first novel i read🙇‍♀️
5 stories
HIS : REA QAYSZA by bungaummara
bungaummara
  • WpView
    Reads 12,934
  • WpVote
    Votes 1,709
  • WpPart
    Parts 10
Naufal Idrees - Pertama kali mata Naufal mendarat pada Rea, dia terpegun. Untuk seketika, dunianya bagaikan terhenti. Dia seperti tidak mahu melepaskan peluang sesaat pun untuk tidak menikmati keindahan ciptaan Tuhan ini. Rea sangat cantik di matanya. Bukan dia tak pernah melihat gadis cantik malah hidupnya dikelilingi oleh model, artis dan selebriti tetapi kenapa kali ini perasaannya lain? Wajah bersahaja gadis itu yang langsung tidak hiraukannya buatkan dia makin tertarik. Kenapa dia tak pernah tahu Adrean mempunyai kakak secantik ini? Tengku Rea Qaysza - Dia hanya mengukir senyuman sinis apabila Naufal hulurkan tangan untuk bersalam. Bukan dia tak kenal dengan lelaki ini. Saban hari ada saja gambar lelaki ini bersama wanita yang berlainan. Naufal? Memang kacak. Tapi dia tak hairan. Berlambak lagi manusia yang kacak atas muka bumi ini tetapi dia tetap tak hairan. Kerana apa? Kerana dia tidak mencari cinta. Rea lebih memilih kebebasan. "Kakak aku off limit Naufal. Perempuan lain boleh tapi bukan kakak aku." - Adrean Amaran dari Adrean buat Naufal berfikir dua kali untuk mendekati Rea. Gadis itu juga langsung tidak memberikannya ruang untuk mendekat. Namun adakah Naufal akan berhenti setakat ini sahaja? Mestilah tidak. Amaran Adrean tidak menjadi penghalang sehinggalah kemunculan seseorang yang tidak dijangka di antara mereka. Siapa yang muncul di kala Naufal sedang berusaha memikat Rea? Adakah Naufal akan berjaya memikat Rea? Salam sayang, STILL
Tuan Zarief Khairil (Completed) by AinaNabilaAzman
AinaNabilaAzman
  • WpView
    Reads 1,898,017
  • WpVote
    Votes 76,425
  • WpPart
    Parts 66
Setelah bertahun tahun tidak menjejakkan kaki ke tanah air kerana bermasam muka dengan ayahnya sendiri menjadikan Faryna Aireen sangat liat untuk pulang ke Malaysia. Bertahun tahun jugalah dia hidup sendirian di negara orang tanpa bertanya khabar tentang orang tersayang hingga dia menjadi terlalu selesa berseorangan. Namun apabila datuknya menggunakan kuasa veto sepanjang menjadi orang yang menjaga dan mendidik Faryna Aireen sedari kecil, terus membuatkan Faryna Aireen menurut tanpa sebarang bantahan. "Tok Ayah nak Ai balik ke Malaysia secepat mungkin. Tiada kata tidak, tiada alasan. Tok Ayah tak mahu cucu Tok Ayah hidup seolah olah hanya sebatang kara." - TUAN IBRAHIM. Tapi apabila sudah pulang ke Malaysia, lain pulak ceritanya! Aih! Tiba tiba Tok Ayah suruh Faryna Aireen berkahwin! "Kasar sangat gurauan Tok Ayah ni. Janganlah bergurau macam ni dengan Ai. Tak mungkinlah Ai akan berkahwin dalam tempoh enam bulan lagi dan akan bertunang hari ini? Mustahil!" - FARYNA AIREEN. Bertunang dan bakal berkahwin dengan lelaki yang tidak pernah dia kenali dan bertemu membuatkan Faryna Aireen rasa menyesal pulang ke sini namun apa lagi yang dia boleh buat apatah lagi saat Tok Ayah dah menaruh harapan yang tinggi untuk melihat dia disatukan dengan lelaki pilihan Tok Ayahnya? "Don't judge a book by its cover, sayang. Macam mana you nak nampak kesungguhan I kalau you tak boleh nak buka hati you untuk percaya pada I? At least you letak sikit kepercayaan tu pun dah memadai." - TUAN ZARIEF KHAIRIL. Bolehkah Faryna Aireen menerima Tuan Zarief Khairil sebagai suami? Bolehkah Tuan Zarief Khairil bertahan dengan kerenah si bakal isteri yang kadangkala memeningkan kepala? TUAN ZARIEF KHAIRIL
The Lecturer My Husband | [IN EDITING] by athyraa4_
athyraa4_
  • WpView
    Reads 1,633,656
  • WpVote
    Votes 42,950
  • WpPart
    Parts 31
BOOK | 1 TAJUK LAMA: PENSYARAH ITU SUAMI AKU STATUS: Complete ✅ AIMAN HAQEEM | RAISYA AMANDA 'YOU'RE MY EVERYTHING, FOR MRS. AIMAN HAQEEM'S ANGEL' Perkahwinan diatur oleh ibu bapa mereka apabila berlaku situasi 13 tahun lalu yang menyebabkan mereka berkahwin tanpa mengenali antara satu sama lain. RAISYA AMANDA ialah seorang gadis yang baru lepas dari SPM. AIMAN HAQEEM yang merupakan pensyarah Bahasa Inggeris di salah sebuah universiti. Mereka terpaksa akur dan mengikut segala kehendak ibu mereka yang ingin mengahwini mereka. "Kalau itu yang umi nak, Haqeem setuju dengan cadangan umi." - AIMAN HAQEEM "Tak apalah ibu, kalau ini sahaja cara yang kita ada, Raisya setuju." - RAISYA AMANDA Selepas mereka bergelar suami isteri, telatah dan tingkah laku yang menyayat hati itu berlaku sepanjang mereka bergelar suami isteri. Tanpa mereka sedari, cinta dan kasih sayang mula muncul di hati mereka. Namun tanpa Raisya Amanda mengetahui suaminya adalah pensyarah yang akan mengajarnya sehingga suatu hari nanti. "Raisya bukan suami awak ke?" - SYAKIRA Tetapi mereka diuji dengan kemunculan orang ketiga dalam hubungan suami isteri. "Kalau saya tak dapat Sir Haqeem. Jangan harap orang lain dapat." - ZULAIKHA INSYIRAH Dapatkan mereka mempertahankan rumah tangga mereka? Adakah ia akan berlaku kepada mereka apabila orang ketiga hadir? Highest ranking #1 of Lecturer (12/2/22) #1 of Jealous (15/2/22) #1 of Comedy-Romance (14/3/2022) #3 of Comedy (27/4/2022)
C| SYURGA DADDY [REVAMP] by Greenlope
Greenlope
  • WpView
    Reads 741,135
  • WpVote
    Votes 20,253
  • WpPart
    Parts 55
[Complete] SYURGA DADDY by Greenlope @ Nana Khairi Revamp 2025 Balik Malaysia lebih awal sepatutnya jadi peluang untuk Keisha Ardiena sembuh hati selepas putus cinta dengan ex-boyfriend. Dia cuma nak hidup tenang, jauh dari drama dan kenangan lama. Tapi takdir memang suka main-main dengan dia. Tup-tup, dalam sibuk menyesuaikan diri di tanah air, dia terserempak dengan seseorang yang tak pernah dia fikir akan muncul balik dalam hidupnya - ex sugar daddy. Pertemuan semula yang sepatutnya sekali lalu, bertukar jadi kusut bila Keisha mula sedar... dunia mereka sebenarnya jauh lebih rapat daripada yang dia bayangkan. Satu demi satu rahsia terbongkar, dan semua orang di sekelilingnya mula tahu siapa sebenarnya lelaki itu dalam hidup Keisha.
HIS : KAYLA JASMEEN by bungaummara
bungaummara
  • WpView
    Reads 906,216
  • WpVote
    Votes 37,528
  • WpPart
    Parts 59
Tengku Adrean Qays ~ He let her go once but now she's here again. He will prove that their story is far from over. Kayla Jasmeen ~ Her life was a battlefield of grief, yet she walked through it with quiet strength, planting hope where loss once reigned. Setelah beberapa tahun terpisah, hidup Kayla Jasmeen kembali huru hara apabila Tengku Adrean Qays muncul kembali. Bekerja di bawah Tengku Adrean adalah perkara paling terakhir dia mahu lakukan sekarang. Tapi apa yang dia perlu buat? "Awak masih tak berubah kan? Suka paksa orang?" - Kayla Jasmeen "Aku tak pernah berubah untuk orang yang aku sayang." - Tengku Adrean Qays Dari Tik Tok kini ke Wattpad, kita sama-sama baca kisah mereka ! Salam sayang, STILL