Never click suspicious links
Reminder: Wattpad will never ask for passwords, payment information, or other sensitive account security details.
New
102 stories
Sedetik Lebih [COMPLETE] by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 1,253,734
  • WpVote
    Votes 74,222
  • WpPart
    Parts 102
Maryam Elara tidak pernah menyangka, takdir akan menemukan dia semula dengan lelaki yang pernah menjadi suaminya, Raif Kaysan. Di sebuah majlis penuh gemerlapan, dia hanya seorang cleaner, sementara lelaki itu kini seorang CEO yang gah berdiri di puncak kuasa. Namun, tatapan Raif padanya bukan lagi penuh kasih, tetapi sarat dengan benci dan dendam yang bertahun-tahun terpendam. "Dahulu kau tinggalkan aku macam sampah. Sekarang kau datang sebagai apa? Cuma cleaner aje?" Raif melayan Maryam tak ubah seperti sampah, menghina dan merendah-rendahkannya tanpa belas. Dia mahu wanita itu merasa sakit, sama seperti luka yang Maryam tinggalkan dalam hidupnya dahulu. Tambah pula Maryam beralih kerja disyarikatnya, seakan membuka ruang untuk dia menjalankan misi dendam. "Jangan sebut nama aku, Jangan mengadu apa-apa pada aku, dan pastikan jarak kau berdiri 5 meter dari aku, faham?"-Raif Kaysan "Baik, brader."-Maryam Elara "Apa kau cakap?"-Raif "Tadi cakap tak boleh panggil nama, saya panggilah brader."-Maryam Setiap hari, Maryam hanya diam dan menerima segala perlakuan dingin Raif tanpa membantah. Dia tidak melawan, tidak juga merungut, meskipun lelaki itu menggunakan pangkatnya sebagai bos untuk membuli dan merendahkannya sesuka hati. Namun, tanpa sedar, sesuatu dalam diri Raif mula berubah. Dendam yang sekian lama membara perlahan-lahan pudar, digantikan dengan perasaan yang sepatutnya tidak wujud lagi, rasa yang pernah dia buang jauh-jauh dahulu. Kenapa? Kenapa hatinya mula goyah? Kenapa, setelah semua yang berlaku, dia masih mahu mencintai wanita itu? "Kalau masa berbaki sedetik lebih sekalipun, aku takkan patah balik pada kau."-Raif "Saya faham, jadi tak perlu bazirkan sedetik lebih itu untuk saya lagi."-Maryam Namun... adakah pertemuan Maryam membawa sebuah rahsia yang tersimpan sekian lama? Dan jika masa itu memiliki sedetik lebih lagi... apakah ia akan dipenuhi dengan cinta, atau terus dihimpit oleh dendam?
Tersalah Jodoh (COMPLETE) by amyDorry
amyDorry
  • WpView
    Reads 641,396
  • WpVote
    Votes 28,252
  • WpPart
    Parts 50
Pertemuan mereka suatu kesalahan. Namun membawa kepada suatu hubungan yang istimewa. Seorang ustaz disatukan dengan seorang gadis sosial. Start: 17 dec 2022 End: 8 Mac 2023 HAKCIPTA TERPELIHARA
SARAH ✔️ by auspicious_T
auspicious_T
  • WpView
    Reads 65,931
  • WpVote
    Votes 2,814
  • WpPart
    Parts 75
Kepulangan Sarah Sorfina ke tanah air bukanlah kehendak dia semata melainkan kemahuan Tan Sri Syazwan. Pertemuan dengan Mukhriz Arrayan juga tidak disengajakan tetapi takdir membawa mereka ke alam perkahwinan yang sebenarnya penuh dengan rahsia. "You nak jadi wife I?" - Mukhriz Arrayan "Riz, I bukan tak sudi. Tapi you tak rasa ke semua ni terlalu cepat. Perkara ni bukan perkara main-main Riz, perkara ni tentang masa depan you, masa depan I. Kita tak boleh terus main decide je ." - Sarah Sorfina Ikatan yang awalnya 'baik-baik' sahaja berubah sadis apabila munculnya pihak yang membenci melihat kebahagiaan mereka. Sarah bungkam sendiri apatah lagi apabila rahsia yang selama ini disimpan rapi oleh orang yang selama ini dia 'sanjungi', terbongkar juga. Berbagai ugutan dan 'seksaan' yang dia dan orang disekelilingnya terima. Persoalannya, mampukah Mukhriz untuk melindungi isterinya? "We aren't safe here. We have to move out, and maybe we won't be able to come back here again. Kita perlu tinggalkan semua ni" - Mukhriz Arrayan "Tapi you tipu I selama ni, Riz. Sekarang ni I dah tak tahu I nak percaya siapa. You terlampau banyak berahsia dengan I." - Sarah Sorfina Ps: I wrote this story when I was 16 dan sebenarnya cerita ni tergantung sebab nak focus sekolah. 4 yrs have passed and Alhamdulillah I finally have time to finish this story. So ada bahagian yang saya tukar dan ada yang tidak. Cerita ni akan ada banyak plot twist & ada 'horror' vibe sikit untuk certain chapters. Probably not something that you can find on Wattpad. Happy reading! 8/8/2021 - 5/8/2022
2.0 | Tuan Aryan Darmish © by asyaash_
asyaash_
  • WpView
    Reads 581,887
  • WpVote
    Votes 31,076
  • WpPart
    Parts 58
TAD series 2 [Completed] Tuan Aryan Darmish anak ketiga kepada Ayeena Danisha dan Tuan Aayyan Danish. Muka sebijik muka bapaknya. Penat mak lahir bapak yang dapat lebih. Akibat satu peristiwa tak terduga, Aryan ditemukan semula dengan Natalya Rozella melalui takdir mereka. Natalya seorang gadis yang cantik paras rupa serta akhlaknya. Gadis yang pernah menjadikannya sebagai crush. Gadis polos itu telah diperangkap oleh sahabat karibnya sendiri, Elianna Saffya. Semuanya kerana dengki. Namun, plannya gagal dengan munculnya seketul hero salah alamat iaitu Aryan Darmish, kekasih hatinya sendiri. Aryan yang tidak mengetahui perkara sebenar itu, menuduh Natalya yang memerangkapnya sehingga mereka berdua ditangkap khalwat. Anak bapak sungguh, bapak kau dua kali kena cekup! "Kau sengaja nak perangkap aku kan?!" "Saya kenal awak pun tak, dah kenapa saya nak perangkap awak! Fikir la sikit. Muka hensem otak senget tak guna juga." Ada sahaja jawapan daripada mulut Natalya. Muka baik tapi mulut tu perghh pedas menyentap jiwa raga. Oleh kerana ingin menutup malu keluarga, mereka dikahwinkan. Aryan tampak sahaja macam tidak suka. Tapi jauh di sudut hatinya, dialah manusia paling gembira. "Ingat eh! Aku tak benarkan kau sentuh aku paham?!" "Eleh, awak ingat saya hengen sangat nak sentuh awak ke hah? Euwww. Awak pun jangan sentuh saya." "Tak, abang tarik balik kata-kata tu. Sentuhlah abang. Tugas bini kena jadi bantal peluk bila tidur." Baru sahaja hubungan mereka mahu membentuk, ada pula malaun jibake datang kacau. Semak samun betul. "Stay with me no matter what, sayang!" "Saya akan pergi kalau itu yang abang nak." Kata-kata cinta diungkapkan di saat mereka menempuh dugaan rumah tangga. Dapatkah rumah tangga mereka bertahan? Adakah mereka akan tetap bersama? Start : 24/12/2021 End : 22/5/2022
The Love Sets by theaciels
theaciels
  • WpView
    Reads 886,108
  • WpVote
    Votes 39,212
  • WpPart
    Parts 64
STAND-ALONE ⋆͛︎ Reis Drazen. Tenangnya dia bagaikan ombak. Setiap ujian hidup dihadapi dengan tenang. Dia merupakan seorang pemain bola tampar yang sedang mengukir nama di kalangan pemain. Mengejar impian sehabis boleh sudah pasti. Della Lenoir. Kebahagiaannya pernah dirampas saat menyaksikan teman lelakinya mendirikan rumah tangga bersama sepupu sendiri. Dia rasa dikhianati sehingga tekad untuk mengunci rapat pintu hatinya. "Kenapa aku?" "Sebab saya dah jual nama encik." Kerana ingin membuktikan dia tak terkesan dengan berita itu, Della meminta pertolongan Reis untuk menghadiri majlis perkahwinan itu bersamanya. Kekasih palsu. Hubungan dan lakonan yang dibuat-buat akibat keterlanjuran mulut Della. Dan setelah semua itu berakhir, Reis seakan-akan menjauhkan diri daripada Della sehingga mereka bertemu semula. "Aku tak nak berlakon lagi." Reis serius mahu menjalinkan hubungan sebenar. Sejauh mana Della menolak, Reis pasti mendekat. Selagi cinta Della mampu diraih, Reis tak mengalah. Segalanya dia lakukan untuk menakluki hati Della.
Racing Flame by bluebixxx
bluebixxx
  • WpView
    Reads 1,075,624
  • WpVote
    Votes 54,278
  • WpPart
    Parts 58
DAREEQ EZRA, seorang pelumba Formula 1 yang terkenal dengan gelaran 'Born Racer'. Seawal umur 18 tahun, dia mula mencipta sejarah sebagai pelumba paling muda yang meraih podium. Namun seiring umurnya meningkat, dia mula rasa tekanan dengan kerjaya dan kejayaan sendiri. Kesilapan sedikit mengundang kecaman orang. Dia mula hilang keyakinan. ZEANISSA, seorang gadis yang langsung tak tahu dengan dunia motorsport. Senang cerita, dia tak berminat. Disebabkan ajakan rakan-rakannya, dia akhirnya jejakkan kaki buat pertama kali di litar lumba. "Aku nak pergi dari sini. Aku tak nak duduk sini. Kau ada caranya?!" - Zeanissa Sakit yang dirasakan tidak terperi apabila dia dibenci dan diperlakukan teruk oleh rakan baik sendiri. Zeanissa benar-benar terluka. "Kau pernah cakap kau tak nak duduk dekat sini. Kau tanya aku caranya, and ini jawapan aku." - Dareeq Ezra Tiada angin, tiada ribut tiba-tiba dia dilamar oleh si driver Mercedes AMG Petronas yang sangat popular dalam dunia Formula 1. Zeanissa mati akal. Namun memikirkan kesedihan yang sedang ditanggungnya, dia bersetuju. Untuk berkahwin dan ikut Dareeq ke Monaco. Perkahwinan yang pada mulanya hanya sekadar atas dasar kepentingan mereka perlahan-lahan menimbulkan perasaan yang melibatkan hati. Namun hubungan yang baru mekar seperti bunga perlahan-lahan layu. "Apa lagi yang abang tipu Zea? Apa lagi?!" - Zeanissa "Abang minta maaf. That freaking jealousy's eating me up. It's killing me inside." - Dareeq Ezra 📎story ni rekaan semata mata 📎maaf kalau grammar berterabur 📎light conflicts Start writing : 04/09/2025 Publish : 17/11/2025 End : 15/12/2025
TENTANG KITA - REVAMP (C) by snowdreamm
snowdreamm
  • WpView
    Reads 916,355
  • WpVote
    Votes 34,916
  • WpPart
    Parts 56
Status: COMPLETED Naura Husna X Hud Rusyaidi [Karya pertama dari snowdream] Pada Hud, perkahwinan yang diatur bukanlah pilihan hati. Semua itu sekadar jalan keluar dari desakan keluarga. Manakala Naura pula hanya tabah menerima. Dia menganggap semua itu adalah takdir yang sudah tertulis untuknya meskipun mereka disatukan tanpa cinta dan janji bahagia. Akan tetapi waktu mempunyai cara tersendiri mengajar mereka untuk mengenal rasa. Dalam pertelingkahan, hadir tawa. Dalam luka, tumbuh kasih yang kian mekar di dalam jiwa. Namun bukan mudah untuk terus mempertahankan bahagia itu. Kehadiran cinta lama seakan menghalang malah meruntuhkan kepercayaan yang dibina selama ini. Mampukah Hud dan Naura mempertahankan cinta yang pada awalnya tidak pernah dipilih namun kini terlalu berat untuk dilepaskan? "Izinkan saya pergi, Hud. Insyaallah jika masih ada jodoh antara kita, kita akan tetap dipertemukan walau sejauh mana pun kita terpisah." - Naura Husna. "Andai kata suatu hari nanti abang jumpa sayang, jangan tolak abang mentah-mentah macam sekarang. Dan masa tu, abang takkan lepaskan sayang lagi walau apapun yang berlaku." - Hud Rusyaidi Start date : 16 January 2022 End date : 28 January 2022 Revamp: 26 February 2025 ~~~~~ #1 shortstory (14/2/2023) #1 malayromance (16/2/2023)
Ivy Layla  [C] by Marleneith
Marleneith
  • WpView
    Reads 91,933
  • WpVote
    Votes 4,321
  • WpPart
    Parts 11
(SHORT STORY) IVY LAYLA X SYED MALIK EIDRUS "Allah tak bagi semua pada you, sebab nanti you lupa diri"- Malik "Awak ni comel lah!"-Layla Ini kisah Syed Malik Eidrus, lelaki introvert yang terperangkap dalam traumanya sejak belasan tahun lagi. Hadirnya Ivy Layla, wanita bekerjaya yang tidak sengaja tertumpahkan pewarna dalam hidup Malik. Jika sebelum ini hidup Malik yang sekadar hitam putih, kini sudah perlahan-lahan masuk ke 'HD'. Layla yang banyak mulut, Layla yang baik, Layla yang tidak pernah penat dengannya. "I lelaki lemah, I lelaki pengecut"-Malik "Awak suami yang hebat lah!"-Layla Berkali-kali Layla meyakinkan Malik. Tetapi bila datang saja mimpi buruk itu, Malik tewas. Layla juga hilang daya. "Awak dah tak perlukan saya lagi..."-Layla "Layla yang simpan kunci hati I sebelum ni. Bermakna, tak ada orang lain yang boleh masuk ke dalam hati I selepas Layla"-Malik
RAHSIA HATI by ssweetroses
ssweetroses
  • WpView
    Reads 5,418,138
  • WpVote
    Votes 85,498
  • WpPart
    Parts 46
RAHSIA HATI (COMPLETED) (UNEDITED) Editing~ Bersabarlah dalam penantianmu. Berdoalah dalam diammu. Kerana tulang rusuk tidak akan pernah tertukar. Megat Ian Hanif Al-Fateh mempunyai segalanya. Namun hatinya kecewa apabila kekasih hati pergi meninggalkannya demi mengahwini lelaki lain. Sikapnya yang dulu dingin bertambah dingin. Hatinya mula tertutup untuk menerima cinta baru. Hanya bekas kekasih yang diinginkannya. Muncul idea gila lelaki itu yang ingin mempunyai anak, darah dagingnya sendiri untuk mengisi ruang kosongnya. Namun siapa yang sanggup mengandungkan anak Megat Ian? Dan rela untuk dipergunakan lelaki itu? Bahagiakah Megat Ian bila hasratnya sudah tercapai? *********************************************** Nur Aaira Medina seorang gadis yang polos dan ramah. Namun kehidupannya tidak seindah yang disangka. Membesar dengan neneknya menjadikan dia lebih berdikari. Namun ujian pula hadir mengujinya. Disebabkan desakan wang dia rela melakukan perkara yang boleh memakan diri sendiri. Mahkota yang disimpan diambil oleh lelaki yang tidak mencintainya. Bagaikan dia menjual maruahnya. Mampukah Aaira mendapat kebahagiaan? ••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••• Kepada yang cukup umur dan berfikiran terbuka sahaja. SELAMAT MEMBACA Please only 18+ readers 🔞⚠️ Second book Start : 28 July 2019 End : 18 November 2022 Author : ssweetroses
HER SWEETHEART ✓ by Fahizah_Reena
Fahizah_Reena
  • WpView
    Reads 89,705
  • WpVote
    Votes 5,480
  • WpPart
    Parts 72
REPUBLISH (COMPLETE) Dikenali sebagai Biar Ku Pendam Semua Pencapaian - The Popular Besties Award 2019 , tempat ke 4 Romance Exanderawards2019 Nur Arina - Dia hanyalah seorang kakak angkat kepada seorang jejaka bernama ayyan irhan. Bukan pilihannya, tetapi kehendak jejaka itu memaksa dia menerima pelawaan itu. Tak disangka, sepanjang tempoh hubungan itu, dalam diam hatinya mulai tersentuh dengan kehadiran sang jejaka. Rasa sayang mulai tumbuh sehingga dirinya merasa benci memiliki perasaan ini kepada si dia. Pernah dia angankan untuk meluahkan segala perasaannya kepada ayyan, namun begitu belum sempat ruang itu terbina. Segalanya tercantas sehingga dia terkaku menerima takdir ilahi. Ayyan Irhan - Seorang jejaka yang begitu menyayangi nur arina. Bukan sebagai kekasih tetapi cukup sekadar dia berteduh mengait kasih sayang seorang kakak. Dia sanggup menjadi hero buat arina, asalkan perempuan itu bahagia. Namun, kasih arina menjauh secara mendadak, tanpa sempat dia ketahui apa puncanya. Dia keliru. Dia tidak mahu arina menjauhi dia. Dia merasa kehilangan yang sangat menyeksa jiwa dan raganya. Sebagai jejaka, dia melakukan pelbagai cara untuk mendapatkan arina semula. Dia inginkan arina rapat dengannya seperti dulu. Dan... Tanpa diduga, sesuatu peristwa berlaku, dan mengubah segalanya... Perasaan cinta tetap terpendam ataupun akhirnya melepaskan diri? Adakah ruang bahagia akan bersinar di antara mereka ataupun, air mata? Cinta... Walau terpisah oleh waktu, Rasa hati ini tetap tidak mampu terbang pergi, Sepertimana aku rindukan wajahmu, Tika kita terpisah dibawa angin sepi. Novel ini hak milik saya. Dilarang ciplak. Berdosa. Start : 2/5/2019 END : 29/12/2019 (Will update sikit demi sedikit) Cover by : @amshalis