ITSNNI_'s Reading List
6 stories
c | Takdir Tuhan  by tiaraulhaq
tiaraulhaq
  • WpView
    Reads 28,771
  • WpVote
    Votes 960
  • WpPart
    Parts 60
"Bila tiba masanya aku yang akan datang jumpa kau." -NAIN Apa perasaan kau bila suka kat someone tu tapi dia tak nak layan? Sakit kan? Sebaliknya dia suruh kau menunggu. Berapa lama? Sakit nya cinta tak berbalas. "Ya Allah, aku tahu aku tak patut berharap apa-apa pun pada dia. Tapi kenapa susah sangat untuk aku lupakan dia. 8 tahun Ya Rabb. Memendam rasa sendiri. Kenapa aku tak boleh suka pada lelaki lain macam mana aku suka dia. Perasaan nya tak sama langsung. Aku tahu dia dah tunang. Tak sepatutnya aku fikirkan dia. Ya Allah, dengan lafaz basmallah aku lepaskan dia dari hati aku kerana mu. Aamiin." - NIA "Tak lama lagi aku kawen. Kau bila?" - NAIN "Aku pun tak lama lagi ni." - NIA "Aku tunang kau Nia." - NAIN "Pandai buat lawak." - NIA "Demi Allah aku tunang kau." - NAIN "APA??" - NIA Kisah #NaiNia yang digabung menjadi sebuah cerita bahagia. Adat dalam hubungan pasti ada terlebih dan terkurang. Saat mereka mula merasa bahagia dengan takdir Tuhan, namun mereka diuji tanpa Kehadiran zuriat. Rumahtangga mana yang bahagia saat orang keliling bertanya soal anak. Namun persoalannya adakah - setia suami terhadap isterinya? Atau - adakah Nia akan berkorban demi kebahagiaan orang lain? Selamat membaca Korang! ✨
MENDUA by missmisya
missmisya
  • WpView
    Reads 85,380
  • WpVote
    Votes 3,893
  • WpPart
    Parts 49
COMPLETE ☆༻*ੈ✩Karya pertama‧₊˚。 ゚ ꒰ঌ ✦໒꒱ Mendua-Pabila dusta menjadi derita Kisah dua wanita kuat yang diduakan. DIANA INSYIRAH-Melayari bahtera perkahwinan selama empat belas tahun cukup untuk membuatkan dirinya menemui titik kebahagiaan meskipun berada jauh dari tanah air.Kehidupan yang dirasakan cukup sempurna ranap sekelip mata apabila anak anaknya menjadi korban dalam kemalangan.Luka yang parah,kian berdarah apabila dia diduakan dalam diam. "Being together won't make us happier." Perpisahan bukanlah sesuatu yang diinginkan.Saat hati ingin mencari ketenangan,Diana bertemu semula dengan cinta pertamanya "My Diandra..." AMYRA SOFEA-Sikap tegas dan berdikari dalam dirinya menjadi alasan untuk suami yang dinikahi berkahwin untuk kali kedua.Hati yang tulus mencintai dikhianati begitu sahaja dan belum tentu dapat membenci dalam masa yang singkat. "Kelemahan seorang ratu adalah rajanya." Amyra membawa diri untuk satu tempoh yang cukup lama.Dua identiti dalam tubuhnya juga membuatkan Amyra makin keliru.Tambah pula dengan kehadiran lelaki yang dianggap kawan baik. "Aku akan sentiasa ada untuk kau." "Janji?" Dapatkah Diana dan Amyra menemui titik noktah paling bahagia yang dicari cari? ⚠️grammar error,typo everywhere,cringe
Perfect Sky (Complete) by saraimani99
saraimani99
  • WpView
    Reads 208,886
  • WpVote
    Votes 9,954
  • WpPart
    Parts 50
Love Seasons: Book 3 Orkid Wardina ialah wanita yang mempunyai segalanya kecuali cinta. Saat orang lain menemui bahagia, Orkid masih sendirian. Bagi Orkid, jodoh bukan segalanya. Sekiranya dia sendirian sehingga ke hari tua, dia redha. Apatah lagi dia sedang menggalas tanggungjawab sebagai penjaga kepada Nawra, anak abang tercinta setelah Ghazi meninggal dalam kemalangan jalan raya. Kerana kejayaannya, Orkid digilai Ridhwan. Seorang lelaki yang sanggup menceraikan isteri sendiri kerana mahukan Orkid. Hanya satu sahaja cara untuk menyelamatkan diri daripada lelaki itu. Orkid perlu segera berkahwin. Kemunculan Elhan, jiran sebelah rumah merangkap pak cik saudara kepada Nawra dilihat sebagai satu peluang besar kepada Orkid. Saat Elhan berani melamar, Orkid menaruh harap, Elhan kunci penyelesaian untuknya daripada terus dikejar Ridhwan. "Kak Dib ada cakap yang saya perlu berkahwin. Mungkin, Ridhwan takkan berani kacau saya lagi kalau saya dah ada suami. Saya terfikir awak, Elhan......" -Orkid Wardina "Orkid Wardina, sudi tak kahwin dengan saya? Jom kita bercinta selepas kahwin. Boleh?" -Elhan Waqqas- Bagi Elhan Waqqas, Orkid Wardina ialah cinta pertama yang dia yakin, bakal menjadi cinta terakhirnya juga. Tidak kisah apa jua alasan Orkid menerimanya, dia yakin bakal ada cinta di hati Orkid. "Sebagai seorang ayah dan suami, abang janji yang abang akan jaga keluarga kecil kita. Biarlah sebesar mana ujian melanda." - Elhan Waqqas Langit yang indah juga bergulung awan hitam sekali-sekala. Langit yang indah juga menurunkan hujan, simbolik kepada kesedihan. Orkid Dan Elhan diuji. Tatkala Elhan cuba menyelamatkan Orkid, ada sesuatu berlaku kepada Ridhwan sehingga memerangkap Elhan. Jika cinta bersemi di hati Orkid, Elhan akan bertahan. Jika tidak, adakah hukuman dunia pengakhiran perjuangan Elhan buat Orkid Wardina? Elhan masih berdoa langit sempurna yang dia idamkan dapat dipeluk juga.
MR PIRATE [Complete] by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 5,588,297
  • WpVote
    Votes 404,795
  • WpPart
    Parts 98
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatkan Husna teringat sampai sekarang. Mengapa Mr Blue? Kerana di dalam mimpi indah itu cuma menampakkan mata biru yang dianugerahkan buat lelaki itu. Sangat cantik. Buatkan dia jatuh cinta pada pandangan kali pertama mata mereka bertembung. Dan dia pasti, bukan cuma dia sahaja yang merasakan perasaan aneh itu. "Salah satu kenangan yang mahal. Adalah pertemuan kita."- misteri. Kemunculan Nathan iaitu bakal Ceo Ocean Resort, buatkan Husna semakin yakin jodohnya berada di jarak yang dekat. Lelaki itu juga memiliki mata biru sama seperti mimpinya. Namun disaat dia ingin meluahkan isi yang terbuku dihati, nasib malang menimpa diri sendiri. Dia terperangkap ditengah-tengah pulau. Atau lebih menakutkan, di kawasan zone merah. "Sudah nama pun Lanun. Kalau jumpa sesuatu yang berharga, tak mungkin aku akan lepaskan. Rugilah kalau macam itu."- Lanun "Saya akan cari jalan keluar walau apa pun caranya asalkan bukan tinggal dekat tempat miskin ni!"- HUSNA "Kalo kau mau keluar, keluarlah, tapi kalo aku jumpa kau balik. Memang teruk nasib kau nanti aku kerjakan."-LANUN Si Lanun itu memang lelaki tak mempunyai hati. Kalau ada pun, mungkin dah digoreng dengan minyak tanah. Egh, boleh jadi gila kalau dia terus tinggal di kampung kecil ini. "Sampai bila lagi kita nak tunggu, pa? Nasib Husna dalam bahaya. Kita kena selamatkan dia sekarang!"-Nathan "Siapa aje yang boleh hidup dekat tengah-tengah pulau sana? Mungkin Husna dah mati lemas?"- Datin Khadijah Apakah nasib malang yang bakal menimpa Husna? Adakah dia menjadi tawanan si Lanun atau sebaliknya? "Kenapa awak tutup sebelah mata ek? Saja nak acah-acah Lanun?"-Husna "Setiap cacat cela yang dilahirkan bersama ada keistimewaannya. Dan istimewa tu hanya untuk yang teristimewa juga."-Lanun Siapakah Mr Blue yang sebenarnya? "It's you?!"-Husna
Diari Mrs Ben (Complete) by annaleewrites122
annaleewrites122
  • WpView
    Reads 2,088
  • WpVote
    Votes 149
  • WpPart
    Parts 25
Ini adalah mini novel saya yang lama, diterbitkan sebagai mini novel pada tahun 2014 atau 2015 kalau tak silap, saya pun dah lupa. Jadi, maaf ya kalau ada fakta zaman batu dalam cerita ni. Saya tak sempat nak reedit. Saya letak di sini untuk pembaca baru yang belum pernah membaca cerita ini. Semoga terhibur! Blurb :- Sofia dan Ben-dua sahabat baik sejak zaman tadika. Tiada rahsia antara mereka. Baik buruk masing-masing, semuanya sudah terbongkar. Namun, satu kejadian tak terduga mengheret mereka ke dalam sebuah konspirasi yang tak pernah mereka bayangkan! Apakah konspirasi itu? Benarkah tiada rahsia antara mereka? Dan mampukah dua sahabat baik ini bertahan tinggal di bawah satu bumbung?
Aku Yang Salah [EDITING] by Nyctophiliatbh
Nyctophiliatbh
  • WpView
    Reads 193,549
  • WpVote
    Votes 3,266
  • WpPart
    Parts 74
𝐀𝐌𝐌𝐀𝐑 𝐙𝐔𝐇𝐀𝐘𝐑 - "Pembunuh macam kau tak layak untuk mengemis cinta dan kasih sayang dari aku. Kau yang patut mati bukan Irina. Mereka disatukan bukan atas cinta tetapi kerana dendam dan kebencian yang sudah lama membara dalam relung hati. Perkahwinan dia dambakan memberi kebahagiaan hanyalah satu jerat sengsara yang perlahan-perlahan membunuh jiwa. Bagaimana Ammar hendak menerima Hadeeqah sedangkan hatinya masih bertaut setia pada Irina. Sulit untuk melepaskan pemergian Irina dengan ikhlas. Umpama bersangka buruk pada suratan takdir yang telah merampas separuh nyawanya pergi. 𝐇𝐀𝐃𝐄𝐄𝐐𝐀𝐇 𝐈𝐋𝐘𝐀𝐍𝐀 - "Sampaikan cinta awak kepada wanita yang akan bahagiakan awak selepas ini". Tanpa sedari hubungan mereka terlalu hancur dimana gadis itu terpaksa menerima segalanya. Bagaimana mungkin kita jatuh cinta namun tidak ditakdirkan untuk bersama kerana cinta itu tidak seharusnya memiliki. 📌My own idea 📌 No plagiarism 📌Rekaan semata-mata