Done Read
12 stories
[C] TERLUKIS INDAH. by celestialunee
celestialunee
  • WpView
    Reads 1,306,109
  • WpVote
    Votes 49,718
  • WpPart
    Parts 66
━ #𝐇𝐄𝐑 𝐒𝐀𝐋𝐕𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍. ❴ FIRST BOOK OF HER SERIES, #1 ❵ ❛ For you? I'll risk it all. ❜ "Lana malu dapat suami macam Ian ke? Ian janji Ian tak akan ikut Lana lagi kalau Lana nak keluar jumpa kawan. Ian janji Ian tak akan malukan Alana lagi dah! Ian janji Ian akan jadi suami yang kuat yang akan lindungi Alana macam yang Lana nak tapi tolonglah jangan tinggalkan Ian, Lana. Ian cintakan Lana! Ian minta maaf sebab tak sihat, sebab terencat. Ian minta maaf sayang." - GIBRAN QAISER ✦⋆ "Sekali lagi kau sentuh suami aku, aku tak teragak-agak nak pecahkan kepala kau, faham?" - ALANA MAYLEA ✦⋆ publish : 8 august 2023 draft : 7 april 2023 status : complete
Rare Husband © by reverielyn
reverielyn
  • WpView
    Reads 2,053,471
  • WpVote
    Votes 59,849
  • WpPart
    Parts 74
Aulia Malaikha seorang gadis yang ceria. Dia tidak merancang untuk mencari jodoh dalam umur awal 20-an. Siapa sangka seorang senior yang sirius telah mencuri hatinya. Aulia Malaikha cuba untuk mendapatkan perhatian dari seorang lelaki Bernama Nadiem Zhafran. "Jaga kawan kau ni baik-baik, jangan jadi macam monyet dekat sini" - NADIEM ZHAFRAN "Stop jadi perempuan murah Aulia!" - NADIEM ZHAFRAN Semua kata-kata dari mulut lelaki itu hanyalah hinaan yang menyakitkan hati. Aulia cuba untuk berpaling dan melupakan perasaannya terhadap Nadiem tetapi disebabkan urusan kerja mereka bertemu semula. "Aulia Malaikha, seduce me like you do before" - NADIEM ZHAFRAN 📌 *WARNING* 📌 • Cerita ni agak cliché and cringe • Sweet • Abaikan typo • Kalau cerita ni tersama dengan mana-mana cerita lain, itu hanya kebetulan • No plagiat • Jangan lupa vote ⭐ and comment ✍️ LOVE U GUYS❤️ Published : *SEPTEMBER 2022*
TENTANG KITA (C)  by snowdreamm
snowdreamm
  • WpView
    Reads 988,858
  • WpVote
    Votes 36,900
  • WpPart
    Parts 55
[Karya pertama Snowdream] Naura Husna X Hud Rusyaidi Pada Hud, perkahwinan yang diatur bukanlah pilihan hati. Semua itu sekadar jalan keluar dari desakan keluarga. Manakala Naura pula hanya tabah menerima. Dia menganggap semua itu adalah takdir yang sudah tertulis untuknya meskipun mereka disatukan tanpa cinta dan janji bahagia. Akan tetapi waktu mempunyai cara tersendiri mengajar mereka untuk mengenal rasa. Dalam pertelingkahan, hadir tawa. Dalam luka, tumbuh kasih yang kian mekar di dalam jiwa. Namun bukan mudah untuk terus mempertahankan bahagia itu. Kehadiran cinta lama seakan menghalang malah meruntuhkan kepercayaan yang dibina selama ini. Mampukah Hud dan Naura mempertahankan cinta yang pada awalnya tidak pernah dipilih namun kini terlalu berat untuk dilepaskan? "Izinkan saya pergi, Hud. Insyaallah jika masih ada jodoh antara kita, kita akan tetap dipertemukan walau sejauh mana pun kita terpisah." - Naura Husna. "Andai kata suatu hari nanti abang jumpa sayang, jangan tolak abang mentah-mentah macam sekarang. Dan masa tu, abang takkan lepaskan sayang lagi walau apapun yang berlaku." - Hud Rusyaidi Start date : 16 January 2022 End date : 28 January 2022 Revamp: 26 February 2025 ~~~~~ #1 shortstory (14/2/2023) #1 malayromance (16/2/2023)
Her Protector  | ᥴ (TERBIT PBAKL'26) by oniriquefairytale
oniriquefairytale
  • WpView
    Reads 4,629,838
  • WpVote
    Votes 54,592
  • WpPart
    Parts 17
Arash Zayden, salah seorang anggota unit pasukan khas Polis Diraja Malaysia. Pulangnya ke tanah air tanpa sebarang niat untuk menaruh rasa pada sesiapa pun termasuklah pada bekas teman wanitanya. Takdir yang disusun dari awal, titik sentuh pada garis masa yang bersilang dengan seorang gadis mengubah segalanya. Daisha Sofea, gadis yang tidak beruntuk soal kasih sayang. Setelah perginya insan yang bergelar ibu, dia hilang individu yang menjadi tiang kekuatannya. Layak ke bagi Daisha Sofea untuk memberi peluang pada lelaki lain sedangkan atas sebab lelaki jugalah, hidupnya penuh dengan parut.
QAYDER : MR COLD by Blqs_Rose
Blqs_Rose
  • WpView
    Reads 12,219,527
  • WpVote
    Votes 403,671
  • WpPart
    Parts 58
# 1st Hello Mister! Series. • He's as cold as a polar bear, but he can be a hot tempter. | Polar Bear × Clematis | RAJA QAYDER hanyalah seorang lelaki biasa yang lebih suka stay low dan tak sukakan sebarang populariti atau publisiti murahan. Dia cuma mahu jadi dia dan impiannya cuma satu. Mahu menjadikan Airaa, gadis manis bertudung litup sebagai isteri. NAWRA ASYALAA pula seorang supermodel terkenal. Katanya dia punya bentuk tubuh yang lebih cantik dan curvy berbanding model biasa. Seksi. Kaya. Dilimpahi job modelling sentiasa. Orangnya diva yang amat. Satu peristiwa serangan ketika runaway untuk jenama butik paling mahal di Malaysia mempertemukan dia dengan seorang mamat kutub utara. Dingin dia negatif infiniti darjah celsius. Tapi malangnya, si hot Nawra Asyalaa terjatuh suka dengan si kutub utara, mamat ais tu. Asyalaa mula mencari dan terus mencari sehingga jumpa. Dan Nawra mula obses di akhirnya. "Boleh kita berkenalan?" -Asyalaa "Sorry. I hate orientation." -Qayder Wow. Jual mahal. I likey... Pelbagai cara Nawra cuba untuk pikat dan tundukkan polar bear dari kutub utara. Dari buat-buat dingin sama sehingga cubaan menggoda. Tapi tetap tak jalan. "Pakai seksi macam mat lampir berkemban. Fesyen apa ni mak cik?" -Qayder "F you!" -Asyalaa Oh. Polar bear dari kutub utara tu nak kahwin dengan Mira Filzah idaman hatinya. Okey. "Murah sangat ke harga diri kau?" -Qayder "I don't care because at last... you're mine." -Asyalaa Tapi hakikatnya... lelaki itu lebih berbahaya. Bukan hanya hot dan beku semata-mata. "Be careful with my temper. But watch out more for my tempting session as i won't make it easy on my prey." -Qayder. Okey. Okey mister 'tempter'. Saya pun sukakan cabaran.
Seorang Gadis by IssabellaWarith
IssabellaWarith
  • WpView
    Reads 46,540
  • WpVote
    Votes 1,496
  • WpPart
    Parts 47
Issabella seorang gadis yang kematian ibu dan bapa, lalu diambil anak angkat oleh satu keluarga. Pelbagai ujian dan dugaan dihadapi. Namun dirinya sentiasa dikelilingi 4 lelaki, yang mana satu pilihan hati Issabella.
I LOVE YOU MR. DUDA (COMPLETE) by bungatehh
bungatehh
  • WpView
    Reads 145,476
  • WpVote
    Votes 5,309
  • WpPart
    Parts 32
Kisah diantara Uthman Harris dan Maryam Nadira. Apabila si duda bertemu dengan si janda. Si janda yang sudah hilang kepercayaan terhadap ikatan perkahwinan akibat kekecewaan perhubungan di masa lalu ALL RIGHTS RESERVED. Semua watak didalam short love-story ini adalah rekaan daripada imaginasi saya sebagai penulis. Tiada kaitan dengan sesiapa yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia.
Mungkin Ini Takdirnya by faatulips
faatulips
  • WpView
    Reads 303,433
  • WpVote
    Votes 10
  • WpPart
    Parts 22
[CEO & LAWYER EDITION] Sebuah karya daripada Faatulips "Takdir itu indah, jika ikhlas dan reda sentiasa menghiasi hatimu." Selepas membawa pulang segulung ijazah undang-undang dari England, Anisa Sherryna hanya mengimpikan ketenangan serta peluang untuk membina kerjaya di tanah air sendiri. Namun, belum sempat dia melangkah jauh, impian itu terhenti apabila ibu bapanya menetapkan perkahwinan aturan keluarga dengan seorang lelaki yang tidak pernah dikenalinya, iaitu Ammar Faiz. Di sudut kota yang lain, Ammar Faiz yang merupakan seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang tegas terperangkap antara cita-cita dengan ugutan bapanya. Demi mempertahankan kedudukan syarikat yang dibina dengan titik peluhnya sendiri, Ammar terpaksa mengalah lalu menerima Anisa sebagai isteri, walaupun hatinya sarat dengan niat yang tersembunyi. Dua jiwa daripada latar belakang yang berbeza kini disatukan tanpa kerelaan. Di sebalik sikap dingin dan perjanjian silam Ammar, terselit bibit kemesraan yang mula menerbitkan rasa kasih. Namun, ketika kebahagiaan mula bercambah, bayang-bayang kisah lalu kembali untuk menuntut kemaafan serta tempat di hati Ammar. Kehadirannya membawa badai yang besar dan menguji keteguhan rumah tangga mereka. Mampukah Anisa bertahan apabila ketaatannya dibalas luka? Adakah Ammar mampu melupakan masa lalunya sebelum ikatan perkahwinan mereka pula yang terlerai? Mungkin Ini Takdirnya