noturfriendl's Reading List
3 historias
𝐌𝐫𝐬.𝐑𝐢𝐲𝐲𝐚𝐝𝐡 𝐙𝐚𝐲𝐲𝐡𝐝𝐢𝐭𝐡 : 𝐇𝐢𝐬 𝐋𝐞𝐠𝐚𝐥 𝐖𝐢𝐟𝐞 [✓] por teddysss
teddysss
  • WpView
    LECTURAS 2,072,537
  • WpVote
    Votos 56,737
  • WpPart
    Partes 47
Season 2 of Mrs.Riyyadh Zayyhdith : His Secret Wife "Jangan ganggu saya lagi! Saya tak kenal encik!" -𝐀𝐈𝐒𝐘𝐀 "Flower, please. Bagi hubby peluang. Hubby betul-betul dah berubah. Hubby ikhlas cintakan flower. Demi Allah." -𝐑𝐈𝐘𝐘𝐀𝐃𝐇 "Jangan bermain dengan nama Allah semata-mata untuk dapatkan kepercayaan saya! Kali ini saya tak akan tertipu dengan encik lagi!" -𝐀𝐈𝐒𝐘𝐀 "Kenapa flower? Kenapa flower berubah sampai macam ini sekali? Hubby rindukan flower." -𝐑𝐈𝐘𝐘𝐀𝐃𝐇 "Encik dah lupa atau pura-pura lupa? Saya jadi macam ini semuanya kerana encik! Saya bukan lagi Aisya yang dulu! Dan saya bukan flower encik!" -𝐀𝐈𝐒𝐘𝐀 7 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐋𝐀𝐋𝐔, Aisya Qhaisarah Rose kian pulih dari trauma dan kemurungan yang menghancurkan seluruh hidup gadis yatim piatu itu. Bersama semangat dan harapan yang baru, Aisya bangkit untuk membina kehidupannya semula. Dengan menjual nasi lemak dan kuih muih, dia berjaya melupakan peristiwa hitam yang lalu. Namun, kehadiran Riyyadh Syahfiq Zayyhdith, yakni bekas suaminya, telah mewujudkan tembok kebencian yang kukuh di hati Aisya. Saban hari, Riyyadh mengejar untuk meraih cinta dari Aisya. Tetapi, tidak semudah yang disangka. Kerana, Aisya tidak lagi seperti dahulu. Pintu hati gadis itu telah tertutup rapat buat Riyyadh. Tiada lagi nama Riyyadh di ruang hatinya. Jadi, mampukah Riyyadh menagih kembali bunga dambaannya itu? Atau adakah sekali lagi, kisah mereka akan tergantung tanpa penghujung yang nyata? "𝐒𝐞𝐤𝐮𝐧𝐭𝐮𝐦 𝐛𝐮𝐧𝐠𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐮𝐧𝐲𝐚𝐚𝐧 𝐬𝐚𝐧𝐠 𝐬𝐲𝐚𝐢𝐭𝐚𝐧"
MY BELOVED BABYSITTER (complete ✅) por officialnnmr
officialnnmr
  • WpView
    LECTURAS 417,071
  • WpVote
    Votos 8,322
  • WpPart
    Partes 74
⚠️Strictly NO PLAGIATE!! ❗Idea penulis 100% ❗Sebarang kesamaan adalah secara kebetulan dan tidak disengajakan Bukan mudah untuk jatuh cinta. Tetapi apabila cinta hadir, siapa kita nak menolak? Begitu juga dengan Kirana, seorang gadis yatim piatu yang bekerja sebagai pengasuh. Hatinya tidak mudah jatuh cinta sehinggalah dia diterima bekerja sebagai pengasuh dan pembantu di rumah agam milik Ashraff Nadim. Ashraff Nadim, seorang duda anak dua hidup bersama anak-anaknya, Nadine Aulia dan Aniq Haikal setelah bercerai dengan bekas isterinya setahun yang lalu. Dia trauma dengan perkahwinan terdahulu menyebabkan dia terus menutup pintu hatinya untuk berkahwin lagi. Namun takdir Allah tiada siapa yang dapat menebak. Perkahwinan tanpa cinta termeterai di antara Ashraff dan Kirana. Nadine memberontak. Pelbagai cara dia lakukan untuk memisahkan papanya dan Kirana, termasuklah berkomplot dengan ibu kandungnya. Sikap Kirana yang tidak jemu mencurahkan kasih sayang pada Nadine dan Haikal, membuatkan hati Ashraff mula terbuka untuk menerima Kirana sebagai isterinya seikhlas hati. Tetapi adakah bahagia milik Kirana selamanya? Dapatkah Nadine menerima Kirana sebagai ibu tiri? Apa bayaran yang harus Kirana bayar untuk dapatkan kepercayaan dan kasih sayang dari orang yang disayangi?
KIM'S: HIS STELLA | C | ✔️ por RosieHaydar
RosieHaydar
  • WpView
    LECTURAS 673,333
  • WpVote
    Votos 20,006
  • WpPart
    Partes 70
3rd HIS Series Syed Hakim Mikael x Ku Amra Raisa Ku Amra Raisa tidak pernah menyangka kekalahannya pada permainan gunting-batu-kertas atau nama modennya Osom bersama dengan kembarnya telah menjadi satu titik perubahan terbesar di dalam hidup. Pertemuannya dengan seorang lelaki yang ikhlas menaruh hati padanya telah membuka sedikit ruang pada diri untuk mengenali lelaki itu dengan lebih rapat. Cuba untuk berkawan tanpa menyerahkan hati yang masih kosong. "Amra, saya nak beli kereta lah. Lepas saya beli kereta, saya nak kumpul duit. Saya nak halalkan awak untuk saya," - Syed Harraz Malieq "Encik Hakim jangan ambil serius dengan apa yang Yaz cakap tau. Dia gurau je tu," - Ku Amra Raisa "Kalau betul pun apa salahnya. Tapi make sure jangan terima dia sebab dia desak atau terpaksa. Fikir perasaan sendiri dulu. Hidup sekarang kena selfish. Kalau betul awak suka dia, boleh terima baik buruk dia, why not?" - Syed Hakim Mikael Tetapi satu kejadian telah merubah takdir yang tidak pernah tertulis buat Raisa dan Harraz. Pelbagai tentangan dan amarah yang perlu Raisa dan juga Hakim tempuh akibat dari kejadian itu. "Kalau angah sayang dia pun tak berdosa ibu. Dia isteri angah," - Syed Hakim Mikael "I will not make that happen. Sebelum kau jatuh sayang dekat Amra, better pulangkan dia dekat aku ngah," - Syed Harraz Malieq Bersama-sama Raisa dan Hakim cuba untuk menerima takdir yang sudah tertulis serta merungkai misteri si pelaku yang merencana kejadian yang telah menimpa mereka. Dapatkah Raisa menyesuaikan diri dengan Hakim yang asalnya seorang majikan kepada seorang suami? Dapatkan Hakim mempertahankan perkahwinannya kali ini? ***** Syed Hakim Mikael Syed Ali • Soft-spoken, soft-hearted, protective, clingy Ku Amra Raisa Ku Rafiee • Matang, manja, clingy Start: 5.5.2024 End: 14.8.2024