Roshayati88's Reading List
56 stories
AKSARA YANG HILANG by nlxaroses
nlxaroses
  • WpView
    Reads 1,002
  • WpVote
    Votes 101
  • WpPart
    Parts 16
Aurelia tidak pernah melupakan Muhammad Saif. Lelaki yang pernah menjadi teman baiknya, cinta pertamanya dan pemilik segala janji yang dibuat pada penghujung zaman persekolahan mereka. Ketika Saif melanjutkan pelajarannya ke luar negara, hubungan mereka masih lagi utuh. Mereka berkongsi cerita, impian dan harapan tentang masa depan yang bakal dibina bersama. Sehinggalah suatu hari...... Saif menghilang tanpa khabar. Mesej tidak dibalas. Panggilan tidak dijawab. Aurelia hidup di dalam kebencian. Dia membenci Saif tanpa mengetahui lelaki itu sudah pergi meninggalkan dirinya buat selama-lamanya. Dan segala penantian Aurelia saban waktu berakhir dengan berita yang mematahkan hatinya. Saif telah meninggal dunia di dalam satu insiden yang tidak diingini. Gadis itu cuba meneruskan kehidupan seperti biasa. dia perlahan-lahan menerima bahawa sesetengah kehilangan tidak pernah menemukan jawapan. Namun kemunculan Aryan mengubah segalanya. Lelaki dingin itu sukar dibaca dan sentiasa menyembunyikan sesuatu di sebalik pandangan matanya yang kosong. Anehnya, setiap kali bersama Aryan, Aurelia merasakan satu perasaan yang tidak mampu dijelaskan. Seolah-olah dia pernah mengenali lelaki itu. Seolah-olah ada bahagian di dalam dirinya yang masih mengingati sesuatu yang telah lama hilang. Tatkala rahsia demi rahsia mulai terbongkar, Aurelia terpaksa berdepan dengan sebuah kebenaran yang tidak pernah terlintas di fikirannya. Kerana ada manusia yang tidak pernah benar-benar pergi. Dan ada nama dan aksara yang hilang.... Tetapi pemilik aksara itu ternyata masih hidup. Ikuti kisah Aurelia di dalam AKSARA YANG HILANG
FALCON: AVIARE by nlxaroses
nlxaroses
  • WpView
    Reads 11,046
  • WpVote
    Votes 750
  • WpPart
    Parts 32
SYED HARRAZ MIKHAEL & NUR INARA
Bunga Pilihan Takdir by reverielyn
reverielyn
  • WpView
    Reads 49,242
  • WpVote
    Votes 4,572
  • WpPart
    Parts 29
Hamra dalam doa, dia dalam nyata...
Mohamad Bayu Zikri by teddysss
teddysss
  • WpView
    Reads 2,287
  • WpVote
    Votes 104
  • WpPart
    Parts 1
"Meow~meow~" -𝐙𝐈𝐊𝐑𝐈 "Hishhh! Boleh tak jangan kacau saya lagi? Rimaslah! Lagi satu, saya ni bukan kucing! Tak payah nak meow meow dekat saya!" -𝐑𝐀𝐈𝐇𝐀𝐍𝐀 "Sorry la kitten, hmm? Punggung kau tu ha, geram aku tengok. Kiri, kanan, kiri, kanan. Macam punggung kucing kalau tengah berjalan. Apa orang panggil? Ha! Catwalk! Grrrrr, meow!" -𝐙𝐈𝐊𝐑𝐈 "LELAKI GILA!!! SAYA BAGITAHU ABANG SAYA!!!" -𝐑𝐀𝐈𝐇𝐀𝐍𝐀 𝐌𝐎𝐇𝐀𝐌𝐀𝐃 𝐁𝐀𝐘𝐔 𝐙𝐈𝐊𝐑𝐈, Sahabat baik kepada Rafael Shakeel Zavfier. Personaliti jejaka itu juga tidak saling tumpah seperti Rafael. Sahabat baiklah katakan. Namun, dia bukanlah seorang mafia seperti sahabatnya itu. Sebaliknya, salah seorang ahli kongsi gelap yang menjalankan pelbagai aktiviti haram di serata negara. Dadah. Arak. Penyeludupan manusia. Senjata haram. Pembunuhan. Itu adalah makanan hariannya. 𝐑𝐀𝐈𝐇𝐀𝐍𝐀 𝐒𝐀𝐋𝐒𝐀𝐁𝐈𝐋𝐀 𝐙𝐀𝐅𝐘𝐀𝐇, Satu-satunya bunga di antara adik beradiknya yang lain. Masih remaja dan muda. Mempunyai raut wajah yang lembut dan cantik seperti ibunya. Tetapi, garang dan comel. Dijaga dan dilindungi ibarat menatang minyak yang penuh oleh abang-abangnya yang lain. Namun, tanpa gadis itu sedari, ada seorang lagi lelaki yang sentiasa 'menjaga dan melindungi' dirinya dari jarak yang jauh. Berkali-kali Zikri cuba meraih perhatian Raihana dengan pelbagai cara. Bunga, coklat malah emas permata turut ditawarkan kepada gadis itu. Namun, tidak dibalas. Dan akhirnya, dia nekad menculik Raihana dan dibawa pulang ke kurungannya. Namun, di dalam jagaannya, tidak pernah sekalipun gadis itu dicederakan ataupun dikasari. Dan lama kelamaan, bait-bait cinta mula berputik sehingga satu peristiwa yang merubah segalanya. "Pergi dan kembali, itu janji aku."
𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐒𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐀𝐓 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐍𝐘𝐀 | (𝐒𝐔) by annestrella__
annestrella__
  • WpView
    Reads 229
  • WpVote
    Votes 49
  • WpPart
    Parts 10
𝐒𝐇𝐎𝐑𝐓 𝐒𝐓𝐎𝐑𝐘 || 𝐒𝐓𝐀𝐍𝐃 𝐀𝐋𝐎𝐍𝐄 ~~~~~ Misha Asmara seorang gadis yang tidak bersalah menjadi boneka dijual oleh abangnya sendiri, Muaz Affan, sehingga diperlakukan perkara terkutuk tanpa kerelaannya. Apabila semuanya terbongkar oleh keluarganya, Misha dituduh mengatakan bahawa dia adalah perempuan murah kerana sanggup menjual tubuh sendiri demi mendapatkan duit dan tuduhan itu berjaya membuatkan dia dibenci oleh keluarganya sendiri. Ayah Misha, Tuan Razman, bertekad untuk mengahwini anak perempuannya dengan anak saudaranya iaitu Zaidan Thufael tanpa kerelaan Misha. Demi menjaga air muka keluarga dan tidak mahu diketahui oleh orang luar bahawa anaknya telah membuat perkara terkutuk. Zaidan menerima Misha sebagai isteri, namun dia hanya menganggap Misha sebagai isteri atas kertas sahaja dan tidak menjalani tanggungjawabnya sebagai seorang suami kerana dia sudah memiliki wanita yang dia cintai. Bukan Misha Asmara. Tetapi, Neera Emilia, pasangan kekasih hatinya yang sudah bertahun mereka bercinta. Apakah yang akan terjadi selepas mereka berkahwin? Mengapakah Zaidan menyetujui perkahwinan yang bukan keinginannya? Dan bagaimanakah penerimaan Neera apabila kekasih hatinya yang sudah berjanji untuk mengahwininya sudah berkahwin dengan wanita lain? 🕊️💔 start: 4/6/2025 end: -
Teratak Buat Humaira by YanaaAgasshi
YanaaAgasshi
  • WpView
    Reads 394
  • WpVote
    Votes 78
  • WpPart
    Parts 9
Aisya Humaira, menggalas amanat oleh teman yang dianggap adik sendiri. Amanat yang membuatkan dirinya dibuang keluarga, dihalau seperti kucing kurap dan... bergelar seorang ibu dalam sekelip mata. Demi amanat dibawa, dia berlari di atas jalan yang penuh duri. Lapar dahaga, penat lelah, caci maki, dia telan semuanya tanpa tempat mengadu. Sehinggalah suatu hari... muncul seorang lelaki asing di depannya. Menghulur tangan di dalam samar malam. Dia tahu lelaki itu mungkin berbahaya. Mungkin mempunyai niat jahat. Mungkin inginkan sesuatu sebagai balasan tapi harus bagaimana? Dia sudah berdiri di tebing puncak. Sama ada dia berundur setapak dan jatuh... atau dia melangkah setapak dan menyambut huluran tangan lelaki itu. "Kenapa encik buat semua ni? Saya tak ada apa-apa untuk beri pada encik." - Aisya Humaira. "Jadi awak tak perlu beri saya apa-apa. Just terima semuanya. Apa yang saya beri, terima. Why? Who knows." - Firdaus.
PENDAMPING YANG SEMPURNA [OG]  by MsDyyn
MsDyyn
  • WpView
    Reads 10,425
  • WpVote
    Votes 463
  • WpPart
    Parts 16
Bermula daripada pertemuan yang tidak disangka, terbentuklah perasaan yang tiba tanpa diduga. Itulah kisah yang terjadi di antara Nur Jasmeen Irish dan Muhammad Fawwadz Zaquan. "Aduh aku dah lambat sangat ni! Habislah aku kena bebel dengan supervisor," - Irish BUKK!! "Allahuakbar! Eh sorry sorry! Maaf tak tengok jalan tadi!" - Irish "Eh tak-apa tak-apa. Awak okay tak?" - Fawwadz. Dari situlah, kisah mereka mulai menulis ceritanya. Namun... Terdapat satu kejadian yang langsung tidak pernah difikirkan walau sehari pun. "Kenapa ayah curang dengan ibu?! Kenapa ayah pilih perempuan janda entah dari mana jadi isteri ayah?!" - Irish "Diamlah! Kau tak ada hak untuk naik suara dengan aku! Ingat, kau darah daging aku!" - Ghazi Aryan Itulah kali pertama anak dan bapa itu bertengkar. Tak pernah sesekali pun mereka bergaduh. Dari yang penuh dengan keriangan, candaan, sekarang hanya penuh dengan sifat dengki dan... benci. Irish rasa hidupnya hancur. Insan yang bergelar sebagai insan ayah hilang bersama dengan pilihan keduanya. Hidupnya bagaikan cahaya yang telah menerangi gelap terpadam. She needs that light again. "Irish," - Fawwadz Started : 25 November 2024 Started again : 25 December 2025 End : ?
TAKDIR CINTA LUFYA by Daniaaryanna
Daniaaryanna
  • WpView
    Reads 27,623
  • WpVote
    Votes 3,084
  • WpPart
    Parts 28
STATUS: ONGOING Lufya Elaina x Irzan Qashfi Lufya Elaina dan Irzan Qashfi adalah dua jiwa yang pernah terluka disebabkan cinta. Namun definisi cinta bagi mereka berdua adalah berbeza. Bagi Lufya Elaina cinta itu membodohkan, kerana luka tercipta dari sesorang yang dianggap istimewa. Bagi Irzan Qashfi pula cinta itu membahagiakan, kerana cinta memberikan rasa yang sukar untuk diungkapkan dengan kata kata. Perwatakan Lufya yang garang dan anti lelaki buatkan Irzan tertarik untuk mengenali gadis comel itu lebih dekat. Walaupun ditolak mentah mentah, namun Irzan tak berputus asa. Katanya dia sukakan cabaran. "Luf, you tak rasa ke jodoh kita kuat? Kat mana I pergi mesti terserempak dengan you?" -IRZAN QASHFI "Stop calling me Luf, I tak suka!" -LUFYA ELAINA "Okay shorty grumpy cheeky boom boom." -IRZAN QASHFI "Benci betul lah dia ni. You ni memang annoying kan!" -LUFYA ELAINA Awalnya Lufya rimas dan annoying dengan sikap tak tahu malu Irzan, namun tanpa sedar ianya mula menimbulkan rasa aneh yang sudah lama terkubur. "You kena lupakan apa yang dah lepas. Stop revisiting your past. You berhak bahagia Lufya Elaina." "Till now it hurts Qash. Dia boleh hidup bahagia tanpa rasa bersalah, sedangkan I masih berjuang dengan rasa trauma dan sakit yang tak berpenghujung." -LUFYA ELAINA "Then let me heal every broken pieces of you Luf. Let me love you the right way. I promise, I will show you what real love looks like." -IRZAN QASHFI Berjayakan Irzan Qashfi mendapatkan cinta Lufya Elaina, kerana cinfa Lufya sudah habis di orang lama. Mungkinkah TAKDIR CINTA LUFYA bakal menyatukan mereka atau sebaliknya? Started date - 17/6/25
ARESTELLA ( slow Update ) by SHA_ATASHA
SHA_ATASHA
  • WpView
    Reads 86,510
  • WpVote
    Votes 6,479
  • WpPart
    Parts 24
"Welcome back....... Our princess" Di sinilah bermulanya kemunculan seorang gadis bernama Estella. Anak perempuan yang dilahirkan dalam keluarga kaya, dibesarkan dengan limpahan kasih sayang daripada ibu dan neneknya. Dia hanyalah seorang gadis biasa, seperti para readers, dengan imaginasi yang terlalu tinggi, sehingga tanpa disedari, dirinya terjebak ke dalam sebuah dunia yang tidak pernah wujud. Semuanya bermula dengan sebuah novel lama. Sebuah buku misteri yang entah daripada siapa pemberiannya. Novel itu telah menarik Estella masuk ke dalam dunia yang selama ini hanya hidup dalam imaginasinya, namun tidak seperti yang dia jangkakan. Di sana, dia bukan sekadar watak sampingan. Dia menjadi watak utama. Estella perlu mengubah setiap chapter, membetulkan jalan cerita, dan membuat enam orang hero bersaudara jatuh cinta padanya 100% Hanya dengan itu, barulah dia dapat membebaskan diri dan kembali ke dunia realiti. Dia, Arestella Pearl Gabriella. Seorang reader yang terperangkap di dalam sebuah novel. Angello Handro Aurel William Isaac Morgon Zayn Hugo Lucca Harisson Noel Lois Adakah Estella akan terperangkap di dalam dunia ini buat selama-lamanya? Start : feb - 13 - 2025
ECHOES OF LOVE by luvstvrsya
luvstvrsya
  • WpView
    Reads 25,869
  • WpVote
    Votes 1,505
  • WpPart
    Parts 26
𝓵𝓾𝓿𝓼𝓽𝓿𝓻𝓼𝔂𝓪'𝓼 𝓼𝓮𝓬𝓸𝓷𝓭 𝓶𝓪𝓼𝓽𝓮𝓻𝓹𝓲𝓮𝓬𝓮 ❦ 𝐍𝐀𝐃𝐇𝐄𝐄𝐅 𝐀𝐑𝐘𝐀𝐍 | 𝐀𝐘𝐑𝐀 𝐁𝐀𝐓𝐑𝐈𝐒𝐘𝐈𝐀 𝗡𝗔𝗗𝗛𝗘𝗘𝗙 𝗔𝗥𝗬𝗔𝗡 • Seorang jejaka kacak yang berusia 26 tahun dan merupakan seorang guru biologi di sekolah menengah kebangsaan. Sikapnya yang pendiam dan tidak banyak bercakap membuatkan dia kelihatan jauh berbeza daripada guru-guru lain serta wajahnya sentiasa kelihatan tegas. Jika ada pelajar yang tidak menyiapkan kerja sekolah, maka bersiap sedialah untuk dirotan oleh Sir Nadheef. 𝗔𝗬𝗥𝗔 𝗕𝗔𝗧𝗥𝗜𝗦𝗬𝗜𝗔 • Seorang gadis jelita yang juga merupakan seorang guru yang mengajar bahasa English di sekolah menengah kebangsaan, sama seperti Nadheef. Meskipun Ayra baru berusia 23 tahun, dia sudah menjadi guru yang disayangi oleh ramai anak-anak murid. Aura lemah-lembutnya membuatkan setiap pelajar senang mendekatinya. 𝗧𝗔𝗨𝗙𝗜𝗤 𝗜𝗟𝗛𝗔𝗠 • Merupakan seorang guru yang mengajar subjek matematik dan bersahabat baik dengan Nadheef serta Ayra sejak dari zaman bangku sekolah. Seorang guru yang amatlah sporting dan ceria kepada pelajar-pelajarnya. Sebaya dengan Nadheef dan mudah terhibur dengan setiap perkara yang dilakukan. -ˋˏ✄┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈ 🦢 too cute, too sweet too handle 🦢 say BIG NO to third wheels! 🦢 with warm hearts & kindness 🦢 full of unexpected plot twists, hehe 🦢 greenflag hero? more like the greenest ever Note : penulis sedang berehat seketika daripada dunia penulisan (hiatus) tiada sebarang updated new chapter untuk tahun ini. Akan kembali menulis pada bulan Disember 2026. ✦ Start : 2 Disember 2025 End : Next year, InshaAllah.