Lilyshahj's Reading List
157 storie
CARDIO: ASH (COMPLETE) di nlxaroses
nlxaroses
  • WpView
    LETTURE 168,280
  • WpVote
    Voti 6,319
  • WpPart
    Parti 46
Muhammad Ayyash Hazmi, seorang pakar bedah jantung yang hidup sebatang kara. Kehidupannya hanya berkisarkan hospital semata-mata. Bagi mereka, Ayyash hanyalah seorang lelaki yang tak suka bergaul dengan manusia lain. Pelbagai nama panggilan yang dia dapat daripada staf bawahannya kerana kedinginan dan ketegasannya. Nur Hazirah Husna, seorang wanita yang baru saja mendapat gelaran doktor pelatih. Dia telah memilih jabatan kardiologi sebagai tempat lapangannya. Mengenali Ayyash membuatkan dia terasa ingin menjadi anak didik yang terbaik lelaki itu. Mampukah Hazirah Husna mencairkan kedinginan Ayyash Hazmi?
Derita Seorang Maira  | C di Sophianyy
Sophianyy
  • WpView
    LETTURE 576,654
  • WpVote
    Voti 21,518
  • WpPart
    Parti 56
Maira - 22 Tahun - 156 cm - 20/8 Hayyan - 25 Tahun - 189 cm - 15/6 Maira Seroja - Selalu didera oleh keluarga kandungnya sendiri dari kecil sehinggalah dia dipaksa untuk berkahwin dengan seorang lelaki yang tidak dikenali olehnya, Maira dipaksa berkahwin dengan lelaki itu atas kerana ibu bapanya tidak dapat membayar hutang. Setiap hari pasti ada sahaja kesalahan atau nasib malang Maira sehingga membuatkan dia dimarah,didera dan juga dipukul setiap hari oleh ibu kandungnya Maira tidak dapat lari dari derita tersebut. Sehinggalah dia berkahwin adakah derita itu masih ada...
Your Mikhaliev Edric [C] di _theonlydya
_theonlydya
  • WpView
    LETTURE 156,727
  • WpVote
    Voti 5,802
  • WpPart
    Parti 66
[ROMANCE ACTION] #1ST SERIES. Mikhaliev Edric, Master of Assasin Group, yang dikenali sebagai "Braccia Della Morte" kumpulan yang paling digeruni. Mikhaliev Edric, berkacukan darah Italy, dan usahawan muda pemilik syarikat Elite Transit Global yang diwariskan oleh ayahnya iaitu Dato Ezra bin Dato Mykel. Mikhaliev seorang yang dingin dan tidak percaya akan cinta pandang pertama. Bagi Mikhaliev Edric, cinta adalah sesuatu yang perlu dibina, bukan sesuatu yang datang dengan mudah. Mawar Sephia, pemilik Butik Terkenal, telah membina kehidupan bahagia bersama keluarganya. Namun, segala-galanya hancur apabila kematian ibu kandungnya. Kehadiran ibu tiri dan abang tirinya hanya membawa dugaan, sehingga Mawar Sephia dibuang oleh bapa kandungnya sendiri, akibat fitnah yang disebarkan oleh ibu tiri dan abang tirinya. Namun, kehadiran Mikhaliev Edric dalam hidupnya mengubah segalanya untuk Mawar Sephia. Mawar Sephia- " You are my savior. You are the one who saved me when I thought I was beyond saving." Pertemuan yang tidak dirancang antara Mikhaliev Edric dan Mawar Sephia telah membuka mata Mikhaliev kepada sesuatu yang selama ini dianggap mustahil. Dalam sekelip mata, hatinya yang selama ini dingin mula terusik, seolah-olah takdir sudah lama merencana pertemuan mereka. Mikhaliev Edric - "I never believed in love, not until you came into my life. I may not have the right words to describe what I feel, but I know one thing, I want to protect you Mio Fiore. So, marry me Mawar Sephia. Let me be the one who stands by your side, through everything." Dendam lama yang belum terpadam mula menghantui, menggoncang hubungan yang mereka pertahankan dengan nyawa dan air mata. Mampukah Mawar Sephia dan Mikhaliev Edric terus kekal bahagia? Atau akan runtuh juga cinta mereka di tangan musuh dan masa silam yang belum reda? "Le Braccia della Morte non perdonano. Cancellano" "(The Arms of Death don't forgive. They erase)"
KESAYANGAN TUN di Meriossah_
Meriossah_
  • WpView
    LETTURE 148,767
  • WpVote
    Voti 8,972
  • WpPart
    Parti 40
Unedited version! (may contain typos, repetition, and messy structure). 𝐓𝐮𝐧 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬: 𝐓𝐮𝐧 𝐍𝐚𝐚𝐢𝐥 𝐊𝐚𝐬𝐡𝐚𝐡 [Drama + Romance] [Spin-off Manuskrip] "Kalau aku kahwin sekali pun hangpa masih orang penting dalam hidup aku. Aku tak akan buang hangpa dua. Hang, adik, Syarifah ... hangpa tiga kesayangan aku."" Mula: 1/1/2025
Di Bawah Langit Yang Sama di misseshaa
misseshaa
  • WpView
    LETTURE 14,300
  • WpVote
    Voti 771
  • WpPart
    Parti 41
HAIKAL AMRIN | MAYA KEHLANI (melancholy romance) If it never hurts, was it ever love? Haikal Amrin tidak pernah menyangka hidupnya akan berubah hanya kerana kehadiran seorang wanita. Luka daripada hubungan silam membuatkan dia trauma untuk membuka hati kepada mana-mana perempuan. Namun, apabila usianya semakin menghampiri angka 30-an, keinginan untuk memiliki sebuah keluarga mula memenuhi ruang hatinya yang sekian lama kosong. Segalanya berubah apabila Maya hadir dalam hidupnya. Mahligai yang dibina atas nama cinta bersama wanita itu terasa sempurna. Maya Kehlani bukan sekadar pekerja di kafe miliknya, malah seseorang yang rupanya telah lama bertapak di sudut hatinya tanpa disedari. Pertemuan pertama mereka empat tahun lalu masih kekal segar dalam ingatan Haikal, seolah-olah takdir telah lama menulis nama mereka pada helaian yang sama. Hubungan mereka berdiri utuh. Bagaikan bulan dan bintang, Haikal dan Maya saling melengkapi antara satu sama lain. Setiap tawa, setiap janji, dan setiap bicara terasa seperti rumah yang akhirnya ditemui setelah sekian lama mencari arah. Namun, tidak semua kebahagiaan ditakdirkan untuk bertahan selamanya. "Kau hanya pengganti dia." - UNKNOWN Satu rahsia terbongkar menyebabkan satu kpercayaan yang dibina perlahan-lahan mula retak, manakala cinta yang pernah utuh semakin diuji oleh masa lalu yang tidak pernah benar-benar terkubur. Haikal tidak pernah berhenti mencuba untuk memenangi semula hati isterinya. Namun, dalam usahanya mempertahankan cinta mereka, semakin banyak dugaan dan luka yang hadir tanpa belas kasihan. Mampukah mereka pertahankan mahligai yang dibina bersama walau sebesar mana pun pengkhianatan dilakukan? Atau Sebenarnya, takdir mereka sememangnya ditulis untuk saling menyakiti sejak awal lagi?
Target : Lara Camelia [C] di nysaraee
nysaraee
  • WpView
    LETTURE 17,738
  • WpVote
    Voti 1,280
  • WpPart
    Parti 43
Penjenayah. Amnesia. Dua perkataan yang cukup untuk menggambarkan diri Lara Camelia. Tapi... dia sendiri tidak tahu jenayah apa yang dilakukannya, atau mengapa polis begitu gigih mengejarnya. Satu-satunya tujuan yang jelas adalah mencari kebenaran tentang siapa dia sebenarnya. "Siapa saya sebenarnya?" -Lara Camelia Kemunculan Muhammad Adam Kael mengubah segalanya. Wajahnya yang kacak dengan aura dingin, selamba dan beku tanpa emosi, lelaki itu dikenali bukan sekadar kerana rupanya - tetapi kerana kejayaannya menakluk dunia perniagaan pada usia yang masih muda. "Macam ni cara kau selamatkan diri?" -Muhammad Adam Kael Pertemuan mereka yang tidak dijangka ketika Lara cuba melarikan diri dari polis membuka lembaran baru dalam hidup mereka. Setiap langkah, setiap rahsia, dan setiap pertemuan menyemai ketegangan, emosi, dan sedikit kekacauan. Namun, adakah Kael seorang pelindung atau pengkhianat? Mampukah Lara menyingkap rahsia identitinya sendiri? Dan jika dia berjaya, adakah Kael akan berada di sisinya... atau menjadi ancaman terbesar dalam hidupnya?
C| MANUSKRIP di Meriossah_
Meriossah_
  • WpView
    LETTURE 483,729
  • WpVote
    Voti 23,235
  • WpPart
    Parti 54
Unedited version (may contain typos, repetition, and messy structure 𝐓𝐮𝐧 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬: 𝐓𝐮𝐧 𝐍𝐢𝐲𝐚𝐳 𝐊𝐡𝐚𝐥𝐢𝐟 [PARANORMAL + SLIGHT ROMANCE] "Ketakutan akan membunuhmu. Pertahankan jiwa dan ragamu wahai manusia. Jangan bagi celah untuk aku ambil. Kelak kau akan menyesal." Mula: 01/01/2024 Tamat: 28/09/2024
HIS ADMIRE : Cinta Hati Leftenan Kolonel | SU | di _theeyne
_theeyne
  • WpView
    LETTURE 79,538
  • WpVote
    Voti 3,577
  • WpPart
    Parti 19
Rayna Zafrena - Mejar juruterbang taktikal EC725 TUDM. Pernah dipandang rendah kerana wajah dan perwatakannya yang berbeza, namun hari ini dia berdiri sebagai salah seorang juruterbang taktikal terbaik negara. Biarpun dibesarkan dalam keluarga yang jarang menyokong impiannya, ada satu-satunya abang di perbatasan yang menjadi sumber kekuatannya. Namun, di sebalik langit luas dan keberanian yang dipuji, Rayna menyimpan luka lama... luka bernama Raqeef Zayden. Dahulu pembuli di sekolah, kini Leftenan Kolonel PASKAU TUDM yang disegani kerana ketegasan dan kejayaannya dalam misi sulit. Takdir mempertemukan mereka kembali selepas 14 tahun-dalam sebuah operasi kritikal yang sepatutnya bukan Rayna yang mengetuai. Tetapi keadaan memaksa, dan dia terpaksa melangkah. Pertemuan pertama mereka tidak manis. Raqeef yang tidak mengenali Rayna dewasa, cepat menilai wanita itu sebagai keras dan tidak seperti wanita lain. Dia tidak tahu... Rayna adalah gadis yang pernah dia sakiti dahulu. Dari satu misi ke misi lain, perlahan-lahan Raqeef mula melihat sisi Rayna yang tak pernah dia sangka-tegas, cekal, berprinsip. Dan hatinya mula terusik. Tetapi bagi Rayna, lelaki cuma tertarik pada yang indah di mata... sehingga bosan, lalu pergi. Dia tidak mahu mengulang sejarah pahitnya. Ketika hatinya mula diuji, keluarganya pula mahu menjodohkannya dengan anak kenalan korporat. Dia menolak. Dalam masa yang sama, Raqeef meluahkan rasa. "Dua tahun... tunggu aku balik, kita kahwin." -Mejar Rayna Zafrena Rayna menerima tugasan di luar negara, menggenggam janji itu erat. Tetapi selepas dua tahun berlalu, dia pulang dengan satu keinginan-bertemu Raqeef semula. "Balik ni aku terus nak jumpa Raqeef." -Mejar Rayna Zafrena Namun berita yang menyambutnya menghentak jiwa. "Raqeef... hari ini dia nikah." -Kapten Alieya Natasya Dunia Rayna sekali lagi runtuh. Masihkah ada ruang untuk cinta yang tertangguh ini... atau segalanya sudah terlambat? PERINGATAN! - cerita ini mengandungi kata kasar!
[ C ] NOKTAH DENDAM  di elvnaa
elvnaa
  • WpView
    LETTURE 26,581
  • WpVote
    Voti 1,444
  • WpPart
    Parti 61
NOKTAH DENDAM membuka tirai. EMIR MIKAEL. Seorang lelaki yang hidupnya terikat dengan masa lalu yang kelam. Berusaha untuk meneruskan hidupnya seperti biasa, namun bayang-bayang silam sering kali menghantuinya. Kisah lampau yang tak pernah dia ingin ingat kembali. "Perempuan cantik memang selalu sombong ke?" - EMIR MIKAEL. Dengan beraninya, dia menambat hati sang wanita yang dia sendiri tidak tahu menahu siapakah si wanita tersebut. "Jom kahwin dengan aku nak? Boleh ride motor hari-hari. Tak payah pakai moto buruk kau tu dah." - EMIR MIKAEL. Semuanya begitu bahagia pada awalnya sehinggalah satu peristiwa merosakkan segalanya. Secara tak sedar telah membawa dirinya ke dalam lembah duka dan pengkhianatan. Dosa masa lalunya kini mengejarnya tanpa henti. Menyesakkan jiwa, mengoyakkan raga. MAYA DIANDRA. Seorang wanita penuh dengan pesona yang memikat. Namun, di sebalik senyuman manisnya, ada ribuan luka yang terpendam. Baginya, setiap langkah dalam hidup ini adalah untuk memperjuangkan sesuatu yang lebih besar daripada dirinya sendiri. Maya tahu apa yang dia mahu, dan dia tak akan berhenti sehingga mendapatkannya. "Mulut awak bau longkang! Jangan cakap dengan saya!" - MAYA DIANDRA. Kehadiran Emir benar-benar buat dia pecah otak. Ke mana saja dia pergi, di situ Emir akan menetap. Hari-harinya bagaikan satu penyeksaan sehinggalah perlahan-lahan, hatinya yang keras seperti batu itu mulai melembut seperti kapas. "Fine! Jom kita kahwin." - MAYA DIANDRA. Namun, siapalah yang tahu apa niat sebenar Maya. Adakah dia benar-benar telah luluh dalam cinta atau itu hanyalah sekadar ilusi derita? "Aku, derita yang kau tunggu." - MAYA DIANDRA. Dan rupanya, mereka sendirilah yang menjerut leher mereka tanpa ampun oleh kerana dendam yang tak bertampung.