MarynAdriana
- Reads 124
- Votes 45
- Parts 30
Dhea Amisya- Gadis kaya berusia 27 tahun yang hidupnya penuh kesepian. Walaupun dibesarkan dalam keluarga berada, kasih sayang kedua ibu bapanya seolah tiada kerana mereka lebih mementingkan kerjaya. Namun, kehidupannya mula berubah apabila dia bertemu seorang lelaki miskin yang penuh misteri, Dazrain.
Dazrain Lim- Lelaki berusia 27 tahun, berpenampilan sederhana tetapi menyimpan dendam silam terhadap keluarga Dhea. Sejak kecil, dia percaya bahawa ibu bapa Dhia adalah punca kematian kedua orang tuanya. Atas dasar itu, cintanya pada Dhia hanyalah jalan untuk membalas dendam.
Firhad Hazreeq- Lelaki berusia 27 tahun, berkerusi roda akibat kemalangan. Dahulu, dia merupakan sahabat baik Dazrain, tetapi persahabatan mereka hancur apabila Dazrain meninggalkannya kerana menganggap Firhad tidak lagi setaraf dengannya. Namun, di sebalik kelemahan fizikalnya, Firhad memiliki jiwa yang tabah dan tulus.
Sara Irene- Sahabat baik Dhea, bagaikan kembar yang tidak pernah terpisah. Namun, di sebalik persahabatan itu, Sara menyimpan iri hati dan hasrat jahat. Demi merampas Dazrain dan kekayaannya, dia sanggup menikam Dhea dari belakang, tanpa sedar bahawa dia sendiri sedang menuju kehancuran.
"Cinta aku pada kau hanyalah untuk balas dendam, Dhea. Kau kena tahu tempat kau." - Dazrain Lim
"Kalau kau fikir kau boleh rampas semua yang Dhea ada, kau silap, Sara. Kau cuma dapat serpihan yang busuk." - Firhad Hazreeq
Apabila pengkhianatan terbongkar, Dhea membuat keputusan berani untuk menerima lamaran Firhad, lelaki yang dulu pernah dipandang hina, tetapi akhirnya menjadi pelindung sebenar hatinya.
Mampukah Dazrain menebus dosa silamnya?
Adakah Sara akan menelan karma perbuatannya sendiri?
Dan benarkah Firhad adalah kebahagiaan yang ditakdirkan untuk Dhea Amisya?