thekafai
4 stories
ZAUJAH HAMZAH [C] by thekafai
thekafai
  • WpView
    Reads 379,789
  • WpVote
    Votes 32,024
  • WpPart
    Parts 64
[ BOOK 4] HAMZAH BIN YUSUF Dia lelaki biasa. Bukan orang kaya atau ustaz. Namun selalu dilabel 'soleh'. Hanya kerana dia suka dan cinta pada masjid. "Andai Hamzah sudi, walid teringin bermenantukan Hamzah. Walid mahu kenalkan puteri walid pada Hamzah. Kalian boleh bertaaruf. " -TUAN ZAHARI Lamaran dari seorang guru yang disegani, buat fikiran dan hati Hamzah berbolak balik. Celaru. Dan ketika hati yang bersifat berbolak balik miliknya bersujud pada DIA, Hamzah dapat jawapan sebaliknya. Jawapan cash dari Tuhan. "Saya sudi bertaaruf, sudi jadi menantu walid. Tapi maaf, bukan dengan Ustazah Laylaa. Saya mahu memperisterikan Hana." Penolakan cinta Ustazah Puteri Laylaa, mencemarkan nama baik Hamzah. Tambahan pula pilihan Hamzah cumalah Hana. Perempuan liar yang jauh dari sempurna. "Apa lebihnya Hana sampai Hamzah mahu halalkan dia? Kenapa bukan Laylaa saja?" -PUTERI LAYLAA "Aku pun nak tanya benda sama. Kenapa ek, dia pilih perempuan macam aku jadi isteri dia?" -SURIA GERHANA Indahnya cinta halal selepas nikah, memaksa Suria Gerhana jatuh cinta pada suami solehnya secara rela. Hamzah tak pernah gagal jadi suami mithali. Suami yang melindungi sang isteri. Suami yang sempurna serba serbi. "Kenapa awak pilih saya, Hamzah? Saya bukan perempuan baik. Saya..bukan Layla." -SURIA GERHANA "Sebab Suria Gerhana, adalah jawapan untuk semua doa yang seketul Hamzah dah langitkan selama ini." -HAMZAH - Ini cerita seorang Hamzah. Lelaki penjaga masjid yang berusaha mengangkat darjat Suria Gerhana secara halal. Dan jika ada sesiapa yang bertanya.. "Suria?" "Hana?" "Siapa Suria Gerhana?" Maka jawapan tenang Hamzah kekal akan sama. Dari detik dia mengungkap ijab kabul, hingga takdir memisahkan mereka. "Suria Gerhana, Zaujah Hamzah." Dia Suria Gerhana, zaujah Hamzah si lelaki 'hutan'. Perempuan kuat, wanita terpilih yang menjadi belahan jiwa seorang Hamzah.
SOPIAH ISKANDAR [C] by thekafai
thekafai
  • WpView
    Reads 309,043
  • WpVote
    Votes 20,895
  • WpPart
    Parts 53
[BOOK 3] : ii dari [BOOK 1] Menuju gerbang masjid halal, mereka berdua diuji dengan kisah silam. Kisah silam yang datang untuk goyahkan ikatan pertunangan. "Aku minta maaf. Sebab aku bukan Muaz Akasa." -MUIZ ISKANDAR "Aku pun minta maaf. Sebab aku bukan Malaika yang comel merah- merah macam strawberi." -SOPIAH - Kata orang, kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai. Tapi mereka degil. Piah dan Muiz sama- sama keras kepala. Kata sepakat untuk bina rumah tepi laut, ditunaikan. "Daripada kita sakit, kita penat. Lebih baik kita masing-masing." Senafas Piah ungkapkan kata pedih itu. Muiz geleng kepala berkali- kali. Buat tak faham dan tidak dengar apa kata serta maksud Piah. "Lepaskan orang. Biar orang balik kampung ikut mak bapak. Muiz baliklah pada Muaz-" "Kalau penat, rehat Sopiah! Aku boleh sabar. Aku boleh tunggu kau sampai aku mati pun! JUST DON'T LEAVE ME ! PLEASE!!' -MUIZ ISKANDAR - Ini cerita drama roller coaster Muiz, Piah, penyondol, kisah silam, takdir dan istiqomah. Dibantu pula dengan Hamzah, sahabat soleh mereka di Darandele. : Antara mereka, siapa yang bakal menang?
SPIDER VOICE [C] by thekafai
thekafai
  • WpView
    Reads 538,191
  • WpVote
    Votes 31,734
  • WpPart
    Parts 64
[ BOOK 2 ] Sejak dalam kandungan mereka sudah berteman. Menurun dari legasi ibu bapa, ada darah pahlawan yang mengalir dalam tubuh mereka. "Voice." Nama gedik Allamanda yang hanya boleh disebut Haider. Tapi bukan Allam. Itu nama pentasnya sebagai petinju nombor satu negara Emriyal. "Ya, Spider?" Spider, code name untuk jejaka handalan Emporces yang sebenarnya si bisu Haider. - "Der..jom nikah." "Itu ayat aku patutnya." "Sudi tak Der?" "Ya. Sudi. Jom kita kahwin," Bahagia Spider hanya bersama Voice. Dan bahagia mereka berdua sekadar sementara. "Spider kena pergi, Voice." Kerana jasad Haider bukan hanya milik Allamanda. Itu hakikat yang memeritkan. "Tolong balik Spider...tolong bawa suami aku balik." Perit. Roh Allam hilang ditelan Allamanda. Sosok tegapnya jadi lemah. Dia jadi perempuan lembik. "Dengan izin Allah..abang akan balik. Tunggu abang balik, Voice. Tunggu abang." Dan itu kali terakhir Allamanda mendengar suara Spider kesayangannya. Suara emas Haider. Kerana negara yang mahu merdeka, mereka terpaksa berpisah. Demi tanggungjawab seorang perwira, isterinya merana. Hanya kerana Mahalaga yang mahu menakluk Emriyal, banyak cinta yang terpaksa dikorban. "Kita dah berkorban, diorang pun dah terkorban. Aku harap aku boleh kuat untuk reda." -QURRATUL QISSTINA "Tiga belas tahun aku dah tunggu Haider,kalau tak cukup..sampai mati pun aku boleh tunggu dia, Qiss." -ALLAMANDA, his Voice - Ini kisah Haider dan Allamanda. Cerita mereka yang tersakiti sebagai Spider Voice. Bersama Qissai, second lead couples yang saling mencintai namun tidak punya waktu halal bersama. "Agaknya, kita sayang sangat pada dunia, Der. Kita sayang sangat dekat hambaNya sampai Dia hadiahkan ujian besar ini pada kita." -HANS AIMAN "Ya Man. Ujian aku, aku hilang suara aku lagi." -HAIDER KAUSAR, her Spider.
ATMA AKASA [C] by thekafai
thekafai
  • WpView
    Reads 620,433
  • WpVote
    Votes 35,494
  • WpPart
    Parts 40
[ BOOK 1 ] Kala langit dan laut terjatuh cinta, Muaz menjadi korban takdir. Sepasang sayapnya patah. Dia tak bisa lagi untuk terbang tinggi. "Cuba senyum sikit Encik Muaz , mana tahu air laut yang masin ni jadi manis" - ATMA MALAIKA "Cuba belajar berenang dulu. Biar tak lemas dan tak menyusahkan orang yang cari ikan. Dasar scammer ikan" - MUAZ AKASA Dari kerja di langit, darat dan laut. Muaz tak pernah ketemu gadis aneh seperti Atma Malaika. Sangat tiba- tiba dan random. Sangat bertentangan dengan Mika, Kimi dan Haji Samir. "Perempuan bodoh! Sekali bodoh, selamanya lah kau bodoh!" Oh? Ada sesuatu yang perit kembali mencengkam dada Muaz. Melihat mata Malaika yang jernih itu berkaca. Buatkan jiwa Muaz yang dah lama mati tiada rasa ini, seakan hidup kembali. Rasa sakit. Dah lama aku tak rasa sakit begini.. - Ini kisah Muaz Akasa, penghuni bumi yang pernah menumpang di langit. Menyewa di darat, sekarang menetap di lautan. Sepasang sayapnya yang patah seakan tumbuh kembali kena hadirnya dia. Dia 'jiwa' yang baru. Jiwa Muaz Akasa, Atma Malaika.