Myss_Alia
- Reads 3,195
- Votes 233
- Parts 22
Di dunia yang lain, pasti seorang perempuan yang digelar 'HEROIN' disanjung tinggi dan menjadi watak utama setiap masa. Malangnya, ini bukan tentang kisah yang sempurna. Setiap halaman menyimpan cerita yang mungkin tidak sama dengan yang lain.
-1st love story books (Ameena Aralyn X Aysar Al-Mateen)-
Ameena bukanlah seorang perempuan yang akan menang dari segi kemewahan. Tidak, jauh sekali. Dia membesar tanpa pilihan. Anak yatim, serba kekurangan dan kurang kasih sayang. Di dalam suasana yang gembira iaitu "Hari Ibu' semua orang pasti akan memeluk dan menghargai ibu mereka. Namun dia?
"Mak....mak bangunlah mak! Jangan tinggalkan kaklong sorang-sorang. Siapa nak masakkan makanan sedap-sedap untuk kaklong? Kejut kaklong bangun? okey kaklong janji akan jadi anak yang baik tolong mak buat kerja. Mak bangun ya?"
Ibunya baru pergi menghadap Ilahi, ayahnya sudah menggatal mencari pengganti. Dia diperlakukan kasar dan didera. Ayahnya ingin membantu? cintanya hanya pada isteri baru.
Aysar Al-Mateen, seorang Doktor Pakar Bedah. Tegas dan berprinsip. Baginya kesetiaan dan cinta hanya diberi kepada mereka yang layak dan tulus. Bukan seperti perempuan yang mengejarnya hanya kerana pangkat dan statusnya iaitu 'anak Tan Sri'. Namun kehadiran Ameena mengubah sesuatu dalam dirinya.
Tanpa dia sendiri sedar, Aysar memilih untuk melindungi dan menjaga gadis itu dengan caranya sendiri. "Stop complaining dan ikut je arahan aku. As long as you with me, I will protect you and give you what ever you want".
Dapatkah Aysar mengubati luka Ameena? Adakah penamatnya akan menjadi bahagia untuk mereka atau takdir menentukan sebaliknya? Benarkah ibu tirinya betul-betul mencintai ayahnya atau dia ada agenda tersendiri? Adakah keluarga Aysar akan menerima Ameena? Let's find OUT