We've updated our Content Guidelines.
Review the latest guidelines to keep sharing stories safely.
collection
15 stories
SATU DESTINASI AKHIR [Complete] by MiaDamisha
MiaDamisha
  • WpView
    Reads 1,923
  • WpVote
    Votes 141
  • WpPart
    Parts 61
Bayangan Semalam Ada luka yang sembuh... Tapi parutnya tetap di sana. Ada janji yang terucap... Tapi akhirnya dimungkiri. Aku seorang perempuan yang pernah berdiri di tepi jurang, memandang runtuhnya dunia yang dibina sendiri. Aku pernah kehilangan segalanya cinta, keluarga, dan diri sendiri. Aku belajar untuk berdiri semula... Membina tembok tinggi agar tiada sesiapa lagi mampu mematahkan hati. Dia pula membiarkan dirinya karam, tenggelam dalam dendam dan rasa dikhianati. Sehinggalah sebuah pertemuan tanpa sengaja membuatkan hatinya berdegup semula. Tapi masa lalu tak pernah berdiam. Ia datang menyapa... menyuntik racun yang perlahan-lahan membunuh kepercayaan. Dan ada satu jiwa lain, yang kembali dengan rasa bersalah yang tak pernah padam. Dia kembali, membawa harapan yang terlambat dan cinta yang kini mungkin tidak lagi punya ruang. Kerana yang pernah dimilikinya kini bukan lagi insan yang sama. Di persimpangan itu, mereka harus memilih terus dibelenggu oleh bayangan semalam... Atau melangkah ke hadapan dengan hati yang mungkin sekali lagi hancur. Kerana yang membunuh cinta bukanlah masa.. Tapi bayangan semalam yang tidak benar-benar pergi. بسم الله الرحمن الرحيم Maaf kalau ada yang terlebih terkurang dalam karya saya yang pertama ini. Hope korang enjoy baca. Kisah dan watak dalam story ni cuma rekaan semata-mata tidak ada kaitan dengan mana-mana individu. Ada typo dekat mana-mana tu sila abaikan ye. 😅
Dalam Lipatan Genggam (on HIATUS) by doughnad
doughnad
  • WpView
    Reads 292
  • WpVote
    Votes 25
  • WpPart
    Parts 2
Mutiara 'Tia' Permata binti La'ali menyangka dia telah bertemu dengan cinta sejatinya: Tengku Afzan Danish bin Tengku Ghaisan. Jejaka tampan, tinggi, pengemas, dan berkarisma yang membuatkan jantungnya berdebar setiap kali mereka bertemu. Atas arahan ibunya, Puan Rosniahani, mereka dinikahkan hanya tiga bulan selepas pertemuan pertama. Yang mengukuhkan ikatan itu bukan sekadar cinta, tetapi wasiat arwah ibu Afzan, Puan Puteri Rahmawaty iaitu sahabat karib Puan Rosniahani sewaktu belajar dahulu. Wasiat itu menyebut tentang 'permata' yang harus dicari, dan Afzan akhirnya sedar bahawa ibunya merujuk kepada Tia. Namun, kenikmatan perkahwinan yang Tia impikan perlahan-lahan menjadi sesuatu yang menyesakkan. Afzan semakin hari semakin posesif, seolah-olah menjadi hilang arah bila Tia tidak berada di sisinya. Walau berkali-kali Tia meluahkan rasa terkongkong, Afzan tetap bertegas yang dia hanya ingin melindungi Tia kerana dia terlalu mencintainya. Di saat Tia hampir putus asa dengan perkahwinannya, Afzan tiba-tiba hilang tanpa kesan. Insiden itu membuatkan Tia menjadi tidak tentu arah dan patah hati. Dengan bantuan sahabat-sahabatnya, dia memulakan misi mencari suaminya. Berjayakah Tia menemui Afzan semula? Adakah Tia akan berubah hati untuk menyelamatkan perkahwinannya?
Dalam Lipatan Hati [Terbit] by doughnad
doughnad
  • WpView
    Reads 20,345
  • WpVote
    Votes 1,999
  • WpPart
    Parts 37
Ada cinta tak pernah hilang, Hanya tersembunyi dalam lipatan hati.
Nayla Emilia : Her Silence  (C) by NRa_Latte
NRa_Latte
  • WpView
    Reads 34,914
  • WpVote
    Votes 1,714
  • WpPart
    Parts 56
Dalam proses editing, akan kembali dengan versi dengan baik dan teratur. Dia punya segalanya. Nama, legasi dan cinta keluarga yang sempurna. Namun teman setianya hanyalah sepi. Nayla Emilia, seorang gadis pewaris yang dipandang semua orang dengan kagum, tetapi di balik senyuman manisnya ada ruang kosong yang tidak pernah terisi. Dia percaya cinta itu ada, tetapi tidak pernah untuk dirinya. Rafael Idzhar, seorang lelaki desa yang sederhana, penuh luka kehilangan, memilih untuk kembali ke kampung setelah meninggalkan dunia besar yang pernah dia miliki. Dia tidak mencari cinta. Dia cuma mahu bertahan. Starting : 5 Sept 2025 End : 25 Sept 2025 Editing : 13 April 2026 - 11 Ogos 2026
Antara Cinta dan Waktu (TERBIT) by NRa_Latte
NRa_Latte
  • WpView
    Reads 25,006
  • WpVote
    Votes 5
  • WpPart
    Parts 3
Retak Yang Masih Berdetak Ada sesetengah perpisahan... bukan kerana benci. Tapi kerana dua hati yang penat saling menunggu. Menunggu perhatian yang tak datang. Menunggu kasih yang makin surut. Menunggu sentuhan yang makin hilang. Dan lama-kelamaan, masing-masing mula rasa sepi-dalam ikatan yang masih sah. Aku dan dia... bukan tak pernah bahagia. Kami pernah ada dunia kami sendiri. Kami pernah ketawa sampai lupa dunia luar. Pernah bercinta sampai langit pun jadi saksi. Tapi cinta... Cinta takkan cukup bila dua manusia lebih banyak sibuk dari peduli. Lebih banyak berdiam daripada berbicara. Lebih banyak menyimpan daripada meluahkan. Dan hari ini... Aku lepaskan dia. Dengan nama Tuhan yang menjadi saksi, aku relakan dia pergi. Walaupun sebahagian dari hatiku-masih mahu dia menoleh. Masih berharap dia akan tarik aku semula, dan berkata: "Jangan pergi. Aku masih mahu kita." Tapi itu cuma mimpi yang tak pernah dijelmakan. Dan aku... Aku terlalu penat untuk terus berharap. Starting : 1 Ogos 2025 End : 22 Ogos 2025 #1 : Peluangkedua #1 : Berpisah #1 : Tenang # 1 : Kesal
WANITA TUAN GHAZRIL by qashard
qashard
  • WpView
    Reads 291,349
  • WpVote
    Votes 12,450
  • WpPart
    Parts 46
Tuan Ghazril Mikail, si duda terlajak usia yang selalu berwajah masam. Gelaran hot and spicy diusia 39 tahun itu adalah yang tepat untuk Ghazril. Pendek kata, dia adalah lelaki yang sempurna di mata wanita. "Dah 7 tahun kamu menduda, Ghaz. Fikir-fikirkanlah mana yang terbaik." ―PUAN SRI MAISARAH "Pintu hati ni dah tutup serapat-rapatnya. Takkan ada sesiapa yang boleh isi tempat Suri." ―GHAZRIL MIKAIL Dinginnya Ghazril berbicara tentang membina mahligai baru membuatkan Puan Sri Maisarah buntu untuk memujuk anaknya lagi kerana dalam diam, Ghazril tetap setia menjadi perindu pada arwah isterinya, Suri Sophea. "Oh, my gucci! Sejak bila dunia ni ada uncle yang segak dan kacak macam ni!" ―SEROJA MIKAYLA Cinta tak mengenal usia, kalau tidak takkanlah seorang gadis yang bernama Seroja Mikayla begitu berani menyatakan hasratnya tulus mencintai lelaki seperti Ghazril Mikail. "Apa yang susah sangat awak nak terima hakikat ni? Saya ni duda anak satu, umur pun dah terlajak!" ―GHAZRIL MIKAIL Namun Ghazril tegas menolak, bahkan perbezaan jarak usia mereka hampir 18 tahun itu membuatkan dia menolak mentah-mentah cinta dari gadis itu. Bagi Ghazril, perempuan itu terlalu kebudak-budakkan dan terlalu mencabar kesabarannya! "Tapi Seroja betul-betul dah cintakan, uncle! Takkan semudah itu Seroja nak mengalah? Cuba uncle bagi ruang pada Seroja untuk buktikan. Manalah tahu kita ada jodoh?" ―SEROJA MIKAYLA Kata orang cinta boleh dipupuk, tak mustahil dengan izin Tuhan cinta itu akan hadir tanpa dipinta. Dan sekelip mata cinta itu juga telah merubah sekeping hati seorang Ghazril Mikail. "Saya dan awak mampu bahagia, Allah yang buka pintu hati saya dan Allah juga yang hidupkan rasa cinta itu dalam hati saya." ―GHAZRIL MIKAIL Perkahwinan yang disangka membawa bahagia cumalah sekadar pinjaman, kebenaran yang terbongkar melukakan hati Seroja. Siapakah Ghazril sebenarnya? Semudah apa rintangan hidup mereka?
Janji Tanpa Kata (C) - editing by NRa_Latte
NRa_Latte
  • WpView
    Reads 5,372
  • WpVote
    Votes 561
  • WpPart
    Parts 32
1st Story❤️ Aliya Maisara... seorang wanita yang pernah percaya cinta boleh sembuhkan segalanya. Tapi pengkhianatan suami membuatkan dia patah, hilang kepercayaan, dan menutup pintu hatinya rapat-rapat. Hidupnya kini hanya kerja, keluarga dan diri sendiri. Tiada ruang untuk lelaki - lagi-lagi lelaki yang sweet dan terlalu ambil berat. Tapi Zafran Adam muncul. Dengan senyuman tenang. Dengan sabar yang luar biasa. Dia tak janji bulan dan bintang. Dia hanya kata: "Saya tak janji apa-apa, tapi saya buktikan." Saat Aliya mula percaya semula pada kebahagiaan... Muncul pula masa silam, bekas suami yang menyesal dan tak tahu erti putus asa. Konflik, cinta tiga segi dan ego seorang wanita yang pernah dikhianati... Mampukah Aliya melangkah sekali lagi kali ini bersama lelaki yang berani mencintainya tanpa syarat? Mula : 28 May 2025 Tamat : 30 November 2025 Editing : 13 Januari 2026, Selesai : 27 April 2026
Erina Tihani: Bukan Aku Tak Cinta (Terbit) by tyasylvie
tyasylvie
  • WpView
    Reads 793,058
  • WpVote
    Votes 4,701
  • WpPart
    Parts 10
Bila mulut gagal mengatakan namun mata membicarakan segalanya.
FAHIM:ATTRACTIVE HUSBAND (IN EDITING) by yanasamm_
yanasamm_
  • WpView
    Reads 188,827
  • WpVote
    Votes 1,427
  • WpPart
    Parts 6
1ST STORY [TENGKU MOHD FAHIM X LIYANNA AMAIRA] Bagi Liyanna, menyelamatkan nyawa adalah satu tanggungjawab yang tidak pernah boleh dipandang ringan.Namun disaat dia paling diperlukan disisi pesakit, ayahnya yang lumpuh juga memerlukan dirinya. Dia tahu dia tidak sepatutnya pergi. Tetapi sebagai seorang doktor, dia tetap perlu menjalankan tugas. Dengan berat hati, dia meninggalkan ayahnya dan pergi ke sebuah kem tentera untuk menjalani tugasan selama tiga bulan. Di situlah dia bertemu dengan Leftenan Tengku Mohd Fahim. Fahim bukanlah lelaki yang mudah untuk didekati.Garang,beku,tegas dan mempunyai ego yang tinggi apatah lagi jejaka itu ialah kawan rapat abangnya sendiri. Setiap hari pasti ada saja pertengkaran yang berlaku akibat mereka berdua sehingga menyebabkan orang sekeliling mereka penat mendengar. "Saya doktor. Tugas saya menyelamatkan pesakit, bukan ikut arahan awak semata-mata" -Liyanna Amaira "Dan aku tentera. Tugas aku pastikan orang bawah jagaan aku tak mati sebab buat keputusan terburu-buru macam kau" -Tengku Mohd Fahim Namun siapa sangka, akibat pergaduhan mereka ianya mampu membuat hubungan mereka semakin rapat. "Marry me, and I will prove that not all military men like to cheat" -Tengku Mohd Fahim Sangkakan selepas berkahwin mereka akan hidup bahagia, namun satu persatu badai datang menimpa mereka sehingga Liyanna tidak lagi sanggup bertahan. "Ceraikan Liya, Liya taknak hidup bermadu" -Liyanna Amaira "Bagi abang masa dan abang akan buktikan yang abang tak bersalah" -Tengku Mohd Fahim Bagi Fahim, sesebuah rumah tangga itu bukan hanya tentang dua hati yang saling mencintai, tetapi bagaimana mereka memilih untuk tetap bertahan dan saling mempercayai apabila badai datang menguji segala yang telah mereka bina. 2nd start-25/7/2026