mahu menambat Hadi Ehsan. "Hadi, Hana ada buatkan roti sardin untuk Hadi. Ambillah, makan waktu rehat nanti tau?" Mata dikenyitkan kepada Hadi. "Saya tak makan sardin." Tolak Hadi senada lalu bekal ditolak ke tepi tanda tidak mahu menerima. Dalam kegembiraan seorang Hana Hayla terselit beribu duka. Keluarga yang berpecah-belah, Penyakit derita yang ditanggung, Apa tiadakah sekelumit bahagia buat Hana Hayla? Diterima Hadi Ehsan atau terus diabaikan? - "Kalau pun semua orang benci kau, aku tetap akan ada." Syara menarik rapat tubuh Hana ke dalam pelukan. - Apa kisah mereka? Apa jalan cerita mereka? Kejar-mengejar hingga tidak terkejar. - Start : 7/7/2021 End : 20/1/2023 End : 9/3/2025 Novel ini mengandungi banyak kesalahan dari pelbagai aspek, dan untuk mengedit semula akan mengambil masa yang lama, jadi saya harap pembaca dapat memahami setiap kesalahan yang tidak disengajakan.
Romance : Ahmad Khalif ✓ by dsyaf_
dsyaf_
  • WpView
    Reads 55,727
  • WpVote
    Votes 4,119
  • WpPart
    Parts 46
Book 2 (Masih edit dan tak digalakkan baca kerana cringe) 8 tahun yang lepas Nama aku Khalif. Bekas pelajar agama tapi makin lama makin terpesong dan ini semua kerana Qayeed. Siapa Qayeed? Manusia berperangai syaitan. Aku dijadikan hambanya, jika melawan seksa menanti. Namun sampai kini masih tertanya siapa Qayeed? Kenapa dia begitu berkuasa? ... "Hanum, saya minta maaf.." Rayu Khalif sambil melutut. "Aku benci lelaki macam kau, binatang macam kau memang patut mati!" Jerit Hanum seolah tidak waras. ... "Kau tunggu Khalif, aku boleh buat apa sahaja." Qayeed tersenyum sinis sendirian. ... Kini " Kami cuma nak tolong kau Khalif, kami ikhlas." "Aku tak perlukan pertolongan, memang ni jalan yang tertakdir. " Angkuh Khalif. Rais mengeluh hampa, hati seorang Khalif sangat keras. ... "Aku terima nikahnya Nur Han... " ... Akan ada sinar bahagia atau suram selamanya? Masih adakah kemaafan buat mereka yang lalai? Hati seorang Hanum bagaimana? Ego atau Maaf? Semua persoalan akan terjawab dalam Karya Ahmad Khalif. ... Novel ini mengandungi banyak kesalahan dari pelbagai aspek, dan untuk mengedit semula akan mengambil masa yang lama, jadi saya harap pembaca dapat memahami setiap kesalahan yang tidak disengajakan.
Thriller : Wais Ayden ✓ by dsyaf_
dsyaf_
  • WpView
    Reads 593,559
  • WpVote
    Votes 42,873
  • WpPart
    Parts 57
Series 1 Keseronokkan jalan cerita tidak bergantung pada nilai pembacanya, tetapi pada si penulisnya. Dia bukan sesiapa, Dia tiada agama, Dia dahagakan manusia, Untuk jatuh ke tangannya. *** "Satu nyawa, Rm10 000?" Senyuman sinis dilempar. Butang blazer dibuka, lalu punggung dilabuhkan di atas sofa berjenama itu. "Aku tak terima tawaran membunuh yang biasa-biasa." Cermin mata hitam dibuka, jelas matanya yang berwarna itu menampakkan lagi wajah kacukan yang dimiliki. *** "Saya Siti Marwah, anak ustaz Malik. Salam kenal ya?" Ini tawaran membunuh yang menyeksa diri, terpaksa berlakon menjadi orang islam, terpaksa solat dan mengaji, bahkan terpaksa berpuasa demi mengaburkan pandangan ustaz Malik. Siapa ustaz Malik? Lelaki yang bakal menjadi mangsa pembunuhannya. *** "Kau penipu! Aku bersumpah, tuhan akan jatuhkan hukuman setimpal kerana kau mempersendakan agama kami!" *** "أَشْهَدُ أَنْ لآ إِلَهَ إِلَّا الله وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَّسُوْلُالله" "Aku bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah." *** Masih ada jalan buat Ayden? Agama menjadi pegangan atau kerjaya? Mana satu yang akan menjadi pilihan? Semuanya bakal terbongkar dalam Karya Wais Ayden. *** Start : 2/2/2021 End : 6/8/2021 Novel ini mengandungi banyak kesalahan dari pelbagai aspek, dan untuk mengedit semula akan mengambil masa yang lama, jadi saya harap pembaca dapat memahami setiap kesalahan yang tidak disengajakan.
[C] KAPTEN KHAIR MIKHAEL  by wensyss
wensyss
  • WpView
    Reads 2,053
  • WpVote
    Votes 112
  • WpPart
    Parts 28
Sinopsis Nazeefa Rayfana, seorang bekas barista yang kini menjalani hidup sebagai isteri kepada Kapten Khair Mikhael - anggota elit PASKAU yang tegas, pelindung, dan penuh rahsia. Apa yang sepatutnya menjadi hidup bahagia selepas pernikahan, perlahan-lahan bertukar menjadi medan perjuangan bila dendam silam mula memburu mereka. Satu misi di luar negara mengubah segalanya - penculikan, pengkhianatan, dan kehilangan memaksa mereka melawan takdir dengan jiwa dan nyawa. Di tengah segala kekalutan, ikatan persahabatan dan cinta diuji dengan paling kejam. Namun dalam bayang-bayang kegelapan, harapan tetap menyala. Dan bagi Nazeefa dan Khair - cinta bukan sekadar janji. Ia adalah peperangan yang mesti dimenangi.
 [C]  AIREEN'S: THE LOST SOUL by wensyss
wensyss
  • WpView
    Reads 3,569
  • WpVote
    Votes 206
  • WpPart
    Parts 34
Sinopsis: Mereka bermula sebagai orang asing-hanya saling pandang dari jauh, memendam rasa yang tak pernah terluah. Di balik senyuman itu, ada luka. Di balik diam itu, ada cinta yang tak sempat mekar. Saat takdir mula menyatukan mereka, gelap dari masa silam menyusup masuk tanpa amaran. Pengkhianatan, kehilangan, dan rahsia yang membunuh perlahan-lahan. Dan ketika cinta itu akhirnya mula untuk mekar, segalanya sudah terlalu lambat. Apakah cinta yang terlambat masih mempunyai ruang untuk hidup? Atau mereka ditakdirkan hanya untuk bertemu, tapi tidak untuk memiliki? - make sure tekan vote and comment tauuu - Semua idea datang dari otak author sendiri . - Dilarang menciplak atau menghasilkan cerita yang hampir sama dengan cerita "AIREEN'S: THE LOST SOUL" .
 [C] CYRA'S : WHISPERS OF THE LAST LOVE  by wensyss
wensyss
  • WpView
    Reads 66,272
  • WpVote
    Votes 2,102
  • WpPart
    Parts 24
[ FIRST STORY ] Cyra Aleesya dan Alvin Edward disatukan kerana ibubapa mereka . Walaupun beberapa kali membantah , ibubapa mereka masih kekal dengan keputusan mereka . "Aku setuju berkahwin dengan kau tapi bersyarat , kita akan bercerai selepas 2 tahun ." Kata Alvin . Cyra mula ragu ii dengan syarat yang diberikan oleh Alvin kerana ianya salah di dalam Islam . Selepas beberapa bulan mereka berumah tangga , Alvin menyiasat tentang Cyra dan rupa ii nya Cyra ialah cinta pertama yang pernah dia buli semasa zaman sekolah dahulu . Tolong vote yaa : ) Cerita ini juga rajin disingkatkan jalan ceritanya kerana kemiskinan idea . Disclaimer : Gambar dalam cerita ni semua di ambil dari pinterest . (Cerita direka menggunakan idea sendiri . Tidak berniat mahu meniru mana ii cerita lain . And dilarang ciplak cerita ini yaa .) Start : 21/11 End : 16/12
FOREVER MINE | COMPLETE by _darkquill
_darkquill
  • WpView
    Reads 1,529,968
  • WpVote
    Votes 39,541
  • WpPart
    Parts 79
Dia satu-satunya matahari yang menceriakan suasana keluarga Tengku 'Armirul Qarl. Kerana kisah silam itu, tiada lagi senyuman yang terukir. Saban malam tidurnya sering dihantui mimpi buruk. Sejak peristiwa itu dia trauma dan kemurungan sehingga sanggup mencederakan diri sendiri. Tidak sanggup melihat keadaan anaknya begitu, Tengku 'Armirul Qarl memilih untuk merawat anaknya dengan rawatan exposure therapy melalui hypnotise. "Along!!! Angah!!! Abang!!! Tolong Adik", jerit budak perempuan itu. Jeritan itu membuatkan Aqieef yang sedang jogging terhenti. Dia menoleh ke arah suara itu. Kakinya pegun untuk seketika. Kepalanya tiba-tiba berdenyut. "Arghhh", jeritnya kuat. Tangannya pantas mencapai phonenya lalu mendail nombor Adwa. Dia meringkuk sambil memegang kepalanya yang sakit. "I NEED YOU NOW!!!" - Tengku Aqieef Darweesy "Princess?! Are you okay?" - Tengku 'Arwish Qaiesy Qarl "Adik takut", - Tengku 'Armielya Qaiesy Qarl "What if Ummi pinang kau? Kau terima ke?" - Tengku Aqieef Darweesy "No!! Saya tak nak. Tak ingin la saya jadi isteri awak" - Tengku 'Armielya Qaiesy Qarl "I'm gonna make you falling love with me" - Tengku Aqieef Darweesy "Don't you dare to touch me" - Tengku 'Armielya Qaiesy Qarl "Maafkan abang...Abang mengaku abang salah tapi demi Allah abang tak buat" - Tengku Aqieef Darweesy Apa yang terjadi antara mereka? Apa yang 'Armielya takutkan? Kenapa dengan Aqieef? Apakah kesudahan cerita mereka? Adakah pertemuan mereka hanyalah secara tiba-tiba? 🔞 Bacaan matang ⚠️ Typo bersepah ⛔️ Grammar error Published: SEPT 2023 Completed: MARCH 2024