𝐇𝐄𝐑 π‹πŽπ•π„
4 stories
π€π„π‘π˜ππ€ πŒπˆπ‹πˆπŠ πŠπ‡π€π‹π„πƒ | 𝐂 by berrin4rs
berrin4rs
  • WpView
    Reads 19,395
  • WpVote
    Votes 396
  • WpPart
    Parts 37
" Aeryna tak pernah menyangka kehidupannya akan bertukar dalam sekelip mata . Antara cinta dan kuasa , Tengku Khaled hadir sebagai lelaki penuh dominasi yang tidak pernah mengambil 'tidak' sebagai jawapan . Di sebalik senyuman dingin dan pandangan tajamnya , ada rahsia gelap yang mampu menghancurkan segalanya . 'Aeryna milik Khaled' - itulah kata-kata yang menjadi takdir , namun apakah cinta ini benar atau sekadar permainan seorang lelaki yang terbiasa memiliki segalanya ? ' " you are mine , mio caro " - Khaled . - baru belajar buat story !! - just dm if ada rasa tak suka !! - mohon maaf jika ada typo semua !! - support laa dah baca tuu !! NOTEE !! saya tertukar nama Khaled tu jadi Kaiden , so korang anggap je Kaiden tu nama panggil Khaled !!
π‡πˆπ’ π‹πŽπ•π„π‹π˜ 𝐒𝐓𝐑𝐀𝐍𝐆𝐄𝐑 | 𝐂 by berrin4rs
berrin4rs
  • WpView
    Reads 23,000
  • WpVote
    Votes 826
  • WpPart
    Parts 26
Jelita Nurabella bukan wanita yang mudah ditakluki . Bibirnya manis menutur kata , tetapi hatinya bagai tembok yang tidak bisa dirobohkan . Raja Aqeel , lelaki yang dingin dan penuh misteri , datang menghampirinya , menyusun langkah demi langkah untuk menakluknya . Namun , Jelita bukan wanita yang mudah tunduk pada pesona seorang lelaki , apatah lagi lelaki seperti Aqeel yang seakan memiliki dunia di genggamannya . Dia jual mahal , berpaling setiap kali Aqeel cuba mendekat . Hatinya sudah berikrar , dia tidak akan jatuh semudah itu , tidak akan menjadi seperti wanita lain yang tersungkur di hadapan pesona Raja Aqeel . Namun , lelaki itu tidak pernah mengenal erti putus asa . Dalam diam , dalam lirikan yang penuh makna , dalam tutur kata yang sering membuatkan dadanya bergetar tanpa sedar , Aqeel terus menyerang pertahanan yang dia bina sekian lama . Dan tanpa dia sedar , hatinya mulai retak . Dalam detik yang tidak dirancang , dalam renungan yang terlalu dalam , dia jatuh . Perlahan-lahan , keangkuhannya runtuh , digantikan dengan debaran yang tidak mampu dia dustakan lagi . Namun , apabila cinta hadir , hadir pula ketakutan yang lebih dahsyat , takut kehilangan . Jika dahulu dia percaya dia mampu pergi tanpa menoleh , kini setiap langkahnya hanya mahu menuju ke arah lelaki itu . Raja Aqeel , yang dahulunya hanya permainan dalam rencana hidupnya , kini menjadi satu-satunya lelaki yang dia ingin genggam selamanya . "i love you , mio universo," bisik Raja Aqeel di telinganya , dan pada saat itu , Jelita tahu , dirinya bukan lagi seorang wanita yang berdiri teguh melawan cinta , tetapi seorang wanita yang akhirnya menyerah kepada lelaki yang dia cuba tolak selama ini . NOTE !! > no copy !! > segala kesalahan bole pm !! > no hating allowed !! > spam auto block !! song : Kisah Cinta Kita - Hafiz suip
π‡πˆπ’ 𝐓𝐑𝐄𝐀𝐒𝐔𝐑𝐄 : π…πŽπ‘ππˆπƒπƒπ„π π‹πŽπ•π„ | πŽπ† by berrin4rs
berrin4rs
  • WpView
    Reads 8,006
  • WpVote
    Votes 303
  • WpPart
    Parts 9
𝐋𝐔𝐍𝐀 𝐍𝐄𝐑𝐑𝐀 π’π„π‘πˆπŽπ”π’ 1 Asyfryna Dhamira dan Raja Aqeef . Dua insan yang pernah berkongsi cinta selama lima tahun di Sapienza University of Rome , kini terpisah oleh satu tragedi . Kemalangan yang menimpa Asyfryna bukan sahaja meragut hampir separuh memorinya , tetapi juga membiarkan dirinya hidup dalam sebuah teka-teki yang tidak pernah dia fahami . Raja Aqeef , seorang lelaki yang dingin dan penuh dendam , kembali dalam hidup Asyfryna bukan sebagai kekasih , tetapi sebagai seseorang yang ingin mengajarnya tentang sakitnya kehilangan . Dia membawa Asyfryna ke Malaysia untuk urusan syarikatnya , Luna Nerra Holdings , tanpa memberi ruang untuk penolakan . Di mata Raja , Asyfryna adalah pengkhianat , wanita yang pernah dia cintai sepenuh hati tetapi telah menghancurkan kepercayaannya . Namun , semakin lama mereka bersama , semakin banyak rahsia lama yang terbongkar . Asyfryna mula mempersoalkan kebenaran di sebalik semua tuduhan Raja . Adakah dia benar-benar seorang pendusta seperti yang Raja percayai , atau ada sesuatu yang telah diambil daripadanya bersama memorinya ? Dalam satu perjalanan ke Paris , di acara gala syarikat , ketegangan antara mereka semakin memuncak . Mata Raja penuh dengan amarah , tetapi jauh di sudut hatinya , ada perasaan yang tidak pernah mati . Asyfryna , dengan hati yang rapuh tetapi ingin mencari jawapan , tidak mahu tunduk kepada keangkuhan Raja . Di antara dendam dan cinta , antara ingatan yang kabur dan kebenaran yang terpendam , mampukah mereka menemukan semula kisah yang telah lama hilang ? Atau semuanya sudah terlambat untuk diperbaiki ? ⚠️ -tidak meniru mana ii cetakkan yang lain -segala kesalahan boleh pm -no hating allowed -11+ only -banyak menggunakan bahasa pasar / kasar -tiada kena mengena dengan HLS .
π‡πˆπ’ ππ„π€π”π“πˆπ…π”π‹ ππˆπ‹πŽπ“ | π’π‹πŽπ– 𝐔𝐏𝐃𝐀𝐓𝐄 by berrin4rs
berrin4rs
  • WpView
    Reads 3,943
  • WpVote
    Votes 139
  • WpPart
    Parts 6
π‡πˆπ’ ππ„π”π“πˆπ…π”π‹ ππˆπ‹πŽπ“ β‹†βΊβ‚Šβ‹† -π‚πŽπ‹π‹π€ππ€π‘π€π“πˆπŽπ 𝐁𝐄𝐓𝐖𝐄𝐄𝐍 ππ„π‘π‘πˆππ€π‘π’ 𝐗 𝐋0π•πƒπ˜ππ β˜…β‚ŠβŠΉβ™‘ Di sebalik ketinggian langit yang menghamparkan kebebasan , Daneen terkurung dalam bayang-bayang masa silam . Dia seorang juruterbang dengan jiwa yang patah , dibenci oleh ayah kandung sendiri , dihantui luka lama yang tidak pernah sembuh . Dia terbiasa berdiri sendiri , tanpa sesiapa untuk berpaut . Danish , seorang pegawai polis yang baru pulang ke tanah air , tidak pernah menyangka pertemuan di lapangan terbang akan menautkan takdir mereka . Dia jatuh hati pada Daneen , seorang wanita yang terlalu kuat untuk mengaku bahawa dia lelah . Namun , hati Daneen bukan untuknya . Dia menutup segala ruang , menolak setiap langkah Danish . Tetapi hidup punya cara sendiri untuk mengikat mereka . Satu salah faham , satu tuduhan yang tidak berasas , dan mereka terpaksa disatukan dalam sebuah pernikahan yang tiada cinta . Bagi Daneen , itu adalah jeriji besi yang lebih menyesakkan . Bagi Danish , itu adalah peluang untuk merawat luka yang tidak pernah dilihat orang lain . Seiring waktu , dinding yang Daneen bina mula runtuh . Sedikit demi sedikit , dia melihat Danish bukan sekadar seorang lelaki yang dikahwininya tanpa rela , tetapi seseorang yang membuatnya ingin percaya bahawa cinta tidak semestinya menyakitkan . Namun , hidup tidak pernah adil pada mereka . Saat Daneen mula belajar mencintai , saat hatinya mula berbisik bahawa dia tidak mahu kehilangan itu , takdir meragutnya pergi . Danish pergi meninggalkannya tanpa sempat dia mengungkapkan , bahawa untuk pertama kalinya , dia sudah bersedia untuk mencintai semula . Dan buat pertama kalinya , langit terasa lebih sepi dari biasa . β€’ ⚠️ . β€’no copy allowed . β€’nak kecam just dm je . β€’hasil imaginasi penulis .